Nasi Kerabu Tapau di Gerai

15 comments
Assalamualaikum.....



Dekat2 dengan rumah saya tu, ada banyak gerai2 yang menjual beranika jenis sarapan. Ada kuih muih, mee, mihun dan of course nasi lemak. Namun, cuma ada satu saja gerai yang menjual nasi kerabu. Peniaganya muda lagi, kira2 usia 20an dan cuba menceburi bidang perniagaan. Katanya, dia berhenti kerja daripada menjawat jawatan penyelia kerana ada masalah untuk mencari babysitter anaknya. Jadi, bila dah biasa ada pendapatan tetapi hilang, dia berusaha nak dapatkan semula pendapatan sendiri. Alhamdulillah...never give up.

Anyway, dia belajar buat nasi kerabu dari mertuanya. Tapi haruslah dia guna pewarna kan.... Cuma, nasi kerabunya complete. Nasinya lemak dan lembut. Ada telur masin, sambal budu dan sambal cili. Ada serunding kelapa berserta sayuran kerabunya. Lauk boleh dipilih. Ada ayam, ada paru, ada daging dan sebagainya. Tak sama setiap hari....dia gilirkan lauk tu.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, dia tambah produk jualannya. Ada nasi lemak juga. Ada kuih muih. Dulu tak ada kuih, sekarang ada 5-6 jenis kuih. Semuanya dalam kuantiti yang kecil. Maklumlah, segalanya dia lakukan sendirian.

Kadang2 saya beli nasi kerabu ni untuk dimakan waktu tengah hari kerana portionnya memang mewah. Kalau nak makan tengah hari, beritahu saja dia. pandailah dia nak asingkan lauk pauknya dari nasi.
Atau kalau dah makan untuk sarapan nasi kerabu ni, lunch saya akan skip saja. Kenyang sampai ke petang...

Cumanya, dia masih belum berapa cekap dan pantas mengendalikan gerainya dan jualannya. kadang2 pelanggan kena berdiri lama menunggu pesanan. Yeap, practice makes perfect. Biarkan dia bertatih. Nanti2, berlarilah tu. Saya cuma seronok dan tumpang bangga.









Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

15 thoughts..

Kakcik Seroja berkata...

Mudah2an perniagaannya akan terus berkembang maju...

aizamia3 berkata...

Moga dia terus berjaya dan berjaya.. ;) beli dan sedap adalah kelebihan untuk datang membeli lagi.. ;)

Anum berkata...

nyum2

Tanpa Nama berkata...

suka makan nasi kerabu tpi without budu.. hehehe.. still consider nasi kerabu tak tu..

Lynda Che Lah berkata...

menarik..nmpk sedap
kdg2 ada terfikir berhenti kerja dan meniaga mcm ni kak..
tp semangat tu belum kuat..mungkin 1 hari nti..hehe

mama eija berkata...

assalamualaikum sis aziela... salam perkenalan... sedapnyA nasi kerabu.. dkt rumah sy blh pagi pun ada tapi tak kena selera.. hihi tapi ns kerabu yang dijual belah petang sedap... hsbnd mmg tak mkn ns kerabu tapi bila pekena ns kerabu yg mkcik blh ptg ni juai jadi minat hehewww... aneh kan... mmg sedap ^_^

Dr K berkata...

Saya pun tumpang bangga membaca kisah ini kak...Sebenarnya, tuhan dah tetapkan mungkin rezekinya lebih baik dgn berniaga..lebih banyak pendapatan dan dlm masa yg sama, anak terjaga...

ps: blog saya mmg blog picisan la kak...bukan perli akak...ekekekekekeke....kalau jumpa saya kat luar, jgn lupa tegur tauuu

zoul dahan™ berkata...

Ingat entri saya pasal ketam melayu dan ketam cina?
Harap2 takda yg busuk hati.
Kalau tidak tak lama kakak ni berniaga.
Didoakan semoga kakak ni terus berdaya saing.

Acik Erna berkata...

Kat mana dia berjualan tu ziela.bagus dia ada kemahuan dan berani

Kakzakie Purvit berkata...

Apa pun permulaan yg baik. Bila dah expert laju aje kelak..

Yg penting rasa kena ada.

SalbiahM berkata...

semoga dia akan terus maju jaya...nampak sedap nasi kerabu..bagus kisah ni boleh bg inspirasi pada orang lain

:: CIKVIVA :: berkata...

nasik kerabu kalau berlauk mesti banyak portion dia..mmg bleh kenyang sampai petang...bleh skip lunch gitu..

ellynadyra berkata...

lamanya tak makan nasi kerabu
ni kalau makan kenyang sampai lunch ni

akak kena beli selalu ngan dia
nanti lama2 sure dia cekap
hehehehhee

Aziela berkata...

Kakcik Nur : In Sha Allah, kak.

Aizamia : betull...agreee.

Hanum : best.

Moon Izzan : Boleh diterima...janhi ada kerabunya.

Lynda : Ada talent, apa salahnya. Semoga termakbul satu hari nanti.

Mis Eija : Salam perkenalan kembali. Uish...mesti sedap tu kan.

Daddy Ziyyad : Akak suka lihat wanita berniaga...Bangga dengan Mommy ZZZ. Dik...lagi sekali awak mengaku blog picisan..akak pegi klinik awak minta MC. MC stress namanya tau...hahahaha.


Zoul Dahan : Yer, saya ingat. Semoga dia tabah.

Acik Erna : Ini stok gerai kek istano hinggap sey kak. Alaa...Sg Bosi ni yo...hahahaha.


SalbiahM : Sharing is caring kan...

Cik Viva : Akak yg tank besar ni pun boleh kenyang sampai petang dik. Imagine la...

Elly Nadyra : Ishh..orang bisnes ni pandai sungguh nak lakukan bisnes kan..hahahahaha. We need more women like you la Elly.

Sukma berkata...

Nasi kerabu mmg sedap....