Assalamualaikum.....

Sejak dah mula kembali ke Melaka for good ni, kami adalah masa sikit nak bergaul dengan jiran2. Jadi bila ada gotong royong baru2 ni, sempatlah kami join sekali.

Walaupun tak berat sangat sebab kerjasama dengan Majlis Perbandaran, tapi boleh tahan jugalah penatnya.

Yang penting, kami cuba juga hadir walau ada urusan lain. Lagipun, ini gotong royong pertama untuk kawasan perumahan kami.

Seronok dapat catch up dengan jiran2 keliling rumah. Cina, India, Melayu..
 Tapi, yang wanita adalah 2,3 orang jer. Memang orang.perempuan.x join gotong royong macam ni yer? Bila tanya orang rumah jiran2, semuanya kata ada kat rumah.

Tapi, this is a good startlah at least kan..?



Nota: Ingat tak entry saya pasal anak2 joran yang suka main bola sampai lampu saya pecah? Takder seorang pun ibu atau bapa anak2 pasukan bola depan rumah orang tu yang hadir. Semua 4,5 family tu.memang kebetulan.serentak ada hal agaknya. Tapi takut2 mereka x datang sebab saya ada. Mesti diorang meluat dengan saya sebab tegur anak2 diorang main bola, kan?




.
Read More
Assalamualaikum.....

Late lunch/early dinner untuk saya dan hubby di hari kelahiran saya bulan lepas. Sejak saya meninggalkan angka 2 didepan angka umur tu, saya dah tak teruja nak celebrate. Age is just a number and I don't like numbers, hahahaha. Anyway, takut juga....dah makin banyak umur, maknanya masa di dunia dah semakin pendek. How pendek, Allah Ta'ala saja yang tahu.

Happenned to be, macam biasa, hubby tak ingat birthday saya, hinggalah adik beradik wish saya dalam whatsapp group family, baru dia teringat. Well....expected. I should not expect anything from him. As long as kasih dia untuk saya ikhlas, saya harus terima dia seadanya, walau apa pun kekurangannya atau kelebihannya.

So, kebetulan pergi LHDN office di MITC Ayer Keroh masa tu. Singgah terus;ah di Dima Restaurant ni. First time kami cuba...

Sebelah kiri ialah manisan kacang kuda. Sorry, saya langsunggg tak boleh terima. Hubby juga makan sesudu saja. Sangat manis. Kanannya tu ialah humus. Saya nak cuba humus disini. Datangnya dengan roti arab standard yang liat dan tidak berperasa tu. Tapi bila dikautkan humus ni, mak oiii..sedapnyaaaa....

Humus dia, Wangi, sangat berlemak..halus tapi ada rasa kekacangannya itu. Saya rasa saya boleh makan humus ni sepiring tu sorang.


Kami ambil mix grill ni, portion untuk seorang. Sambal colek tomato tu pedas dan masam...though tak ler pedas melampau pun. Tapi saya suka. Ada daging ayam, daging lembu dan daging kambengggg. Hubby suka daging-dagingan tu.

Lepas tu bila Adam ada di Melaka, kami makan lagi di sini. Bawa Adam pula. And dia pula tengah lapar...chicken grill half bird tu dia makan sorang dengan nasi Mandhy sepinggan. Tapi chicken grill tu dah kecut dan nipis...but still..!!

Adam suka humus tu juga. Kami sempat tapau satu Tupperware humus untuk di makan kudap-kudapan kononnya. Takder maknanya, belum sampai beberapa jam, Adam dah licinkan humus tu juga. Mula lah terfikir, memang dia tak cukup makan ke kat asrama?

Nampak Adam? Ok now cuba tengokkk...

Ayam yang dia habiskan sorang. Mama cubit sikit, papa forked out a bit. The rest...khalas.

Humus yg jadi rebutan dan igauan.

Akhir sekali, mix grill again. 

Verdict......sangat memuaskan.


Read More
Assalamualaikum.....

Lunch hour tadi, cepat2 keluar ofis. Nak pergi servis kereta yang rutin tu. Masa belok masuk simpang ke kawasan workshop tu, ada sebuah motosikal meluru nak keluar simpang, tapi dia masuk jalan saya. Saya putar steering mengelak dia, tapi saya tak sedar ada tembok longkang...

Itu temboknya di simpang tu.
Kuat juga sebab saya melantun semula dalam kereta. 

 BBerhenti tepi tu, tengok tayar dah pecah. Sedihhh sangat.

 Since dah dekat dengan workshop, call mechanic tu. Dia datang tukarkan tayar spare dulu.
Lepas selesai servis, pergi kedai tayar pula. Buat alignment. Masalahnya hati dah rasa tak sedap sbb teruk betul kendalian steering dan ada bunyi bila tayar berpusing.

Sah, kedai tayar confirmkan, under arm dah bengkok.

Inilah rupa bahagian underarm yang dah bengkok tu. Sedih kan.... Barang yang kecik, tapi kalau dah nama barang otomotif, memang harganya 2,3 digit juga la.

Kalau dah bukan rezeki, tengok jerlah wallet makin menipis dengan pantas dan tangkas.
Tapi, tulah kan. Mujur wallet berisi walau nipis.

Yang penting, bersyukurlah....




.
Read More
Assalamualaikum.....

Sejak dah menetap kembali di Melaka ni, setiap malam kami dating makan di luar. Apa taknya, tiba di rumah dah masuk maghrib. Dengan letih kerja, dengan letih merempit sejam lebih, saya mmg tak larat nak jenguk dapur.

Kami pula hari tu mencuba kedai yang berhampiran dengan UiTM Lendu di Alor Gajah ni.


 Yang paling femes ialah char koay tiawnya. Wah, mmg sedap rupanya.

Saya pernah cuba mee hun sup dia. Memang sedap juga.

Nasi goreng ayam ni feveret Adam. Tapi memang ramai juga yang order menu ni selalu.

Mihun goreng yg simple, tp macam homecook masa kecik2 dulu. Sayur banyak. Saya suka.

Inilah kedainya. Ayang station. Diusahakan oleh.suami isteri. Suami memasak, isteri jaga kaunter dan bancuh air. Ada anak saudaranya yang ambil.order dan hantar pesanan.

Bukan Indon, bukan Siam. Ori orang Melaka bebbb...

.


Read More
Assalamualaikum.....

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menganjurkan karnival Ambang Ramadhan sebagai satu motivasi bagi kita mulaka amalan dari sekarang bagi merebut pahala dalam bulan Ramadhan nanti.

Antara acaranya ialah pertandingan hafazan ayat2 lazim untuk anak2 dan saudara baru.

Yang masuknya, Firdaus atas tiket anak saudara baru.


Ini sesi dewasa... Macam2 ragam boleh dilihat. Saya kagum dengan saudara baru yang hafadzan, bacaan dan tajwidnya jauh lebih baik dari sesetengah Melayu Islam kita sendiri.


Ini sesi kanak2. Turn Firdaus, dia dapat cabutan untuk surah Al Maun, Humazah dan Al Fiil. 

Keciknya kanak2 perempuan ni. Tetap yakin menjawab.

Ini paling kecik. Tenggelam dalam kerusi. Anak masyarakat Asli, tapi bagus bacaannya. 

Firdaus hanya dapat tempat ke 3. Bolehlah. Happy juga dia. Itupun sangkut masa surah Humazah, dia nervous. Kali pertama dia join. Bolehlah kan...

Apa pula perancangan anda menyambut bulan berkat nanti? Sama2lah kita memeriahkan dengan amalan. Peringatan utk diri saya sendiri juga.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Dah pernah buat entry tentang kedai ni sebelum ni, tapi lately ni hubby pun suka pula makan di situ. so, share ajer lah lagi sekali gambar2nya...


Kalau dari Klebang menghala ke Tg Kling, confirmmmm jumpa.

deretan lauk pauk yang kaler merah....

Yang ni kaler kuning pula..

Ini, area sambal. Sambal tumis, sambal cili padi...


Ini sambal dan pencicah pula. Air asam, sambal belacan, cencaluk, budu...semua ada dikkk...


Siapa nak coti2 di Melaka? Masukkan dalam list...ada ikan bakar sekali...tapi setakat cencaru, kembung dengan keli jer laa...

.
Read More
Refer kes semalam. Saya dah call, dia tak mengaku. Dia kata tukang masak masak sendiri, then diorang shoot gambar sendiri.






Rasa macam nak print bebanyak kisah dia ni and tunggu depan restoran dan sebarkan tentang pembohongan dia.

Basically saya belum pasti apa tindakan seterusnya. Yang pasti, itu nasi ayam saya...!!!!


.
Read More
Assalamualaikum.....


Ada kat SINI...

Tapi tiba2 jumpa yg kat bawah ni....


Siaplah....grrrr...




Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama