Kentang Rangup Lembut

4 comments
Waaa....sangat lama la tak update blog. Bukan apa, ada banyak sangat cabaran kehidupan yang kita terima lately nie. So, kita terpaksa melawat blog kita dan blog kengkawan in silent jer dulu sebab tak sempat nak beri komitmen dalam mengarang posting. This week ada ringan sikit walaupun segalanya masih belum berlalu.
Meh makan snek. Ini adalah kentang goreng rangup tapi lembut. Ha, mcm mana tu? Rangup dan lembut ek. Hehehhe. Idea datang daripada pasar malam di Alor Gajah nu. Ada one weekend tu, kitorang melawat pasar malam kat situ. So, si Adam dgn sepupunya si Firdaus tu dah terliur nak makan benda nie yang ada dijual di salah satu gerai. Beli bawak balik. Dalam kereta dah ngap separuh. Kat rumah ngap lagi. Memang sedap la rasanya. Jadi, kita pun try la nak buat snek ni juga. Trial and error. Inilah hasilnya. Sangat mudah. Sangat sedap. Sangat rangup tapi sangat lembut and moist.  Sekejap jer lenyap 5 biji kentang sekali hadap. Lenkali boleh buat lagi kot. Meh la tengok stail kita buat yer.

Bahan2.
Ubi Kentang 5 biji (potong berbaji / wedges)
Telur 1 biji
Serbuk kari 1 sudu besar
Tepung jagung 1 cawan
Serbuk kunyit 1/2 sudu kecil
Minyak untuk goreng terendam
Sedikit garam untuk perasa

Cara2:
1. Rebus kentang yang telah dipotong baji sehingga lembut. Masukkan sedikit garam.
2. Campurkan tepung jagung, serbuk kari dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
3. Toskan ubi kentang yang telah direbus sebaiknya.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng.
5. Celupkan ubi kentang dengan telur dan seterusnya salutkan dengan campuran tepung tadi.
6. Goreng hingga kuning keemasan.
7. Hidangkan dengan sos pilihan.

Ok. Mudahkan. Sesiapa yang sudi bolehlah mencuba. Selamat mengunyahh...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 thoughts..

Puan Eka berkata...

nampak sgt sedap.nak try...heeeeeeeeeeeeeee

DD berkata...

buatkanlah... aku malas

Aziela berkata...

Cik Eka : Sila try. Mmg mudah dan sedap. Utk sotong pun boleh guna method yang sama juga. Sedapp...

Aziela berkata...

DD : Bilalah agaknya kita boleh bersantai bersama mcm dolu2 kan... Bila lepak2 story2..boleh la mengunyah benda nie...