Ahad, 15 Mac 2015

Band di Warung

Assalamualaikum.....

Petang tadi saya dan hubby singgah di warung biasa kami di Tg Bidara masa dalam perjalanan balik rumah dari PD. Terkejut pula kami sebab tiba2 warung yepi pantai yang damai tu tiba2 jadi meriah. Rupa2nya ada sekumpulan anak muda yang memeriahkan petang.

Seronok juga. Saya memang suka. Walaupun tak pandai nyanyi atau bermain muzik, tapi saya suka layan live band macam ni. Saya tak pernah pergi konsert, tapi live show sempoi macam ni saya suka juga. Lebih santai dan lebih dekat dengan penonton saya rasa.

Cuma, yer lah. Live band begini tak sepatutnya melalaikan kita dari melanggar waktu solat kan. Setakat 2 jam petang2 lepas asar, mungkin boleh diterima sekali sekala.

Anyway, saya suka band anak2 muda ni. Lama juga kami duduk sambil makan goreng pisang cicah sambal kicap. Tak ada lagi saya dengar mereka terkucil 'tune'.

.

10 thoughts..:

IndaMarya berkata...

you know Aziela all my life i teringin sgt nk tengok life show by singers of my time like sh Aini, salamiah Hasan dn swktu dgnnya tapi krana kesibukan krja tk prnah brpeluang buat gitu.

azieazah berkata...

Betul layan. Layan live band sebegini lebih best berbanding dengar radio. Peluang yang baik ni.

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Dah jenis K.Sham pulak tak boleh nak absorb 2 things at the same time. Kut makan.. makan saja la. But that just me..

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum, bagus juga kalau anak-anak muda kita menghabiskan masa begitu asal tidak lupa ke mesjid. Sekurang-kurangnya dapat menghibur dan jadi satu tarikan pada warung tersebut dan masa itu tidak terbuang sahaja.

Acik Erna berkata...

Acik suka goreng pisang cicah sambal kicap

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

samalah akak Ziela, suka layan band2 live macam ni.. dulu zaman muda ada jugak pergi konsert2.. skrg ni jer dah tak lalu nak rempuh orang ramai2.. huhu

Fyda Noh berkata...

Best juga layan liveband, lagi2 sambil makan goreng pisang

NzA berkata...

daya tarikan utk pelanggan tu...sekurg2nya kita trhibur tgk.

tiga lalat berkata...

Salam. Hee seronok tengok live band.

adianiez AIDA berkata...

pisang goreng cicah kicap pedas.
dgr live band...
tg bidara...

terbaik!!!

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink