Read More
Ini real life punya gambar ikan tau...aku tak ciplak orang lain punyer web nie...


Macam biasa...every year, company aku ada organize program utk team building. Tahun nie, we all buat di Pulau Tioman pulak. Antara ciri-ciri lokasi team building we all ialah laut...hehehehe. Purposenya ialah air laut yang masin tu boleh membantu relaxkan ketegangan fikiran. Personally, aku agree...memang ada rasa soothing sikit bila berendam dalam air laut.



Tarikh program ialah dari 23-25 April 2010. Lebih kurang 5 hari lepas aku kuar dari hospital. MC pun aku soh doktor pendekkan. Maklumlaahh...nak pergi jalan2...kwang..kwang..kwang....

Tapi sebenarnya risau dengan program. Every year Team Building mmg HR yang organize. And since aku in-charge training, maka arrangements dengan trainer memang aku monitor sikit. Nasib baik la ada colleague yang cekap membantu. Kalau aku tak pergi pun ok...cuma rasa bersalah tetap ada...sebab program nie adalah antara KPI untuk performance aku...uwaaa....


We all bertolak dalam hujan renyai..Jumaat pagi...pukul 2.00 pagi. Naik ferry kat Tg Gemuk, Rompin. Journey sangat jauh and by the time semua org duduk dlm ferry....lena dengan nyenyak sekali. Sampai di Pulau Tioman, pukul 1.30 ptg.


Stay dgn Berjaya Resort...so..oklaa accommodation and transportation...


Sepanjang program...aku ikut sedap aku jer la...maklumlaa...masih dlm recovery. Tp nasib baik game semua light jer...and fun juga la... So..ada laa rasa back to normal life. Tp by the time malam..terus pengsannnnn.....

Snorkeling pun aku rasa mcm tak best. Sama ada ombak besar sgt, atau tempat coral tu x best, atau memang aku x sihat lagi. Baru nak berendam, mula laa cermin muka aku penuh air masuk. Biasanya tak macam tu. Memang aku nyer body balancing belum berapa stabil lagi rasanya.
Walau bagaimanapun....posing...tetap posing.....

Basically...sesaper yang nak pergi tioman...and plan nak stay kat Berjaya tu...berhati2lah. Bukan apa...tempat 'orang'...bukan tempat kita. Jangan gatal2 pergi merayau area yang tak patut-patut. Kang 'orang' tu ikut balik plak...mcm yang terjadi pada group we all. Jenuh committee members mengontrol keadaan. Tapi...tak der laa teruk sangat keadaannya. Macam bergurau senda jer gitu....
Next time..kena bagi peringat kat orang lain laa sebelum pergi memana kan...hmmmmm








Read More

Ha...tau tak apa bendanya nie...?


Inilah yang orang panggil 'emping'. Aku memang tak pernah makan benda nie and tak tau mcm mana nak makan. Aku selalu dengar and baca...tapi inilah first time aku jumpa dalam hidup aku. Maklumlah..aku nie bukan membesar dengan sawah padi...so agak 'jakun' sikitlah.



Yang masa we all pergi Kelantan arie tuh, belilaa 'emping' nie. MIL aku la..dia kata kalau nak rasa dia buatkan. Aku tgk kaler dia semua hijau2,,sekeping sekeping. Aku ingat nak makan kena rebus ke..tanak ke..kukus ke..mcm nasi atau pulut tu. Sekali mak mentua aku buat...bukan daaa.



Emping tu...yg direct dari dalam plastik tu kan..digaulkan dengan kelapa muda parut, sedikit garam dan sedikit gula melaka diparut. Gaul rata-rata and makan begitu saja. Rasa dia? Emm...emping tu sendiri memang tawar la kan..so ada laa rasa lemak kelapa parut campur garam..and ada rasa manis manis gula melaka tu. Paling best...cruncy...krap...krup..krap..krup... pas tuh melekat kat gigi...hahahahah....sebab dia bukan nya rangup mcm keropok..dia rangup tapi liat. Ha...mcm mana tu? Nak tau...cubala...



Sesuai kalau di jadikan hidangan minum petang....sekali dengan air kopi 'o' kaw. Kalau cuaca sejuk..memang nikmat betul makannya.
Read More
Lama sungguh aku tak post apa-apa dlm blog nie. Sedih gak bila nengok blog nie sunyi sepi. Tapi apakan daya...masa memang sangat jeles akan diri aku ini.

Since last posting, about 2 weeks after that, aku di timpa demam. Actually...saturday tu...aku sgt sibuk. Dari pagi sampai ke petang menguruskan banyak sangat perkara. Terkejar ke sana ke mari. Memandangkan hubby keje...maka aku terpaksa menguruskan semua benda sendiri. By 4 pm tu...aku dah rasa tak sedap tekak. Bdn dah rasa sgt weak dan dah start rasa mcm nak demam. So...balik rumah...makan ubat..and tido jap...siap pesan laa kat Adam...soh jgn bising2. Memandangkan banyak lagi program nak kena disettlekan, aku mesti recover sepenuhnya secepat mungkin. That nite...aku gagahkan juga diri memenuhi program2 yang ada. Tp bila balik jer rumah mlm tu...aku mmg rasa sgt weak. Mkn ubat lagi and tidur semula. Malangnya...the whole nite tak boleh rest. Terlalu sejuk walaupun selimut dgn toto 2 keping...and terlalu sakit. Tapi x sampai hati nak kejut hubby sbb dia pun penat keje. So...aku tunggu jer sampai dia bangun tidor next day nya. By the time dia bangun...dia mmg terperanjat sbb aku x boleh bangun and tak boleh bercakap. Guess what? Tonsil aku telah membesar dan hampir menutup ruang anak tekak aku. Caused me hard to breath. Sementara tunggu nak bawa ke klinik...hubby sponge dulu aku semua, kasik temperature turun. Aku dah mmg x boleh nak telan apa langsung dah..even one drop of water pun rasa sangat menyiksakan.

Then he brought me to the clinic. Temp dah jadik 39.6. Doc x nak kasi apa2 ubat pun. Dia terus buatkan refer letter ke Pantai Hospital Ayer Keroh. Aku dah too weak and dehydrated. By that time, masuk klinik pun hubby papah. Then we straight away pergi Pantai. Too bad....dia x nak accept aku...with reasons, isolation bed diorang dah full. Diorang takut aku kena H1N1. Ngok betul nurse kat ER tu. Aku demam tonsil jer la....x nampak ke. Batuk selsema semua mmg takder langsung. Eeiii...mmg tiring sungguh. Then diorang sort of 'halau' we all ke GH Melaka. Aku kata 'halau' sebab dia tak suruh doc dia check langsung...no ubat at all and talk with a rude tone. Hubby straight away naik angin. Make scene kat situ juga..sampai security dia masuk ER. Masuk jer laa...x buat apa pun. Then baru doc dia buat initial check-up kat aku. By that time temp dah increase lagi jadik 40.2. Then hubby lodge complaint kat CS dept diorang. Baru bwk aku kuar hospital. Aku x nak pegi GH Melaka...dah tau dah teruk nyer mcm mana. Last2, aku soh hubby call mak aku kat PD. So, mak aku dtg, fetch aku...bwk balik PD, straight gi PD GH. Once doc check..terus admit ke ward...clear cut case...tonsil problem. Aku dah x peduli. As long as aku boleh dapat ubat and proper treatment...I just dun care. GH pun GH la.
GH PD ok sket sbb tak crowded sgt. Tp laa....sampai esoknya...3 botol drip diorang cucuk kat aku...tapi sebotol pun x abis. Kenapa tau... Sbb nurse yg memula cucuk drip tu salah masuk jarum...so air tak masuk. Instead...tgn aku jadik double size sbb air drip tu masuk under skin la plak. Again...transfer hospital lagi. Pergi ke private di Seremban Medical Center. Ha...terus laa aku lepak kat situ sampai seminggu. Mmg sangat weak. Takder saper jaga sbb hubby kebetulan ada audit penting kat kilang. So I was on my own. owwhhh...sedih sungguh masa tu. Masa org lain sakit...semua aku tunggu siang malam. Tapi bila turn aku pun..aku jugak yang tunggu siang malam....

After discharge, aku straight away soh adik aku, Ida antar aku ke opis jap...sbb nak siapkan gaji utk staff. Mati satu company x dpt gaji nnt. Bukan x der yg boleh buat, tapi ramai yang dah lupa sbb all these while aku yang buat sorang sistem tu. Selesai jer gaji, terus balik utk rehat kat rumah...

Memang sangat sengsara nyer laa aku rasa masa tu. Sepatutnya doc dah schedulekan operation utk remove tonsil aku. Tapi aku x baper berkenan dengan cara doctor tu punya associate. Malas jer aku nak continue dgn dia. Nnt2 la. Lagipun tonsil aku tak ler teruk mcm Adam. Adam tu..sebulan sekali tonsil bengkak..ulcer...berdarah semua. Aku tak. Sekali nie jer laa bengkak and ada ulcer. Cuma extra sket...kelenjar leher aku both sides dah infected dgn teruk sbb tonsil nie. Dah jadik mcm leher katak dah aku rasa masa tu. kembunggg jer 2-2 belah. And..almost laa doc tu nak belah kelenjar aku and korek whatever lump tu. Nasib baik laa antibiotik dia power. Tak yah belah2 aku. Adoii....serik betul.

Anyway...tu la antara sebab kenapa aku dah lama tak update blog. Sowwy yer friends....
Read More
Hari nie...bangun jer dari tidur, aku dah rasa mcm mendunggg jer cuaca dalam jiwa aku. Naik jer kereta, on radio....baru aku tau Din Beramboi telahpun pergi mengadap Ilahi. Aku sedekahkan juga sepotong dua apa-apa yang patut dengan juraian air mata. Padahal bukannya aku kenal dia personally pun. Cuma sebab selalu jer dengar lawak dia and watching him dalam tv...aku rasa sedih.

Masuk jer opis, on PC, buka e-mail...Innalillah..... Seorang staff company punya abang meninggal dunia awal pagi tadi. Maka aku pun menjalankan tugas aku dengan mengwar-warkan pada company. Pun dengan cuaca yang mendung dalam jiwa. Kemudian, aku and the gang terus naik kereta dan pergi ke Damansara untuk melawat jenazah dan petugas tu sebagai wakil syarikat dan juga sebagai sahabat. Keadaan sunyi dan tenang semasa pengkebumian tu. Mendung sungguh.


Beberapa minit yang lepas, aku melawat blog Darlene. Berita sedih, mak chaq telah menyahut seruan untuknya. AllahuAkbar.... Aku telah membesar dengan mendengar cerita mak chaq dalam hidup aku, melihat gambar mak chaq dan seolah-olah mengenali beliau secara peribadi. Tapi tak pernah jumpa pun. Tapi aku rasa sangat sedih. Al-Fatihah untuk Mak Chaq.


Perit sungguh. Hari nie terima 3 berita sedih sekaligus.

Yang sebenarnya, aku masih belum habis kesedihan sejak arwah atuk meninggalkan aku and family. Secara realitinya...aku masih belum boleh terima hakikat arwah atuk dah x der....
Sebab itulah setiap minggu on the way balik melaka dari port dickson, aku wajib lalu depan kubur atuk dan menyapa dalam hati. "Atuk apa khabar?". Aku harap, ketiga-tiga waris keluarga di atas bersabar lah dan terimalah dengan redha. Janganlah jadi macam aku sebab perasaan nie sangat menyiksa.
Read More
Pada 10hb Feb, Rabu yang lepas, hubby telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Alhamdulillah...tiada kecederaan serius. Masa tu pagi...on the way dia nak pergi kerja, bertempat di Paya Rumput, Alor Gajah. Kat situ, memang ada satu lubang untuk U-turn. Hiway A.Gajah nie, kalau nak u-turn, kena cross 2 lane jalan raya nie cepat2 dan pusing di lebihan jalan raya semi-circle yang disediakan. Masa tu hubby tengah mengejar masa. About 90km per hour. And this kelisa merah, terus cross jalan untuk u-turn. Inilah hasilnya. Pemandunya perempuan Melayu berumur 27tahun. Dia tak cedera apa-apa. Cuma trauma sikit la. Tapi ada member dia datang, amik dia terus chow. Dia tak jumpa pun hubby untuk bincang apa-apa yang patut. Kereta dia tinggal tepi jalan jer...tapi tow truck dah angkut sekali dengan kereta hubby.
Disebabkan lepas perlanggaran tu hubby nyer kaki sakit dan tak boleh bergerak, maka polis pun call ambulan untuk bawa hubby ke hospital. Aku di KL masa tu. Masa dia call, MIL dengan FIL aku dah sampai kat dia....and dia kata tak yah kelam kabut balik. Dia ok. Kebetulan pula, memang aku tengah kritikal menyiapkan payroll. So, aku decide utk habiskan secepat yang boleh and balik Melaka terus untuk cuti sampai next weeknya. Alhamdulillah....kaki hubby tak patah. Kaki dia sakit sebab kaki kiri yang dalam kedudukan menegak masa drive (kereta auto kan pakai kaki kanan jer ) telah terhantuk panel aircond/radio di dashboard. Panel tu pecah la...
Esoknya, aku bawak dia ke workshop untuk submit documents for insurance claim. Jumpalah budak pompuan tu. Dia apologize gak. Dia kata dia cabut sebab dia takut hubby marah dia. Dia kata dia ingatkan sempat untuk cross....tau2 tak sempat pulak. Kereta dia...ini lah jadinya.




Dia memang bernasib baik laaa sebab tak cedera apa-apa pun.
Tapi hubby punya kaki bertambah sakit. That nite ingat nak bawak urut, tapi makcik tu tak berani urut. Dia suruh bawak pegi hospital sebab lebam kaki hubby lain macam. Esoknya...bawak ke Pantai Hospital...and doctor admit ward. Ada soft tissue injuries dengan salur darah dah luka and bocor. Tapi tak serius sangat. So, kaki tu kena bandage dengan ada ubat apa ntah. Pas tuh dia kena makan banyak sangat jenis ubat. Now, tengah rest kat rumah until next month.
Jadi kawan2....berhati-hatilah di jalan raya.
Read More
Adam bersungguh-sungguh minta nak join Taekwando class kat skolah dia. Masalahnya...benda tu every Saturdays. So, aku tak kasi...sbb Friday nite kena balik Melaka kan. Tapi papa dia memang tak boleh laa keciwakan anak yang satu nie. Papa dia carikan juga. Teruslah we all registerkan karate-do nyer class kat Melaka....Saturdays gak. Tapi manageable la kan..... So..inilah dia... aksi2 dia dalam first class.
Ini....kasi warm up dulu. Adam kat depan sekali, baju hitam.

Kena buat exercise macam nie, tapi al-maklumlah...sejak bercerai dengan tonsil dia, dia tak der halangan lagi dalam pilihan makanan dan minuman. Maka hasilnya..dia sudah ada air bag di bahagian perut yang mengimpossiblekan dia untuk bergolek.

Utk gerakan yang seterusnya...dia terpaksa di bantu oleh senseinya....hahahahah.

Namun...dengan azam yang jitu, dia berjaya mengikat tali pinggang uniformnya dengan kemas tanpa airbag besar lagi di perut. Sekarang Adam sudah tak ada air-bag...yeyyy.
Read More
Adik iparku baru selesai peperiksaan besaaar....iaitu SPM end of 2009. Dan dia sangat minat menyanyi. Suara...? Hmmm....ok la...50-50. Sedap macam Tok Tie tu x der la....tapi sumbang pun langsung tidak. Entertaining juga laa.... Dan dia memang sangat excited nak join AF nie. Maka dia pun telah memujuk aku utk tolong hantar dia gie audition tu. We all bertolak dari Melaka kol 5 pagi that Saturday 9th Jan 2010. Singgah opis aku jap....refresh..make up sikit ...makan sikit.....pas tuh trus gi Stadium. Sampai stadium dalam kol 8 pagi. Org x ramai pun.... and kaunter pun x bukak lagi. Pukul 8.45 baru dia buka kaunter. Berbaris lah adik ipar ku. Suasananya? Takderla havoc sangat pun. Tapi ada laa yang over confident...melalak-lalak kat public tu...konon practice nyanyi. Ada yang pakai mcm nak masuk interview keje. Ada yang dah terlebih umur...tapi nak cuba nasib....pakai sendat2...make-up ala2 burung hantu zaman 80an tu. Ada pulak yang langsunggg x senonoh. Ha... tengok sendirilah yer.....




Inilah adik iparku.... pegang form dengan bersungguh.

Ini antara yang pelik-pelik. pelik sungguh la mamat nie....

Keputusannya? Adik ipar aku berjaya nyanyi kat stage 1 jer...sebab dia tak cukup umur lagi....wakakakakkaka. Syaratnya....mesti berumur 18 tahun ke atas pada 9 Jan....hahhaha. Besday dia bulan 6 uolss....

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama