Assalamualaikum.....

Yang sebenarnya, dah berbulan yang lepas kita masak rendang nie. Atas permintaan hubby juga. Memang tak pernah seumur hidup masak rendang itik, tahu makan jer selalunya. So, kali nie, rasa macam nak cuba masak sendiri. Jumpa orang jual itik di Pasar Tani Alor Gajah. Dah siap salai. Bila beli, dia siap potong2kan. Sampai rumah, terus lebur dalam kuali jer. Biasanya itik nie isi dia liat, so kena la rebus dulu. Sebab tu la guna resipi Rendang Ayam Kampung. Konon teksturnya lebih kurang sama.



Tak tahu nak pakai resipi apa. Godek2, kita guna jer resipi Rendang Ayam Kampung di blog Dapur Tanpa Sempadan. Siapa yang tak kenal Mat Gebu kan? Hatta suami2 kita semua pun dah hafal nama Mat Gebu kan.

Outcomenya memang sangat sedap. Cuma silapnya ialah itik kita terlalu lembut sampai ada ketulan yang terlerai. Itik muda rupanya. Salah bajet pula. Pula tu, kulit itik nie, kita tak siat, sebab hubby soh biarkan jer. Maka jadilah minyak dari kulit itik tu berladung dalam kuali. Next time, buang kulit yer. Tak bagus untuk kesihatan.

Aduh, panjangnya bebel. Jom tengok resipi..

Kita memang copy paste dari blog Cik Mat Gebu nie tau. Tak caya, cuba masuk blog tu sendiri...

Rendang Ayam Kampung : Cik Mat Gebu

(Kita tukarkan ke itik)


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
Santan kelapa secukupnya
Air panas, jika perlu
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik
2 camce besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah "Baba's")
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
15 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.





Pulak tu, baru2 nie pula ngam2 Cik Mat Gebu masak rendang itik. Resipi dia sedikit lain la. Next time kita nak cuba yang tu pulak.

Yang penting, tak yah rebus dulu kalau nak masak rendah Pn Aziela ooiiii... Isshhh..memandaiiii jer kan.


Read More
Assalamualaikum.....

Wah...malu betul nak cerita. Tapi, kena cerita juga la juga rasanya, untuk pengajaran dan untuk kenangan.

Kita bersekolah di sebuah sekolah berasrama sejak tingkatan 1 hingga 5. Membesar, belajar, berkawan, buat jahat, semuanya di sekolah.

Kami di asrama, setiap waktu solat diwajibkan untuk berjemaah di surau. Larangan kerasnya ialah solat di bilik. Memang tak boleh langsung. Walaupun hari cuti, solat mestilah di surau. Setiap hari lepas Maghrib, ada kuliah Maghrib. Selalunya ustaz atau ustazah di sekolah memang ambil giliran untuk beri kuliah.

Tapi, ada satu ketika masa kita tingkatan 3. Kita dengan kawan2 nak menghadapi ujian esoknya, dan kami pangkat2 nak ponteng kuliah. Padan muka kan, study last minit. Ikut nasib, kadang2 ada spotcheck, kadang2 tak ada. Kebetulan, pelajar Form 3 dan Form 5 di asingkan dari pelajar lain untuk kami fokus pada peperiksaan. So, solatlah di bilik dan lepas tu terus buka buku di bawah sebatang lampu bilik. Satu sahaja lampu yang boleh dinyalakan setiap kali waktu kuliah tu. Malap2 cahaya pun, kami buka buku juga...

Entah kenapa malam tu nasib tak berapa menyebelahi kami ( alah, dah salah tu, x nak ngaku pulak kan..). Kami terdengar bunyi derap kasut dan selipar sekumpulan manusia. Dalam pada panik tu, kelam kabut salah sorang dari kami cadangkan menyorok bawah katil. Apa lagi, berebut2 masuk bawah katil. Katil double decker, seo satu katil, kena masuk 2 orang. Itupun cari katil yang hujung, jauh dari lampu.



Bila kumpulan warden dan pengawas masuk, mereka buka lampu. Aduhai, nak gugur jantung tu. Semua membatukan diri.

Tiba2, dengar suara pengawas bersuara : "Baizura, kaki awak dah terkeluar, keluar ajerlah dari bawah katil tu."
Aduhh...si Baizura nie pulak, nyorok sama katil dengan kita. Tapi dia keluarlah juga sambil tersengih2.

And warden sambung bercakap : Yang lain2 tu, takkan tak nak keluar juga?

Pergh!.. Meletup seluruh jantung kami rasanya... Ha, rasakan! Buat lagi jahat...!

Kami pun mengadap lagi, diberi 'pesanan' dari warden, bagi nama dan menunggu hukuman.

Hukuman kami dijatuhkan pada minggu hadapan. Masa perhimpunan hari Isnin.

Kami yang seramai 12 orang dikehendaki berdiri di depan perhimpunan. Actually padang perhimpunan tu menghadap blok bangunan sekolah yang mana tingkat atasnya adalah bilik guru. So, kami kena bersusun berdiri tayang muka depan bilik guru di tingkat atas, menghadap semua pelajar sekolah di bawah.



Dari tingkatan 1, hingga tingkatan 6 atas tengok kami dengan senyum sumbing.

Tapi yang peliknya, tak adalah pula rasa malu nak bunuh diri. Malu2 kucing jer.. Pada kami, kami bukan buat benda jahat. Ponteng satu kuliah Maghrib jer, itupun sebab nak study. So, kami tersengih2 jer lah kat atas tu. Siap borak2 selamba lagi sesama kami kat atas tu. Cover malu pun yer juga sebenarnya... hahahah

Tak pernah lagi sejarah sekolah tu, ada pelajar perempuan yang di denda sehingga begitu. Memang pecah rekod betul la...

Tapi, dapat pengajaran lah juga. Sepanjang tahun kami di sindir terutama oleh pelajar lelaki. Owh, sekolah kita sebenarnya, errr....err... sekolah agama.. Oppss! Hehehehe. So, perempuan dan lelaki memang tak bertegur sapa. Suara tu aurat, ok! Hihihihihi. Tapi, sebab kan 'fashion show' kami tu, puaslah kami bertekak dengan sesaper yang menyindir tu. Ha, ada kami kesah??

Dan, sebab tu juga la, kami2 nie dikenali ramai... Sampai ada yang dapat abang angkat tau. Eh, bukan kita, kawan2 kita yang comel2 tu lah...

Tapi kami memang species baik. Kami jumpa semula ustaz yang beri kuliah tu, minta maaf, mohon ampun sebab skip kuliah dia dan tak menghargai effort dia untuk berkongsi ilmu. Tapi ustaz tu faham. Dia senyum dan gelakkan kami. Paling mahal ialah bila dia kata : "Ana halalkan segalanya untuk antum semua..." Syukur..


Hmm...tapi, bila ingat semula, tak semua orang pernah merasa pengalaman tu. Kita agak bertuah kerana ada buah tangan nak diceritakan. Kawan2 kita? Alhamdulillah, semuanya menjawat jawatan yang membanggakan sekarang...


Note : Sumber gambar dari Google
Read More
Assalamualaikum.....

Aihh...hari nie blog macam slowww jer. Memang ada masa pun mcm tu kan....

Anyway, semalam hubby purchase Hantu Air dari Astro First tanpa berbincang dengan kita dulu. Kalau bincang, sah2 kita x mau sebab kita nie penakut. Tapi since dia dah beli dah pun, nak x nak kenalah juga tengok kan. Tapi, sebelah tangan pegang bantal, sebelah lagi pegang novel terbaru Acik Lana. Konon kalau takut, boleh escape dengan baca novel lah kan...



Inilah hantu airnya... scary kan? Pic from google

Nak cerita sinopsis pun kita tengok main skip2 jer kan. So, lebih kurang cam nie lah ceritanya...

Seorang tok moh yang telah berjaya menangkap satu semangat jahat selepas membunuh segala anak2 semangat tu, telah menyumbat semangat tu dalam sebiji botol dan mengarahkan budak suruhannya buang ke satu tempat. (Soalan : Kalau dah bunuh anak2 semangat jahat tu, kenapa tak dibunuh mak nyer sekali?).

Tapi nak dijadikan cerita, botol tu dah terjatuh pulak kat dalam tasik.

Lepas bebudak suruhan nie balik nak bagi report, ada lah pulak si nyah diva Azwan Ali memancing kat tengah tasik dengan baju lip lap, rambut vogue sorang2 kat tengah tasik sambil bergosip dengan kak propa dalam tepon. Dalam pada lepas buat dosa bergosip dan mengumpat dalam tepon, dia dah terpancing botol semangat nie. Dia buka penutup botol, tapi lepas tu baru sedar botol tu bukan sebarang botol. Barulah teringat pesan2 'Mak Esah' dia. Dia campakkan balik dalam tasik, and semangat jahat tu pun keluar dari botol, terus jadi hantu air sebab dia 'dilahirkan' semula dalam air dan ngap si Azwan Ali. Yes, dalam cerita nie, hantu air tu bunuh orang tau..

Resort yang berdekatan dengan tasik tu, dikendalikan oleh Mawar, yang kebetulannya anak Tok Moh tu. And hantu air tu mula buat kacau kat resort tu, asyik nak makan orang jer sebab dia aim nak makan Mawar supaya boleh balas dendam kat Tok Moh yang bunuh anak2 dia tu.

Hantu air dalam cerita nie, boleh menyamar jadi berbagai2 rupa, tapi bila dia menyamar kita tahu sebab kaki dia berair jer. Bukan basah tau, ini memang menjejeh2 air kat kaki. And bila dia jadi hantu, dia hanya boleh bergerak di laluan yang ada air..kononnya lah..

Highlights :

1. Hero memang x best. Nak kata over acting pun ada, nak kata slow pun ada, nak kata menyelami perasaan terlampau sampai kita rasa adakah dia rasa syok sendiri? pun ada. Sorry hero, sorry director.

2. Cerita sedikit confuse. Kenapa nak wujudkan watak hero yang mengalami masalah jiwa? Secara realiti, mcm mana orang yang tak tenteram jiwanya boleh muncul jadi hero? Tekanan jiwa dia kronik tau...! Maybe pengarah nak tambah perisa dari sudut lain dalam movie ni kot. Tapi kalau x libatkan kisah hero ada tekanan jiwa nie, kita rasa filem nie lebih kemas. 

3. Mak datuk, seksinyaaaa awek yang kena baham kat dalam chalet tu. Lepaslah pulak dari LPF scene seksi yang amat mcm nie.

4. Angelina Tan dan Hamdan ex-senario jadi pasangan suami isteri, memang superb. In-fact lebih shining dari pasangan hero dan heroin. Anak diorang pun, keletahhh sangat. Mummy, speak English! Heheheheh, sooo cute and funny.

5. Hero and heroin is suppossed to be in love, tapi x rasa the love. Rasa mcm masing2 at the stage of "...siapa orang nie, kenapa dia begitu, begini.." type.

6. Tak taulah mcm mana, tapi kita rasa keseraman hantu tu memang ada sebab muka2 hantu nie di tunjukkan terang2an. Cayalah Anna, managed bawa watak hantu air dengan excellent. Siap makan telur mentah, gigit telur tu macam gigit epal tau, dengan isi telur mentah tu berjejes-jejes masa dia bertenggek kat hujung bot bomoh cina temberang tengah tasik tu.

7. CGI yang sangat banyak dan mencacatkan sikit keaslian pemandangan. Part rambut hantu melilit, part dalam air, semuanya nampak sangat CGInya. Even fireflies pun nampak beno tipunya. Kunang2 kat lain, mata hero pandang kat lain. Eisshh..sayangnyaaa

8. Scene kat hujung2, masa hantu air menyamar jadi tok moh, kita yang tengok nie, dari mula hero dukung tok moh lagi obvious dah tahu tok moh tu ialah hantu air. So, elemen surprise lepas tu dah tak menjadi lagi.

9. Saiful Apek, Amir Raja Lawak and their gang, memang betul2 menghidupkan cerita. Diorang punya action, lawak sampai kami gelak tak berhenti. Dah gelak, nak sambung gelak, nak tarik nafas untuk sambung gelak pun x boleh sebab tak boleh berhenti gelak pada nafas pertama. Eh, faham ke? Senang cerita, gelak sampai tak mampu berhenti untuk bernafas. Ha, laghaoo sungguh kan.. Astaghfirullah...

10. Ada satu scene, hantu air tu pelan..pelan..pelan...bergerak nak ngap Apek and kawannya bertiga kat dapur. Sampai diorang terlekat kat dinding dapur. Apek siap cakap : Marilah kita mengucapkan 2 kalimah syahadah beramai2. Sempat lagi tu..hahahahhaha. Sekali hantu x leh nak ke depan lagi, try2 pun x leh maju lagi. Pandang bawah, lantai dah kering... Apek punyalah gelak suka hati. Siap ejek2 hantu lagi sebab tak leh nak gerak lagi. Hantu dah bengang. Dlm pada dia gelakkan hantu, Amir yang menggigil ketakutan tu, dah terkencing. Meladung2 air kencing dia atas lantai. Panik betul apek buka baju seluar sebab nak lap air kencing, x nak bagi sampai kat kaki hantu...

11. Tapi sebelum tu, ada satu scene hantu air nie merayap masuk dalam chalet ikut sorang pompuan. Boleh pulak dia menjalar dalam chalet tu tanpa air...

12. Kat ending2 tu, hantu air nie tetiba pakai seluar..!

So, nak tengok pun boleh...gelaklah puas2. Tak tengok pun, err, sorry yer, agak tidak merugikan.


Read More
Assalamualaikum.....

Baru-baru nie, sewaktu berhenti makan di R&R Seremban, kita ternampak sekumpulan kanak2 sekolah menengah. Kebanyakannya dari sekolah berasrama penuh. Tapi mereka dalam kelompok yang kecil2. Salah satu kelompok yang ada ialah dari sekolah kita dulu. Excited pula rasanya sebab dah lama sangat terputus dengan dunia sekolah serta terputus hubungan dengan rakan2 sekolah dulu. Memang total shutdown dengan rakan2 sekolah. Sob....sob... Apakan daya, kehidupan sekarang pun menuntut begitu banyak pengorbanan, apatah lagi nak mengenang yang lalu.

Hati tak dapat nak tahan.

Rindu sangat dengan kenangan lama, dengan sekolah menengah itu. Selama 5 tahun, pagi petang siang malam di dalam sekolah. Balik rumah pun, hanya sekali sebulan pada hujung minggu. Masa membesar dan menjadi remaja memang sebahagian besarnya di bawah bumbung sekolah dah asrama.

Kaki kita melangkah, memberi salam dan menegur adik2 tu. Terasa tua nya... Dah jadi pangkat makcik dah kita dengan mereka. (Mujurlah sedar diri...hihihihi).

Bila tanya tentang keadaan sekolah serba sedikit, adik2 tu punyalah teruja bila tahu kita produk sekolah tu. Kelam kabut diorang tanya macam2 soalan. Pertama sekali dia tanya ialah apa pekerjaan kita sekarang. Memang membuak nak tahu apa hasil produk sekolah itu di masa hadapan agaknya. Bila cerita tentang kelulusan kita dan pekerjaan sekarang, nampaklah air muka diorang excited.

Kita cerita serba sedikit tentang kenakalan kita dan kawan2 masa sekolah. Bukan apa, kita sekadar nak bagi semangat pada mereka. Tak semestinya nak mencapai kecemerlangan, mesti menghadap buku 24 jam. Kena seimbangkan dengan kehidupan. Sekali sekala, kena rasa macam mana jadi budak nakal, macam mana jadi anak yang patuh, macam mana jadi murid yang taat dan kena rasa macam mana kena denda. Hehehehehhe. Hasilnya, kalau pun nakal, di denda dan sebagainya, amanah menuntut ilmu yang tak pernah dilupakan tu Insyaallah akan memberi manfaat. Kita ceritakan pada adik2 tu dalam masa yang singkat.

Ceria sungguh adik2 tu mendengar cerita kita.

Mulalah kotak fikiran kita terimbas kembali peristiwa2 lama tu semua. Kita rasa kita nak berkongsi di dalam blog nie. Insyaallah, bit by bit yer...

Read More
Assalamualaikum.....

Hari Jumaat, esok weekend. Malam nie, balik Kuantan sebab esok hubby ada follow up check-up dengan doctor beliau. So, pada sesiapa yang nak datang Kuantan, kita nak share tentang kedai jual sata di Tg. Lumpur nie.

First sekali, tau tak apa dia sata?

Sata ialah sejenis makanan kudapan yang biasanya di makan pada petang hari di negeri2 pantai timur. Famous di Pahang dan Terengganu. Sata ni ialah bancuhan isi ikan, tepung, dan ramuan lain, antaranya bawang, serai, daun kunyit dan cili. Bancuhan ini kemudiannya di bungkus dalam daun pisang sehingga membentuk segitiga kecil, dicucukkan pada batang besi grill atau buluh untuk di bakar di atas bara api.

Setiap kedai ada ramuan sata masing2 yang tersendiri. Seperti makan nasi lemak. Setiap kedai kan ada rasa yang berbeza. So, terpulang kepada cita rasa masing2 lah yer.

Pusat kudapan petang di Kuantan ialah di Tg. Lumpur. Senang jer nak ke sini. Dari bandar Kuantan, pastikan anda cari signboard ke Pekan, melintasi jambatan Sg. Kuantan dan taraaa...anda sudah berada di Tg. Lumpur. Di sini anda akan jumpa banyakkk sangat kedai2 atau warung2 yang menjual sata, keropok lekor dan kuih muih untuk minum petang. Ada beberapa kedai yang sangat penuh sampai orang sanggup berdiri dan beratur, sanggup jalan kaki jauh kerana parking penuh dan sebagainya.

Tapi, kita sekeluarga, tetap rasa sata di kedai Pak Din nie menepati selera kami. Kombinasi ikan, kepedasan cili yang mencukupi, haruman daun kunyit serta serai yang menyegarkan memang betul2 seimbang.

Sign board

Banner dalam warung kecil


Sata yang sedang di panggang


Sata panass...


Sebahagian kuih muih...


Masa nie masih awal sangat lagi. Pukul 11.30 pagi hari Ahad. Biasanya kuih muih berderet2 di sini. Kita datang awal sebab nak tapau untuk bawa balik PD. Adalah 100 biji kami tapau sata tu. Kalau yang suka tu, 10 biji sorang baru puas makan.

Selain daripada tu, kebiasaan di negeri pantai timur, petang2 mereka makan seafood yang dicelup dengan tepung. Macam kita makan sotong goreng tepung, tapi bukan yang rupa cekodok tu tau. Ini macam salut tepung jer. Ikan kembung sekor2 di salut tepung dan goreng. Udang biasanya secucuk ada 5 ekor udang. Secucuk udang, seekor ikan semuanya berhara RM2.00 each. Sata pula, 5 biji RM2.00.

Nampak macam x ramai kedai Pak Din nie, tapi kami biasanya tak terpengaruh dengan gambaran kedai penuh. Kami hanya percaya dengan selera sendiri.

Selain daripada sata di Kedai Pak Din nie, ada sebuah warung lagi sebelum warung Pak Din yang menjual sata yang bersaiz lebih besar dan rasanya pun sama sedap. Tapi harganya RM0.50 sebiji. Tapi dia tak adalah meja kerusi nak duduk lepak lama2 macam di kedai Pak Din nie.

So, amacam? Nak rasa sata tak..?
Read More
Assalamualaikum.....

Pagi nie bila bw, terbaca tentang entry ini di blog Fendy. Sangat menarik. Simple, ringkas, tapi menyeluruh. Bukannya kita semua tak tahu, tapi sekali sekala kalau remind diri sendiri, apa salahnya kan... Lagipun, ini adalah sebagai panduan memilih calon suami saja. Semestinya, kriteria seorang suami yang baik, ada lebih lagi dari yang tersenarai. Untuk adik2 yang sedang memilih, kakak2 yang nak bantu cari adik ipar, atau mak2 yang nak cari calon menantu, mungkin senarai ini boleh membantu.




10 Sifat Calon Suami Yang Baik

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturanya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia,

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Berwajah tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

 



Read More
Assalamualaikum.....

Kita nak sambung sedikit kisah Abil untuk isterinya Pn Fauziah.


Abil dan Fauziah adalah orang yang berpendidikan. Mereka kaya dengan kasih sayang dan mereka berusaha menjadi seorang hamba yang taat dengan perintah Allah.

Maka oleh itu, ujian ini di tangani segera dengan bijak oleh Abil. Abil mula mengumpul dananya sendiri, menjual rumah di KL dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Beliau yakin dengan keputusan ini. Objektifnya ialah memberikan penjagaan yang terbaik untuk isterinya, Fauziah. Seringkali beliau tekankan di dalam blog, mahupun dalam wawancara media, keputusan dan tindakannya adalah kerana Fauziah itu isterinya. Dan ia memang tanggungjawab beliau untuk memberikan yang terbaik kepada isteri beliau.

Tapi mengakulah Abil... Tindakan anda adalah kerana kasih dan cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Fauziah. Cinta anda kepada Allah dan Rasul sehingga memungkinkan cinta untuk isteri ini menuntut pengorbanan dalam hidup.


Sejak Jun 2011, Abil menyediakan kelengkapan Fauziah di rumah sama seperti di hospital. Beliau menuntut untuk menjadi jururawat dan juga doktor untuk isterinya. Segala2nya dengan peralatan dan cara yang tersusun dan profesional. Kebersihan Fauziah dan kebersihan rumah sangat di titikberatkan sehingga tiada habuk langsung pun yang bebas di rumah beliau. Subhanallah...



Memangku Fauziah dan mendukungnya setiap hari untuk menonton tv.

Selain daripada rawatan moden, Abil juga mengusahakan rawatan tradisional dan sebagainya. Beliau sering mengurut Fauziah sebagai bantuan untuk merangsang sistem saraf isterinya. Beliau juga memastikan, isterinya hanya akan minum air zam zam yang di ambil bekalannya 2 minggu sekali.

Rawatan lain ialah kasih sayang.

Ya, kasih sayang Abil boleh membantu sel2 otak kembali aktif. Insyaallah. Sebagai contoh, dulu Fauziah hanya ada muka kosong apabila Abil memberitahu sesuatu, contohnya sebelum beliau keluar rumah. Tapi sekarang, Fauziah dah pandai merajuk sekiranya Abil lupa inform sebelum keluar rumah. Abil terpaksa ambil masa untuk memujuk Fauziah. Maknanya, emosi dan otak telah mula berhubungan. Syukurlah, Alhamdulillah.



 Yang bagusnya Abil ini ialah, tidak tertumpu dengan penjagaan isteri semata2, beliau juga seimbangkan dengan penjagaan diri beliau sendiri. Sedar hakikat beliau harus sihat untuk menjaga isteri, maka riadah fizikal dan riadah hati tidak pernah di lupakan.

Tengoklah gambar tu. Abil suka menyakat Fauziah seolah2 Fauziah sihat. Bergurau senda dengan isterinya, menyakat, memujuk, bercerita, menyanyi dan sebagainya adalah salah satu terapi yang akan membantu.

Walaupun doktor kata ianya tak akan sembuh, tapi Abil berusaha kerana yakin dengan kuasa dan ketentuan Allah. Ajal maut telah tertulis, tetapi siapakan tahu apa yang menjadi rahsia alam?



Sweetnya..

Banyak komen yang kita baca dalam blog Abil memberikan kata2 semangat untuk beliau. Memuji beliau kerana tidak mengabaikan isterinya. Memang betul. Berapa ramaikah lelaki yang sanggup menjaga isteri yang sakit begitu? Sedangkan isteri yang sihat, menawan dan telah banyak sama2 berkorban pun dengan mudah di tinggalkan, inikan pula bila tak mampu menjadi seperti manusia normal.

Maaf kaum lelaki, tetapi dah banyak yang terhidang di hadapan mata. Salah seorang kenalan kita yang menghidap penyakit kronik, jarang mendapat sokongan dari suaminya. Dia sendiri yang berusaha untuk mencari duit untuk penyakitnya sendiri. Bila media datang ke rumah, sang suami berlakon dengan muka sedih konon2 tengah menguli karipap untuk jualan bagi menampung kos rawatan isteri. Realitinya, tak pernah pun! Tapi bila isterinya menghadap Ilahi, tak berapa bulan kemudian, beliau telah menikah dengan perempuan lain. 

Tapi Abil.....

Abil x pernah nak tunjuk muka sedih. Tengoklah gambar2nya. Bukan gambar memancing simpati. Gambarnya tersenyum bahagia, tetap memadu kasih dengan Fauziah. Gambarnya adalah gambar yang melambangkan beliau redha dan ikhlas dengan dugaan ini.

Syukurlah kerana Abil tidak membuang masa mudanya dengan begitu sahaja.

Syukurlah Abil sempat menuntut dengan salah seorang Mufti Negeri Sembilan dan mendalami Islam dan Al-Qur'an.

Syukurlah Abil berpegang kuat kepada amalan Al-Qur'an dan Sunnah. Beliau pasti akan khatam AQ setiap 6 bulan sekali.

Syukurlah Fauziah sering di dendangkan dengan alunan ayat suci setiap hari dan setiap ketika.

Syukurlah Fauziah di rawat oleh suami sendiri dengan amalan As-Syifa'.

Alhamdulillah.... Alhamdulillah..... Alhamdulillah......

Namun, yang kita nampak ialah Abil tegak berjuang untuk isterinya.

Kita berikan kata-kata pujian dan kata-kata semangat untuk beliau.

Mungkin boleh juga diselitkan dengan kunjungan ke rumah beliau, atau menghulur apa yang mampu sebagai tanda sokongan kita semua dengan usaha seorang Abil Fikri ini.

Tapi, tangan kanan memberi, eloklah tangan kiri tak tahu. Yang penting dengan niat yang ikhlas. Keikhlasan itu adalah seumpama seekor semut hitam yang merayap di atas seketul batu hitam di malam hari yang gelap gelita.

Lagipun, bak kata Ustaz Abdul Hadi Kamil dari Yapeim tempoh hari, sedekah amal jariah kita tu sebenarnya mengundang rezeki lebih.

"Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang tumbuh tujuh tangkai dan pada setiap tangkai itu pula terdapat 100 biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui."
- (Al-Baqarah : Ayat 261)

Sekiranya terbuka hati anda untuk mengembangkan benih rezeki anda, klik SINI untuk melaksanakannya.

Betul, ramai lagi di luar sana yang lebih memerlukan sumbangan. Terpulang kepada anda. Tiada sesiapa pun memaksa dan tiada sesiapa pun yang menjatuhkan kategori kronik atau tidak ke atas sesuatu kes.

Tapi, Abil tak pernah kedekut dengan pembaca blognya. Dalam pada menghadapi getirnya ujian, beliau sempat pula mendidik pembaca blognya dengan sikap dan sifat terpuji berserta dengan perkongsian ilmu tentang amalan yang baik.

Contohnya :

Pada suatu hari, isterinya pernah bertanya kepada beliau sekiranya beliau sedang marah, adakah beliau akan menampar isterinya? Dalam pada menjawab dengan gurauan, sempat Abil berkongsi ilmu. Ada ulama yang berpendapat, memukul muka adalah larangan keras dari Allah. Sepatutnya, kalau muka rosak, kena denda. Contohnya, sebatang gigi yang patah, dendanya ialah se ekor unta harus dibayar kepada mangsa. Maka jawapannya, dia tidak akan menzalimi isterinya sendiri.

Subhanallah...

Berapa ramai suami zaman sekarang yang memukul isteri, sepak, terajang, tumbuk, malahan MEMBUNUH isterinya sendiri?

Abil juga berkongsi banyak petua rumahtangga dalam blog beliau. Contohnya :
- Amalan agar suami sentiasa cintakan isteri
- Amalan agar isteri cintakan suami sentiasa
- Petua untuk seri wajah
- Petua memujuk isteri yang merajuk
- Petua mengambil hati suami
- dan bermacam-macam lagi...

Nak tahu?


Panjangnya entry kita kan? Rasa macam boleh buat rencana dalam surat khabar rasanya..

Tapi memang kita berniat nak kongsi semua nie. Mungkin ada yang tahu, tapi x mendalami isi tulisan Abil. Ada banyak panduan yang tersirat di dalam blog ringkas tersebut.

Terima kasih En Abil kerana mengizinkan kita copy gambar2 tersebut.

Insyaallah, kami semua doakan semoga Allah berikan yang terbaik untuk En Abil suami isteri. Allah Maha Mengetahui. Rahsia alam ghaib tak mungkin diketahui oleh manusia biasa...



Read More
Assalamualaikum.....

Sebenarnya dah lama terdetik dalam hati nak menulis tentang kisah pasangan ini. Kita yakin most of the bloggers dah kenal sangat2 dengan pasangan ini. Mesti ramai yang dah baca surat cinta Abil Fikri untuk isteri kesayangannya Fauziah di blog beliau Warkah Buat Isteri sejak awal tahun lagi. Bukan sekadar itu, kisah pasangan ini banyak dipaparkan di dalam majalah, stesyen2 tv dan akhbar2 utama negara. Mungkin ada yang menyangka publisiti itu adalah untuk mengutip derma (maaf Abil, saya agak 'kasar' disini), tapi hakikatnya, sekadar pendapat kita ialah kisah cinta yang ulung itu sendiri. Kisah cinta yang terbukti ikhlas apabila di timpa ujian sebagai satu 'wake-up call' untuk masyarakat di Malaysia tentang peranan masing2 dalam sesebuah perkahwinan.

Sebelum kita membebel lebih panjang, pada mereka yang tak pernah kenal pasangan ini, kita ceritakan sedikit sebanyak latar belakang pasangan ini yang menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Anda boleh baca sendiri di blog http://abil4fauziah.blogspot.com tetapi sekadar pengenalan ringkas, kita cuba paparkan di sini.





En Abil Fikri berkahwin dengan Pn Fauziah semasa umur beliau 40 tahun dan Pn Fauziah sendiri berusia 35 tahun pada waktu itu. Mungkin ada sesetengah pembaca berpendapat lewatnya baru nak kahwin? Tapi itu bukan inti patinya. Yang pentingnya, sepanjang usia mereka itu, mereka mencari pasangan hidup, dan pada masa itu mereka berjumpa dan berkenalan lalu terus menghalalkan hubungan. Daripada apa yang kita faham berdasarkan kiasan dan maksud di sebalik entry beliau, Abil memulakan percintaannya dengan isteri tercinta selepas nikah, selepas halalnya hubungan. Barakallah bikum, ya akhi.

Abil adalah seorang perunding kewangan (Financial Consultant) dan Fauziah juga dalam bidang yang sama, rasanya sebagai Financial Planner. Bertemu dalam suasana kerja sepertimana cantiknya aturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. 2-2 mereka bekerja di Kuala Lumpur dan memulakan kehidupan berkeluarga juga di KL.

2 tahun mereka memadu kasih, berhoneymoon setiap hari, setiap jam dan setiap ketika, mendalami hati budi masing2, berusaha untuk mengorek rahsia yang boleh menggembirakan dan membahagiakan pasangan masing2 dan saling mendidik akhirnya tibalah tarikh keramat dalam bulan Jun 2011.

Telah Allah tetapkan yang pelayaran itu harus di berikan sedikit gelombang seperti mana pasangan dan makhluk yang lain. Namun ujian yang datang bukan sedikit, malahan berat rasa memandangnya, apatah lagi untuk di pikul.

Pada suatu pagi, Abil dikejutkan dari tidur oleh isterinya kerana sesak nafas. Sedia maklum penyakit asma, kita ulang yer, ASMA... menyerang, beliau segera menghulurkan inhaler seperti biasa. Namun kali ni, inhaler tersebut tidak memberi kesan. Dalam panik dan cemas yang melanda, sempat isterinya menyebut 2 perkataan  -   PANGGIL       AMBULANS

2 perkataan terakhir isterinya kerana sejak dari itu, hingga sekarang tiada perkataan lain yang mampu di ucapkan.

Dalam perjalanan ke hospital, jantung Fauziah berhenti berdegup. Namun di usahakan sedaya upaya oleh doktor2 di wad kecemasan untuk kembalikan Fauziah. Dan syukur Alhamdulillah, akhirnya Fauziah kembali bernafas. Tetapi, bahana daripada 30 minit jantung terhenti mengepam darah ke otak, doktor mengesahkan Fauziah menghadapi brain damager. Mengikut kata doktor, brain damage akan kekal sepanjang hayat. Maknanya, otak Fauziah sudah tidak mampu berfungsi, kecuali untuk bernafas. Bayangkanlah.....

Siapa yang tidak terjelepok mendengar berita ini? Baru semalam menyulam kasih dan menganyam cinta, tiba2 hari ini kekasihnya .......  Anda fill in the blank sendiri yer. Tak mampu untuk kita luahkan.

Namun, Abil bangkit semula. Beliau cari masa untuk menenangkan diri. Dalam masa 3 jam, menghambur sedih, kembali mencari tapak untuk berpijak dan mula mengatur langkah. Semangat seperti seorang pahlawan gagah perkasa untuk mendapatkan kembali isterinya, untuk mendapatkan kembali cintanya.

Dan di dalam blog itu, dalam siaran2 tv, dalam majalah dan akhbar semuanya diceritakan usaha Abil untuk Fauziahnya.

Kita nak bercerita lebih lanjut lagi tentang mereka, tapi rasanya entry ini dah cukup panjang. So, kita stop di sini dulu. Insyaallah akan sambung lagi kisah mereka sebab ..... Ada banyak sebabnya. Insyaallah semua akan dapat manfaatnya.


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama