Assalamualaikum.....
Anybody ever touch a sea glass? Or even heard about it before?
Me? Nope! Never heard about it and pity me, I've never known that it actually exist.
So, Eqbal Zack has some to share with the readers. But, you have to play with his rules. Come and visit his page HERE.
Malay language entry:
Kaca Laut. Kita tak pernah dengar, tapi memang nampak macam menarik sangat. Kalaulah boleh dapat satu, mesti seronok kan.
Assalamualaikum.....
Salam Jumaat everybody.
It's Friday and weekend is just a few hours away from now. The school holiday is going to end this weekend. And we (me and family) has been planning a short trip for a soul therapy.
Yeap...! We are going to Kong Kong in Masai, Johor. Not Hong Kong and not even King Kong ehh! It's Kong Kong. Search the Google Maps, friends.
It's not going to be a luxury holiday. It's a back to nature holiday. The main purpose for this trip is fishing. Yeap, hubby, Ayah, my brother and even my son, Adam love fishing so much. But not yet the die-hard fan category. It's the middle class die-hard
Assalamualaikum.....
Lupa pula nak selitkan satu lagi kerja part-time yang kita pernah buat masa study dulu. Ini semua waktu2 kat Matriks la nie.
Masa kat matriks dulu, kita ada sorang kakak angkat. Nama dia Linda and she's Sabahan. Dia sangat independent orangnya. Dan dia adalah seorang saudara baru. Mak kita sayang betul dengan dia. Kita pun sayang dengan dia sebab kita tak pernah ada kakak. So, sangat rapatlah dengan dia. Dia kerja part time kat McD. So, bila dah selalu tengok dia ulang alik, terasa macam
Assalamualaikum.....
....di dalam hidup kita hari ini, Insya Allah.
Hari ni kita cuti untuk menguruskannya. Insya Allah kalau segalanya berjalan lancar hari ini, kita akan ceritakannya esok.
Doakan kita yer...
Assalamualaikum.....
Sekarang nie kan cuaca panas. Rata2 orang semuanya mengeluh sebab siang malam panas berdentung. Aish, manusia nie memang tak pernah puas hati. Ada jer komplinnya. Kita agak kurang selesa kalau ada yang bersungguh2 mengutuk cuaca. Lupakah ini adalah antara nikmat Allah untuk kita?
Anyway, adik bongsu kita yang baru bersanding hujung tahun lepas tu, Alhamdulillah dah membawa generasi berikutnya. And bila dia beria2 pujuk kakak2nya beli air cond untuk pasang di rumah mak di kampung, memang kita faham sangat perasaannya. Kat rumah mak memang x ada air cond lah kan. Ayah dan mak dah berusia, so tak tahan sejuk. Bayangkan, kalau malam tu, diorang pasang kipas no. 1 jer. Jenis yang kipas berpusing macam
Assalamualaikum.....
Salam Jumaat untuk semua. Apa khabar anda semua hari ni? Bagaimana anda memulakan hari Jumaat anda, penghulu segala hari? Baca surah Al-Kahfi ke, atau baca Yaasin ke, atau baca Al-Mathurat ke? Baca Al Rahman pun bagus juga kan.
Anyway, hari ini pasti jalan2 raya akan menjadi sibuk. Maklumlah, esok dah bermula cuti sekolah kan. Cuti sekolah kali ini pendek saja, seminggu saja. Makanya mungkin ada yang merancang memulakan perjalanan malam ini juga, ada juga yang menunggu esok hari. Mungkin ramai juga yang tidak ke
Assalamualaikum.....
Masa zaman belajar dulu, kita pernah buat kerja part time. Ikut kawan. Kerja yang pertama nie ialah kerja kilang. Jadi operator pengeluaran di kilang bernama ALPS di Nilai. Masa tu baru habis matriks, nak naik ke main camp. So, umur dalam 19 tahunlah.
Sebenarnya masa tu cuti sem yang panjang. Dalam 3 bulan kot. Kebetulan ada temuduga terbuka kilang nie di Port Dickson. Kita pun bersungguh2lah datang interview. Tapi, of course kita menipu kan..hehehehehhe. Bawa pergi sijil SRP jer. Itupun panel tu korek2 juga,
Assalamualaikum.....
Wah, asyik cerita pasal makan jer kan. Okeh..okeh. Hari nie kita semua diet dalam blog My Rainbow nie. Kita cerita tentang aktiviti riadah pula yer.
Bila berdua dengan hubby di Kuantan, kami suka meredah jalan2 kampung dan explore Malaysia. So, pada suatu hari, dengan niat untuk cari lokasi memancing, kami tiba2 terpesong untuk meninjau pusat rekreasi yang kami selalu nampak signboardnya dari jalan besar Gambang tu.
Taman Rekreasi Hutan Lipur Panching.
Ianya terletak di daerah Sungai Lembing. Sebagai permulaan, Sungai Lembing adalah daerah
Assalamualaikum.....
Isnin yang lemau nie, kita nak kasi meriah2 sikit untuk reader My Rainbow dengan cerita pasal food. Selalunya kalau cerita pasal food, sedikit sebanyak membangkitkan mood kan...? Kenapa agaknya yer?
Anyway, ini cerita tentang kuih paung goreng yang kita biasanya makan di Terengganu. Tapi, yang paling kena dan sesuai dengan tekak kita dan hubby ialah di sebuah warung kampung yang sangat kecil di Kampung Teluk Bidara, Dungun.
Kami sanggup singgah ke sini semata2 untuk menunggu paung gorengnya. Kali terakhir kami singgah, masih awal
Assalamualaikum.....
Kita dengan arwah atok suka makan asam pedas di sini. Dulu2 Tanjung Emas nie, kedai2 asam pedas nyer hanyalah warung2 kecil bawah pokok yang redup di tepi Sungai Muar tu. Tapi sejak dibangunkan dan dicantikkan, maka dah disiapkan food court nya.
Tapi kami dah tak ingat kedai mana yang sedap, maka bila datang sini itu hari, main belasah jer lah.
Tiba sini dah agak lewat. Tapi mujurlah masih ada kepala ikan mayong. Favourite. Susah nak cari ikan mayong dah sekarang
Assalamualaikum.....
Semalam dah tengok cik adik yang sweet jer tarik2 tali menyeberang sungai kan? Menarik kan?
Ok, kejadian tu adalah di Kelantan. Kita dengan hubby kan ke rajin ke Kelantan sejak2 ada di Kuantan nie. And lokasi kejadian tu adalah di daerah Rantau Panjang - Pengkalan Kubor. Baru jer sebulan yang lepas gambar tu.
Mula2 cik adik tu tak perasan. Tapi after a while, dia notice ada kereta parking kat tebing sungai tu. Dia terus pandang kita dan senyum. Kita senyum, kita lambai semula pada
Assalamualaikum.....
Assalamualaikum.....
Kadang2 kita dan hubby tergelak2 seronok bila mengenangkan kenakalan Adam semasa dia kecil. Kadang2 bila kami hanya berdua, makan di kedai2, dan nampak anak2 kecil yang dipangku ibu bapanya pun kami boleh tersenyum sendiri. Seronok agaknya kalau ada anak kecil lagi. Tapi, anak kami dah besar. Rezeki kami seorang saja. Namun syukur yang amat Ya Allah kerana Adam sangat menyinar dalam keluarga kami.
Teringat dulu2 masa Adam berumur 2-3 tahun. Weekend, macam biasa balik ke Melaka. Masa tu tinggal di rumah teres setingkat, so porch pun muat2 sebuah kereta dan halaman yang bertanah pun kecill sangat. Bolehlah kalau nak parking penyidai kain yang ada roda tu.
Nak di jadikan cerita, sebelah rumah kami tu,
Assalamualaikum.....
Kita rasa, wanita zaman sekarang nie dah ramai yang shopping on-line kan...?
Termasuklah kita sekali. Heehehhehe. Tapi paling mudah ialah shopping online untuk pakaian kita, termasuklah tudung kan. Sebabnya kadang2 ada husband yang agak tidak berkongsi minat dan sanggup menunggu isteri2 mereka memilih tudung.
Now, bila shopping on-line, kita tak menyusahkan suami, tak perlu layan anak yang kepanasan dalam kedai tudung dan juga boleh makan dan minum dan duduk dalam teduh rumah dan sejuk air cond atau kipas angin kan.
Online pun memang
Assalamualaikum.....
Nak buat entry baru, tapi dalam hati rasa bersalah sebab ada banyak lagi komen2 yang belum kita balas. Tapi memang macam2 pula halangan yang ada. Tak up entry, kasihan pula pada yang masuk sini tanpa sajian baru. Kita sendiri pun rasa boring masuk blog sendiri kalau tak ada cerita baru.
Anyway, pagi Isnin nie kita cerita perkara yang mudah jer lah.
Beberapa minggu yang lepas, kita dan rakan2 pejabat telah memanjangkan langkah untuk mencari lunch. Ha, dari Bukit Jalil, berhempas pulas kami melangkah
Assalamualaikum.....
Selesai 2 peperangan tadi iaitu di laut dan darat, seterusnya adalah acara Tamat Latihan Asas Pasukan Komando. Adalah kot nama penuh dia, tapi kita tak ingat.
So, acara ini dimulai dengan larian kawad tentera komando ini daripada penghujung pantai sehingga ke barisan kehormat pegawai2 tinggi tentera darat di pentas utama.
Pelatih komando sedang di kerah berlari. Pelatih komando nie memakai speaker microphone yang mana setiap arahannya dan amarannya dapat didengari oleh semua pengunjung. Ianya diselang selikan dengan penerangan daripada juru acara majlis yang
Assalamualaikum.....
Ok, mari kita sambung.
Acara seterusnya ialah anggota komando menyelamatkan tebusan yang dikurung di dalam bangunan. Kebetulan, bangunan yang didirikan secara 'mock' berada si hadapan posisi kami lepak tu. So, dapatlah lihat dengan jelas sikit.
Di atas ini adalah 'pentas persembahan' komando. Di sekelilingnya dah di pagar dengan kawad duri untuk mengelakkan dari orang awam termasuk ke kawasan itu. Bahaya sebab ada bom di tanam dalam pasir2 tu.
Ini pula adalah bangunan 'hotel' yang di
Assalamualaikum.....
Setelah berhari2 berlangsung, baru kita sempat nak update.
Ahad yang baru lepas nie, kita dan hubby berpeluang bawa Adam dan Asyrol ke acara Sambutan Ulang Tahun ke-80 Tentera Darat Malaysia. Sayangnya kami tak dapat turut serta dalam perarakan yang berlangsung pada hari Sabtu tu kerana kereta kita pula breakdown. So, Sabtu adalah hari sibuk yang dipenuhi dengan agenda kereta dan workshop di Melaka.
Kalau ikutkan keupayaan, macam tak mampu nak drive balik ke Port Dickson pada hari Sabtu tu sebab dah terlalu penat
Assalamualaikum.....
Kalau ada masa dan apabila perlu, kita memang akan bawa kereta ke kedai tayar untuk rutin balancing dan allignment. Oleh kerana jalan jauh juga, kita selalu pastikan tayar kereta kita di rotate kedudukannya untuk keselamatan dan untuk penjimatan maksimum. Hehehehehe.
Dan untuk servis balancing dan allignment ini, kita suka pergi ke satu kedai tayar di Lukut, Port Dickson. Dalam banyak2 kedai di seluruh negara yang pernah kita pergi, skill di kedai inilah yang paling memuaskan hati kita.
Anyway, macam biasa kalau di kedai tayar
Assalamualaikum.....
Sabah masih bergelodak. Anasir luar yang tak tahu malu memang rakus bertindak. Apatah lagi Malaysia memang terkenal dengan sopan santun dan budi bahasa. Dalam politik pun bersopan, hatta dalam perang pun masih bersopan. Biarlah orang tak berbudi, asalkan kita berbahasa sehingga terkorban nyawa perwira kita.
Maaflah. Bila melibatkan nyawa anggota keselamatan, kita agak sensitif. Kita membesar di Port Dickson. Bandar Tentera Darat Malaysia. Saudara mara pula ramai polis. Hidup penuh dengan perwira. Maka bila mereka2 itu gugur satu demi satu, kita memang rasa sangat marah! MEMBAZIR! Mereka yang gugur ini semuanya aset negara. Tak bolehkah rancang apa2 sahaja untuk menangani masalah ini dengan bijak dan bermaruah tanpa mengorbankan nyawa aset negara?
Apa sebenarnya yang
Assalamualaikum.....
Semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu Ba bulan lepas di Rantau, tak semena2 kami terserempak dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tok Mat Hassan. Ok, kami waghiihh... panggil Tok Mat jer la. Kita pun apa lagi, ambil kesempatan suruh Adam dan Firdaus bergambar dengan beliau.
"Tok, bulih tak saya nak ambik gambar Tok dongan anak bujang sey tu?"
"Bulih..bulih... Mano deh (mana dia)?. Meh sini ha.." katanya.
Dan hasilnya....
Ha, sangat sempoi MB nie. Dia datang pun lone ranger jer.
Assalamualaikum.....
Bila selesai pengajian di matrik, kita melangkah pula ke main campus. Short formnya, main camp jer kan.
Di main camp ni, kita terus cuba mengaktifkan diri dalam persatuan. Persatuan pertama yang kita join ialah Kelab Penyayang ataupun di panggil Caring Club. Banyak aktiviti kemasyarakatan di buat dalam kelab nie. Semua ahli2nya, tanpa mengira status, latar belakang, kursus, senior atau junior, bersama2 fokus untuk masyarakat. Inilah yang sepatutnya berlaku. Kalau ada program apa2, kadang sampai midnite kami semua masih sibuk dan riuh rendah dalam bilik kelab.
Assalamualaikum.....
Inilah mee kahwinnya. Yang sebenarnya, repeat makan di kedai mee di Ujung Pasir, Melaka. All these while, kami sekeluarga dok makan mee rojak atau mee rebus jer. Tapi bila orang lain macam suka dengan mee kahwin, kami pun cubalah juga.
Oh, mengenai kedai tu, sila baca di SINI.
Since mee kahwin nie agak famous sehingga a few times masuk rancangan tv, wajiblah kami explore. Ianya adalah mee rebus dan mee rojak yang di combine dalam satu pinggan. Kuah combine, isi pun combine.