Assalamualaikum.....

Minggu lepas, adalah minggu pertama persekolahan. Setiap hari (2 hari jer pun) bila Adam sampai rumah dari sekolah, mak pasti tanya : "Any news at school today?".  Hari pertama, Adam geleng2 kepala.

News tu, maksudnya ialah apa2 perancangan sekolah untuk UPSR ke, atau keputusan UPKK ke...atau apa2 sajalah. Owh, negeri2 lain dah beri keputusan UPKK sebelum sekolah bermula lagi, tapi N9 memang lambat betul.

And, pada hari Jumaat, Adamnya akhirnya angguk kepala kepada soalan neneknya.

Mak dah berdebar2.

'What news is that?' Mak tanya.

Adam cebik muka, muka sedih, muka toya sambil buka kasut, buka stokin dan letak beg sekolah.

Sampai depan nenek, dia hulurkan ini....


Sambil hulur tangan untuk ambil kertas ini, nenek tanya lagi : "What is this?"

Adam kata , "UPKK."

Nenek tak nak tengok, nenek tanya terus : "Berapa?"

Adam buat muka sedih, "7A 1B."

Nenek terus nangis, rangkul Adam dalam pelukan sambil menyebut :

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

"Cucu Nek pandai yer.... Syukur Alhamdulillah."

Adam peluk nenek juga dalam linangan air mata gembira.


Setengah jam kemudian, Adam angkat gagang telefon. Selepas mendail, dengar suara sebelah sana menjawab. Adam kata : "Ma, abang dah dapat result UPKK."

Mama di KL tanya : "Dapat apa?"

Adam jawab jawapan yang sama diberi pada nenek.

Mama di KL terus mengucapkan syukur.

Dan sehingga sekarang, mama masih rasa terharu dan sebak di atas pencapaian itu.


Ok...ok...end the drama.


Maaflah kalau ada di luar sana yang rasa meluat. Eleh, ada juga B. Atau ada yang kata, ingatkan dapat straight A!. Yer, kita mengaku, itu kelemahan diri kita. Maafkan mama, Adam. Mak, maafkan orang. Subjek Adam yang dapat B ialah Lughatul Qur'an iaitu Bahasa Arab. Kita tak cukup berusaha untuk beliau mahir dalam Bahasa Arab sebab kita sendiri pun hanya tahu sedikit asas sahaja.

Hmm...kita tak memberi harapan yang tinggi sangat pada Adam. Kemampuan dia sering tidak dapat dijangka. Ada masa dia boleh cemerlang, ada masa dia sederhana dan ada masa dia merudum jatuh. Jadi, tiada pengharapan yang tinggi.

Untuk UPKK, Adam belajar dalam keadaan kami sibuk dan tak mengendahkan dia kerana risaukan Ba di hospital. Kelas karate, kadang2 tuisyen pun terpaksa di abaikan sebab atok Ba nya yang sedang tenat di hospital.

Dan syukurlah Adam tinggal bersama mak dan ayah. Dalam pada kita terkejar2 menguruskan mereka di Melaka, Adam sekali tidur di hospital, tapi bila hari sekolah, mak pulun ajar dia dan bantu dia mengulangkaji semaksimum mungkin. Mak make sure Adam menghafal segala ayat dan doa, segala fakta sejarah, segala turutan adab dan sebagainya. Sehinggakan dah tiba di atas katil untuk tidur di malam hari pun masih lagi mereka bersila sambil memegang buku.

Atuknya pula, tak pernah lelah, tak pernah mengeluh untuk hantar, ambil, hantar lagi ambil lagi ke sekolah, ke kelas KAFA, ke tuisyen, ke kedai buku, atau sekadar melayan tekak Adam yang nak makan fast food.

Terima kasih Mak dan Ayah.....


Dan Adam, kita sering ucapkan pada beliau, sasaran kita hanyalah 5A sahaja sebenarnya. Dapat 5A pun syukurlah sebab kami pun tak jangka kemampuan beliau begitu. Rupa2nya, rahmat Allah itu ada untuk kami semua. Alhamdulillah.

Adam secara peribadinya juga dia sasarkan 5A sahaja...walaupun dia cuba yang terbaik. Sebab selama ini pun, keputusan UPKKnya tidaklah berapa cemerlang memandangkan kami lebih memberi tumpuan kepada akademik pagi.

Di sekolahnya pada pagi Jumaat itu,  cikgu minta semua pelajar darjah 6 berkumpul untuk memberikan slip dan ucapan tahniah dalam satu majlis ringkas. Pelajar yang memperolehi straight A iaitu 8A ada 3 orang. 2 orang pelajar perempuan kelas Adam dan seorang pelajar lelaki dari kelas sebelah. Bila diumumkan untuk 7A, rupa2nya hanya Adam seorang yang menerimanya. Untuk 6A ada lebih kurang 8 orang dan untuk 5A agak ramai juga kata Adam.

Adam memang terperanjat la bila namanya dipanggil untuk 7A.

Tapi, kita tak pasti sama ada pencapaian sekolah yang menurun, atau memang UPKK agak sukar untuk tahun peperiksaan Adam. Sebab tahun sebelumnya, untuk 8A, ada 7 orang pelajar dan untuk 7A pula ada 8 orang pelajar yang memperolehinya. Berbanding dengan tahun ini, hanya 3 orang 8A dan seorang 7A.

Apa-apa pun, kita harap Adam akan lebih berusaha. Sekurang2nya untuk UPSR, kita idamkan dia mengulangi sejarah kecemerlangan mama dia dulu. Tapi, kalau tidak pun, kita tetap bersyukur kerana Adam adalah satu anugerah yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan kami sekeluarga.

Dan, inilah rezeki Allah kepada kami. Dalam pada kami semua berbakti untuk Mommy dan Ba, berbulan2 kami agak payah dari segi financial dek kerana menguruskan Ba, tambahan lagi kita yang bercuti tanpa gaji....Allah balas dengan rezeki kejayaan Adam. Rezeki Allah yang tak mungkin dapat dibeli di mana2. Untuk anda semua, jangan takut berbakti kepada ibu bapa anda...hatta anda tinggal sehelai sepinggang pun, pasti Allah akan balas dengan berlipat ganda. Dengan syarat, ikhlaskan pengorbanan anda. Insya Allah.

Oh, tak ada hadiah. Sekadar belanja dia makan jer. Bila tanya nak makan KFC ke, geleng. McD, Pizza Hut, ikan bakar...semuanya dia geleng2. Sudah...nak makan apa?

Esok kita cerita yer...

.



Read More
Assalamualaikum.....




Read More
Assalamualaikum.....

Adam dan Firdaus memang dah lamaaaa sangat ponteng kelas karate. Apa taknya, asyik ikut kami ke hospital jer kan. So, sementara ada masa terluang selepas Ba meninggal, dia kata nak pergi. Baru 2 kali kehadiran, master dah masukkan nama dia untuk tournament di MMU Melaka. Penghujung bulan Disember yang lepas acaranya.

Dah lama sangat tak pergi..skill dah hilang. Yang hilang tu pun tak seberapa. Tapi kita rasa Master dia saja nak bagi pengalaman saja pada diorang.


Bila first match, kanak2 umur 7-8 tahun....kita mula rasa nak lompat keluar dari dewan jer. Uishh...diorang nie semua tangkas2 belaka. Habisla Adam. Memang takder harapan la....


Atok dan Nenek dari PD bersemangat datang nak tengok live cucu berkarate. Nenek dan Atok memang tak pernah tengok Adam karate. Atok mengantuk sebab stay up tengok bola malam tadi. Dewan pula ada air cond. Sejuk jer. Selimut dengan sweater, pakai ray ban, dia bantainya tidur atas kerusi tu...hehehehe

Ok, dah mula beratur. Adam dalam team Aka (merah) dan orang pertama lawan.

Kasi tunduk hormat semuaaa.... Haiittt.

Adam baru yellow belt. Dah 2 tahun yellow belt sebab dua tahun juga tak datang kelas. Hahahahahha. Dalam 2 tahun tu, adalah 4-5 kali jer datangnya.

Lawannya pula, belt purple. Rasanya selang 2 atau 3 level dari Adam. 

Adam kalah la... 2-6. Walaupun tak teruk kena bantai, tapi sangat lawak ok. Dia macam kucing mencakar...hahahahhaha. Audience ketawa dalam senyum. Kita dah dok ket tepi pintu dewan dah...senang nak chow nanti...hahahahhahaha. Apa punya ibu laa kita nie kan. Masalahnya, Adam tu bila orang nasihatkan suruh itu ini begitu begini, dia cakap besar. Boleh buat lah..don't worry lah..itu lah..ini lah... Ha..kan betul. Dahlah tu...bila ada karate class, dia MALAS nak pergi bila boleh tu. Tambah lagi ada hasutan syaitan papa dia yang suruh rehat kat rumah bergelumang dengan papa depan tv atau tolong papa berkebun. Budak asyik ponteng, nak diharapkan menang pertandingan... memang tak lah kan.....

Dalam apa jua bidang sekali pun, elemen yang penting ialah USAHA, DOA dan TAWAKKAL perlu ada. Kes Adam ni, tawakal jer yang dia ada...hahahahha.



Anyway, kita harap ini boleh jadi salah satu pengajaran hidup untuk dia membesar menjadi seorang muslim cemerlang.

Berusaha dengan gigih, ikhlas menuntut ilmu Lillahi Ta'ala dan sentiasa merendah diri. Kena ingat, setinggi mana ilmu kita, masih ada orang lain yang lebih berilmu lagi. Walau apa pun, usaha tetap perlu di samping tawadduk. 

This year, banyak ponteng lagilah. Nak UPSR dah nie.... Weekend pun penuh tuisyen dan kelas tambahan. 

.



Read More
Assalamualaikum.....

Murni ni bukannya manusia. Murni yang ini adalah restoran. Cawangan restoran William kat SS2 tu...dia punya kedai2 semua dinamakan Restoran Murni sekarang.

Salah satu cawangannya dekat dengan opis. So, bila hubby ada, atau Adam ada, kami makan2 kat sini jer. Makanan sedap, portion besar dan harga berpatutan la juga... Pilihan pun sangattt banyak. Selain daripada western, ada Japanese, ada Chinese, Mamak food dan even ada nasi campur kat sini.

Kita punya : Arabiatta Spaghetti with Salmon. Gila berasap pedasnya. Giler sedap lah. Tapi, tak habis.. apa lagi. Tapau laa.

Hubby diet malam tu. Dia makan ayam panggang pandan semata2.



Minggu depannya kita makan dengan Adam pula...

Kita hanya minta mee goreng biasa jer. RM5.00. Tapi Masya Allah..sedapnyaaa. 
Tak habis lagi. Makan suku jer. Yang lain tapau. 


Adam minta Spaghetti Seafood Olio. Habisssss....!

Dia memang sukaaaaa makan di Murni sebab spaghetti kat sini memang ngam dengan selera dia.





Read More
Assalamualaikum.....

Belum pun dua bulan berlalu sejak Ba meninggalkan kami semua. Buat masa ini, setiap hujung minggu, kami tetap ziarah beliau di persemadiannya. Bukannya apa, kena tengok selalu sebab takut tanah tu mendap. Bila tanah mendap, kami kenalah top up kan sikit2. Sementara menunggu nak buat batu nisan. Biasanya lepas 3 bulan, tanah dah betul2 kuat, barulah buat nisan dan kepuk kubur.

Bila pergi, Mommy selalu bawak hirisan daun pandan dan bunga2 untuk tabur. Bukan untuk apa2, sekadar melepaskan rindu dalam hatinya selain kiriman doa dan ayat suci.

Hubby rajin petikkan bunga. Di rumah kami, ada 2 jenis bunga yang harum. Bunga melur dan bunga kenanga. Hubby yang tanam. Kat laluan depan rumah pula, ada pokok cempaka yang selalu berbunga. Selalunya memang ada jer bunganya. Pokok ini di tanam oleh Majlis Daerah Alor Gajah.



Yang kuning, bungan cempaka.. Yang putih dan hijau ialah bunga kenanga.

Letak dalam kereta sementara sampai rumah Mommy, harum semerbak wanginya.

Adam selalu kena pegang plastik sementara papa petik bunganya.

Nampak tak atas kepala Adam...banyak bunganya kan.

Read More
Assalamualaikum.....

Kita dengan hubby walaupun jauh, tapi kami sering berbual. Berbual sampai detail, makan apa lunch, minum air apa dan sebagainya. Kadang2 hubby keluar dengan kawan2nya dan makan di kedai pilihan mereka. Kadang2 bila tak sempat keluar, hubby makan di kantin kilang jer. Ish, lauk2nya memang sedap2 la kan.

Gulai ikan pari


Pajeri nenas

Pucuk manis dan labu masak lemak

Tak pasti pula. Macam ayam masak merah jer

Ikan goreng berlada

Telur masin, ikan goreng, kentang dan akcang tanah bercili, ikan masin goreng bercili.

Sambal belacan

Singgang ikan tongkol


Biasanya kantin di kilang2 memang menunya sedap2. Kilang tak ada kroni. Kalau tak sedap, tak bersih, kontrak dihentikan. Tapi selepas 2 tahun, kenaaaa tukar orang lain. Tapi kadang2 kantin di pejabat2 kerajaan, di sekolah2, dok laaa orang yang sama berpuluh tahun. Menu yang sama, kualiti makanan yang menyedihkan dan kebersihan yang ala kadar. Aduhaiiii.....

.
Read More
Assalamualaikum.....

Satuuuuuu jer yang utama. Yang mengganggu perasaan dan fikiran sejak beberapa tahun nie. Selalu buat kita resah dan gelisah. Walaupun banyak cita2 yang nak dicapai, tapi kita tak strictkan untuk dicapai dalam tempoh setahun. Cita2 untuk meningkatkan kualiti peribadi ni, agak subjektif. Kita tak setuju untuk paksa diri, tapi lebih selesa kepada membentuk diri mengikut kemampuan diri.

Tapi.......

Cita-cita yang satu nie, memang kita akan usahakan.

Kita nak ada a small corner untuk home office.


Kalau pun tak begini...





Atau library best begini... (without the piano)




Atau library impian begini....





Atau library plus corner workstation di tepi tingkap (dan katil) begini....





Atau sekadar rak buku yang tinggi untuk isi buku2 yang banyaaaakkk






Atau yang macam kitchen cabinet ni pun kita sukaaaa juga....






Atau a simple and blank macam nie pun ok....





Tapi kalau dapat kaler hijau putih set begini lagi kita bahagia...




Percaya tak, rumah kami langsungggg tak ada rak buku. Plan asal hubby ialah nak buat built-in shelves la kan...tapi masalahnya kami ni asyik ke hulu ke hilir jer. Selain daripada tu, budget constraint juga. Masalahnya bila ada budget, hubby lebih cenderung ke arah lain. Aduhaii, sedihnya. Kita sangat suka buku. Sayang sangat dengan buku2 yang ada. Bila kahwin, semua buku2 kami sejak zaman study tu, parents kami serahkan. So, memang banyak. Nak jual, nak recycle? Oh...no, no, no...! Never! Banyak tu ilmu yang boleh di rujuk semula. Sayanggg sangat. Nowadays, just letak dalam kotak2 jer. Setor rumah dah tak boleh masuk sebab penuh dengan buku yang diletakkan dalam kotak. Kita risau lagi lama tunggu, buku2 tu akan rosak.

Kita pernah suggest kat hubby nak beli rak biasa2 tu untuk temporary solutions. Lagipun banyak filing nak kena buat. Income tax lah yang paling penting selain daripada dokumen2 rumah dan kereta. Bila tak ada rak, susah nak cari.

Kita pula jenis yang serabut kalau tak ada proper documentation. Bila sana fail, sini buku, kita jadi tension sangat. Brain blocked terus. Minda beku gitu... 

So, azam tahun ni, kalau hubby buat tak tahu juga, kita akan berusaha untuk beli sekurang2nya yang macam kat bawah ni........


 Ok apa untuk permulaan....kan?









Read More
Assalamualaikum.....



Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama