Assalamualaikum.....

Since Adam was really not happy to start the 2013 because this and that, me and hubby made a fast decision to go for a short vacation in Cameron Highlands. The destination really fascinates Adam. When I say it was a short vacation, I really mean it.

Saturday was filled with cars matters. Workshops, service centers, etc..etc. Finally we settled down by 4.00pm. From Malacca, we stopped by at Sg Buloh to fetch my sister in-law at her hostel. She was free that weekend, no activities, classes or hospital jobs. So we think it might be merrier to have her in the trip.
By the time we reach Cameron Highlands it was already 9.30pm. I managed to call Equatorial to ask about the availability just 10 minutes before we actually arrived at their lobby.

Not many rooms were left available due to high volume of tourists. According to the reception staffs, that weekend was considered as peak season. Anyhow, we settled down with whatever that they have. Hubby has been too tired to drive around and search other hotels. Furthermore, we have never experience Equatorial here before. This could be a good chance for us to explore.

By the way, Cameron Highlands is a must destination for me and hubby. Since we got married 12 years ago, we have been to this place each year. Sometimes with big group, sometimes just 2 of us, sometimes a long stay here and sometimes just passing through.

I have loved Cameron Highlands so much since I know this place. I like the low temperature, I like the kampung style town here, and I like the greens here. The combination of all those elements brought Cameron Highlands close to me.

Back to Equatorial.

We chose a 2 rooms apartment. The price for one night does not includes the breakfast. So, we have to top-up certain amount for the breakfast since we have no time to leisure around. Adam has to be in PD at 3.00 pm for tuition class on the next day.

Once we stepped into the apartment, all of us were really lighted up. The unit is soooo big and it is more than we expected.


This is the hall. A decent TV set but it is more than enough. The sliding door on the left is the access to the balcony in which I will show in the next entry.




On the right is the dining table and door to the kitchen, complete with stove, kettle and refrigerator.


This is the master bedroom. A king size bed with tv in the room and bathroom with bath tub. Surely it is more than comfortable.

The second room has 2 single beds with their own bathroom as well. Just nice for Adam and my sister in-law.

We went out after that for supper. Having hot coffee with 18 degrees temperature at Tanah Rata. That night ended well with beautiful memory.

The next day at Cameron Highlands' Equatorial... I will share with you guys at the next entry.



.
Read More
Assalamualaikum.....

Ya Allah, terperanjat sungguh bila tiba di pejabat pagi tadi dan mendapati ada 2 sampul surat untuk kita. Kedua-duanya dari blogger Tirana Aduka.

Sampul Pertama :

Kerana saya telah menjawab dengan tepat 2 rangkap pantun. Tirana Aduka memberikan 2 rangkap pantun di dalam bahasa Jawa untuk di translate oleh pembaca blognya. Setelah 'menghadiri kelas' Bahasa Jawa dalam blognya untuk beberapa ketika, dapatlah di jawab sedikit sebanyak dan kita tanya pada rakan2 Jawa juga. Tak sangka jawapannya tepat. Kita dapat hadiah berupa satu stack sticker yang berprinted nama blog My Rainbow dan nama blogging kita. Ya Allah, bila masa lah agaknya TA siapkan ni semua kan.






Sampul Kedua :

Kerana saya telah berjaya menjawab kertas exam bahasa. Ada exam okayyy... Tapi Tirana Aduka tak paksa lah. Saja santai2 katanya. Gatal, konon nak try. Sekali ada soalan yang salah jawab. Tapi, tak sangka dapat hadiah juga. Wang tunai pula tu. Segan rasanya sebab tak dapat 100%. Tapi katanya keputusan kita agak cemerlang. So pemberiannya adalah motivasi beliau kepada pelajar2nya.

 Berapa nilainya, tak perlulah kita nyatakan di sini, tapi serius rasa sangat terharu. Tirana Aduka betul2 mengingatkan kita pada arwah atok. Arwah atok pun memang suka bagi2 duit macam nie tau. Walaupun katanya nilai itu tak seberapa, tapi sebenarnya, nilai keikhlasan yang dikirimkan bersama itu memang tidak terbilang.



Bukan itu saja...

Tadi baca blognya, dia promot lagi My Rainbow. Dia cari resipi Nasi Ayam kat sini. Padahal My Rainbow bukanlah blog masak2. Resipi yang ada sekadar selingan sebab kita pun tak berapa mahir memasak. Allahu Akbar TA. Buat susah2 jer...


Perkara2 macam nie, bukan dengan Tirana Aduka saja, tapi dengan semua bloggers. Kita semua bukannya kenal each other pun. Tapi kekuatan blogging tu yang menjalinkan silaturrahim kita semua, yang merapatkan kita dari kenalan kepada kawan kepada sahabat dan akhirnya ada yang seperti keluarga sendiri. Apa tidaknya. Luahan hati, pendapat, keluh kesah, gembira, seronok dan perasaan bangga kerana pencapaian sesuatu semuanya kita kongsi di sini. Sometimes, dengan adik beradik sekali pun kita tak bercerita sedetail ini kan.


That's why I love bloggings.



.



Read More
Assalamualaikum.....

Seriously, kita tak rasa kita manjakan anak. Dia bukannya seperti anak2 orang lain yang mungkin minta apa saja terus dapat. Atau dia juga bukan sentiasa dalam pelukan kita dan hubby, atau atok dan neneknya.

Kami sangat berhati2 untuk tidak memanjakan dia, sebab dia anak tunggal, cucu sulung yang pastinya menerima lambakan perhatian daripada seluruh ahli keluarga.

Tapi, at certain reasons yang kita masih belum dapat bongkar, kenapa dia menjadi seorang anak yang manja?

Adam... Adam.

Pening nak uruskan. Kalau nak ambil dia bawa ke Melaka atau Kuantan every weekend macam biasa, kita kesian pada hubby. At least biasanya kami boleh hantar Adam Ahad malam. Tapi tahun nie tak boleh sebab Ahad petang Adam ada tuition. Tak boleh tukar hari lain. So, Kuantan memang dia tak boleh ikut langsung. Melaka, sekali sekala bolehlah kot. Nampaknya tahun nie memang kena berkorbanlah kami semua.

Oh, mesti ramai yang kata kenapa tak guna solution lain. Tolongggglah. Setiap orang berada dalam situasi yang berbeza. Kita tak akan ceritakan secara detail tentang situasi kami di blog ini. So far, inilah yang terbaik.

Tapi, oleh kerana inilah, dia dah mula bermuram durja sejak Sabtu lepas. Dia manja kan?  Hinggakan kami terpaksa bawa dia bercuti sekejap untuk mengembalikan semangatnya. Kami yang manjakan ekk?



Adam,

This year, mama dan papa akan visit Adam twice a month only, ok? Adam kena attend tuition every Sunday kat PD, so mama dan papa tak nak ganggu pelajaran Adam. All of us need to be strong, ok. Insya Allah, ada hikmahnya.




Read More
Assalamualaikum.....

Aduhh...bila masa pula kita tukar profesion nie kan...

Hubby lah nie...

Dalam perjalanan dia ke Kuantan minggu lepas, hubby telah di sapa oleh seorang lelaki dan di ajak berbual. Sambil2 berehat menghilangkan lenguh, mereka berbual tentang kerja masing2. Lelaki ini, umurnya 55 tahun dan tinggal di Semenyih, Kajang.

Setelah berbual2, maka mereka meneruskan perjalanan masing2. Sempatlah juga bertukar nombor telefon.

Setelah beberapa hari berlalu, lelaki ini menelefon hubby, ajak datang rumahnya di Semenyih. Memandangkan kami memang sangat sibuk waktu hujung minggu, maka hubby menolak dengan baik.

Tup..tup, beberapa hari lepas, dia telefon lagi. Katanya nak minta tolong. Hubby pun tertanya2...nak tolong apa?

Katanya, lebih baik dia berterus terang. Dia adalah seorang duda. So, kalaulah kami suami isteri ada kenal sesiapa yang masih single untuk dipadankan dengan dia, bolehlah tolong dia. Dia nak cari isteri rupanya. La....

Kita pun tak kenal dia...hubby jer yang kenal. Menurutnya, dia adalah seorang Ship Navigator. Anak ada 2 orang dan dah besar. Seorang di univ. dan seorang lagi sekolah menengah. Itu saja yang kami tahu pasal dia.

Kalau ikutkan income, boleh dikatakan selesalah kedudukan ekonomi dia tu. Since dia kerja di lautan, so katanya chance untuk dia bertemu jodoh tu susah sikit sebab di sekelilingnya hanyalah laut dan isi kandungan laut jer. Tapi, tak lah lama sangat di laut. Sekadar beberapa bulan jer.

Masalahnya, kami sendiri pun tak kenal sesiapa yang padan... Kalau ada pun, takut2 juga kalau tidak berjalan dengan baik, kami pula yang disalahkan sebab tak kenal dia. Hati budi dia, sikap dia dan segala2nya memang langsung kami tak tahu.

Tapi, dia minta tolong. Tak tahulah kenapa sampai ke tahap ini dia minta tolong. Mungkin sekadar meluaskan network (tapi internet kan ada..).

Haihh..kesian dia. Serba salah jadinya.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Kita terbaca di blog Kaki Sembang.

Terperanjat sangat....

Familinya pun terperanjat sebab dia dikatakan sihat2 saja. Walaupun usia beliau telah meningkat, namun beliau tetap gagah.

Entah kenapa, kisah beliau menjadi seorang pahlawan negara sangat menyentuh hati patriotik kita.

Kita berulang kali membaca pengalaman beliau di dalam buku beliau : Kanang.

Kalau ada yang belum pernah baca...baca lah. Penceritaan dariapda dirinya sendiri. Hinggakan apa yang berlaku di dalam mimpi semasa dia koma pun dia ceritakan juga. Segala pantang larang di hutan, semuanya diceritakan. Setiap kali tetak kepala komunis hingga berkecai otak, dia harus jilat sedikit darah di parang itu untuk mengelakkan badi mayat. Itu kepercayaan agama beliau. Nak melangkah kerja, biawak atau ular melintas dari kanan ke kiri, maka batalkanlah perjalanan. Petanda tak baik...mengikut kepercayaan beliau.

Namun, keberanian beliau itu yang kita kagumi. Sangat kagum.

Masih adakah lagi perwira negara seperti beliau? Mungkin ada, tapi tak berkesempatan untuk membuktikannya kerana negara sudah aman, mungkin?


Apa-apa pun... beliau memang harus dijadikan teladan.
Read More
Assalamualaikum.....


Projek suka-suka hati kita. Hubby bawa balik durian dari Gambang, Kuantan ke rumah kita di KL. Kami nie dahla berdua jer, dia beli sampai 6 biji. Makan 2 biji pun x habis. So, kami sedekahkan pada jiran yang baru berpindah di sebelah rumah. Bolehlah introducekan diri sekali. Suka anak2 jiran tu dapat durian malam2.

Yang 2 biji kami dah kopek tu, makannya 2-3 ulas jer sebab isinya sangat tebal. Hubby kata Durian Raja namanya. So, balance tu, kita asingkan dari bijinya dan masukkan dalam fridge. Dapat 2 tupperware 4 segi yang biasa tapau food tu.

Hubby suka makan nasi dengan sambal tempoyak. Maksudnya, tempoyak tu digaulkan dengan cili padi yang ditumbuk halus, campur garam sedikit. Tapi, since kita tak buat tempoyak, gaul jerlah isi durian tu dengan cili dan garam. Lagi sedap hubby makan.

Bila tinggal sorang, ada kala malas nak makan nasi malam2. So, terfikirlah nak buat cekodok durian. Untuk perut sendiri jer.

Kita gaul lah tepung, air, gula, isi durian dan sedikit garam. Goreng dan makan panas2 sambil tengok tv. Selesai dinner untuk hari tu. Walaupun rupanya memang huduh, tapi rasanya sedap tau...




.
Read More
Assalamualaikum.....

Apa khabar semuanya? Sesiapa yang anak2 baru nak melangkah ke alam sekolah nie, mesti dah ok by today kan? Nowadays, budak2 dah makin cerdik. Dah kurang sangat2 yang nangis2 kat sekolah kan.

Kisahnya, anak bujang kita tu la...si Adam. Actually Selasa hari tu, dia dah mula bermuram durja. Semalam kan dah start sekolah... So Selasa tu hari terakhir holiday dialah kan.

Dalam pada kami sekeluarga berehat2... ada yang tidur, ada yang borak2, tiba2 dengar bunyi hingus. srot sret..srot sret. Rupa2nya Adam, dalam diam mengalirkan air mata. Uiks...kenapa pula nie?

Setelah di soal siasat dan setelah Adam menepis dengan bermacam2 alasan yg tak munasabah, akhirnya terbongkarlah juga. Dia sedih rupa2nya sebab kebebasan dia daripada menjadi pelajar sekolah dah berakhir. Dia akan mula bersekolah dan akan mula di hujani dengan kerja2 dan aktiviti sekolah yang tiada penghujung.

Puaslah kami nasihatkan dia, pujuk dia, tapi dia tetap sedih. Last2, kita biarkan jer dia layan sedih dia. Nanti dah start sekolah, oklah kot.

Dalam hati, maybe it's our fault juga. Kami berikan kebanjiran perhatian pada dia. Atok nenek, mama papa, makcik pakcik, sepupu2, tokcik nekcik...semuanya bekalkan dia dengan program2 untuk mengisi cutinya. Sehinggakan Adam dah tak value holiday long journey sebab dah selalu travel.

Kita dulu dengan hubby masa kecik2, tak merasa nak selalu2 jalan jauh. Untuk kita sendiri, kalau cuti sekolah, duduklah terperap kat rumah. Astro takder, TV pun x boleh suka2 hati buka. Arwah atok kata, nanti TV meletop sebab on lama sangat. Buka TV setakat 2-3 jam jer sehari.

So, siang hari kalau cuti sekolah, dipenuhi dengan rutin kerja rumah. Tolong nenek sapu sampah depan, kiri, kanan, belakang rumah. Dah siap, bakar sampah, korek longkang agar bersih dan air mudah mengalir. Lepas   tu tolong nenek masak kat dapur. Jemur kain, angkat kain, buang sampah. Kadang2 tolong atok kumpul kayu api, atau tolong buang rumput dan lalang yang atok tebas. Kadang2 atok suruh cangkul tanah, tanam anak pokok buah. Ini semua waktu kita masih di sekolah rendah. Bila dah naik sekolah menengah, lain pula kisah. Cuti sekolah ialah time untuk jadi suri rumah sepenuh masa sebab kita anak sulung.

Sekali setahun jer dapat peluang keluar dari pekan Port Dickson tu. Kalau mak dan ayah cuti, ada rezeki, merasalah kami nak jalan2 ke mana2. Ataupun, sekadar habiskan masa seminggu di Seremban dengan mak ayah. Atau paling2 tidak pun, sepanjang sebulan lebih cuti sekolah hujung tahun, dapatlah pergi piknik sekali di tepi pantai.

So, bila ada travel ke mana2, maka itulah yang akan menjadi kenangan manis kita hingga hari ini.

Berbeza dengan Adam kan? Sampaikan dia naik bosan bila nak ajak ke pantai timur, atau Johor, atau ke mana2 saja. Dah tak ada value travelling pada dia sebab kalau bukan mama dan papa bawa, dah tentu nenek atoknya akan bawa. Atau dah tentu nekcik tokcik akan bawa ke interesting places.

So, bila nak masuk semula sekolah, Adam jadi stress!


Read More
Assalamualaikum.....

Tiba2 teringat masa tingkatan 4. Pada tahun tu, kebetulan Nadwah SBP peringkat kebangsaan di adakan di sekolah kita. Entah macam mana, kita terpilih untuk menjadi salah seorang AJK. Wah, seronok bangettt dapat jadik committee. Jadi committee pula dengan rakan2 underground kita. First time tu...

So, masa hari pendaftaran, kami bersama2 uruskan pendaftaran peserta2. Setiap sekolah menghantar antara 20-30 orang peserta. Ada 33 buah sekolah yang terlibat dari seluruh Malaysia masa tu. Seronok sangat2. Dapat kenal kawan2 baru, dapat bertukar pendapat dan memanjangkan ukhuwah hingga ke akhirnya. Tapiii, paling kita dengan kawan2 rapat tak boleh tahan ialah dengan sebuah sekolah lelaki nie. Maaflah yer, kalau ada sesiapa yang terlibat... Kita maksudkan dengan MTD. Hehehehehhe

MTD punya peserta didatangkan dengan trak tentera. Sangat macho ohkay... Gagah perkasa jer nampaknya. Tapiii..sebaik saja mendaftar, ada a few antara mereka yang bercakap dan bertanya soalan dengan sombong dan sinis. Beberapa kerat jer yang macam nie, teruslah kami mark kan semuanya. Nila setitik punya pasal kan. Menyampah terus kami dengan mereka. Nasib baiklah lelaki... so committee lelaki jer yang layan.

Dalam seminggu nadwah tu, ada banyak program dan macam2 persiapan yang kena buat kan. Kami nie sampai tak cukup tidur jadinya sebab uruskan segala macam tu. Tapi, ada sehari, kami ada training Biro TataNegara di Kem Pasir Panjang, Port Dickson.

Di situ, semua peserta kena ikut segala macam aktiviti. Termasuklah aktiviti melepasi halangan yang macam tentera tu. Sepatutnya AJK tak perlu join, tapi dah alang2 ada kat situ dengan segala komando dan trainer ada kan...mestilah tak boleh lepaskan peluang.

Semua halangan kita lepas, termasuk merangkak/meniarap bawah kawad duri tu kan. Takder sangkut langsungg pun. Maklumlah, masa tu kurus dan slim melim lagi. Seronokkk jer join latihan nie.



Tapi entah macam mana, masa nak naik tembok bertingkat, kita boleh jadi gerun pulak. Kawan2 tak naik pun, sebab tak confident. Tapi, kita terpengaruh dengan panggilan motivasi pakcik komando, so trylah juga.
Macam mana nak describe yer...sebab kita google gambar benda tu tak jumpa pula.

Tembok tu, didirikan sekeping sekeping...dengan jarak lebih kurang 2 kaki setiap satu. Dari yang rendah, ke yang paling tinggi. Macam tangga, tapi kena lompat untuk ke tembok yang berikutnya. Setiap tingkat tembok nie, di kiri dan kanan ada komando yang jaga dan di bantu oleh pelajar MTD. Maklumlah, diorang memang expert kan. Bantuan tu macam tolong sambut peserta ke, tarik tangan peserta ke untuk loncat. Tapi kita langsung tak pedulikan huluran tangan mereka. Kita kata kita boleh buat sendiri. Punyalah nak jaga aurat, x nak sentuh lelaki kan. Tak ada lapik..susah la kan.

Tapi, masa nak sampai ke tembok yang paling tinggi, kita terus rasa gerun. Sangat takut sebab tinggi. Pandang bawah, gerun gila sebab jauh betul tanah tu rasanya. So, berdiri teragak2 kat situ sambil panik dan berfikir, nak loncat macam mana. Budak MTD yang jaga bahagian kita, beria2 hulurkan tangan, nak tarik. Macam2 motivasi dia beri, pujuk lah, tekniklah, itu inilah... Tapi disebabkan menyampah kat nila setitik masa pendaftaran tu, kita terus buat sombong, tak pedulikan offer dia.

Pindah ke sebelah pula, ada pakcik komando jaga. Pun macam tu juga. Macam2 ayat dia bagi...tetap teragak2 juga. Last2 dia dah mula kuatkan suara, kita yang dah sedia panik nie, terus hilang akal. Terus sambut tangan dia dan nak loncat. Masa tu dah lupa dah berlapik ke tidak ke... Takuuttt!

Tapiii...disebabkan panik, kita tak dapat balancekan body. Tak sampai ke tembok tu. Jatuh di tengah antara 2 tembok tu. Nasib baik pakcik tu kuat dan kita sambut tangan dia. Kita dapat pegang dia sebelah tangan jer, dan dalam usaha dia nak tarik kita, kita dah terhayun di celah tembok. Tangan semua dah tersagat dengan sisi tembok yang kasar sangat tu.  Dah calar balar. Sebelum pelajar MTD tu tiba untuk tolong tarik kita ke atas, tiba2 pakcik komando tu pun hilang balance.

Maka kami berdua terus menjunam ke bawah....ke tanah. Tapi pakcik tu sempat cover muka kita sikit. Terharuu sangat. Gentleman ohkay...

Bila dah mendarat terpontang panting atas tanah di celah tembok tu, semua MTD students datang pada kami dan terus kelam kabut bantu kami. Diorang berkerumun juga kat kita... tapi kita terus lari terdengkot2 sebab kaki dah terseliuh. Panik, lelaki penuh kat keliling. Mana pernah berdepan dengan lelaki ramai2 sorang2 kita...tambah lagi kena kerumun mcm tu. Tapi, sempatlah minta maaf mohon ampun kat pakcik komando tu. Kesiaaan dia. Jam dia pecah. Maybe sebab nak cover muka kita. Nama dia pun kita tak tahu.

Bila kawan2 datang dengan First Aid Kit, baru kita tahu, tudung kita dah penuh darah. Hidung, pipi semua calar balar. Besi spek kita dah calarkan batang hidung yang sampai sekarang masih berparut sebab memang dalam lukanya.

Tapi, lepas tu barulah kita insaf. Budak2 MTD nie, bukan setakat macho jer, diorang semua memang baik sangat rupanya. Mungkin skill communication tu agak kasar sikit jer sebab sekolah dia lelaki semua.

Kalaulahh kita tahu siapa yang membantu tu, kita teringinnn sangat nak mohon maaf dan nak ucapkan terima kasih kepada mereka.


.

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama