Kali ni, kita bercerita pula tentang makan2 lagi yer. Biasanya yang kita perhatikan, kalau bab makan jer, tinggi la sikit trafik blog nie. Kalau topik lain tu...agak kureng la sikit. Tak kisahlah..janji kita share segalanya di sini yer. So, nak cerita in English (walaupun Englishku sangat menyedihkan tahapnya) atau dalam BM?
Cerita pasal makan2 ni, best kalau cerita dalam Malay language lah kan..(or rojak langguage?).
Pasti dah ramai blogger yang share tentang mee sup nie. Kami panggil Mee Sup Tengkera sebab kedai sup nie lokasinya di Jalan Tengkera. Kalau dari bandar Melaka, lalu jambatan tinggi yang boleh nampak laut Selat Melaka tu menghala ke Klebang, di simpang 4 selepas turun jambatan tu kena ambil kanan. Terusss lagi sampai simpang 4 yang dah tak boleh jalan terus, ambik kiri. Straight lagi, kedai nie sebelah kanan selepas Dewan Badminton.
Yang di atas nie adalah gambar signboardnya. Mee sup ni memang dah lama sangat2 bertapak di sini. Memang sokmo penuh. Dolu2 masa bertunang dengan hubby, kalau ke Melaka dengan parents in law mesti kami singgah makan di sini. Tapi bila dah menetap di Melaka, tak pula selalu makan di sini. Bukan apa, sekarang nie kalau weekend jer, Melaka mesti jem kaw2 punya. Kami orang melaka nie, kalau tak bawa pelancong, jarang nak masuk bandar bila weekend.
Yang pakai kopiah tu ownernya. Dulu dia dengan abang2nya yang sama2 usahakan. Now abang2nya dah uzur, so dia teruskan dengan pekerja2 yang ramai. Oh yer, pekerjanya semua pun dah pakai uniform. T-shirt ber cop nama kedai.
Ini pilihan kita. Mee hoon sup. Menunya sangat simple. Mee, mee hoon atau kuay tiaw sup. Itu jer. Mangkuk kecik jer. Simple dish. Ada mee tu, carikan isi ayam, sayur 2 sudu, cili besar potong dengan kuah sup. Siap. Nak kaw sikit, tabur lada sulah tu. Memang sesuai untuk minum petang. Kalau untuk lunch, memang x kenyanglah....
Ada juga stall yang jual popia basah, tapi masa kami datang nie, popianya tutup.
Kedai ni, buka dari pukul 4.30 petang. Kira macam antara Asar dan Maghrib la kiranya. Tapi selalunya pukul 6.00 petang tu dah licin lincau dah.....
Kalau weekend, nak makan kena lah tunggu meja kosong. Berdiri2lah sana sini nak rebut meja kan. Tapi biasanya tak tunggu lama sebab meja banyaaaak dan orang pun lepas makan mee sup, terus chow. Bukannya ada menu pelik2 macam ikan bakar ker apa ker kan. Kalau ada yg macam tu, haruslah lama nak menunggunya.
So, weekend nie dah penghujung cuti sekolah. Ada yang merancang nak datang Melaka ke..?
.
24 thoughts..
Nanti try cerita pasal coconut shake Klebang pulak ye? Hehe.
wahhh layan!~
wah ramainyer pengunjung... Liya lama dah tak masuk bandar Melaka (sbb yg sama jugak). Dulu masa adik duk kat PLKN sana selalu singgah Newton Food Court tu makan laksa kat situ. Ada 1 gerai jual pelbagai jenis laksa; liya plg suka laksa sarawak dan laksa johor. Masih ada ker gerai laksa tu sbb lama sangat tak singgah sana since 2007 kot...
dah lama tak pergi padahal rumah dekat sangat kat sini, selalu penuh kedai mee sup nie, cepat sold out....anak saya pernah part time kat sini....tokey dia baik......
kakcik selalu juga ke melaka, tapi tak tahu pula tentang mee sup ni. :)
Dulu2 mmg rajin ke melaka.. ingat one day nak buat tour melaka bebetul sikit..selalu ti pegi kejap2..tak puas...
Nnt boleh lah search tpt makan dlm yr blog.. sebab tu lah traffic laju beb. Org buat referral.
Pizli : Coconut shake Klebang tu Insyaallah menyusul next week... Dah pergi ke..?
Mrs Eady : Layan...
Lieya : Heheheh...akak tak pernahhh masuk Newton Food Court tu..hehehehehhe
Sukma : Kerja dengan Pakcik Hassan tu yer. A'ahh..dia memang baik. Orang Melaka juga yer kakk...
Kakcik : Oh, mungkin sebab laluan tu bukan lagi laluan utama ke Klebang kot.
Azian Elias : Alahai...trafik takderlah laju mana pun kak. Lebih sikit dari siput tuttt jer..hehehehhe. Bolehlah... sikit2 ok lah. Taste dan tekak lain2 kan... Tapi, dalam blog nie pun x berapa banyak lagi sebenarnya.
next time balik kampung nak try lah.. ;)
Sedap kak makan kat sini. Rasa nak repaet lagi. Nampak simple je bihun sup dia tapi mmg super sedaplah!!
Nanti sy pi melaka saya nk repeat lagi...cam dah wajib dah. heheheh
wahh... ramai jugak pengunjungnya kan..?? eemm mesti sedap ni.. kalau terlalu area tengkera ni boleh cikda carik.. :)
sntiasa ramai pengunjung....trkdg malas nk singgah..akak ni jenis xsabar menunggu...huhuhu....
Dah lama tak singgah Melaka.
Tapi hujung minggu ni nak ke Muar.
Biasalah.
Cuti sekolah dah habis.
Mee Bandung lagilah jawabnya...
Makchaq pernah duduk melaka dulu, tapi tak tau pulak tempat ni, kawan2 orang melaka pun x pernah cerita... Tak tau la kot masa tu kedaini belum bukak lagi..
Hi Aziela, I sure love that soup. Looks so delicious.
That place or the dishes that popular kena tunggu?
Have you tried Malacca satay chelop? No other place buat tu satay.
I miss having that.
I still have a platoon of relatives in Malacca, a few I think still living in Tranquerah, some in Ujong Pasir, ada jugak tempat Bukit China tu. Many da masuk goal. I have not seen them 26 years.
I was born in Limbongan, sekolah Anglo Chinese School, but only up to 12 years old.
Ada relatives in Tanjong too. Where I am now ada satu lovely widow Nyonya, from Tangga Batu, Malacca.
She speaks typical Nyonya Malay to me when we meet, only thing my Malay da la lintang pukang, ha ha ha.
Macham tu Mr Quah in Penang. Ha ha ha.
Ahhh, now I see you in HR. No wonder la your interesting enquiries at my pondok, ha ha.
Have a fun weekend, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Kira business baik punya ni Ziela. Buka sekejap aje dah kena serbu habis. Tak perlu tunggu lama.
tapau 1
nampak cam simple aje mee hoon tu kan, tapi sedap....wah nak letak dlm list pi makan la......
favourite akak jugak ni, mee sup Tengkera.. pilihan akak selalunya mee kuning, hehe
Masih beroperasi lagi warung mee sup keramat ni rupanya, sy last makan situ tahun 1995, masih sama lagi ke resepinya hingga kini??
Catat Ulasan