Pada suatu hari, kami tiba di rumah dah malam. Bila tengok lampu atas pagar...eh...kenapa lain macam?
Lihatlah...dah pecahhh....huwaaaa......!!!
Lampu tu masih mampu menyala lagi
Kami rasa gerammmm sangat kerana kami tahu ini angkara siapa. Kanak2 di kawasan kejiranan kami ni main bola depan rumah kami....!!! Dah sah2 lah bola tu terkena lampu kami dan pecah. Dah banyak kali bola tu kena lampu kami. Selalunya lampu tu jadi terjungkit...skru yang melekapkan lampu ke tembok tu pun boleh tertanggal tau. Bila kami tanya elok2 pada bapanya, jiran sebelah rumah kami tu, katanya angin yang tiup. Malas nak panjangkan cerita...yer lah. Tak nak mengaku, tak nak minta maaf walhal anak2nya main dengan kawan2nya segerombolan di depan biji mata mereka.
Perkara ni kita pernah kongsikan di SINI dan di SINUN.
Namun bila kedua2 sini dan sinun itu tidak memberikan impak yang bagus, apa lagi yang nak kita lakukan?
Kita masuk rumah, dan ambil video mereka bermain bola di depan rumah kami tanpa membuka pintu pagar. maka hanya nampak bayangan kanak2 bermain dengan riuh rendah. Entah macam mana, salah seorang dari mereka yang dah remaja, dalam usia 15 atau 16 tahu bersuara menyindir saya dengan suara yang lantang, katanya.. "Masukkanlah dalam facebook...!".
Saya terkedu....terperanjat kerana dia mencabar saya. Sedangkan mereka yang telah merosakkan harta kami dan menceroboh. Saya terus masuk ke rumah sambil menahan rasa. Tak tahan, mengalir juga air mata....
Esoknya, bola tu dah tiada. Jelas dan nyata, mereka panjat rumah kami untuk ambil bola tu semula.
Oh yer, jiran kami langsung dah tak nak bertegur sapa dengan kami. Kalau nampak pun, dia paling muka. Walhal mereka orang berpendidikan tinggi. Saya tak pernah marah dan menuduh. Kami cuma bertanya dengan lemah lembut dan dengan bahasa yang sangat berlapik. Saya andaikan, mereka marah kerana mereka segan sendiri.
Mula2 nak pasang CCTV...tapi fikir semula, kalau ada bukti nak buat apa? Nak rosakkan lagi hubungan dengan jiran? Last2 kami ambil keputusan...kami redha. Bukan rezeki kami kerana ditarik Allah harta benda kami dengan cara ini. Biarlah kami beralah. Asalkan kami tidak menimbulkan sengketa dengan jiran2.
Namun, ibu bapa kanak2 dan remaja yang anaknya terlibat ini semuaaanya seolah2 memulaukan kami. Alhamdulillah. Walhal kami tegur mereka seperti biasa bila bertembung. Yang anak2nya tak terlibat, seperti biasa mesra dengan kami.
Alhamdulillah...ujian Allah.
Kami redha walau hati rasa pedih....
.
20 thoughts..
Tak mengapalah, hari ini hari kita kan...
Allah tak lupa memerhati. Sabar sahajalah...
esoh eish eish.. boleh tahan ekk bebudak sekarang.. cakap gitu.. huhu..
macam2 kan ujian allah
Adush....mmg geram jugak kalau main bola dpn rumah...kalau kena cermin keter lg sadis...u tinggal area tmn mana ek?
ish teruk betullah..tapi yelah, kalau parents tak rasa bersalah, budak-budak apatah lagi.kenalah beralah,sabar jelah ye kak..
wahhh..takutnya kak.. sebab tu jugak kami susah hati nak pindah ke rumah teres.. takut dengan jenis orang yg suka memutuskan silaturrahim ni.. padahal benda kecik je kot.. apa salahnya kalau minta maaf.. pada saya budak2 biasalah main bola.. tapi melampau kalau main bola sampai melantun masuk pagar rumah orang, diorang panjat masuk ambik tanpa kebenaran.. baik ditegur ibu bapanya dari jadi duri dalam daging.. saya lebih suka berterus terang..tapi saya boleh faham jugak.. bukan semua manusia boleh terima teguran.. semoga dipermudahkan urusan akak..harap2 perkara macam tu tak berlanjutan..
aduhhhhhhhhhhhhhh bab2 kejiranan yg mcm ni laa buat hidup jiran tertanggan jadi tak okey kan kak...taksyok betul bile jiran dng jiran bermasam muke.....
sabar kak yeak...lepas ni akak kene pakai lampu yg tahan lasak sikit.... kang kalo pecah lagi tak berbaloi tukar yg baru kang....
Saya pun sedih baca kisah ni, sebab:
1- Tgk akhlak remaja sekarang ni, makin teruk, makin kurang ajar
2- Tgk akhlak parents remaja tu..sentap tak bertempat..patutnya anak itu di tegur.
3- Mungkin hubungan kejiranan jadi renggang lepas ni..
Baca entry ni buat saya risau, sebab Yusuf pun kdg2 main bola petang2 depan rumah dgn anak2 jiran. Risau juga jika merosakkan harta jiran. Kena ulang2 sentiasa pesan dan nasihat supaya berhati2..
adab berjiran sepatutnya difahami..
dan Ibu bapa lebih percaya ckp anak-anak..kalau anak-anak pandai berbohong dan ibu bapa percaya..lebih teruk lah sikap anak-anak tu..
dan sikap sbg jiran tu yang mmg menyedihkan..Allah dah janji sesuatu pada mereka yang menyakiti jirannya..akak sabar ye lah..Allah ada..
sungguhlah terbukti siapa punya angkara.. bola tu boleh masuk dlm sebahagian lampu pecah tu.. suratan atau kebetulan??? duluuuuu.. akk pun mngalami masalah yg sama mcm Ziela. Kdg akk marah jugak.. kdg sabar.. kes bola masuk rumah dan esoknya tak ada tu memnag selalu sgt berlaku. Lpeas tiga empat org dari mereka pindah.. barulah aman.. yg tinggal pun dah bujang2.. ingat lagi dulu.. bila nmpk jer kete akk sume cabut.. makcik garang dah balik.. hahaha
Kalau saya pun sakit hati kak.. tapi sabarlah.. tak rugi kalau kita bersabar.. biarlah dia.. dia malu sebenarnya tu..
Hmm..mmg geram. at least minta maaf,
betul tindakan tu, beralah. Insya allah ada rezeki lain menanti. Doakan jugak moga2 mereka lembut hati dan jadi jiran yg baik.
Kak, dengan jiran nie kadang kena makan hati je lebih. Kdg sbb sikap anak2 ... mak pak yang berjiran bermasam muka. Itu yang tak best....
pergh dah rosak harta orang tak reti nak mintak maaf. mintak maaf je kot. tak denya nak mintak ganti rugi. nie manusia ego. protect anak, manjakan anak. pastu biarkan budak-budak tu panjat pagar rumah. itu dah kira jenayah tu, menceroboh rumah orang. kalau dibiarkan, takut budak2 nie belajar menceroboh, pecah rumah orang untuk mencuri :(
Serba salah Ziela kalau dah mak-ayahnya pun dah sama naik. Susah juga kalau dpt jiran macam ni. Rasa kakak kalau dah mula macam ini sampai bila pun payah nak berbaik...
emmm....mmg menguji kesabarankan aziela..trkdg kesabaran kita boleh trcabar...itulah masalah masyarakat kita skrg....kebanyakakn ibu bapa menyebelahi ank2 w.pn mrk lakukan perkara yg xbetul....maksud akak bkn semua tapi kebanyakkan....kami guru2 kt sk pn sama...bila marah cg disalahkan..ank2 mrk tetap betul....at last kami diamkan aje sebab malas nk bertekak.
ehm.. duduk berjiranni memang ada2 sahaja.. tak tegur salah tak menegurpun salah.. serba salah...
Tunggu aje.
Hari ini hari dia.
Hari kita pasti akan ada.
sabar ye kak
apa la salahnya dtg bertegur minta maaf kan
agaknya takut kena bayar
so diamkan aje
itulah kita ni bila berjiran
kadang2 nak jaga hati jiran
telan ajelah
memikirkan lama nak duk situ kan
len la kalau umah tu bleh angkut2
Catat Ulasan