Senyum...senyum..dah hari Jumaat tau. Weekend is coming...yiehaa..
Saja lah nak sharing-sharing.
Ini kisah lampau...pengalaman masa bulan Ramadhan tahun lepas. Dah ada dalam draft...saja lah up kan semula. Lagipun puasa tahun depan dah dekat kan.
Bila bulan Ramadhan, walaupun company bagi balik awal sejam, tapi disebabkan perjalanan balik rumah tu ambil masa sejam setengah, maka selalunya kalau waktu berbuka tu jarang sangatlah saya nak masak. Dengan letih, dengan tak sempatnya.
Saya ni pelik sikit. Kalau bulan puasa, saya bukanlah beria2 masak untuk buka tapi saya masak untuk sahur. So setiap kali sahur, makan sedap sikit lah. Bukan sedap mcm mana...cuma makan lauk yang baru dimasak...panas2 dan fresh.
So, masa ni saya nak singgah ke pasar Ramadhan pun tak sempat sebab keluar ofis agak lewat masa tu. Call hubby,,,call mommy....kami setuju untuk makan di luar.
Kelam kabut lah, balik rumah and terus bersiap. Kami ke kedai mamak, Restoran Subaidah di MITC Ayer Keroh. Sonang dikkk....nak nasi..nak mee...nak murtabak...semua ada. Nak solat pun mudah...
Masa kami tiba...kedai lengang lagi. Baguslah...cepat dapat food.
Eh, restoran siapkan buah tamar dan tembikai untuk buka puasa. Surprised...
Another surprise, semua orang dapat semangkuk kecik bubur lambuk.
Happy lah kan. Buka puasa yang mudah. Nak makan nasi...nak lauk apa..nak goreng2, nak air bermacam gelas...order jer. Saya memang gembira sebab bila family kenyang dan gembira, dan kita pula dapat menyambung ibadah...seribu rahmat dah rasanya. Kepuasan memasak dan menyediakan hidangan dari air tangan sendiri memanglah lain. Kalau masak sendiri...ikan goreng cicah kicap pun kita rasa bangga dan puas hati dah kan.... Tapi dalam sesetengah keadaan, saya harus menyerah dan bersyukur.
Jadi...untuk persediaan akan datang, rasanya ini antara pilihan kalau keadaan saya darurat kot.
.
4 thoughts..
Kedai mamak mana ni? Baguslah diorg
Salam singgah dan follow sini :)
Sama konsep dengan saya.. Selalunya time sahur memang beria masak.. Sebab berbuka tu, balik kerja dah penat kan.. Memang beli kuih muih dan makanan yang simple je untuk berbuka..
Subaidah MITC Ayer Keroh Melaka
Catat Ulasan