Banyak gambar makanan dalam phone. Niat memang untuk dikongsikan. Walaupun sekarang ni dah tak sebanyak dulu dah gambarnya...tapi saki baki keprihatinan saya untuk snap gambar tu masih tebal la juga.
Hari ni saya nak kongsi secara rawak menu2 yang saya sempat sediakan untuk keluarga... Diharapkan dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan.
Antara menu simple saya terdiri daripada....
Ayam masak lemak cili padi.
Menu ni, Adam yang tolong ambilkan gambar. Mendapat sambutan hangat juga la... Kalau masak lemak ni kegemaran saya dan Adam. Tapi hubby kurang minat pula menu ni kebelakangan ni.... Tapi habis juga la nasi 2 pinggan dalam pada dia tak minat tu...kuang..kuang...kuang...
Siakap goreng bercili
Siakap yang hubby dapat masa memancing udang di sungai. Mata kail dan batang pancing untuk udang, sekali tersangkut la pula siakap seekor. Rezeki. Tak adalah besar, dalam 500gm jer seekor ni. Atas permintaan hubby, saya goreng embal2, iaitu lembab sikit...jangan garing sangat. Lepas tu tumiskan cili padi yang ditumbuk dengan bawang putih dan bawang merah. Cili jangan banyak... Lepas tu dah separuh garing tumisan, masukkan lagi bawang merah besar hiris bulat sampai dia layu dan.lembut. Perasakan garam, dan tepekkan jer atas ikan goreng tadi. Memang berselera hubby makan. Siap meratah lagi...
Bubur nasi
Masak bubur ni masa hubby demam. Dia sakit tekak...tak berselera sangat nak makan. So saya masaklah bubur ni. Tak cair sangat sebab nak bagi ada texture sikit. Masukkan ubi kentang dan carrot yang dipotong kiub. Rebus jer sekali dengan beras tu. Lauk sampingan ialah sedikit bawang goreng kesukaan hubby dan tempe goreng. Bukan kejayaan besar, tapi satisfaction was there. Alhamdulillah...One of those days, saya masak sup rasanya. So buat sambal belacan jer lah. Kebetulan pagi tu shopping di pasar tani. Geram pulak tengok ulam ulaman tu. Sambal belacan ekspress saya. Saya blend jer semua. Kalau selera saya, saya suka sambal belacan yg ditumbuk. Tapi nak cepat punya pasal, redah saja. Tapi Adam suka lah pula. Sampai ke malam dia kejap2 mencedok sambal ni. Makan dengan nasi, dengan ayam, dengan maggie lah. Bukan.main suka pula dia
Kari ayam kampung
Saya tak berapa pandai masak kari kawww mamak mari. Kari saya adalah jenis bersantan yang mild rasa karinya. Jadi inilah kejadiannya. Campur dengan ubi kentang dan carrot. Lepas tu tekak pula teringin nak makan kari dengan telur rebus. Saya campurkan beberapa biji telur rebus untuk saya dalam kari ni. Entahlah...sejak dah meningkat unur ni, ayam bukan dalam top list selera saya. Masak untuk hubby dan Adam jer. Kalau kat kedai pun, lauk pilihan saya adalah selain dari ayam.
Spaghetti goreng basah
Ha...fusion tak fusion la kan....hahaha. Orang lain gigih buat mee goreng basah. Saya pula rebus spaghetti...lepas tu timis bawang dan cili. Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit air dan isi ayam. Masukkan mix vegie....settle spaghetti goreng basah untuk breakfast express kami di hari yang sibuk. Yang penting hubby and si bujang tersenyum lebar.
Sambal tumis kupang
Hubby beli isi kupang dari kawannya. Saya masak sambal tumis. Tapi entahlah...kupangnya agak kurang segar. So sambal jer yang kering dulu daripada isi...hahaha
Sambal telur puyuh
Telur puyuh masak sambal, makan dengan nasi putih dan sayur bokchoy masak lemak putih... Fuhh...tersandar kekenyangan. Alhamdulillah...Tak lah saya ni handal memasak. Cuba2 saja demi untuk suami dan anak. Tapi kalau setiap hari memasak pagi dan.malam...takvlama kemudian saya mesti jatuh sakit. Aduhai...kasihannya suami dan anak saya. Jadi sekarang saya terpaksa jaga kesihatan diri sendiri dulu sebelum betul2 mengerah tenaga untuk berbakti. Bukan apa. Bila jatuh sakit, mereka pula yang terpaksa jaga saya. Takmo lah macam tu kan...
Anyway...panjang cerita saya hari ni kan.. Bundle kan terus sebab lately ni saya tak banyak masa lapang. Kalau dulu maybe dah boleh jadi 4,5 entry dah ni...kah..kah..kah...
Semoga anda semua menjalani hari yang baik...Aamiiin...
.
7 thoughts..
sedapnya
Tahniah, pagi2 buat org kecurrrrr.. Hahhaa
ada jugak idea nak masak apa ni..
alahai ayam lemak cili padi tu
kupang!! lama tak makan
tang gulai karipun tertarik nak bagi tau kitapun tak pandai masak gulai kari... rasa macam tak der ketereran di situ...
kita punya phonepun penuh gambar makanan...
Semua menu sedap.. Kupang tu sha tak makan..
Catat Ulasan