Memaparkan catatan dengan label myChef. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label myChef. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Ha, ini kisahnya bila malam tadi hubby kita call kata nak balik KL. Bukannya dia tak kerja hari nie, tapi semalam katanya habis kerja awal, so dia nak spend time dengan kita di KL. Masa tu dah hampir pukul 8 malam dan kita masih belum tiba di rumah lagi kerana ada banyak kerja di pejabat.

Bila hubby secara mengejut kata nak balik KL, tak sampai hati pula rasanya nak biarkan dia makan di kedai bila dia sampai nanti. Lagipun esoknya sebelum Subuh dia kena bertolak balik ke Kuantan semula. Apalah sangat yang susahnya kalau nak tanak nasi kan..? Tapi masalahnya, nak masak lauk apa pula? Dahlah peti ais tu hampir kosong kerana tak sempat shopping bekalan untuk bulan puasa lagi. Yang ada hanyalah sedikit sotong jer. Ishh, hubby nak makan sotong jer ke..?

Sekali tu...TING! Teringat ini...

-
-
-
-

 Perghhh, bila teringattt jer ada stok beberapa kotak MyChef di dalam freezer, terus hilang rasa panik.
Kebanyakan kotak2 yang lain kita dah distributekan pada sanak saudara dari Selangor, N9 dan Melaka. Ha, rata tau kita bawak MyChef nie.

Bila ada jalan penyelesaian, kita pun balik rumah lenggang2 kangkung jer. Tanak nasi dulu, lepas tu barulah nak mandi, nak itu, ini, kupas bawang rilek2 depan tv dan sempatlah makan2 buah sambil berehat melepaskan lelah.

Sementara tunggu hubby sampai, sempatlah kita masak sotong tu. Buat goreng kunyit jer, hiriskan bawang merah dan cili api, goreng bersama dengan sotong tu. Tak ada kacang panjang pun atau sayur lain. Dah siap sotong, eh ada masa lagi. Kupas pula ubi kentang 3-4 biji dan rebus empuk. Kentang tu kita tumbukkan dengan bawang merah kecil yang dihiris dan goreng garing bersama bawang putih goreng sedikit. Goreng garing sampai kehitaman sikit sebab hubby suka kalau ada sedikit rasa pahit. Campurkan dengan lada hitam, helaian daging dari seketul ayam bahagian dada yang di goreng dan sedikit tepung gandum. Kepal2kan, masuk fridge dulu.

Bila agak2 dah dekat time, baru kita buka kotak Semur Daging Betawi nie.

So, disebabkan kat rumah tak ada microwave, dan dah dapatkan kepastian dari pihak MyChef sendiri bahawa ianya boleh juga dipanaskan dengan cara dikukus atau di masak di dalam kuali dan periuk dengan menambahkan sedikit air, kita pun rasa yakin untuk cuba cara tradisional iaitu atas kuali jer.




Disebabkan ramai yang dah memuji kesedapan resipi Dato' Chef Ismail ni, iaitu Semur Daging Betawi, kita pun teruja juga nak mencuba. Semur Daging Betawi nie, dia macam daging masak kicap la basic kejadiannya. Tapi, memang ada perbezaannya. Oleh kerana nak ada sedikit kuah, kita pun memandai2 tambahkan setengah cawan air dengan harapan janganlah kuahnya jadi hilang rasa.

Kita biarkan masakan nie mendidih beberapa minit. Masa tengah mendidih atas kuali nie, semerbak harum bau aromanya ke pelusuk dapur. Memang kecur betul. Tapi tak makan lagi. Sabar, tunggu boss besar sampai dulu.


Inilah rupanya. Tak nampak sangat yer...


Ini jerlah gambar yang ada. Pandai2lah telek sendiri yer..


Dah siap Semur Daging Betawi nie, kita sambung boreng bergedil pula. By the time hubby melangkah masuk rumah, badge terakhir bergedil dalam kuali hampir siap. Hubby yang tengah penat memandu jauh dari Kuantan, tengah lapar pula, tapi masuk rumah di sambut dengan bau-bau yang menyelerakan, terus tersenyum lebar.

Berselera sungguh hubby kita makan. Mujurlah ada MyChef. Kalau tidak, memang hambar jer lah menu dinner malam tadi. Hubby kita puji sungguh MyChef. Katanya memang seperti masakan di rumah. Rasa daging pejal yang dihiris nipis dan lembut itu memang rasa sangat sedap bila di makan dengan nasi putih panas. Dagingnya pun sangat juicy dengan kuahnya yang seperti berempah tapi macam kuah kicap. Tak tau nak explain. Cuma yang pasti, kalau dihidangkan untuk sahur, Insyaallah terbuka selera....

Nak rasa? Ha, cepat2 cari di hypermarket2 terpilih. Sebenarnya tak semua pasaraya ada. Kalau nak periksa mana outlet yang ada produk nie, sila jenguk ke blog MyChef dan tengok di side bar kanannya yer...
Read More
Assalamualaikum.....

Selepas entry pemanas semalam, inilah dia yang dinantikan.

Khas untuk pembaca-pembaca blog My Rainbow dan juga sesiapa juga yang sudi berkunjung ke blog ini, kita persembahkan layangan kenangan pada malam Anugerah Penyampaian Hadiah sempena Give Away (GA) untuk blog KOLEKSI 1001 RESEPI.

Menariknya GA dari blog Koleksi 1001 Resepi ini, ianya tidak seperti GA daripada blog-blog lain yang biasa dipraktikkan iaitu cabutan dibuat oleh empunya blog dan hadiahnya di berikan melalui pos, mahupun berjumpa secara individu.


GA dari empunya blog yang lebih mesra membahasakan diri beliau dengan Kak Ida ini memang sangat istimewa. Langsung tak pernah terduga yang hadiah-hadiahnya adalah begitu menarik sekali. Sebelum bercerita lebih lanjut, marilah kita perkenalkan serba sedikit tentang blog KOLEKSI 1001 RESIPI ini.



http://www.koleksi1001resepi.com/

Ianya adalah sebuah blog yang membawa karakter dunia dapur dan dunia penghuni dapur itu. Kedengaran seperti sempit, iaitu dapur. Mesti tentang masak-masak dan makanan-makanan sahaja kan? Ops, anda SALAH! Kita kata ...' dunia dapur dan dunia penghuni dapur..' kan? Siapa penghuni dapur itu? Kak Ida dan ahli keluarga beliau. Percayalah, ahli keluarga beliau bukan bermaksud suami dan anak-anak sahaja. Ianya bermaksud kehidupan mereka dan orang-orang yang berkaitan dengan mereka.

Maka oleh kerana itu, dalam blog masakan ini, anda akan disajikan dengan makanan-makanan dari setiap lokasi yang ditempuh oleh pemilik blog. Untungnya anda, pemilik blog ini tidak terhad langkahnya. Beliau sering mengembara sama ada dalam mahupun luar negeri, memenuhi undangan perkahwinan di sana dan sini serta berkongsi tentang hidangan-hidangan yang sempat di jamah beliau. Tak kiralah dijamah mata mahupun di makan. Hatta bahan-bahan mentah di pasar tani dan di halaman rumah beliau sekali pun akan di sajikan di dalam blog beliau.

Yang paling utama sekali, blog ini adalah rujukan hampir 5000 blogger serata dunia untuk mencipta hidangan hebat dengan mudah dan cepat. Kak Ida sangat bijak dan kreatif menggunakan bahan-bahan masakan yang mudah untuk kita semua cari di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai masakan di seluruh dunia. Tidak terhad kepada Malaysia sahaja, dan tidak terhad kepada bahan-bahan basah yang kadang-kadang sukar di dapati pada zaman sekarang. Ini tidak termasuk lagi pageviews beliau yang dah melebihi 4 juta lebih dan ianya masih lagi bergerak pantas setiap masa.

Oleh kerana itu, Kak Ida dengan bermurah hatinya menganjurkan GA ini. Hadiah-hadiah yang ditawarkan, ada lebih kurang 10 jenis kesemuanya dan semuanya adalah hadiah yang bukan calang-calang. Yang pasti, mereka yang terpilih pastiii akan berpuas hati. Bagaimana cara pemilihan ini, anda boleh ke blog ini dan terokalah entry-entry beliau.

Tak di sangka kita antara senarai blogger yang terpilih. Blogger yang terpilih adalah seperti berikut :

Aziela ~ http://therainbowjourney.blogspot.com/
Nur-nbahttp://cetusanrasa-nba.blogspot.com/
Shuhada Salleh ~ http://www.syuhadasalleh.my/
Suzlin ~ http://suzlinazreena.blogspot.com/
Cheetah ~ http://cheetah87.blogspot.com/
Suriani ~ http://jikaduniaakuyangpunya.blogspot.com/
Zefa Nor Asmara ~ http://jemariasmara.blogspot.com/
Sariyusa ~ http://sariyusa.blogspot.com/
Salmi Khairil ~ http://salmikhairil.blogspot.com/
Nurul Siezuka ~ http://www.siezuka.com/
Zurina ~ 
http://www.reenorcollection.blogspot.com/

Oleh kerana blog Kak Ida ini sangat terkenal dalam dunia masakan, maka beliau sering mendapat jemputan majlis-majlis yang berkaitan. Dalam pada itu, satu jenama makanan segera sejuk beku telah mula menjalinkan kerjasama dengan Kak Ida. Anda pasti telah mula menyedari kehadiran produk ini di pasaraya-pasaraya besar dalam negara (Jepun tak ada lagi yer, sayang-sayang sekalian) dan iklannya juga telah mula disiarkan. Contohnya dalam rancangan MasterChef finale malam tadi, anda pasti menonton iklan produk MyChef.


Gambar ini dipinjam dari blog Koleksi 1001 Resepi

Ianya adalah makanan segera sejuk beku yang mudah disediakan. Selalunya kita akan jumpa sosej, daging burger, karipap, pau, ayam goreng segera dan berbagai-bagai lagi hidangan sampingan di pasaraya kan? MyChef pula menyediakan complete meal seperti masakan di rumah. Bezanya, kalau kita semua nak menyediakan makanan eksklusif setaraf restoran-restoran berprofil tinggi, ianya pasti memakan masa dan kos yang tinggi. Itu belum lagi difikirkan risiko pembaziran kerana masakan tidak menjadi dan terpaksa di 'sedekah'kan kepada Cik Tong belakang dapur kita kan. Jenis-jenis yang ada? Owh, sangat banyak dan sangat menyelerakan. Sudah pasti kualitinya terjamin kerana produk ini adalah hasil resipi chef-chef terkemuka negara. Chef yang terlibat ialah Dato' Chef Ismail, Chef Zam, Chef Liza, Chef Florence Tan dan tidak ketinggalan, Dr. Chef Ezani yang baru sahaja dinobatkan sebagai Master Chef pertama Malaysia.

Oleh itu, majlis makan malam untuk Penyampaian Hadiah GA tersebut di taja bersama produk MyChef dan pastinya pemilik Restoran Rebung iaitu Dato' Chef Ismail. Tak sangka MyChef dan Dato' Chef Ismail sangat bermurah hati menaja lokasi dan makan malam pemenang semua. Untuk pengetahuan pembaca, pemenang2 di jemput bersama pasangan masing-masing. Jadi, ada yang bawa suami, bawa rakan, bawa adik, dan untuk kita, kita bawa anak bujang kita Adam bersama. Berkongsi kemenangan dengan pasangan, hadiah berganda yang diberikan secara spiritual oleh penganjur dan penaja-penaja. Siapa lagi kalau bukan Kak Ida, MyChef dan Restoran Rebung.




Bergambar bersama En Fairuz, Tuan CEO kepada Flavor Innovation Sdn Bhd, syarikat pemilik produk MyChef.

Bersama Chef Ismail, Kak Ida, Chef Florence dan Chef Zam. Chef Ezani tersembunyi pula..

Pemilik Restoran Rebung, Dato' Chef Ismail memeluk anak kita Adam, dan rakan blogger iaitu Salmi.

Bersama Kak Ida yang sweet sangat dan Chef Ezani yang sangat polite.


Kami semua bawa pulang produk-produk MyChef dan Baba's di samping hadiah utama sempena GA tersebut. Cara yang digunakan untuk mendapatkan hadiah tersebut, pada kita agak unik. Tidak semata-mata bergantung kepada nasib. Memandangkan semuaaa blogger pemenang yang hadir mengimpikan Pie Maker yang didatangkan khas dari Australia (kecuali kita kerana ada barang lain yang lebih praktikal untuk kesesuaian hidup kita buat masa sekarang), maka Kak Ida mengusulkan satu cara unik untuk cabutan tersebut. 

Setiap hadiah yang ditawarkan disusun di atas sebuah meja panjang dan dilekatkan dengan nombor. Setiap pemenang kemudiannya diberikan sekeping kad kosong berlipat yang tertulis cantik Congratulations di hadapannya. Kami harus menulis nama, nama blog dan 3 nombor pilihan hadiah yang di ingini. Kemudiannya kad-kad tersebut di masukkan ke dalam satu bekas untuk cabutan. Setiap seorang Chef Selebriti yang hadir di minta untuk mencabut 2 keping kad. Jadi, sesiapa yang kadnya terpilih di awal-awal, bernasib baik lah kerana dapat pilihan pertama. Namun, ramai juga yang dapat merasa pilihan pertama mereka. Kita dapat pilihan ke dua iaitu Table Runner dari Ho Chi Minh. Memang suka sangat. Tambahan lagi dah nak raya nie. Bolehlah melaram dengan hadiah tu nanti.


Dan akhirnya, malam itu tangan kami semua penuh menjinjing beg-beg yang berisi produk-produk MyChef, produk Baba's dan hadiah masing-masing. Di tangan penuh hadiah, di hati sarat bahagia, di ingatan terpahat kenangan.


Produk My Chef dan dalam beg hitam itu ada lagi, produk Baba's dan hadiah cabutan.


Yang pasti, ukhuwah yang terjalin sepanjang masa majlis ini, Insyaallah tidak akan terkubur di situ saja. Ianya pasti akan berkembang dan kukuh. Tak kiralah sesama blogger, bersama penganjur, mahupun bersama selebriti-selebriti dunia masakan yang hadir.

Terima kasih sekali lagi.

Oh, akan ada beberapa lagi entry susulan secara tidak formal mengenai majlis ini nanti. Buat masa ini, harap anda semua berpuas hati membaca entry ini.


Read More
Assalamualaikum.....

Majlis yang telah berlangsung dengan jayanya. Sangat meriah dan kita pasti semua orang gembira dan berpuas hati. Tak ada satu wajah pun yang tidak mengukir senyuman dan tawa dalam majlis tersebut.

Owh, ini belum entrynya lagi.. Sekadar warming up.

Insyaallah esok pagi kita akan publish entrynya. Maaflah, ada banyak kerja yang menunggu hari ini. Tambahan lagi, perjalanan kita sejak pagi semalam adalah sangat meletihkan.

Ahad pagi : Bertolak ke PD dari KL. Singgah di Nilai rumah adik untuk beri sample produk myChef. Tiba di PD jam 4 petang. Lepas jolok buah manggis, pukul 6 petang bergerak ke Melaka. Singgah di kubur arwah atok dengan adik beradik sekejap.

Tiba di Melaka, jam 8. Kelam kabut dinner di Cheng, rumah MIL, dan rushing balik rumah di A. Gajah. Packing baju dan kemas rumah dan bergegas keluar untuk bergerak ke Kuantan.

Jam 12.30 pagi, tiba di Muadzam dan pitt stop untuk tidur sekejap sebab tanpa rehat langsung sepanjang hari, kepala sangat berat rasanya. Terpaksa telan panadol untuk hilangkan denyut2. 2 jam kemudian, mula drive ke Kuantan. Tiba di persimpangan tol Gambang jam 5 pagi dan berpisah dengan hubby di situ. Hubby teruskan perjalanan ke Kuantan dan kita terus masuk tol Gambang. Singgah subuh di R&R Gambang dan bersiap di R&R Lancang. Seterusnya hingga sekarang masih belum rehat lagi.

So, harap bersabar untuk entry penuh yer.

Masih mencari idea bagaimana nak letak entry. Maklumlah, malam tersebut penuh dengan agenda. Tak tahu nak fokus yang mana. Nak ambil gambar, nak layan anak, nak borak2 dengan blogger, nak curi Kak Ida, nak menempel dengan chef2 selebrity dan nak makan. Sesungguhnya masa amat terhad. Oleh sebab itulah bila tengok folder gambar yang sangatlah tidak memuaskan hati itu, rasa sangat ralat sebab terlupa bawa compact camera. Dalam pada itu, bersyukur juga. Masih ada gambar untuk kenangan sekurang2nya...

So, akan menyusul beberapa entry tentang malam tersebut. Insyaallah entry rasmi tentang event, tentang organisers, tentang bloggers dan of course tentang makan2, the signature dish  entry of blog My Rainbow kan...


Siapalah jejaka hangat yang sudi hadir nie yer...


Ahaaaa!  Blogger tampan di kelilingi bunga2 merah...
Nantikan yer....

Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama