Assalamualaikum.....
Wah. lama sungguh tak bersiaran yer... Maaf la. Sibuk dengan berbagai2 urusan keluarga di rumah. Baruuu nak jenguk blog kejap, ada2 jer hal yang memerlukan tumpuan kita. Tak apalah, bukan selalu pun kan...
Ok, kita pernah janji nak review sebuah kedai di Kuantan kan? Hari ni kita nak tunaikan janji.
Kedai nie memang kedai yang dekat dengan rumah hubby di Kuantan tu. Kedai tom yam yang buka malam dan biasa2 jer. Kedai yang kalau lapar, makan kat sini bolehlah nak isi perut. Kedai yang bukan di pilih untuk celebrate special occasion.
Tapi.....
Kedai ni ada keistimewaannya. Tak kiralah pelanggan baru atau lama, layanannya sama. Penuh sopan dan penuh etika. Efisen. Cepat. Ada sesetengah kedai, kalau pelanggan biasa tu dia jadi over peramah dan dia abaikan pelanggan baru. Ada kedai pula, pelanggan yang biasa datang, dia layan sambil2 lewa. Tapi kedai ni tak langsung.
Ownernya dan isterinya muda lagi. Isterinya seorang wanita lembut yang berpurdah. Bila dia ambil order, walaupun hanya nampak mata saja, tapi kita tetap tahu dia tersenyum di sebalik purdahnya. Subhanallah.... Jadi, tiada keraguan tentang halalan toyyibannya, InsyaAllah. Lagi satu kan, mereka suami isteri kalau makan mesti makan sepinggan. Sweet kan....hihihihi
Mari kita tengok makanannya pula....
Antara pilihan makanan kami. Hubby suka daging masak merahnya. Oh, hidangan daging dalam piring kat atas tu, dah di ngap sebahagiannya yer..... Memang sedap. Dagingnya tak pernah liat dan keras. Lembut dan moist. Bila kunyah daging tu, terasa sosnya dah diserap oleh daging. Maka bila masuk mulut, kita tak kunyah daging yang kering dan kesat semata2. Memang sedap.
Kita pula suka sotong goreng kunyitnya. Biasanya kita suka sotong goreng tepung, tapi di kedai ni, sotong goreng kunyitnya memang meletop! Sayur2nya tak benyek. Masih crunchy lagi. Sotongnya penuh rasa rempah. Kunyitnya, garamnya, mungkin ada taburan serbuk lain lagi yang sangat memberi rasa yang berbeza pada sotong tu sendiri. Paling kita kagum, kekenyalan sotong itu sendiri sangat tepat. Tak liat dan tak hancur. Springy but yet softly chewable. Kalau nak diratah sotong itu jer, memang tak cukuplah sepiring ni.
Ini pula, kami pilih ikan bawal emas masak 3 rasa. Alamak aii...sosnya memang sedap betul. Tak ada rasa yang outstanding, semua rasa balance. Jadi kita rasda nak cedok dan cedok lagi...rasa nak ngap dan ngap lagi. Ikannya pun digoreng sempurna. Tak terlalu garing isinya, tapi cukup garing untuk dikunyah di beberapa bahagian .
Dan kami sejak kebelakangan ni, tak pernah lagi tak order keropok lekornya. Sepiring dua ringgit. Aduhai...sedapnya. Kita tak berapa suka keropok lekor yang terlalu banyak isi ikan atau terlalu banyak tepung. Tapi yang ini memang secukup rasa. Lembuttt jer. Ikannya pun terasa, tapi tak lah sampai hanyir. Dihantar ke meja panas2. Makan tak boleh guna tangan, nanti melecur. Kena cucuk dengan garfu, cicah sos dan tiup2 sampai boleh diterima oleh gigi dan lidah. Nyam..nyam..nyam...., eh dah habis? Cucuuuuk lagi dengan garfu. Sedar2, dah habis sepiring.
Ini ruang dalam kedainya. Kedai biasa. Tak ada yang luar biasa. Ruang dalamnya di cat dengan warna hijau lembut. Sejuk jer mata memandang.
Kita tak ambil gambar luar kedai sebab dah malam. Gelap. No point juga. Tapi kalau nak pergi kedai ni, lokasinya betul2 berdekatan dengan traffic light di Sungai Soi. Traffic light yang nak menuju ke Pantai Sepat.
Kalau dari Kuantan nak menuju ke Pantai Sepat, kedai ni di sebelah kanan. Maknanya kena u-turn di traffic light tu dan terus himpit kiri. Kalau dari Kempadang ke Kuantan, kedai ni di sebelah kiri. Lepas jer traffic light, terus parking di kiri jalan.
Nama kedai ni, Kedai Fendy.
Kalau ke Kuantan, setakat nak makan2 biasa dan sekadar nak mengisi perut, memang terbaiklah pilihan ni. Insya Allah tak mengecewakan....
.