Rabu, 23 Februari 2011

Betul ke Tertinggi..?

Assalamualaikum..meh masuk sekolah semula. Tadi keje..now sekolah plak. Sah laa blog caca marba...hahahah.
Entry nie pasal kejadian tahun lepas. Alkisahnya..masa we all sibuk2 nak uruskan hubby nyer new job placement kat Kuantan...dah hujung thn. So, final week of school tu, Adam tak pegi sekolah. Result semua dh dpt..and aku pun dh inform sekolah. Campur pulak dengan cuti Raya Haji.

One fine day in the week before that, Adam balik ckp dia ada dpt hadiah utk highest mark. Aku tanya subjek apa? Dia kata mestilah Sains. Ok...Alhamdulillah..aku peluk cium dia. Sbb sains dia masa tu dapat 97%. Tapi aku dalam hati cuak gak. Dulu2 masa darjah satu x der pun dia citer pasal hadiah2 highest mark nie. Tapi.. nak confident lagi...next weeknya, call la cikgu kelas dia. Cikgu dia kata bukan.

 Ha...BUKAN!!? Bukan Adam dapat highest mark Sains.

Cheiss..aku dah jeling dia dah...dia dh berkerut muka dah. Yer la..call cikgu dia aku pasang fon speaker. So dia dengar la. Tapi..cikgu dia kata dia dapat highest in English. Eleeh....cikgu nie sajer nak kelepet aku la nie.. aku kata dalam hati. Sbb aku argue..english dia dapat 89% jer. Dah ler tu..masa mid term bila aku jumpa cikgu dia.. (class teacher dia English Teacher, dah nak pencen dah), cikgu tu siap kondem Adam lagi. Dia kata Adam nyer English kampungan....tak mcm anak murid dia kat pekan yg blajar tuisyen dgn dia.. walaupun aku rasa English Adam masa tu x pernah bawah 90%. Dah final dia dapat 89%, ha, betulla English Adam dah merosot kot.

So, bila ckp dgn cikgu tuisyen Adam pasal hal nie...cikgu tusyen ckp.. : It's possible. That mark is considered high. It's because the final exam paper was prepared by the Jabatan, not the school. And my tuition class students from other schools can barely touch 80%.

Owwhh...ye ker.? Cikgu tuition plak yg explain..cikgu kelas explain sambil lewa jer. Tp aku tetap tak berapa nk percaya. Adam kata nnt dpt hadiah. Ye ker...?

So, naik sekolah arie tu, masa first week, ada perhimpunan sekolah. Diorang announce nama students yang dpt highest marks nie and ambil hadiah. Wa...betul laa..Adam really scored highest marks. Yey...Syukur Alhamdulillah.

Hadiah ala kadar, tapi penghargaan tu yang penting dalam menaikkan semangat pelajar dan ibubapanya...

Bolehlaa....sekolah dia pun, sekolah luar bandar jer. Maklumla, duduk dengan atuk nenek kat kg. Lepas nie, aku janji nak bagi hadiah kalau dia dptkan semua subject marks 90% and above. Sajer nak umpan. Dulu2 umpan soh dapatkan no 1,2,3 x berjaya. Makanya, turunkan sikit spec...maybe kemampuan dia belum tercapai lagi. Tak nak dia pressure pulak.

Kekaguman aku ialah pada budak yang score highest in Sains tu. Adam dah 97%, budak tu mesti dapat 100%. Uisshh....hebat..hebat...

4 thoughts..:

ab@h_Izz berkata...

wah..tahniah, this year mesti dia boleh score lagi untuk semua subjek..
-sikit jer tu bezanya 100&97...ramai yg pandai bebudak sekolah sekarang ni ye..

FasiHaH SupiaN berkata...

wah akak, anak akak pandai lah...semoga dia terus berjaya...!

Aziela berkata...

Amiin....kalau boleh score lagi tu Alhamdulillah tu ab@h_Izz. Tp tau la bebudak...diorang nie kenkadang ada mood. Tp mmg betul laa..bebudak skang nie pandai2 nyer...baru sekolah rendah..blajar dh mcm masuk U... Cucu kita sok mcm mana laa agaknya kan...

Aziela berkata...

Fasihah... terima kasih la. Tak la pandai sangat..Alhamdulillah. Sekolah luar bandar..competition tak berapa tinggi. Tp yang akak kagum tu, dlm usia muda mcm nie, nampak sangat dia berusaha untuk score. Dlm kereta pergi holiday pun buka buku buat latihan...siap survey around tanya tempat tusyen and dia sendiri request tusyen dari akak. Akak dulu..kalau parents soh, baru gie..kalau tak..buat derk jer..tgk kartun kat rumah. Ehmmm Fasihah..UIA glemer la hari nie..masuk Utusan pasal pilihanraya...hehehhe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink