Sejak kebelakangan nie, kita ada dengar beberapa rungutan tentang iklan2 makanan segera yang tidak seindah dalam iklan. Ok..memangla kan, iklan tu hanya ilustrasi saja, tapi apalah salahnya kalau deliver seperti apa yang dijanjikan. Antara contohnya ialah pengalaman LadyZul di sini dan pengalaman Sis Lin di sini.
Oklah, contoh paling senang, iklan mee segera. Kita kalau order mee segera kat kedai tak pernah langsung nak sama macam dalam iklan dia kan. Dalam iklan bukan main letak macam2, tapi kalau kita dapat mcm yg kat atas tu la. Itupun mmg dh unutung sgt2 la kalau dapat mcm yg kat atas tu. Tapi yg bagusnya, at least pengiklan mee segera tu dh inform dlm iklan dia : Cadangan Hidangan. Berbanding dengan 2 kes kat atas nie, beria2 promise akan dapat itu, ini, rasa mcm gitu gini, tapi..keciwa.
Personally hubby kita memang agak cerewet skit. Maksudnya, dh promise mcm gitu, itula yg kita patut dpt. So, mmg pernah mkn di salah sebuah restoran makanan segera, order ice cream. Dlm menu, aiskrimnyer sgt menggunung dan berputar2, tapi bila dapat, bukan saja tak menggunung, tapi almost separuh cup tu kosong. Apa cerita? Terpaksa panggil branch manager dia and komplin. Manager dia dok kata itu standard. Apa yg standardnya? Dia kata iklan tu hanya illustrasi. We all buka kembali semua menu dan pamplet dia dan dia pun turut sama mencari perkataan itu : "Gambar dalam iklan hanyalah illustrasi dan tidak semestinya sama dengan produk sebenar". HA..!!!! Memanggg x ada. So, manager tu terpaksa buatkan yg baru. Bukan nak ngada2, cuma ini hak kita sebagai pembeli. Setuju?
Satu kes lagi recently, makan di satu restoran makanan segera nie, Adam order spaghetti marinara. Masa tu mmg dh pukul 9 lebih, maybe staff dia masak pun x sepenuh hati dah..cincai jer. Sbb apa kita ckp mcm tu? Adam LANGSUNG X BOLEH MAKAN spaghetti dia. Bukan Adam jer, dgn mak bapak Adam pun x boleh. Terlaluu masin. Bila komplin kat waitress, dia kata x tauu..org kitchen. Aiii..mcm tu jer? Abis saper nak bayor food yg x bleh dimakan nie? Again, hubby panggil manager branch. Ask her to sit down with us. And hubby soh dia makan spaghetti tu depan we all. Dia terpaksa mkn and akur it's a lil bit salty. Gila..sampai tak boleh makan, dia kata masin sikit. Nak cover line ke, atau dia mmg obses dgn garam? Anyway, dia cepat2 apologize dan segera masakkan yg lain.
We all bukan buli. Kita ckp elok2 dan minta dia rasa sendiri untuk buktikan ianya benar. Kita hanya nak cuba educatekan mereka2 ini yang setiap kerja mereka harus dijalankan dengan ikhlas. Semoga mereka lebih berusaha lagi.
My point, bila kita jumpa situasi produk tidak seperti yg dijanjikan, apa yg kita buat? Kita bersuara utk mereka perbaiki mutu dan dapatkan hak kita, atau kita diam dan tidak toleh lagi agar pengusaha ini terus monopoli pasaran dengan menyuntikkan penipuan imej dalam minda bakal mangsa2nya...? Tapi yang pastinya kebanyakan daripada kita berdiam diri sebab 'malas nak kecoh2' ataupun mmg dh didik dek tradisi melayu yang budi bahasa harus di utamakan. Maka kalau org buat silap, jgn tegur...mkn jer, atau x nak mkn terus balik... Jgn kecikkan hati oraangggg... Tak baik... Hmm..mcm mana ekk? Apa langkah terbaik?
Fikir2kanlah..dan selamat beramalllll...
14 thoughts..
marketing strategy.. manusia mudah di tipu dengan luaran huhu
Bro Framestone : Mmg betul Bro..marketing yang menindas orang kan...
btoi2...ari tu pun siap kakD tanya...klu tak tanya kompom tak ganti dgn kubis cincang tu..kdg2 geram gak...
N3 yg menarik & terbaiklah....
Ladyzul: Memang geram sgt kan kak. Sekadar berkongsi jer...hehehhehe
oh selalu dpt cmtu.....kdg2 kan dorang suka tuka2 oder..kita oder yg tu,pastu maybe ygtu takde dia ganti yg len tapi tak gtau kite..nyirappppppppppppppppppppp..
pastu pekerja dia tak puas hati..seb bek g ngn kawan mulut laser..terus kawan sound e=pekerja tu..
err kak,kami ni mintak ke bayar?? sopan ar sket...
terus malu....ha hambek...
tu pasal nora tak leh jd jurujual ke MLM ke..sebab jujur sgt..kalo kata susah..susah la, kalau kata tak best, tak best la..tak de nya nak cover line..
Cik Eka: Ha..tukar2 order kita tu satu hal..tak inform kita pula tu... diaorang ingat kita anak kambing kot. Kdg2 mmg perlu dilaserkan sikit...
Nora : lebih baik jujur Nora.. Err..akak risau la pasal tgn Nora tu..ok ke?
itu la.. kat iklan nampak cukup menyelerakan, bila beli cincai je..
plg penting, kena tahu hak kita..
macam tu ea skali ea kak.. kira akak berani tegur.. Macam shera kalau dah tak sedap tu diam kan diri jek.. mcm lurus bendul gitu.. hahaha.. kalau first time makan.. kire macam tu kali pertama n akhir lar shera dtg mkn kat situ.. >.<"
thanks komen blog shera ea kak.. ^_^
waaa..your husband sama cam husband saya..sangat particular. cuma istri dia kadang2 sopan sangat..cuma jangan sampai istri dia komplin la..nanti lain jadinya sbb istri dia garangggg.. hahaha..
ayah saya pernah tinggalkan order sbb diorg serve lambat sangat. husband pulak tinggalkan sbb diorg salah serve+lambat..ayahku sropa ngan menantu dia..hehe..
padlie : itu yang buat kita rasa sangat tertipu kan...
Shaherah : Memang sangat sopan santun la awak nie..hihihihi. Tapi kalau dah macam rantaian restoran makanan segera yang besar mcm dlm contoh nie, takkan kita tak kan pergi lagi kan..?
Rai : Bukan nak cerewet sangat kita tu kan..cuma kita patut dapat apa yang kita bayar kan..
Catat Ulasan