Ya betul. Bukannya mudah.
Yang pertama, kita selesa tak...boleh 'masuk' tak dengan pergaulan rakan2 baru, dengan persekitaran, dengan bosses dan sebagainya.... Banyak yang nak kena ambil kira.
Sebetulnya, saya bertukar tempat kerja, bukan digula-gulakan dengan gaji atau benefit yang lebih tinggi. Cuma, saya dah penat nak tinggal di KL. Ada pilihan terbuka untuk saya tinggalkan KL, maka saya ambil peluang tu. Saya tak larat nak menghadap traffic jam. Saya dah tak larat nak tekan pedal minyak dan brek bersilih ganti, tapi kereta tetap tak bergerak ke mana. Saya dah tak larat nak menghadap tuan rumah sewa saya yang macam2 mahunya. Saya penat kerana kadang2 langkah saya tersekat di KL.
Saya bekerja di lokasi ceruk. Hatta nak mencari kedai makan nasi pun kami kena memandu 10-15 minit setiap hari. Namun, saya bersyukur kerana sepanjang sebulan saya di sini, saya dapat sokongan dari rakan2 baru dengan baik. Setakat ini lahhh.... Saya berdoa agar keadaan akan semakin pulih.
Saya diberikan kebebasan untuk menyusun atur urusan sumber manusia syarikat. Saya suka, walaupun saya sangat penat. Untuk pekerja melebihi 100 orang, hanya saya seorang HR nya, memang saya rasa nak pengsan tiap2 hari. Apatah lagi bila kebanyakan polisi dan peraturannya tidak mengikut akta. Saya menggigil setiap kali menaip polisi syarikat untuk petugas. Janganlahhhh orang Jabatan Tenaga Kerja datang buat spotcheck. Penat lah saya nak turun naik mahkamah nanti...adoiiii....
Tapi, dalam penat, dalam stress, saya sangat bersyukur kerana akhirnya, ada orang yang menghargai kebolehan saya walau baru sebulan. Saya harap top management syarikat tak berhentikan saya kerana saya mengubah hampir 70% dari peraturan yang sedia ada...hahahaha...
Saya tetap travel setiap hari. Konon nak kemas sikit2 rumah Melaka yang rupanya macam setor sebab segala barang dari rumah KL, saya selamba badak lambakkan depan porch rumah. Tapi, nan hado! Setiappppp hari, lepas solat maghrib jer, mata saya macam ada gam gajah yang melekat. Saya sangat penat. Walhal, saya drive santai untuk sejam setengah jer.
Betullah, saya dah tua.....
Dan option untuk berhenti kerja dan berehat di rumah kembali berlegar2 dalam kepala. Kalaulah saya dapat insentif yang lebih baik dari sekarang, mungkin option yang berlegar2 tu akan jadi macam kabus yang semakin tipis dan hilang. Tengokkan sajalah.... Cuba bertahan selagi terdaya. Saya nak cuba kembalikan hak2 pekerja dulu apa-apa hal pun. Ini amanah untuk saya.
Jadi, maafkan saya kalau saya sukar mendapat peluang untuk update entry di sini. Dan saya rasa bersalah kerana tidak menjawab komen2 anda sedangkan saya sangat gembira membaca komen2 itu semua.
.
9 thoughts..
betoinya :)
Bertugas di Melaka ye Aziela.. semoga dapat menjalankan kehidupan yg lebih ceria :)
bertabahlah..
dear Aziela.saya pun sibuk sgt thn ni pegang all the 3 classes of yr 6.tapi kdg2 bila dh habis mark buku penuh berlonggok2 jenguk juga blog kawan2 ni..and tulis juga sebaris dua tanda dah ziarah.moga2 kita trus di beri kesihatan yg baik utk menjdi pkerja yang dbangga bos dan client kita.client saya murid2 yg hnya tau tunggu di suap.OMG.sabar ja la.
Akak..
penat kan..
jom berhenti kerja..rehat kat rumah
dan bisnes kecil-kecilan :)
Assalamualaikum,
Mak Long suka baca entry Aziela. Alhamdulillah dapat tukar kerjaya dan lari dari kesibukan ibu negara ya Aziela. Apabila bertukar tempat kerja makanya pengelaman yang diraut itu menjadi satu yg sangat berharga buat diri. Semuga Aziela diberi NYA kekuatan, kesihatan yang baik dan keiman yang kukuh. Selamat sejahtera selalu
Alah bisa tegal biasa sayang..teruskan!!
Bekerja bukan kerana gaji.
Bekerja kerana Allah.
Berkat gajinya.
Walau tak sebesar mana gajinya,
Pasti cukup.
Sabar.
Moga tabah menghadapi tempat kerja yang baru.
melaka ok kan?
aman damai...
trafik jem pun sesekali :)
Catat Ulasan