Yer....aku tau....aku utang banyak story kat sini. Pelan-pelan laa kan...

Tapi..nak selitkan jap. Adik aku kan..si Abg Ngah tu, anak dia last week demam one week non stop, siap cirit birit lagi. So, klinik pun refer ke hospital. Adik aku bawak ke KPJ Seremban. Admit la...esoknya..dapat result...rerupanya kena denggi. Platlet pun dah tinggal 180++. Patut normal count untuk dia, around 200++. Aku advise la...soh bagi minum air 100 Plus, ngan bagi minum sup ketam. Selain drpd tu, disebabkan dia kena cirit birit yang melampau....maka terpaksa drip la dia kan.... Kesian baby tu..sbb cirit birit..demam...sampai bontot dia melecet..merah menyala. Asyik nangis jer....

Tapi....si Abg Ngah tak bagi 100 plus. Dia kata takut tak elok..bercampur ngan ubat hospital. Aku pun dengan degilnya..after the 5th day, bawakkan 100 plus..bagi baby tu minum...sbb platlet makin menurun, walaupun dia dah bagi minum sup ketam before that. Lepas dapat 100 plus tu..esoknya platlet dia naik balik. Fuhh..lega. Alkisah..semalam dia di discharge lah oleh doctor tu dgn level platlet 140++. Aku x paham kenapa dia release kan baby tu sedangkan platlet blom elok lagi.

Last nite plak...anak dia asyik menangis. Pg tadi dia call aku...dia kata anak dia nangis sbb kaki budak tu bengkak. Panggil plak si Yana the nurse. Yana tgk kaki baby tu..dia kata dah bernanah. Bengang laa Abg Ngah. KPJ nyer staff tak reti buat keje ke...?

So, td dia ckp ngan aku....nak saman hospital tu. Aku dah consult cik lawyer kita. Cik Lawyer kata kena ada strong evidence. Adoii...bab nak cari evidence nie yang aku malas nie.

So camner...?
Read More
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......
( ha...jawab panjang2 yer kengkawan...)

Sebelum memulakan apa2, aku dengan seikhlas hatinya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan tahun ini akan menambahkan saham dan bekalan untuk hari akhirat. Amiin...( Amiin la weii..tadah tangan... )

Yer, aku hutang 5 artikel...( 5 kan..betul kan... ). Tapi apa-apa pun aku nak citer yang nie dulu. Citer nie potong line dulu. Citer nie tak yah Q...sbb dia spesel. Kan ker hari Isnin arie tuh kita poser first day kan. Tanpa di rancang, tanpa di suruh, tanpa dipaksa dan tanpa disangka, hero kesayangan aku...intan payung aku....pongkipong aku telah menyerah diri untuk berpuasa. Alhamdulillah...syukur seribu rahmat. Perasaan aku masa tu, macam baru dapat bonus dari company sebanyak 12 bulan sekaligus layaknya. Citernyer macam gini.....

Pada pagi hari pertama semua umat Islam memulakan ibadah puasa Ramadhan, anakku Saiful Adam itu, secara tiba-tiba bangun dari tidur pada jam 2 pagi. Dengan penuh tertib dan sopan santun, dia meng'on'kan tv untuk menonton saluran2 kegemaran dia...seperti contoh, Ceria, Disney...dan lain2. Dengan mengawal volume tv agar perlahan...dia meneruskan tontonannya dengan asyik tanpa mengganggu tidur ayah bondanya. Maka pada pukul 3.30 pagi, bangunlah bondanya untuk bersiap-siap ke rumah neneknya untuk bersahur. Telah berjanjilah ayah bondanya dengan neneknya untuk bersahur bersama2 di pagi itu, sementelah ianya adalah sahur yang pertama di bulan Ramadhan. Dan Adam pun dengan penuh semangat terus bersiap dan memeranjatkan bondanya kerana dia memandikan diri sendiri dan dengan rela hati. Berbungalah hati bondanya kerana permata hati itu sudah pandai menguruskan diri sendiri.
Dan seterusnya, bersahurlah semua ahli keluarga dalam suasana yang gembira dan meriah. Dan bonda hero ini telah pun mengajarnya membaca niat untuk puasa di bulan Ramadhan straight untuk sebulan terus. Dan belajarlah Adam serba sedikit pada pagi itu mengenai puasa Ramadhan. Sebabnya, balasannya, suruhannya, larangannya, sunnahnya dan makruhnya. Adam mendengar dengan tertib dan bersungguh.

Maka, setibanya di rumah....dan selesainya Subuh, maka 3 beranak ini pun menyambung tidur memandangkan peluang hari kelepasan harus digunakan sebaik mungkin. Dan Adam pun tidur dengan nyenyaknya sebab dah bangun awal tengok citer kartun. Dia kemudiannya terjaga pada jam 11 pagi ( sorry ekk..bonda dia awal2 lagi dah bangun...basuh kain, sidai kain, sapu rumah... ) dan terus mencapai remote tv dan menyambung tontonan channel kegemarannya. Bondanya menunggu kekalau tgh hari itu, Adam akan mohon berbuka kerana tidak tahan menanggung dahaga atau lapar. Namun Adam tetap rileks meneruskan tontonan tv nya dan diselang selikan dengan bermain kereta racingnya. Alhamdulillah. Tetapi....secara tiba2, tepat jam 2.30 petang, Adam meleseyy pada bondanya...mohon minum barang seteguk dua minuma kerana terlampau dahaga. Sayang...bondanya memujuk dengan lembut ( weii..memang lembut giler waa pujuk tawww ) agar Adam meneruskan puasa hingga ke akhir..memandangkan tinggal beberapa jam saja lagi. Ok...Adam menerima pujukan itu dengan rela. Dan...2 jam berikutnya....Adam memohon secara terang-terangan...nak makan..nak minum...tak nak puasa. Adam kata : Tengok perut abang nie ( sambil menyelak bajunya untuk tunjuk perut ), dah kempis..dah lapar sangat....dah sangat kosong. Macam 300 hari tak makan. Bondanya hanya tersenyum, pusingkan kepala dan gelak besar2 tanpa suara. Bonda kata; Nanti kejap lagi siap, kita pergi pasar ramadhan, Adam nak apa, semua bonda belikan nanti. terpancar sinar gemilang kesukaan di mata Adam. " Abang nak murtabak megi. Mama mesti belikan seploh....jangan kurang..mesti seploh " Tu dia.....melantak sungguh. Ok tak apa. Tapi 15 minit kemudian, dia merengek lagi...dah tak tahan. Nak buka juga...Bonda kata tak boleh juga. Mendengar keputusan bondanya itu, maka dia dengan machonya, melangkah tegas masuk ke ruang dapur. Mencapai sepeket serbuk Oligo Koko feveretnyer, sebiji mug dan sebatang sudu. Bondanya tanya untuk apa. Jawabnya : Nak buat air sendiri, perut abang dah kosong sangat. Dan kuasa Allah, secara tiba2 terdengarlah suara Cina dari lori jual tilam : Tilam, tilaaaaammmm...tilam lama tukar baruuuu. Dan bondanya mengambil kesempatan itu dengan pantas lalu menjerit : Uncleeeee...! Ambik ini budak...dia tak mau puasaaaaa...!! Dan dengan pantas juga Adam meletakkan kembali segala utensilnya dan berlari memeluk bondanya sambil bercucuran air mata lalu berkata : Ampunkan abang mama....sorry maaa...abang puasa..abang puasa...abang tak buat lagi. Maka bondanya tersenyum gembira ( yesss...gua menang ) dan memeluk kembali hero pujaan hatinya itu.

Dan selepas itu, bersiaplah semuanya untuk ke pasar ramadhan untuk membeli SEPLOH keping murtabak megi. Setelah menggadai nyawa meredah lautan manusia, tibalah ke gerai murtabak megi itu. Malang sungguh......orang tu kata : Murtabak megi dah abis lamaaa dah kakk....
Aduhhh....kasihan sungguh. Berderai air mata bondanya didalam hati..dek kerana gagal memenuhi permintaan permata hati. Bondanya kata : Adam pilih laa nak apa...apaaaa saja..mama belikan...nak banyak mana pun tak apa... Namun hanya di sahut dengan kebisuan saja. Jelas terukir kekecewaan di wajah suci itu. Namun akhirnya, dia hanya meminta dibelikan air jagung sahaja.

Setibanya di rumah neneknya, ( macam biasa...buka pun kat umah mother in law...baru meriah sikit ) dia terus bermain dengan sepupunya. Sedikit pun tidak kata penat dan sedikit pun tidak lembik. Tibanya waktu berbuka, di saaat 3 minit lagi azan akan berkumandang, di mana semua orang telah pun duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk bersantap, Adam bertanya pada neneknya : Nenek, air Adam yang mana? Dan neneknya meletakkan cawan berisi air jagung permintaannya di sebelah pinggan Adam. Neneknya kata : Ni air Adam, nanti Adam minum air nie. Dan sepantas kilat juga Adam terus mencapai cawan itu dan meneguk dengan rakusnya..padahal azan belum lagi dilaungkan. Saat itu, semua yang ada tergamam. Terasa seperti berhenti seketika masa yang berdetik. Bondanya bertanya dengan nada kecewa : Kenapa Adam minummmm? Kan belum Azan lagi. Penat mama jaga puasa abang hari nie. Dan Adam dengan wajah yang cukup kesal memohon maaf kerana dia terlupa. Nasib baik Mak Su nya melegakan suasana dengan statement : Alaa...lupa takper...tak batal. Yaaa..sangat betul. Ceria laa kembali suasana dan suara azan pun kedengaranlah.
Dan Adam makan dengan bersungguh-sungguh dek kerana lapar seolah-olah 300 hari tak makan katanya. Namun...bondanya sangat bersyukur... ALHAMDULILLAH....selamat satu hari puasa. Adam malam itu, meng'announce'kan dengan lantangnya azam baru dia...


"Adam tak nak puasa lagi lepas nie...nak makan puas2, nak minum puas...."

Hehehhe...pedulik hapa aku..yang penting dia dah tau macam mana puasa dan latihan amalinya berakhir dengan cemerlang....hihihih.....

- THE END -
Read More
Aku memang busy lately nieh. Memang sangat-sangat sibuk. Ntah hape-hape ntah....tapi banyaklaa benda nyer. Office hour dah memang full dengan keje and issue yang tak habis-habis.... Lepas tu pulak...arie tuh sibuk organize trip family ke pantai timur. Bwk mak, ayah, nenek...hehehhe....nanti wa citer laa..... Lepas tu sibuk keje semula..... Lepas tu sibuk plak...ibu mertuaku nak gi umrah...sibuk tolong dia pulak. Beli mcm2 barang la... tolong kenduri doa selamat lagi...tuliskan doa dalam tulisan rumi la...macam-macam lagi. Tolong setakat yang terdaya....sementara ada kesempatan untuk berbakti nie.( Chewaaahhh..mcm baeekkkk jer kan..heheheh ). Exactly the day after mother in-law berangkat ke Tanah Suci, aku pulak berangkat ke Bangkok. Sajer jer...menyemak nak ikut laki aku. Dia ada keje kat sana...dia offer, nak ikut ke tak...apa lagi..meloncat ler aku gi travel agency...beli tiket. Adam pulak sibuk nak ikut...cheiss...melayang 1.5k. Kalau tak...1.5k tu bleh shopping menmacam lagi... Spoil sungguh. Tapi, tak per la...kalau Adam takder pun tak best gak kan...kan...

Hmm..so aku hutang penceritaan dalam blog nie, ada baper ekkk? Jom list down :
1) Trip to Perhentian ( part 3)
2) Trip to Pantai Timur with family
3) Happy Birthday Papa
4) Umrah preparation for mother in-law
5) Trip to Bangkok

Pergh....banyaknyerrrrrr.....ini..boleh masuk Sayembara Puisi nie...jadikan cerpen....hahahahahha.....

Tengoklah nanti...ada time....wa layan ekkk....
Read More
Aduiiiihhh haiii....ini plak permintaan dari Baya. Setakat
Darlene ngan Pijot dah expert dah masak sambal nie. Siap sedara mara and jiran tetangga pun dah berkenan...hahahhaha.

Ok Baya...aku bagi resipi nie, hang kena selalu praktikkan...kalau tak..hang lupa....

Sambal Cili Api Nenek

Cili Api - segenggam
Bawah Merah ( bwg kecik, bukan bwg besar ) - segenggam
Bawang putih ( tak yah buang kulit ) - 5-6 ulas besar
Ikan bilis ( bersihkan ) - setengah genggam
Belacan ( tak yah bakar..biar mentah jer ) - 3 x 5 cm

Caranya :
- Tumbuk semua bahan2 nie. Lebur jer semua. Macam biasa, tak yah tumbuk sampai lumat (kecuali belacan yang mesti lumat). Tumbuk pecah2 jer.
- Tumis dalam minyak. Jangan banyak sangat minyak...agak2 ngam2 cover bahan2 nie jer. Kalau nak best, tumis pakai minyak lebihan goreng ayam.
- Goreng pakai api sederhana, and kacau2. Jangan tinggalkan, nanti hangus. Agak2 dah garing sikit, kira dah masak laa tuh.

Ok...those yang nak try pun, dipersilakan. Simple jer sambal nie. Kalau nak pedas, lebihkan cili padi. Tapi ikut resipi nie dah memang pedas dah nie. Ikan bilis tu, boleh laa kalau nak ganti ngan ayam ke..ikan goreng ke, atau telur. Tapi tak yah lah tumbuk sekali. Bahan lain jer tumbuk.

Makan nya....dengan nasi panas2 + telur goreng + ulam timun. Itu jer pun dah cukup. Atau ada orang, dia suka makan dengan sayur bening. Tau ke sayur bening? Alaaa...sayur rebus jer...Mcm sup, tapi plain sup. Hisshhh....best sungguh. Aku biasanya buat satu tupperware, pas tuh letak dlm peti ais kat opis. Bila nak makan, panaskan sikit dalam microwave, pastuh balance simpan balik. Biasa, kalau satu tupperware 4 segi yg biasa transparent tu, boleh tahan seminggu. Tapi kalau dah makan kat opis, 2 hari dah langsai dahhh. Banyak peminat ler katakann....heheheheh.

Ok bebeh...selamat memasak.
Read More
Ha...ini dah ada beberapa kengkawan yang membesar bersama-sama dengan aku mintak resipi...dah banyak kali. Pijot...hang soh aku e-mail, rite? Better...aku post kat sini..senang....bila2 pun ada..tak yah komplin ilang ke...terdelete ke..apa ke....Anyway, resipi nie takder laaa tepat sangat. Pandai2 laa korang adjust kan keseimbangan rasa masam, masin, manis, pedasnyer yer.....


Sambal Goreng Jawa - Port Dickson.

2kg udang sederhana besar - buang kepala, janggut and separuh kulit ( ekor tak yah buang )
* Udang tak payah goreng
5 keping tauhu ( putih ke..kuning ke, suka hati : potong dadu dan goreng)
5 keping tempe ( besar kecik pun..suka hati : potong dadu dan goreng )
1kg hati ayam ( rebus, potong dadu dan goreng )
1 ikat petai ( kopek isinya dan belah 2 setiap mata petai tu )
Babat a.k.a perut lembu yang macam span tu ( Rebus sampai empuk, potong dadu dan goreng )
1/4 kg Cili besar merah - hiris cantik2
1/4kg Cili besar hijau - hiris cantik2
1/2 kg Bawang besar - hiris bulat2 jadik mcm onion ring
2 labu bawang putih - hiris halus
1kg Santan kelapa pekat
1 mug air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Bahan tumbuk:
Cili api 2 genggam ( kalau tak nak pedas, kurangkan)
5 labu Bawang besar, hiris
Belacan setengah keping
---> 3 barang nie, gorengkan sampai layu ( layu jer, tak yah sampai garing), pas tuh tumbuk pecah-pecah ( maksudnyer, tak yah ler sampai lumat ) dalam lesung batu. Jangan blend tau, MESTI tumbuk.


Cara membuatnya :

- Panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan bawang putih hiris berserta bawang dan cili api tumbuk. Tumiskan sampai naik bau yang harum dan wangi.
- Masukkan segala jenis bahan2 : tahu, tempe, petai, udang, hati ayam, babat. Gaulkan semuanya sampai sebati.
- Dah sebati, masukkan air asam jawa, dengan santan sekali. Gaulkan lagi sampai sebati.
- Dah sebati, taburkan garam, gula dan kalau nak, boleh masukkan sikit ajinomoto.
- Masukkan pula cili hiris hijau, merah dan bawang onion ring tu.
- Gaulkan..kacau sampai sebati..tunggu mendidih dan sentiasa kacau sampai betul2 tanak. Jangan tak kacau, nanti pecah minyak, tak sedap. Dan takut bawah kuali tu hangus nanti.
- Seimbangkan rasa manis, masam, masin, lemak. Dah puas hati, bolehlaa angkat dan hidangkan segera.

Yummmmyyyy....

Selamat mencuba. Kalau tak jadi...nasib laa...aku bukan chef...hehehhehe....
Read More
Tau tak....

Lepas nie kan...management company nak disconnect internet connection untuk semua staff. Only managers jer yang boleh access....hehehhe. Maklumlaaa...ramai sangat yang salah guna. Contohnya aku....kadang2 time bosan giler.....buat blog kan....walaupun keje tgh banyak. Abis...nak wat cemana..ada kemudahan.....pas tuh...kalau wat keje tanpa mood...nanti kualiti kurang....

Pas tuh...yang buat tak best nie...ada laaa a few staff yang sangat asyik masyuk ngan internet sampai tak siap keje....sampai timbul isu performance ke HR....disebabkan asyik sangat dgn internet. Abis satu company kena. Pas tuh...ada laaa pulak...salah sorang manager kat company nie...yang sangat sukaaaa belek firewall server company...semata2 nak trace...staff semua gi website apa...borak apa dalam chatting YM.....sampaikan ada masa-masanya...dia boleh print out lagi segala conversation staff dalam YM. Pas tuh...tunjuk kat management...saper yang kutuk bossess...saper yang ngelat keje...saper yang hipokrit..... Walaupun dah delete archive YM....tapi sbb network centralized....maka memang sangat boleh trace la. Masalahnya...dia suka sangat godek pc staff....yer laaa kan..pc company.....tapi yang sampai nak baca personal conversation tu napa pulak? Eiii...tak paham..tak paham. So, elok laaa potong internet...tak yah laa dia nak baca pasal cerita2 dalam kain orang lain lagi dah. Lepas nie...aku berazam...by next year...aku mesti dah ada lap top aku sendiri ( tak moh yang share ngan husband) ...yang siap ngan segala punca internet connections. Ha....padan muka aku...hahahahhaha......

Doakan aku yer kawan-kawan sekalian.
Read More
Hari nie besday Adam....

Memula plan tahun nie tak nak celebrate sangat untuk dia. Budget lari teruk giler babas tahun nie. Entah mcm mana pulak...baru perasan...road tax keter aku ngan laki aku mati dekat2 tarikh yang sama..selang beberapa hari jer. Teruk sangat-sangat. Dah ler tu...tahun lepas...ujung tahun laa..aku ada kena saman ngan polis Alor Gajah. Udah jadik black list laa pulak keter tu. Bengang giler. Masa tu...drive malam..nak balik umah melaka...mcm biasa la...sekali quniey call....masa tu berenti kat traffic lite..keter aku depan sekali. Terus laa bg signal...nak berenti tepi jalan lepas traffic lite...elok aku bagi signal...itu pajero peronda polis pun dari belakang menyinarkan cahaya warna warni dari bumbung dia disertai dengan irama merdu neeeee....nongggggg.....neee...nonggg.... Argghh...bengang giler masa kena sain autograph....padahal dah puas explain..merayu bagai nak rak..offer nak 'settle' .....semua tak makan sbb polis tu kata ( boss dia ada..tak leh settle ) . Ceisss..... Sebulan lepas tu aku amik cuti...gi balai polis...nak bayar saman kat melaka. Tapi, polis kat kaunter tu ckp...tak leh bayau...sbb tak masuk sistem lagi... Alaaa...lambat2 pun tak per....takder hal laaa....ok laa...no problem laaa.....So aku rilek la. Tak pasal2 keter plak kena black list....eiiiii geram tolllll..

Anyway....disebabkan itu semua...maka aku kensel buat party utk Adam. Tapi dah beli present utk dia. Aku plan, nanti nak bawak parents jenjalan gi Pantai Timur.....ngan adik2 and adik2 ipar...pas tuh wat grand sket celebration kat hotel. But at the meantime....low profile dulu laaa. So..inform kat Adam : Mama tak buat besday tau thn nie, mama bagi present jer.
Adam : Tapi ada kek kan..?
Aku : Takder...ada present jer.
Adam : Present apa?
Aku : Surprise.

Ok..dia diam..walaupun agak moncong sedikit. Esoknyer...
Adam: Mama...nanti panggil kawan2 datang masa besday boleh?
Aku : Kan mama kata tak buat.
Adam...ooo..lupa pulak.

Esoknya lagi :
Adam : Mama...tak ada tiup2 lilin langsung ke?
Aku : Memang laa tak ada....mama bagi present jer.
Adam : Alaaaaaa....( sambil moncong )
Aku : Tapi ada present nanti...
Adam : Oooo...oklah ( muka sedih sket )

Maka pada ptg hari yang sama ( semalam ler ), aku x sampai hati plak. Kebetulan dah ada kat PD....pas tuh Adam kuar..ikut papa dia ngan pak ngah2 dia gi mancing. Aku pun start engine keter...carik kek gambar otromen, pas tuh beli rojak pasembor. Balik...mak aku goreng kuey tiaw favourite Adam, goreng berbagai jenis keropok...buat air sarsi. Ngam2 Maghrib, dia sampai umah..aku terus mandikan n pakaikan baju cantik. Dia tanya nak gie mana pakai baju cantik? Aku kata tak gie mana2. Tapi muka dia confuse giler.
Pas tuh..tetiba makcik2 aku dtg....cousin2 yang lain dtg....pas tuh baru Adam perasan...kat dining hall...atas table..dah siap mangkuk..pinggan ngan kotak kek. Meloncat2 dia ....bukan main happy lagi....heheheheh.

So, senanglah hati aku tido sebagai seorang ibu.....heheheh.

To Adam :
I love you sooo much. Mama sayang Abang tau. Jangan lupa yang Mama sayang Abang sampai bila-bila pun. Apa yang Mama buat nie...semua untuk Abang. Mama susah ke, mama sakit ke, mama sedih ke, semua untuk Abang happy.
Read More
Memang benci betul bila Pak Lah announce pasal minyak naik semalam. Diorang nie...especially barisan kabinet Pak Lah nie...memang melampau betul...tak der hati perut langsung..... Suka2 hati naikkan petrol...susahkan rakyat jelata.....semata2 nak kayakan poket diorang. Ingat rakyat semua BANGANG ke...? Ingat orang semua tak tau ke apa purpose sebenar minyak dinaikkan harga???? Mana barisan alternatif yang kononnya bersemangat...berkobar2 nak perjuangkan hak rakyat....nak jadi hero untuk rakyat Malaysia....mana..mana...???? Semua nyer senyap....dah ada kerusi kat parlimen..dah ada kuasa..dah dapat offer macam2 untuk buat duwet...semuaaa senyap.....mengangkanggg...nganga mulut...tadah duit illegal. Kalau apa yg aku ckp nie adalah tuduhan.....bangun...buktikan yang korang bukan sekadar mengangkang kat dalam parlimen...bangun....kotakan janji untuk rakyat Malaysia. Aku bengang gak...sbb aku travel jauh every week.....tapi itu semua just one of the problems that we have to face.... Walaupun rasa terbeban.....tapi Insyaallah...boleh afford kalau betul2 jimat cermat. Cuma aku tak puas hati sebab politicians nie semua perkotak katikkan rakyat manusia sejagat. Aku benci betol bila diorang jadikan rakyat malaysia yang suci murni..ikhlas hafal rukun negara....nyanyi lagu negaraku....sebagai PENGEMISS... Kita semua jadi mcm pengemis...sbb terpaksa menggagau carik alternatif nak HIDUP...!!! Apa nie...? Apa yang diorang cuba nak buat...?

Aku nak..semua PENYAMUN BESAR kat dalam kabinet tu dihapuskan....!!!!!
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama