Jumaat, 20 Mac 2015

Roti Naan Pak Putra Yang Famous di Melaka

Assalamualaikum.....

Ini, memang dah ramai yang pergi try. Tapi kami yang memang orang Melaka ni tak pergi2 pula. Tercabar pula rasa. So, one fine day, pergilah dengan Mommy dan kami sekeluarga. Wah, memang sedaplah roti nan dia. Memang lembut and cheesy. So, minggu lepas saya ajak hubby pergi lagi. Kali ni kami pergi dengan Adam sebab yang sebetulnya, mamat ni yang mengidam. Kat asrama takde, katanya. Nampak tak politik dia kat situ?


Dapat meja betul2 depan kedai, depan tempayan2 pembakaran. Dapat snap gambar macam yang kat atas ni, kira ok lah sebagai panduan kan? Tapi yang sebenarnya, buka jer Waze tu dik...confirm sampai depan pintu kedai.


Walau dok depan tempat pembakaran, tapi malam tu angina banyak. So, tak ler rasa berbahang sangat. Tapi seronok juga tengokkan diorang memproses order berbagai2 jenis roti naan dengan pantas, cekap dan sambil having fun.

Yang ini, saya punya. Roti naan potato with cheese. Tebal, lembut dan mengenyangkan. Sedap betul. Kentangnya empuk, berpadu dengan cheese yang tidak memualkan. Just nice....

Kami order lauk tambahan. Ada chicken butter yang kanan sekali tu...jadi fevered Adam dan potato apa entah, dengan udang pedas yang hubby order. Banyak...sampai jenuh nak menghabiskan...


Adam order naan garlic cheese. Nampak tak ketulan2 garlicnya? Fresh...jadi bila di bakar, baunya sangat harum. Tak cukup satu...dia tambah lagi sekeping. Memang lepas geram betullah dia. Papanya hanya order naan biasa, dua keeping juga sebab dia suka makan dengan ubi kentang kuning tu.



Ha, Nampak tak muka kerek dia? Happy, tapi control happy... Konon2 biasa2 jer la kan...walhal, itu kepingan ke-2. Air yang pertama, jus tembikai dalam gambar kat atas tadi. Air pun langsaiiii. Top up lagi milo Tarik.... Heavy sungguh.

Lepas makan tu, tak sempat sampai rumah, dia dah hanyut dalam kereta. Puaslah hati dia...

Cuti sekolah ada lagi 2 hari ni. Ada sesaper nak jalan2 kat Melaka?

.

10 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

sedapnya

Acik Erna berkata...

Aziela..gambar2 roti tu..buatkan acik terliur nak rasa..dalam bando ke ziela

Acik Erna berkata...

Aziela..gambar2 roti tu..buatkan acik terliur nak rasa..dalam bando ke ziela

Rai OurKizuna berkata...

roti garlic dengan cheese..tak kira nan ke roti biasa..saya sangat suka.. waaaa... teringinnya.. telan air berkali kali tengok muka kerek adam dengan roti nannya..

harap2 ada rezeki nak ke Melaka..tapi bukan cuti sekolah kali ni la.. tunggu bulan 5 nanti ke.. nak meracun encik shujin dulu.. ahahaha

Myra Anne berkata...

waaa...mcm best je. area mana ni? balik melaka nnt nak g laa... huhuu..

http://myraanneba.blogspot.com/

Zoul Dahan berkata...

Saya dah add favorite dalam Waze saya.
insyaAllah sampai...

Lee berkata...

Hi Aziela, from my out of tune bahasa, I guess this a very nice place to eat, and first time I read comes with cheese too.
I guess Malacca like Penang has lots of makan places.
And good to explore....
And your well taken pics tells a lot. The naan sure looks delicious...

As for me I prefer just roti and fish curry. And banana leaf rice. Next day you have that send me telegram.

Have you tried Malacca's satay chelop? Heard its a eye roller, belt loosening, lips smaking makan.
Ha ha, love the way Adam looks...Holy Smoke! He sure grow up live to eat, not eat to live.

Aziela, have you heard orang itek farmer boleh beli rumah Rgt 153 million? Senang datang.
Have a great week.
Lee.

adianiez AIDA berkata...

kat mana ni ekk?
aida dok melaka tapi x pernah dgr ni hi hi hi...
nanti roger ekk ni kat mana :)
bleh try plak kan...
memang minat roti nan.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

tu kentang masala kan.. lagi sedap makan dengan tosai. Akk penah makan nan cheese di Pak Putra, memang best.. pernah cerita dalam blog ALam Sari, hehehe

elly nadyra berkata...

ok saya dah masukkan dlm list jjcm kalau ke melaka
tq kak berkongsi
nan tandori tu favourite saya tau

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink