Assalamualaikum.....

Office kita nie sebenarnya adalah satu bangunan besar yang menempatkan banyakkk office lots. Salah satu lotnya ialah kami. Dan di bangunan sebelah kami pula adalah recreation senter yang menempatkan gymnasium, surau, sauna room daaaannnn..kafeteria. Nadi perut2 manusia yang bekerja di sini. Di kafe nie, ada macam2 stall yang jual macam2. Nantilah...kalau muka kita tak malu nak snap2 dalam lautan manusia tu, kita share kat sini yer.

Anyway, antara stall yang ada ialah sandwich. Ada berbagai2 jenis sandwich kat situ. Dan antaranya, kita rasa mcm tak nak makan nasi, so kita beli yang ini. Tortilla bread dengan inti crabstick salad. Meh layan pictures...



Memang dia macam satu set. Ada keropok jagung tu dengan pisang sebiji. Tortillanya memang bessarrrr. Sangat mengenyangkan. Yang kita suka tu, salad dia letak kat dalam tu sebagai inti...memang tak kedekut langsung. Can be considered as healthy food. Cuma yg kurang best..of course la sebab x pedas. Sometimes kena kasi perut rehat juga kan...

Harga : RM8.90

Amacam..? Berbaloi ke tak...?
Read More
Assalamualaikum.....


VS


(Semua gambar dari gugel)

Tak perlu diperkenalkan lagi, semua orang kenal Upin dan Ipin. Satu ledakan animasi kegilaan kanak2 di Malaysia. Bukan kanak2 jer..orang besar2 pun ada yang obses dengan Upin dan Ipin nie.

Yang keduanya, Boboi Boy. Mungkin masih ramai lagi yang belum mengenali karakter Boboi Boy nie. Tapi kita ada anak yang berusia 9 tahun. Maka 2-2 jenis kartun nie kita dah tengok.

Pendapat kita :

Upin dan Ipin :
- Sangat comel dan menyentuh hati sebab anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya di kampung.
- Berkisar tentang kehidupan kampung, which is very good sebab in a way memberi pendedahan tentang kehidupan masyarakat yang semakin dilupakan. Contohnya tentang budaya memberi dan menerima makanan di kampung, tentang kunjungan marhaban, tentang perpustakaan bergerak (sebab dulu x semua sekolah ada library), tentang mengisar kacang hijau, tentang main guli malah tentang perlawanan serangga juga.
- Ada diselitkan tentang unsur2 pendidikan agama Islam dan bagaimana kaum lain saling menghormati agama masing-masing. Sangat sesuai sebab kanak2 seawal usia 1 tahun dah mula menonton Upin dan Ipin. Ianya adalah alat bantu didikan awal melalui medium media.
- Peripentingnya persekolahan di dalam kisah mereka ni sentiasa dititikberatkan. Secara tak langsung, kanak2 terpengaruh dengan keazaman kartun bersekolah dan mendorong mereka ke sekolah. Itulah sebabnya kebelakangan nie, bila kanak2 mula bersekolah, ibu bapa yang nangis, bukan anak2 yang nangis...kan? hehehehhe


Boboi Boy :
- Mengisarkan tentang kanak2 di bandar. Masih lagi mengekalkan perpaduan kaum dan ciri2 rakyat yang baik.
- Lebih kepada teknologi baru dan akan datang. Ada kapal angkasa, ada power2, ada alien dan ada makanan segera.
- Buat masa ini, rasanya ceritanya masih belum dikembangkan lagi. Cerita ini masih berkisar tentang pengenalan setiap watak2nya dalam gaya penceritaan yang tersendiri. Mampu membuatkan kanak2 kagum dengan kuasa2 yang diperolehi oleh hero dan kawan2nya.
- Sesuai dengan kanak2 yang sudah mula bersekolah. Seiring dengan imaginasi mereka kerana berkisar tentang perkara yang masih belum ada di alam realiti.
- Ada atok yang sporting.

Ok... apa pandangan you all semua tentang 2-2 kartun nie...? Marilah kita kongsi bersama2.



Read More
Assalamualaikum.....

Di KL nie, kita dok sensorang. Kalau tak ke Melaka, atau PD, atau Kuantan, kita akan berehat di KL jer. Kadang2 malas nak singgah kedai untuk beli food. First sebab on the way nak balik rumah, tak jumpa kedai makan. Secondly, kalau beli selalu, takut ada yang dah skodeng and boleh recognize kita duduk sorang. Manalah tau penyangak zaman sekarang. Luckily, my unit dekat dengan lif dan laluan utama penduduk lalu lalang. Tingkat 12! So, agak ok sket kot.

Jadinya, masak jer lah sendiri. Disebabkan dinner, sometimes nak makan yang ringan sikit dari nasi. Lagipun, ikut kadaran tekak sendiri. Salah satunya ialah ini.. Tak tau apa namanya, tapi ianya adalah instant noodle. Cuma x guna perencahnya. Kita masakkan sayur, rebus noodle sampai lembut, dan gaulkan sekali.

Surprisingly...sedap. Opss..sorry. Sebab kita guna cili padi. Tak ada cili padi, susah sikit nak makan rasanya.

Nak masak..senang jer. Tumbuk kasar cili padi, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis. Tumiskan sampai masak, tapi jangan sampai garing. Masukkan air sedikit..biarkan mendidih. Masukkan sayur (kita guna kacang buncis dengan brokoli). Kemudian gaulkan dengan noodle yang dah lembut direndam. Siap...

Hmm..gambar blurr kan. Samsung nyer hp nie, gambar agak kurang memuaskan untuk kitalah...
Read More
Assalamualaikum.....

Ishhh...sibuk sungguh rasanya hari nie. Nak BW segmen Cik Lulu pun belum tercapai lagi impian kita..huhuhuhu... Banyak rumah nak pergi nie...

Cakap pasal rumah..sebenarnya Adam ada projek sekolah. Cikgu dia bahagikan group. Setiap satu kumpulan mesti siapkan sebuah rumah yang diperbuat dari kotak. Salah seorang ahli kumpulan dia dah siapkan. Memang cikgu pesan suruh minta bantuan dari family. Tapi hubby kita plak yang eksaited nak buat. Maka Sabtu malam tu kami anak beranak pun mengerjakanlah kotak untuk dibuat rumah. Sampai jam 3 pagi baru dapat tidur. Kita sampai dah tergolek kat atas lantai. Ngantuk. Tapi papa dia gigih siapkan. Adam jadi pembantu... Hasilnya...

Nampak yang warna putih tu? Dalam gambar nie tak berapa clear, tapi sebenarnya ada 'cermin' di situ dibuat dari cling wrap plastic. Yang putih tu langsir la. Konon-kononnya sliding door la kan..hahahaha.


Rumah dari kotak songkok yang diwarnakan. Bumbung dari kotak biasa yang besar tu. penutup kotak tu kami potong dan siatkan lapisan luar untuk dapatkan alur berbentuk bumbung ni.


Tingkap sebelah sini, boleh lipat-lipat.


Tingkap yang ni, buka seperti daun tingkap biasa.

Oh..lupa. Langsir putih adalah sebenarnya tisu yang dilipat.

Ok..Amacam?
Read More
Assalamualaikum.....


Waahh...kita terima award nie daripada sahabat baik kita, Pn Rahmah. terima kasih sangat2 kerana ingat kat kita. Versatile ke kita nie? Hehhehe..versatile sangat tu tak la kot..rojakk tu yer kot...hahahaha.

Anyway, kita akan gantungkan award nie kat rumah kita. Cantik...

Ada syarat la kan.. Kena cerita 7 perkara ttg diri kita. Err...rasanya dh cerita semua pasal diri kita dalam blog nie. Ulang tayang jerlah ekkk...

1. Berumur 35 tahun.
2. Berkahwin dengan seorang lelaki mix Malay+Chinese yang berumur 36 tahun.
3. Mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 9 tahun.
4. Kami adalah keluarga hujung minggu. atas tuntutan kerjaya dan pendidikan, kita di KL, suami di Kuantan, anak di Port Dickson (bersama mak ayah kita) dan rumah tetap di Alor Gajah, Melaka.
5. Oleh kerana masa kualiti bersama keluarga adalah terhad, maka suami sering melarang kita memasak, sebaliknya dia akan bawa kami sekeluarga makan di luar. Alasannya, tak nak kita penat dan buang masa di dapur dan pasar.. Haa..ikutkan ajerlah.
6. Oleh kerana kami nie selalu makan diluar, maka kita sukalah nak sharekan pengalaman2 itu dalam blog nie.
7. Kita suka makan masak lemak cili api.

Ok..abishhh...

So, kena tag blogger plak ekkk.. Perghh...banyak tuuu... Ok..ok..kita tag.

Maka dengan ikhlasnya, kita nak hadiahkan award nie pada blogger2 berikut...

1. Dd
2. Akak Nora Berkisah
3. Atok Apo-apo Yo lah
4. Azham Vosovic
5. Msredcheesecake
6. Lulu Caldina
7. Belog MTT
8. Cahaya Kewanitaan
9. Cho Zila
10. Laman Ayah Su
11. Lady Ayu
12. afifahpah
13. Marina
14. nikaviolet
15. Gen2Merah

Ok... siap.... Boleh ker cam nie...?

Hmmm.. ada keje sikit la... Mungkin lewat sikit hari nie baru kita masukkan entry lagi. tal sabar nak kongsi pasal makanan lagi...
Read More
Assalamualaikum.....

Hari ini semua calon2 PMR negara akan mula berdepan dengan ujian pertama. Kertas Bahasa Melayu pagi nie. Semoga berjaya adik2 semua. Ada yang obses, ada yang balance, ada yang takut2 manja dan ada yang tak ambik port langsung. Itu terpulang kepada remaja terbabit. Pada kita, perhatian dan dorongan keluarga yang penting untuk peringkat remaja ini kerana mereka masih di persimpangan untuk memilih haluan hidup.

Anyway, adik2 semua. Jangan perlekehkan apa yang PMR boleh 'buat' dalam kehidupan adik2. PMR inilah titik tolak untuk SPM, STPM, kerjaya, kehidupan dan hari tua adik2 semua. Perggh...dalam kan?

Pendek kata...


JANGAN BAWA TOYOL TAWW...DOSA!

Hehehe
Read More
Assalamualaikum.....


Ok...ini sebenarnya adalah mee hoon kari yang kita masak sempena kawan kita Dd datang rumah hari tu. Tapi mee hoon nyer tenggelam daa... Ini gara2 kuahnya pekat sangat dan mee hoon nya terlebih celur.. Hehehe.

Tak berapa puas hati dengan hasil masakan kita yang nie. Sebab utama ialah tak rasa pedas langsung. Dan tiba2 kuah jadi sangat pekat. Ini hubby kita lah nie...dia soh letak ubi kentang bebanyak. Dia memang suka la. Orang lain? Entahlah..hehehe

Anyway, kebetulan pula, BIL kita balik rumah MIL kita ptg tu. So, memang diorang dah kata nak datang. Baguslah.. kita masak sekali harung. Raya ramai2 dengan family. Kebetulan adik kita si Abg Ngah call kata boring..nak datang tidur rumah kita juga. Waahh..makin meriah. Bila Abg Ngah sampai petang tu, call plak parents kita kat PD...x nak join the crowd keww..? Hehehhe.. Ayah kita dengar cucu kecik dia si Mia ada...dia pun dtg. Maka ada la adik beradik kita dengan family in-law semua. Meriah sampai ke malam. Cuma Yana the nurse jer tak datang.

Peliknya, habiiiis jer kita tengok mee hoon kita. Diorang kata sedap jer makan. Eishh..biar betul diorang nie kan. Kita siap masak nasi, buat lauk ayam goreng berempah, sayur dan sambal... Tapi mee hoon kari laku dulu. Oklah kot yer..


Ini anak Abg Ngah yg sulung, Adlina tengah melayan diri sendiri. Nampak tak mangkuk sebelah dia tu? Dia pun makan mee hoon kari nie sampai bertambah. Dia nie memang memilih sikit makan. Nampak jer bulat tu..tp bulat sbb kuat minum susu. Lepas tu dia tengah mengerjakan puding tauhu kita. Ini mangkuk yang ke-2 juga rasanya. Seronok sangat tengok dia makan sebab bukan selalu dapat attract dia untuk makan.

Anyway, tak buat open house untuk raya tahun nie, tapi bila my dear friend and dear families are all together, kita rasa sangat happy...

Luv u all...
Read More
Assalamualaikum.....

Yeap...kita dah pernah cerita tentang Nasi Arab Pak Lim nie kat SINI dulu. memang nasi arab dia antara yang sedap kita pernah makan (macamlah dah banyak kali makan). Masa raya arie tuh, hubby kita kan keje..lepas jer dia abis keje, kami terus ke KT bersama cousin kita. On the way tu, betul2 seberang jalan dengan Petronas Pantai Balok, ada kedai Pak Lim Nasi Arab. Waahh...ini sudah bagus. Maka mengenangkan kesedapannya, kami pun singgah di situ untuk makan.

Rupa2nya kedai nie baru dibuka. Selain dari pergi dengan kita, hubby ada juga pergi dengan kawan2nya di situ. Tapi menu tak sama macam di bandar Kuantan tu. Dia hanya hidangkan set ayam dan kambing saja. Wbp, nasinya tetap sedap dan enak.

Meh layan gambar.




Ada macam garden kecik plak. Seronok kan...


Satu talam daa... Ini hubby makan dengan kengkawan dia... Ada ayam dan ada kambing..



Close up kambing... Cuma kadang2 not really lucky, dapat kambing yang penuh tulangg jer. Sedap lagi makan ayam macam kita and Adam..hehehehhe.


Kuah special Pak Lim. Originalnya nasi arab mana ada kuah, tapi Pak Lim kreatif tau... dia buatkan kuah.


Lagi posing hidangan dari atas.

Ini air apa ekk? Alaa..lupa nak tanya kat hubby. Ermm..apa kata you all semua try jengah ke sini. Baru tau kick dan powernya.

Oh yer, kebetulan masa kita datang, jumpa dengan ownernya iaitu Pak Lim sendiri. Sangat friendly la Pak Lim nie. Pak Lim cerita tukang masaknya dia bawa dari negeri Arab...siap cook dia angkut barang2 dapur dan segala tungku, telaga Arab tu semua. Pak Lim introducekan kita dengan cooknya, malangnya kita dah lupa cakap Arab..so main angguk2..sengih2 jer.

Ralat sangat sebab tak amik gambar. Tak teringat pula sebab segan masa tu...

Ok..boleh masuk list tak nie...?
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama