Memaparkan catatan dengan label Cookings. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cookings. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Yang sebenarnya, dah berbulan yang lepas kita masak rendang nie. Atas permintaan hubby juga. Memang tak pernah seumur hidup masak rendang itik, tahu makan jer selalunya. So, kali nie, rasa macam nak cuba masak sendiri. Jumpa orang jual itik di Pasar Tani Alor Gajah. Dah siap salai. Bila beli, dia siap potong2kan. Sampai rumah, terus lebur dalam kuali jer. Biasanya itik nie isi dia liat, so kena la rebus dulu. Sebab tu la guna resipi Rendang Ayam Kampung. Konon teksturnya lebih kurang sama.



Tak tahu nak pakai resipi apa. Godek2, kita guna jer resipi Rendang Ayam Kampung di blog Dapur Tanpa Sempadan. Siapa yang tak kenal Mat Gebu kan? Hatta suami2 kita semua pun dah hafal nama Mat Gebu kan.

Outcomenya memang sangat sedap. Cuma silapnya ialah itik kita terlalu lembut sampai ada ketulan yang terlerai. Itik muda rupanya. Salah bajet pula. Pula tu, kulit itik nie, kita tak siat, sebab hubby soh biarkan jer. Maka jadilah minyak dari kulit itik tu berladung dalam kuali. Next time, buang kulit yer. Tak bagus untuk kesihatan.

Aduh, panjangnya bebel. Jom tengok resipi..

Kita memang copy paste dari blog Cik Mat Gebu nie tau. Tak caya, cuba masuk blog tu sendiri...

Rendang Ayam Kampung : Cik Mat Gebu

(Kita tukarkan ke itik)


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
Santan kelapa secukupnya
Air panas, jika perlu
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik
2 camce besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah "Baba's")
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
15 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.





Pulak tu, baru2 nie pula ngam2 Cik Mat Gebu masak rendang itik. Resipi dia sedikit lain la. Next time kita nak cuba yang tu pulak.

Yang penting, tak yah rebus dulu kalau nak masak rendah Pn Aziela ooiiii... Isshhh..memandaiiii jer kan.


Read More
Assalamualaikum.....

Memang dah la kan..kebanyakan orang kalau pergi kerja, berhenti beli nasi lemak dan kuih muih dalam perjalanan. Kira segera la tu ekk. Tapi segera kita nie, kita just bakar dalam oven pizza segera yg hubby beli. Hubby kita susah payah pergi carikan kita doh pizza yang kita nampak di blog Kak Ummi Kuantan. Kak ummi beli di Kg Selamat. Kebetulan, kilang tempat keje hubby tu dekat2 situ jer, tu yang kita minta hubby tolong survey2 sikit. Kalau jumpa, bolehlah beli terus kan. Tapi, dia kata, daripada beli doh tu, baik dia beli pizzanya sekali. Haih..orang lelaki kan. Lagipun dia kata tak payah susah2. Kesian hubby, dia pula yang susah payah bawa pizza frozen nie balik ke Melaka. Naik bas pula tu. Tapi sampai rumah, sejukk lagi.

Satu kotak ada 2 keping, hubby beli 2 kotak. Kita bakar 2 keping jer. Itupun di makan sekali dengan Olio Tuna Pedas kita arie tuh. Adam la paling suka. 2-2 feveret food dia. Sampai hangkut sambung makan dalam kereta sebab kami nak pergi rumah Mommy hantarkan Olio untuk si Firdaus sikit.

Ha..nampak tu? Orang jawa kata dah ireng (hitam)
Sibuk masak Olio kat tungku atas, lupa pulak oven kat bawah dok nyala lagi, sampai overcook jadinya. Surprisingly, sedap pula garing2 macam tu. Sekejap jer bakarnya. Dalam 10 minit jer patutnya kita rasa. Dah terlajak..apo nak katokan laie kan..

Yang sebenarnya, apa2 pun x apa kan. Janji mesti makan sarapan sebab sarapan amat penting untuk bekalan tenaga sepanjang hari.

Selamat hari Jumaat untuk semua.
Read More
Assalamualaikum.....

Dah lunch ke? Apa khabar semua? Terima kasih kita ucapkan kepada kawan2 baru yang sudi join d club... Oh yer, terharu sangat2 kerana tiffin biru sudi menjadi follower kita... Umpama mimpi jadi kenyataan kerana salah seorang sifu blogger masakan tersohor di Malaysia sudi masuk ke sini.

Kepada rakan-rakan yang baru....berilah kita sedikit masa utk blogwalking yer. teruja sangat sebab dapat kenalan baru...bolehlah menambah senarai blogwalking kita. Jangan risau...kita kalau bw, kita memang suka tinggalkan komen.

Ok..meh tengok makanan pula. Sandwich Lemak Berkrim. Apa benda alah nie kan..?Sandwich telur jer sebenarnya...hihihihi. Kita buat untuk breakfast hari Ahad lepas. Maklumlah, misi untuk membuat karipap telah bermula, maka kita hanya sempat siapkan breakfast yang simple dan mudah jer. Mula2 si Adam soh mama dia buat sandwich sardin, tapi memandangkan telur ada banyak dalam stok...kita tukarlah filling dia. And Adam pun agree. Sebuku roti habis dimakan dengan papanya. Sampai tak makan nasi lunch sebab kenyang. Ok..mari2.. Ha...yang nie, adik2 kat asrama pun boleh buat. Senang yer adik2 semua. Dan berkhasiat serta mengenyangkan dan paling penting.. MENJIMATKAN...


Senang jer nak buat nie. Pakai roti sandwich yang disukai ramai..eh bukan..disukai oleh tekak dan perut sendiri yer...
Rebus telur ayam. Bila dah keras, kopekkan kulitnya. Telur yang dah dikupas nie, masukkan dalam satu mangkuk, campurkan dengan mayonis yang disukai. Hancurkan telur nie sambil digaul sebati dengan mayonis menggunakan garfu. Bila dah sebati, renjiskan serbuk lada hitam, atau lada sulah. Gaul lagi hingga sebati. Kalau nak lebih sihat, alaskan daun salad dan sapukan telur nie. Yang menjadikan dia lemak berkrim ialah mayonis yang banyak. Oh yer..lupa. Tak perlu garam yer...sebab mayonis tu dah ada masinnya, begitu juga dengan lada hitam/lada sulah.

So, senang kan? Mari kita bersarapan dengan sihat. Nak bawakkan anak2 bekal ke sekolah pun sesuai sangat2.

Selamat mencuba...
Read More
Assalamualaikum.....



Mak oii...buruk sungguh rupa paras karipap kita. Aduhh..ampun. Maklumlah..first time buat karipap tanpa bantuan. Selalu kalau buat..sekali dengan mak ke..atau kengkawan ke... Tapi this time..umur dah dekat setengah abad...baru nak cuba buat karipap sendiri. Tapi Mommy kata...kalau x cuba, bila nak pandai kan.

Sebenarnya memang dah lama teringin nak buat karipap, tp x pernah ada masa. Kebetulan, kat rumah Melaka masa weekend bebaru nie,  kita tengok ubi kentang banyak lagi tergolek2, maka kita pun ambik peluanglah. Tetiba terajin la pulak kan. Kalau ikut kurang rajin, kita nak buat kentang goreng rangup jer macam yang kita pernah buat dulu kat SINI. Tapi rajin tu ada, maka on lah projek.

Oh..resipi kita ambik dari Dapur Kak Jee. Kita rasa mcm senang...kononnya lah.. Sebanarnya memang senang, cuma kita jer terlepas pandang resipi. Kebetulan, mince meat chicken kita pun ada dalam freezer, kita gunalah. Inti kita buat pedas sikit...selain campur cili kering, kita tumbukkan cili api sikit. Tapi sebab ubi kentang banyak, maka x berapa nak pedas juga. Ok gak..sebab Adam dan Firdaus suka makan.

Kita guna tepung gandum dan masukkan minyak beberapa sudu dan seterusnya bancuh dengan air. Masa buat nie, dah lupa berapa banyak minyak Kak Jee pakai, so kita letak berhati2. Bila dah siap, ternyata x cukup..hehehehe. Mommy kata kena tambah lagi sikit.

Malang sikit..bila dah siap inti, dah siap uli tepung, baru terkial2 nak cari acuan dan roller. Sekali x jumpa. Alahai..lupa sungguh yang kita dah bawak ke rumah KL 2-2 tu. Jadi, terpaksa la jadi kreatif sikit. Kita cari botol. Jumpa botol thermos alumunium tu. Hah..selamat jadik roller. Acuan tak der...makanya pakai manual lah. Karipap yang ke3 baru dapat feel nak kelim. Janji x terbuka.

Lenguh betul pinggang nak menggelek tepung tu. Dah hujung2, si Adam offer nak bantu. Eisshh..bagus betul lah anak bujang kita tu. Dia tolong gelek kulit. Kita isi inti lepas tu kelim. Senang sikit. Sebelum tu, kita sibuk buat inti, sempat dia tolong basuhkan kain baju. Pandailaa juga nak tekan apa kat washing machine. Siap pergi ampai kain tau. Kemas ke tak..lain cerita..janji dah berampai..heheheh. Bila kita dah sudah, baru kita kemaskan sikit2 jemuran Adam tu. Bahagia betul bila anak bujang kita dah pandai buat kerja. Umur baru 9 tahun.

Yang penting, kita dah berjaya buat karipap. Walaupun kulitnya tak mersik dan rangup, tapi hubby dan children ngap non-stop. Macam nak kena buat lagi jer nie. Insyaallah, next time kena cari masa yang sesuai sebab masa buat nie pun agak kelam kabut sikit. Mommy demam teruk.... kita jadi risau.

Puas hati dapat makan karipap yang buat sendiri.
Read More
Assalamualaikum.....



Waa..dah nak masuk tgh hari, baru kita nak tayang breakfast ekk. Tapi ini bukan hari nie punya. Opkos la weekend kan. Maklumlah, weekend jer yang ada masa nak godek dapur utk family. Kalau kita punya sorang kat KL nie...ala kadar jer la. Janji perut berlapik (kenkadang sampai penuh..bukan lapik lagi dah..).

Resipi nie, kita skodeng dari dapur Tiffin Biru. CMG, kita suka la dengan resipi nie. Family kita pun suka. Adam lagilah... Sampai ulang makan. Kita buat tak banyak, dalam 250gm spagheti jer. Pakai angel hair spagheti macam yang CMG buat tu. Cuma, kita tak ikut mcm CMG bulat2 sbb x ada bahan. Main hentam apa yang ada dalam fridge tu jer la. Tak sempat nak shopping pun. Meh la tengok resipi.

Olio Tuna Pedas
Resipi : tiffin biru (CMG)

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti (mat guna angel hair)
1 tin tuna, ditoskan
1/3 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu (kita x ada)
1 biji bawang besar, cincang
3 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji cili padi, cincang halus 

2 helai bay leaf 
4 kuntum cendawan butang segar, hiris < kita hiris chicken meat balls
12 biji buah zaitun hitam, belah 2 setiap satu < ini pun kita tak der

1 camca teh Mix Italian Herbs (boleh beli kat pasaraya) < tak ada juga. Kita pakai serbuk parsley
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
Garam dan sedikit gula
Herba Basil segar sebagai hiasan


P/S : Bwg tu kita tumbuk jer dengan cili padi.
Bay leaf kita xder, so pakai oregano jer.


CARA MEMBUATNYA :

- Spaghetti direbus hingga lembut dalam air mendidih bergaram, toskan dan gaul dengan minyak zaitun, ketepikan. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, bay leaf dan juga cili padi cincang tadi hingga harum, tambah italian herbs dan cendawan, masak sekejap.

- Masukkan tuna dan traffic light capsicum, gaul rata. Tambah sedikit garam dan gula. Kacau dan masuk spaghetti, sederhanakan api dan gaul rata2. Masuk buah zaitun tadi dan gaul lagi. Akhir sekali tambah serbuk lada hitam, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan herba basil segar sebelum dihidangkan segera...
Read More
Assalamualaikum.....


Errr..emm.. ini sebenarnya lempeng. Tapi lempeng gaya orang kampung dolu2. Semata2 tepung, air garam dan hirisan bawang. Memang dah lama teringin nak makan lempeng. Maka buatlah 2 keping. Buat lepas kempunan. Kebetulan ada sambal cili padi dengan ikan bilis tu. Kita pecahkan telur sebiji dalam sambal tu...kasik lemak berkrim dan menambah kolesterol.

Memang nikmat sungguh cakup sambal dengan kepingan lempeng yang dikoyak tu... Yummm...

P/S : Atok..lempeng pon adooo....
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama