Jumaat, 27 Mac 2015

Tenggiri Goreng Kicap Berlada Hitam

Assalamualaikum.....

Hari Jumaat ni, meh bercerita tentang makanan pula.

Ini masakan seminggu sekali di hujung minggu. Hari bekerja, memang tak la kan...penat betul drive jauh sikit jer pun sekarang.

Anyway, ini masa malam terakhir Adam dengan kami di rumah sebelum kembali ke asrama esoknya. Ada ikan tenggiri yang kami beli di pasar Kuala Sungai Baru, tempat nelayan bawak naik ikan. Sebelum tu saya dah masak macam ni untuk hubby and hubby kata sedap. Hubby suruh masak lagi macam tu bila Adam ada. Inilah asbab kenapa repeat lauk ni.



Nampak hitam melegam, tapi bila di makan, rasanya di igau2...hahaha..perasaannn.

Masakan campak2 jer. Tumbuk jer lada hitam biji ikut suka, campur dengan bawang putih 2 ulas dan bawang merah 2,3 biji yang comel2 saiznya. Sebelum tu of course goreng ikan yang dah dibalut dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng garing sikit luarnya tapi isinya biar moist. Maknanya api sederhana, tak mau api besar masa menggoreng.

Then, tumis bahan tumbuk sampai wangi dan masukkan kicap manis 2 sudu, masukkan air 100ml. Bila dah mendidih, curah jer atas ikan goreng dalam mangkuk. Siap....



Tapi, sebab nak ada yang pedas, saya buat sambal cili api ubi kentang campur dengan hirisan sosej. Laku juga. Masak juga kobis masak lemak putih. Kalau ada tauhu dan lobak merah mesti lagi sedap. Tapi tak sempat nak cari stok sayur lain, lebur jer lah apa yang ada.

Alhamdulillah, puas hati semua orang makan. Sayur kobis tu sampai di ratah2.

Rasanya kos semua hidangan kat atas, dalam 20.00 jer. Tu termasuk air honey dew satu jag besar. Untuk supper malam tu pula, saya sempat buat garlic bread garing2. Pun, best juga walau tak perfect. Next time boleh buat complete dish dah kot....

Anyway, weekend ni banyak betul urusan rasanya.... Kena bertabah dan bersabar. Tapi paling tak sabar nak tunggu ialah untuk jumpa Adam hari Ahad nanti.








.

5 thoughts..:

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Sebenarnya.. masak sendiri lebih menjimatkan.

Nurzakiah Hanum berkata...

sedapnya

Kakzakie berkata...

Kalau mummynya pun dah tak sabar nak jumpa Adam macam mana si anak Ziela? Itu yg dia pun sama asyik ingat rumah aje... ingat masakan mummynya lagi satu hal:)

aku_dia berkata...

Salam kak, insya Allah OMP akan ada di Jom Heboh nanti. Akak boleh dapatkan di sana ye. Tq banyak kak. ^_^

adianiez AIDA berkata...

sedap!

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink