Selasa, 31 Mac 2015

Hidangan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum.....


Banyak juga undangan perkahwinan kan. Kalau pergi tu, macam2 jenis makanan yang ada. Kalau tak mengikut piawaian, kita diam saja lah...bukan tuan rumah yang masak pun. Lagipun, siapa lah yang nak hidangkan makanan tak sedap, kan. Cuma mungkin bukan rezeki kita untuk dapat makanan sedap masa itu.



Tapi, masa perkahwinan anak sepupu saya yang saya tak rapat langsung dengan dia sebab duduk berjauhan, Mak Ngah saya telah top up pulut kuning dengan sambal tumis udang ni daripada hidangan yang disediakan oleh caterer. Aduhai....terbayang2 lagi sampai sekarang. Mak Ngah kalau masak, memang terbaik lah....

Yang saya kagum, Mak Ngah saya dah tak larat...dah kurang sihat. Umur dah lanjut. Bila berjalan, guna tongkat melangkah perlahan2. Tapi sungguhlah, additional kasih saying yang menjadikan semuanya sedap. Lagipun, ini perkahwinan cucu pertama beliau.

Oh, pengantinnya ringkas, majlisnya ringkas. Doa, MC dan selawat semuanya diuruskan oleh adik beradik lelaki beliau sendiri. Saya suka....


.

5 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

simple

lieyalatif berkata...

tu beza masak dgn kasih sayang dgn masak nak dpt kan keuntungan kan kak....

alamak terliur lieya tgk pulut kuning tu kak...tapi tgk sambal tu terus bedenyut2 ulser lieya kak....dpt yg besar berlekuk kali nie...seksa menahan bisa ulser nie.... siap bengkak bibir tepi ni hah hohohohoho.....

arini lieya buat cite pasal kenduri kawin anak buah kak...masakan mmg marbeles sedap....

aizamia3 berkata...

Agak lama tak makan pulut kuning.. bila dibuat dengan kasih sayang pasti rasanya lebih sedap dari biasa kan kak.. ;)

ANIM berkata...

ikut hati memang nak masak sendiri kan dalam kenduri kendara
tapi banyak faktor yang membantutkan..
sure pulit kuning dan sambal udang tu yg habis dulu..

Kakzakie berkata...

Ramai yg dah buat simple sekadar membuat menuntut apa yg syara' aje. Tak membebankan. Bagus..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink