Assalamualaikum.....


Read More
Assalamualaikum.....

Ada seorang sahabat kita berkongsikan tentang satu website baru yang memaparkan pilihan shawl yang cantik2 dengan corak2 yang segar dan menarik.

Website itu ialah : Qist Creation yang beralamat di http://www.qist.com.my/store/

Secara peribadi, kita tak pandai nak menggayakan shawl. Kalau pashmina, kita suka juga sebab boleh buat selimut, hehehehehe. Memang sentiasa ada spare pashmina.

Tapi shawl ni, memang kita teringin nak pakai. Teringin ya ampunnn. Tapi sangatlahhhh tak pandainya. Sangat jeles bila tengok orang lain pakai shawl cantik, elok jer terletak di belit kemas.

Tapi bila tengok design shawl di Qist Creation ni, jadi teringin pula nak cuba pakainya nanti.


Sedikit maklumat tentang shawl2 ini, semuanya dijahit sendiri oleh business owner. Shawl2 ini bukannya dibeli dari mana2 supplier tau. Maka design dan corak yang ada memang limited. Untuk setiap design dan corak shawl ni, mungkin ada dalam 4 helai jer. Ha, eksklusif gitu kan....

Jenis2 shawl yang ada ialah wideshawl, reversible shawl dan halfmoon shawl. Banyak pilihan kan.... Lagi satu kan, shawl2 ni semuanya adalah dari jenis kain chiffon dan cotton. Cotton tu pula bukan jenis cotton yang keras tu tau. Cotton yang digunakan adalah dari jenis cotton yang lembut.

 Kita paparkan serba sedikit contoh shawl yang ada ni.



Warna shawl ni sangat 'lazat' kan. Lembut jer... Tengok kainnya, nampak sensasi kan...


Ha, yang ni kita suka juga. Jahitan tepi dia tu memberi impak shawl yang kemas... black and white pula tu....


Halfmoon.... Chiffon okehhh.... Cantik...cantikk.....




Mak aiii...ini pun cantik. Floral printed. Dalam garang nampak kelembutannya. Ada personality, okeyyy. 


 So, jangan lupa, gi skodeng website Qist Creation ni. Boleh click nama Qist Creation, atau pun pegi jer dekat address yang kita tulis kat atas tadi... Nak beli, contact ownernyer. Ada borang pesanan semua. Atau nak skodeng facebook pun boleh, instagram pun boleh....

Facebook : www.facebook.com/qist.shop

Instagram : http://i.instagram.com/qistcreation/



Oh, jangan takut tertipu. Kita kenal owner ni. Sangat baik dan sangat jujur dan amanah.





.

Read More
Assalamualaikum.....


Dah lama tak cerita pasal makan2. Mood pun melayang.... Oh, kita ada shawl yang best nak dikongsikan dengan semua pembaca. Nantilah cerita yer.... Isnin ni semuanya lemau, so kena boost up dengan makanan sikit.

Salah satu hujung minggu yang lepas, hubby ada kursus. Maka kita merayau2 seorang diri di Kuantan. Salah satu persinggahan ialah Berjaya Mall. Ada nak beli barang sikit dan nak shopping buku di Popular. Keluar dari Popular, memang dah waktu makan. Malas nak bersesak kat tempat lain. Nampak restoran Toku Zen ni. Customer tak ramai. So, boleh makan santai2 sambil membaca kat situ. Kita memang sukaaaa membaca kalau makan sorang2.

 Inilah buku menunya. Kecik jer...tapi boleh lah.....




Malas nak pilih2. Makan Bento set salmon jer. Ada sayur, ada ikan, ada nasi, ada desert, ada sup. Complete set. Boleh lah....

Salmon dia ok2 jer. Agak kering, tapi tak adalah sampai tak ada rasa. Sayur dia...aduhaiiii...kering kecut layu. Yang betul2 ok, daun salad 2 keping dengan hirisan timun 3 keping tu jer. Tak nak membazir, telan jer. Lagipun sayur penting untuk kesihatan. Miso sup, sangatttt masin. Buat basahkan nasi boleh la... Chawanmushi pun tak berapa outstanding. Bolehlahhh kalau nak makan....

Komplin itu ini, begitu begini pun, Alhamdulillah mengenyangkan juga. Cuma, kalau nak value for money, kita akan pilih Sushi King kot....



English Version

While hubby was attending a training few weeks ago, I took my own sweet time touring around Kuantan. One of the stops was Berjaya Mall. I was looking for some necessities and some books as well. The moment I stepped out from the bookstore, it was lunch hour. I am not comfortable being in a crowded place, thus I scanned the mall and saw this Toku Zen, a Japanese restaurant. I have never eaten here, so this might be a good chance for me to explore. There were a lot of empty space in the restaurant.  A good place for me to eat my lunch slowly and enjoy my books there.

I requested a bento set. Nothing extravaganza. A simple meal set with grilled salmon, a bowl of rice, a bowl of salad, miso soup and chawanmushi. 

The salmon was a bit dry, but it was till acceptable. The salad...sooo dried up. The only fresh vegies were the 2 slices of lettuce and 3 slices of cucumber. I kept on telling myself to finish it otherwise it's going to be waste. Plus, vegies are good for our health. The miso soup broth was salty and the chawanmushi was moderate. 

I managed to finished the meal..slowly and hardly. Alhamdulillah, at least I got food to eat. But for value, I would go for Sushi King next time....

.
Read More
Assalamualaikum

Nota: Isi kandungan entry Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mungkin tidak sama keseluruhannya.
Note: The contents of Malay and English entry might have slight differences. 


Hari ke tujuh kita semua mendoakan agar pesawat itu, bersama segala isi2nya yang mempunyai roh dan nyawa kembali dengan selamat, dengan sempurna dan masih dengan nyawa. Terlalu tamak kita sebagai seorang hamba Allah minta semuanya itu. Tapi kalau kita tak mohon, apakah akan dimakbulkan?

Kita tak kenal sesiapa secara peribadi dalam pesawat tu. Tapi kasihan rakan Human Resource kita yang mana sekumpulan pekerjanya berada di dalam pesawat itu. Mereka ada kursus di cawangan syarikat di Beijing. Kita dapat bayangkan kalau petugas kita di tempat mereka, pasti kita akan berkampung di KLIA atau di Everly Hotel. Ironinya, kita kan baru saja habis seminar di Everly Hotel tu kan....

Tentang petugas, kita cerita di lain peluang.

Tentang pencarian, biarlah mereka2 yang pakar teruskan fokus mereka.

Kita semua, teruskan memberi sokongan dan memanjatkan doa tanpa henti.

Hidup mesti diteruskan. Sesetengah perkara harus di ambil iktibar.

Hari ini, kita nak tegur sedikit saja tentang satu cabang dari Perhubungan Awam yang MAS dan kerajaan berikan kepada masyarakat sejak tragedi itu.

Setiap media conference, setiap temuduga wartawan, jurucakap MAS, atau kerajaan sendiri berusaha memberikan maklumat yang secukupnya. Itu kita hormati sangat. Kita kagum juga kerana sekurang2nya mereka berani tampil dan salurkan maklumat yang sedikit itu. Kita faham situasi mereka. Kita sebagai masyarakat rasa macam ada yang mereka sembunyikan. Kenapa nak rahsiakan..betul tak?

Biarkan mereka.

Mereka tahu tugas mereka. Apa2 sahaja anggapan yang tiada kepastian, tak harus disebarkan. Secara kasarnya, mereka sendiri tiada kepastian dan jawapan tentang apa yang berlaku.

Cuma kita kurang puas hati dengan pengucapan awam mereka. Bercakap, memberi laporan, menjawab soalan semuanya dengan ayat, susunan bahasa, pronunciation yang sangat lemah.

Sangat memalukan.....

Ada juga yang membaca dari helaian kertas, puuuun tersekat2, tergagap2 dan baca main langgar segala intonasi.

Maklumat yang disampaikan pasti akan terganggu. Kredibiliti mereka sendiri pasti tercalar. Imej korporat yang di wakili mereka juga pasti pudar. Dah lah dengan masalah kehilangan itu sendiri kan... Kalaupun ada yang kurang selesa berbahasa Inggeris, apa salahnya bercakap saja dalam Bahasa Melayu. Sediakanlah translation. Atau minta translator yang baik menyampaikannya. Mereka boleh 'masuk' dalam sesi soal jawab saja.

Tindakan Emergency Response Perhubungan Awam MAS sangat baik. MAS memang antara syarikat yang mempunyai kekuatan Perhubungan Awam yang sangat mantap. Syabas.

Cuma itu lah. Pengucapan awam mereka agak memalukan. Itulah saja. Cuma itu. Mereka sekarang menjadi tumpuan dunia. Dengan tragedi buruk ini, janganlah 'menumpangkan' keburukan yang lain sekali.






English Version


A very good day to everybody.

It's Friday. The 7th day of us praying that they will come back. Safe and sound.

I knew nobody on the plane personally, but my Human Resource friend is grieving now. She sent a group of her workers to Beijing for a training. I can imagine if it was my staffs. I would surely glued to MAS until every piece of them come back to us.

I will discuss about the employees on board some other time. For the search, let the experts doe their job. We will continue pray and hope....

Life goes on. Maybe we could learn a lesson or two from this tragedy.

I would like to express my thoughts about the Public Relations Skills presented by MAS people and the Malaysian government officers and ministers.

It's not about them not giving enough information because as far as we concern, they are trying their best to share all of the confirmed information. Only the confirmed news. I am very sure, in the operation room it is a typhoon blowing and spinning all agencies, departments and every single person. They hardly sleep and they hardly eat just because the needs for this operation is on top of the priority.

Certain information is best to be kept closed first. It is to control from further panic actions from the public.

They are doing an excellent job here. So let them continue doing their best because from what I knew, MAS is one of the organisations that have the best PR department so far.

Oh yes, I graduated from Communication Degree and PR was one of my major. My best friend served her service in MAS PR department during that time.

But I got sad. I feel bad and ashamed that the speaker of the news in the media conferences didn't projected a good public speaking skill. The grammar, the pronunciation, the intonation and the fluency of the speeches are all bad. It effects the delivering of the message, reflected the image of their organisation and of course us as Malaysian as a whole. Malaysia is now the center of the world's attraction. This is the time that we patch our ugliness with a small beauty on surface.

I rest my case.





.


Read More
Assalamualaikum.....

Cerita pasal semalam lah yer....

Seminar dari Jabatan Perusahaan. Tahu tak apa fungsi jabatan nie?



 Sesiapa yang menjadi pekerja swasta WAJIB mengenali fungsi jabatan nie. Kalau kena tipu atau buli dengan majikan, tak semestinya anda kena cari Jabatan Tenaga Kerja semata2.


Seminar tentang PLWS iaitu Performance Linked Wages System. Kebanyakan syarikat dah ada sistem masing2. Maksudnya menilai kualiti kerja pekerjanya setiap tahun untuk kenaikan. Kementerian Sumber Manusia menggalakkan majikan2 untuk memberi kenaikan gaji dan pangkat kepada petugas masing2 secara adil dan saksama dengan menghubungkan nilai kenaikan itu dengan prestasi kerja petugas. Maknanya, petugas tak dapat kenaikan automatik berdasarkan seniority atau pun kejadian kipas mengipas bos masing2.

Tapi, untuk syarikat yang masih belum ada sistem ini, Jabatan Perusahaan telah pun menyediakan sistem yang percuma untuk di guna pakai. Terutamanya untuk syarikat dari industri kecil dan sederhana, sistem ini akan memberikan faedah yang banyak dan memudahkan pengurusan tenaga kerja.

Ok..banyak menceceh. 2-3 hari ni, mungkin tak update lah... Kan ke nak pergi JB esok kan...hehehehehehehe....

.



Read More
Assalamualaikum.....

Hari ni akan sibuk lagi. Kita berada di Everly Hotel Putrajaya sekarang ni. Ada seminar. Tengah menunggu menteri datang. Jadual tulis majlis mula oukul 8.30 pagi. Tapi dah pukul 9.00 pun dewan baru separuh penuh. Ramai lagi yang lepak2 kat luar. Aduhai Malaysian....

Nanti esoklah kita cerita sikit pasal seminar yer. Tak ambik gambar food kat sini. Segaannn. Majlis rasmu...maklumlah yer.
Read More
Assalamualaikum.....

Tak kiralah kampung di JB, menetap di JB, berdekatan dengan JB, selalu ke JB, atau apa2 saja, janji anda semua boleh membantu kita...hehehehehe

Sabtu minggu ni, Insya Allah kita akan ke JB dengan hubby. Hubby ada kerja hari Isnin minggu depan di Pasir Gudang, tapi kami nak bertolak awal sikit sebab nak pusing2 dan menikmati JB. Jadi, perlukan bantuan kawan2 sekalian untuk mencadangkan tempat2 menarik dan makan2 yang best di area JB. Nak geledah blog kawan2, kita takut kita ketinggalan zaman. So, untuk latest update and news, sila lah tinggalkan komen anda di bawah ni yer.

Tempat yang dalam perancangan ialah :

1. Restoran Singgah Selalu, Danga Bay.
2. Pasar Karat
3. Kacang Phol di bomba Larkin

Setakat ni, baru itu yang terfikir. Ada tempat lain tak? Masa tak panjang, tapi yang mana sempat, kami nak cuba. Oh, jangan lupa tolong berikan direction lokasi dengan terperinci sikit yer. Maklumlah, kami ni memanggg sangat tak pandai area JB tu.

Psst, pasar karat tu kat mana yer? Macam mana nak perginya...?

Oh, kami tak bercadang ke Legoland. Tak larat mak nak menapak dik.... Lagipun Adam tak ikut.

Ok..sila..sila. Mari..mari. Sila tinggalkan cadangan anda.....

.

Read More
Assalamualaikum.....

Wah. lama sungguh tak bersiaran yer... Maaf la. Sibuk dengan berbagai2 urusan keluarga di rumah. Baruuu nak jenguk blog kejap, ada2 jer hal yang memerlukan tumpuan kita. Tak apalah, bukan selalu pun kan...

Ok, kita pernah janji nak review sebuah kedai di Kuantan kan? Hari ni kita nak tunaikan janji.

Kedai nie memang kedai yang dekat dengan rumah hubby di Kuantan tu. Kedai tom yam yang buka malam dan biasa2 jer. Kedai yang kalau lapar, makan kat sini bolehlah nak isi perut. Kedai yang bukan di pilih untuk celebrate special occasion.

Tapi.....

Kedai ni ada keistimewaannya. Tak kiralah pelanggan baru atau lama, layanannya sama. Penuh sopan dan penuh etika. Efisen. Cepat. Ada sesetengah kedai, kalau pelanggan biasa tu dia jadi over peramah dan dia abaikan pelanggan baru. Ada kedai pula, pelanggan yang biasa datang, dia layan sambil2 lewa. Tapi kedai ni tak langsung.

Ownernya dan isterinya muda lagi. Isterinya seorang wanita lembut yang berpurdah. Bila dia ambil order, walaupun hanya nampak mata saja, tapi kita tetap tahu dia tersenyum di sebalik purdahnya. Subhanallah.... Jadi, tiada keraguan tentang halalan toyyibannya, InsyaAllah. Lagi satu kan, mereka suami isteri kalau makan mesti makan sepinggan. Sweet kan....hihihihi

Mari kita tengok makanannya pula....



Antara pilihan makanan kami. Hubby suka daging masak merahnya. Oh, hidangan daging dalam piring kat atas tu, dah di ngap sebahagiannya yer..... Memang sedap. Dagingnya tak pernah liat dan keras. Lembut dan moist. Bila kunyah daging tu, terasa sosnya dah diserap oleh daging. Maka bila masuk mulut, kita tak kunyah daging yang kering dan kesat semata2. Memang sedap.

Kita pula suka sotong goreng kunyitnya. Biasanya kita suka sotong goreng tepung, tapi di kedai ni, sotong goreng kunyitnya memang meletop! Sayur2nya tak benyek. Masih crunchy lagi. Sotongnya penuh rasa rempah. Kunyitnya, garamnya, mungkin ada taburan serbuk lain lagi yang sangat memberi rasa yang berbeza pada sotong tu sendiri. Paling kita kagum, kekenyalan sotong itu sendiri sangat tepat. Tak liat dan tak hancur. Springy but yet softly chewable. Kalau nak diratah sotong itu jer, memang tak cukuplah sepiring ni.



Ini pula, kami pilih ikan bawal emas masak 3 rasa. Alamak aii...sosnya memang sedap betul. Tak ada rasa yang outstanding, semua rasa balance. Jadi kita rasda nak cedok dan cedok lagi...rasa nak ngap dan ngap lagi. Ikannya pun digoreng sempurna. Tak terlalu garing isinya, tapi cukup garing untuk dikunyah di beberapa bahagian .


Dan kami sejak kebelakangan ni, tak pernah lagi tak order keropok lekornya. Sepiring dua ringgit. Aduhai...sedapnya. Kita tak berapa suka keropok lekor yang terlalu banyak isi ikan atau terlalu banyak tepung. Tapi yang ini memang secukup rasa. Lembuttt jer. Ikannya pun terasa, tapi tak lah sampai hanyir. Dihantar ke meja panas2. Makan tak boleh guna tangan, nanti melecur. Kena cucuk dengan garfu, cicah sos dan tiup2 sampai boleh diterima oleh gigi dan lidah. Nyam..nyam..nyam...., eh dah habis? Cucuuuuk lagi dengan garfu. Sedar2, dah habis sepiring.



Ini ruang dalam kedainya. Kedai biasa. Tak ada yang luar biasa. Ruang dalamnya di cat dengan warna hijau lembut. Sejuk jer mata memandang.

Kita tak ambil gambar luar kedai sebab dah malam. Gelap. No point juga. Tapi kalau nak pergi kedai ni, lokasinya betul2 berdekatan dengan traffic light di Sungai Soi. Traffic light yang nak menuju ke Pantai Sepat.
Kalau dari Kuantan nak menuju ke Pantai Sepat, kedai ni di sebelah kanan. Maknanya kena u-turn di traffic light tu dan terus himpit kiri. Kalau dari Kempadang ke Kuantan, kedai ni di sebelah kiri. Lepas jer traffic light, terus parking di kiri jalan.

Nama kedai ni, Kedai Fendy.

Kalau ke Kuantan, setakat nak makan2 biasa dan sekadar nak mengisi perut, memang terbaiklah pilihan ni. Insya Allah tak mengecewakan....


.

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama