Selasa, 10 Mac 2015

Ayam Masak Lemak Dengan Daun Puding

Assalamualaikum.....

Dah lama betul kami sekeluarga tak makan daun puding ni. Daun puding ni, bukan yang hiasan punya tu. Ianya memang khas untuk masakan. Tapi susah juga nak jumpa.

Saya jumpa daun puding ni masa pergi ambil Adam di asrama, hari Ahad pagi. Ada pasar tani di Kuala Klawang masa tu. Beli seikat, seringgit saja. Banyak betul seikat tu. Saya bawa balik PD, kebetulan adik beradik saya semua ada di rumah mak masa tu.

Rupa2nya masa saya wassap adik, surih tanya mak dia nak ke daun puding ni, mak dah seronok sakan sebab bukan selalu jumpa.

Sampai rumah, ngam2 mak tengah masak ayam masak lemak cili padi, tapi versi pekat yang kuah sikit tu. Kami panggil menu ni, pindang walaupun pindang org lain ala2 kuah sup kan.

Mak pun, terus basuh daun tu. Bila santan dah mendidih, terus la taburkan daun tu dalam kuali rata2 dan gaul sampai lembut. Perghhh....memang sedap. Lembut macam jeli, tapi masih crunchy. Lemak2 jer daunnya tu. Memang sedap...

Inilah rupa daun puding tu. Selain masak lemak, ada yang buat rendang juga. Masak ayam rendang campur daun puding ni....perghhhh....sedap melampau ok. Silap2 daun dulu habis dari ayam.


.

13 thoughts..:

asyifa mustaffa berkata...

Di kg asben sy bnyk pokoknya kak...pnh nk cuba tanam...dah besar terpatah btangnya...lnsung mati....

buat rendang cili api pun sodap! Hehe...

Nurzakiah Hanum berkata...

sedapnya

Mrs Velentine berkata...

resepi baru eh kak ..nampak sedap yummy

Norma NML berkata...

Seriously 1st time dengar..mcm menarik je :)

Daddy Ziyyad berkata...

Ok, ini adalah unik!

1st time saya dengar.
Adakah ianya masakan tradisional org N. Sembilan kak? Sebab wan saya ( orang Rembau) tak pernah pulak buat kan masakan ni utk cucu cucunya...hahaha...dan mak mertua saya, orang Nilai, pun tak pernah buat , kot? :)

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Ghumah makcik akak (sebolah ghumah jo) ado pokok puding ni. Bilo2 teghaso nak buek ghondang ayam.. poei potik dah tu boh jo la dalam ghondang.

Memang best.. kan kan..

lieyalatif berkata...

lieya penah tgk org buat rendang kak daun nie...tapi mmg tak penah makan.... mcm2 ala daun maman tu kan kak lieya pun tak penah mkn tapi selalu dengar org citer...

Rai OurKizuna berkata...

tak tau la pokok puding yang akak guna ni sama tak dengan pokok puding yang saya bayangkan.. kat rumah mak banyak pokok puding.. saya ingatkan tak boleh makan..hahaha...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

akak tahu pokok puding hiasan tu.. & puding pencuci mulut jer. Isk! Sedap sgt tu ceritanya Ziela.. sedap macam daun turi atau pucuk manis masak lemak jugak ke??? kalau masak daunnya jer mcm kita masak lemak sayur tu, ok tak?

che mid berkata...

Ala..macam mana nak rasa ni..teringin la pulak. Seumur hidup tak pernah tau tentang daun puding ni

aizamia3 berkata...

serius saya tak pernah cuba..
nanti kalau saya datang umah akak, boleh request masak daun ni tak.. hehehe..

Dr Singa berkata...

saya tau pokok puding yang buat hiasan tu je..

mamawana berkata...

Assalam.

Tak pernah tahu dan negok plak daun puding utk masakan ni... mesti sedap resipi ni

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink