Sebenarnya Saya Isteri Dia, Izzue Islam dan Dot..Dot..Dot....

18 comments
Assalamualaikum.....

Wah, hangat betul kisah Izzue Islam nie kan....

Maka kita pun tumpanglah sekaki dalam kisah dia nie kan...hehehehhe...

First sekali, cerita tentang novel dulu.

SSiD adalah antara novel pertama karya blogger yang kita miliki masa hari pertama buku nie di pasaran. Alhamdulillah....sangat2 tidak mengecewakan. Memang besttt sangat kisahnya walaupun ada a few things yang sedikit tidak tercapai dek akal.

Dan bila disampaikan oleh penulisnya, Zura Asyfar yang novel ini akan di dramakan, maka kami yang peminat SSiD mulalah terkinja2 di blognya. Bila disampaikan pula bahawa hero yang dipilih ialah Izzue Islam, sumpah kita tak kenal dia. Dan kami pula kebanyakkannya tak nak Tiz Zaqyah menjadi heroin sebab macam nak satu pembaharuan dengan SSiD ni. Tapi telah termaktub pilihan produser ialah Tiz Zaqyah.

Setelah 8 episod drama nie, kita yang menentang Tiz menjadi heroin, mula berpaling arah. Producer knows best kan. Tiz is good. Memang tidak mengecewakan. Andddddd...... Izzue Islam himself is not bad at all. Bahkan, lakonannya sangat natural, sangat fresh dan he seems to be himself in this drama. Sangat2 menepati watak Firash itu sendiri.

Dalam pada meletop2 nama Izzue Islam ni, semuanya dikejutkan dengan berita perkahwinannya.

Ok..fine...tapi 2 minggu sebelum ini, kita lagi terkejut bila tahu yang isteri Izzue Islam ini rupa2nya adalah adik kepada salah seorang officemate kami. Subhanallah....

Officemate kita nie orangnya sangat baik budi bahasa. Sopan santun dan sangat menghormati orang lain. Satu2nya abang kepada isteri Izzue. Dan, beliau di recruit oleh kita sejak dia graduate dari U nye. Isterinya pula adalah salah seorang penerbit berita di radio kami. Wah, mereka bercinta senyap2, sedar2 dah dapat kad jemputan. Suami isteri ini, 2-2nya kita sayang seperti adik sendiri dek tingginya budi bahasa mereka.

Anyway, kita cilok gambar daripada Oh Bulan dululah yer...sebab gambar daripada abang pengantin yang di blue toothkan pada kita petang semalam gagal di upload dalam komputer. Telefon kita nie memang wenggggg banyak.

Alhamdulillah, newly wed.


My officemate, abang pengantin, songkok hitam baju melayu coklat sebelah Izzue.

Keluarga pengantin perempuan. Berdiri kiri sekali ialah officemate kita dan berdiri kanan sekali ialah isteri beliau. 


Now, talking about the couple. 

Ramai peminat2 seni industri hiburan tanah air di Malaysia nie memang bermulut longkang kan... Allah, kita pun dah terikut. Tapi seriuslah, geram. Kita tak sanggup baca sendiri, tapi mengikut kata kawan2, dalam blog Beautiful Nara, ramai yang kondem pengantin perempuan. Tak padanlah, itulah, inilah...

First thing that came into our mind is : They are just being jealous.

Ko, kalau tak jeles, takkan nak kondem orang kan?

Anyway, not because dia nie adik kawan kita, kita dok pertahankan. Tapi as a human, sebagai seorang Islam, pernahkan rupa paras itu menjadi kayu pengukur untuk di hinakan? 

Beauty lies in the eyes of the beholder.

Bagi suami kita, kitalah perempuan yang lebih cantik dari kebanyakkan wanita gorgeous yang kita pandang. Itupun, setelah berbelas tahun kami berkahwin, semakin hari semakin dia rasa cantik. Kalau orang lain pulak, sebelah mata pun x sanggup nak pandang kan...? Silap2, boleh nightmare berbulan2, hahahahhaha.

Bagi kita pula, biarpun ada banyak lelaki gagah perkasa di luar sana, sehensem Bradd Pitt atau Tom Cruise sekalipun, hati dan pandangan tetap merindukan hubby. Tetap rasa bangga berada di sisinya walau di mana sekali pun. Walaupun ramai yang pelik apa sangatlah yang kita pandang pada hubby kita tu. Sampaikan ada sorang pakcik di Terengganu tanya hubby, dah kawen ke belum? Bila hubby kata dah, dia geleng2. Pakcik tu kata, besar mcm nie pun, ada orang nak..? Wah, nasiblah dia tak cakap depan kita. Kalau tak, tahulah nasib pakcik tu. 

Dan kita yakin, anda semua punya perasaan yang sama terhadap pasangan anda. Betul tak?

Dan kita yakin, itu juga yang di rasakan oleh Izzue suami isteri. Setelah 5 tahun mereka bercinta dengan penuh rasa hormat menghormati di antara satu sama lain, di saat Izzue sedang menuju kegemilangan, Izzue lantas terus mengambil keputusan untuk mengangkat darjat wanita itu menjadi kekasihnya yang halal. Tidakkah itu cukup untuk membuktikan betapa ikhlasnya cinta mereka?

Oh, tolong jangan pertikaikan perbezaan umur mereka. Tidakkah Rasulullah s.a.w. dan Saidatina Khadijah juga begitu?

Dan, Izzue suami isteri sekarang rasa sangat bersyukur, lega dan gembira kerana hubungan mereka telah halal. Pada pandangan kita, semakin mudah mereka bekerja kerana dah tiada batasan. Isteri sendiri jadi manager kan...

Dan, kisah Izzue berkahwin dengan manager sendiri pun boleh pula dijadikan topik pagi di radio baru, U FM pagi tadi. Hisshhh! suka betul menyelongkar isi kelambu rumah orang lain kan? susah sangat ke nak bersangka baik dan mendoakan yang baik?

Aaron Aziz dan Dato' AC Mizal pun menjadikan isteri masing2 manager mereka juga kan? kenapa tak pula di jadikan issue?

So, walaupun tak ramai yang membaca entry ini, kita mohon kepada yang membaca, supaya mendoakan cinta pasangan ini kekal selamanya hingga ke Jannah. 

Amiin.


.





Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

18 thoughts..

Unknown berkata...

nice entri kak.. suka baca dari awal smpai habis.. sejak tgk SSID ni deqla tersuka pulak kat izzue.. lg pulak ank buah pun minat.. terpengaruh ngan dia pulak..haha.. betul tu kak.. sibuk je org dok pertikaikan.. biar la dah jodoh mereka.. hanya izzue yg tahu betapa istimewanya wanita tu utk dijadikan isteri dia..kan?kan? depa jeles la tu... kan... .untung la mmbe opis akk, ada adik ipar retis...hihihi...

Unknown berkata...

walau pun tiz zakiyah tu agak menyampah tapi saya pun tak dapat nak nafikan dia berlakon bagus. takde la terlalu bagus. tapi baik la.. haha..

Rozita Ceritaita berkata...

hehe...suka entry akak ni.. walaupun saya tak kenal pun siapa izzue ni... cuma tgk cerita saya sebenarnya isteri dia tu sekali je..

apa pun apa yang akak kata tu betul semuanya... umur..paras rupa akan jatuh no 2..sebab hati lebih penting.. tapi pada saya isterinya tu dah cukup cantik dan padan dengan dia... jauh noo nak dibandingkan dengan saya ni kak..

kawen dgn manager pun masalah? ok apa... manager kat rumah sampai kat opis.. hehe.. saleh yaakub pun isteri dia as manager gak kan?

apa terjadi pun didoakan rumahtangga semua orang akan berbahagia selamanya...amin..

Kakzakie Purvit berkata...

Betul Ziela... pandangan mata tak sama. Begitu juga rasa. Usah kata manusia tapi bab merasa makanan aje citarasa tak sama.

Mata kakak pula pandang airmuka isteri dia lembut walau tak fotogenik. Pandai Izzue pilih. Dia mahu yg cantik dalaman...

Moga mereka berbahagia..

PearlKaz berkata...

Oh.. Tak sangka ada macam2 cerita di sebalik cerita perkahwinan mereka rupanya. Hurm.. Kelakar pule bila org nk jeles dgn kisah percintaan org lain. Padahal kalo Izzue tak jd artis, jumpa tepi jalan pandang sebelah mata pun tak nak kot?

RamRamCute berkata...

nice entry awak dan Selamat Menerima Ipar kepada kawanku Hasif aka Hasipapous!! jangan lupa otogerap ye...hikhikhik......

~Liya Sufiah~ berkata...

nice n3 aziela, memang tipikal org kita kot, saya percaya jodoh pertemuan tu dtgnya dari ALLAH taala... walau siapa suami / isteri dia dan bagaimana rupa paras yang penting rasa cinta dan kasih sayang yang lahir dengan ikhlas tu adalah Rahmat ALLAH.

Berbalik kepada SSID saya mmg tak sempat nk ikut cerita tu sgt. Tp saya suka layan kat tonton jer jarang-2... mmg tak di nafikan lakonan Tiz dan Izzue mmg menjadi... tp mcm semua saya pun kurenggg sikit dgn Tiz ni... bila tgk promo ttg drama lakonan dia, dlm mind mmg tak ada langsung perasaan nk tgk citer tu... (sori prodecer semua).

Owwhhh yer Liya nk ty aziela (kalau sudi jawablah) aziela ni keje mana dan umur berapa? (juz rasa tertarik2 nk mengenali u)^_^

Dr K berkata...

entah la, saya tak minat dan tak ambik tahu hal artis malaysia...haha

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

orang kata dari mata turun ke hati.. terus terang pada mulanya saya pun rasa macam.. eh! (tapi taklah pulak sampai menghantar komen yang bukan2 cuma komen dalam hati).. kitakan manusia biasa.. tapi bila baca sejarah kisah percintaan mereka, memang salute dengan kesetiaan pasangan ini, semoga cinta mereka hingga ke jannah, Aminnn...

sekadar satu coretan berkata...

semoga bahagia hingga akhir hayat...

pernah tengok sekali jer cerita ni..novelnya mmg pernah baca...

adventure mama berkata...

tak kenal jugak izzue islam ni dulu..hehe tapi bagos la dah kawen tu...kan kan

MulutPayau berkata...

semoga kbhagiaan mnjadi milik mereka..

Cikda berkata...

hehehe.. wahh.. kalau cikda ni dah tumpang bagga dah ni.. kawan artis tu.. hehahah... tapi cikda ni ada masalah sikit..tak kenal sangat artis2 baru naik ni.. yg cikda kenal faizal hussein.. hehehe..cakap pasal dia pun sebab tgk citer DAHLIA..

tapi cikda sokong la aziela.. "bila ko mengomen tu makna nya ko jeles la kan.."

ina_cun berkata...

nice entry and story...sy pun baru je minat izzue since citer SSID nilah :) tiz pun sy x berapa minat klu dia berlakon tp since dia berlakon dgn izzue ni terasa diaorng punya chemistry... good job to both of them... sy start follow citer ni masa dah episod 7.. dan lps tu terus marathon dr episod 1 sampi 6..sgt2 sweet diaorng dlm citer and cerita nya yg x byk menyakitkan hati tu yg buat kiterong relax jer menonton and sengeh sorang2 hahhahahaha

sentuh psl jodoh izzue and his wife sy rasa mmg org jeles jer yg akn pertikaikn tp ialah mulut org kan mana nk tutup dr terus mengata.. so sama2lh kita doakan semoga mereka bahagia hatta jannah..amin..

Winter berkata...

Insyaallah semoga kekal ke akhir hayat...amiin

elvindidielis berkata...

blog akak ni cantik la..

Tanpa Nama berkata...

Amin

Tanpa Nama berkata...

Amin semoga dicucuri rahmat