Assalamualaikum.....


Isnin yang lemau nie, kita nak kasi meriah2 sikit untuk reader My Rainbow dengan cerita pasal food. Selalunya kalau cerita pasal food, sedikit sebanyak membangkitkan mood kan...? Kenapa agaknya yer?

Anyway, ini cerita tentang kuih paung goreng yang kita biasanya makan di Terengganu. Tapi, yang paling kena dan sesuai dengan tekak kita dan hubby ialah di sebuah warung kampung yang sangat kecil di Kampung Teluk Bidara, Dungun.

Kami sanggup singgah ke sini semata2 untuk menunggu paung gorengnya. Kali terakhir kami singgah, masih awal lagi, tapi dek kerana tokey warung tahu kami datang dari jauh, dia dan isterinya cepat2 uli tepung untuk paung tu. Alhamdulillah, selain makan di situ, siap kami bungkus untuk bekal dalam perjalanan. Uiks, memang betul2 membantu melapik perut sebab mengenyangkan.

Paung Goreng Terengganu

Ini paung goreng batch pertama dari kuali warung tu untuk hari tersebut. Panas2 lagi, terus dihidangkan untuk kami. Paung goreng nie di macam kuih bom yang biasa kita makan tu. Yang membezakannya cumalah tiada salutan bijan di luar dan intinya pula ialah serunding ikan. Kombinasi tahap kekenyalan tepungnya dan kesedapan inti serunding ikan tu lah yang membezakan setiap paung goreng itu.

Kita dah pernah makan paung goreng dari beberapa tempat di Terengganu, tapi ada yang intinya blunt sangat. Ada yang manis sangat, dan ada pula yang secotet jer intinya. Tapi di kedai nie, intinya memang ngam lah. Serunding ikan tu memang seharusnya ada rasa manis sama macam inti kuih bom yang manis. Tapi  selain dari rasa manis, ianya harus ada sedikit rasa rempah ratus serunding dan ada sedikit imbasan rasa pedas dalamnya. Maknanya tak pedas, tapi kalau Mat Salleh western people yang makan ayam sekuali yang di masak dengan sebiji cili besar merah yang dibuang biji tu terjelir lidah kepedasan, maknanya Mat Salleh tu pasti kata kuih nie sedikit pedas. Perghh..!! Panjangnya explanation kan.






Hubby perli kita. Dia sorongkan pinggan kuih kat depan kita, terus di candidnya gambar kita. Tapi nampak kan, kita rasa gembira bertemu dengan paung goreng nie.

Oh yer, panas sangat, kena makan dengan garfu dulu.

Bayangkan makan kuih yang eksotik, panas2 fresh from kuali, petang2 hari dengan angin laut dari pantai Teluk Bidara berserta segelas teh air. Bersantai pula dengan hubby tercinta dan ditemani dengan novel baru, Lelaki Versi Dia yang umpphhh! Ok, janji nanti kita review.

Oh yer, minggu depan cuti sekolah. Tak nak ke Teluk Bidara ke? Paung dia sedap tauuu..




Read More
Assalamualaikum.....


Kita dengan arwah atok suka makan asam pedas di sini. Dulu2 Tanjung Emas nie, kedai2 asam pedas nyer hanyalah warung2 kecil bawah pokok yang redup di tepi Sungai Muar tu. Tapi sejak dibangunkan dan dicantikkan, maka dah disiapkan food court nya.

Tapi kami dah tak ingat kedai mana yang sedap, maka bila datang sini itu hari, main belasah jer lah.





Tiba sini dah agak lewat. Tapi mujurlah masih ada kepala ikan mayong. Favourite. Susah nak cari ikan mayong dah sekarang nie...






Inilah kedainya.

Verdict?

Memang sedap. Sangat lain dengan asam pedas Melaka. Asam pedas Johor nie pekat, complete menyengat pedasnya, asamnya pun sangat berpatutan dan terasa kerempahannya.

Aiseh, tak nak nak cakap lagi lah. Dah ngences!




Read More
Assalamualaikum.....

Semalam dah tengok cik adik yang sweet jer tarik2 tali menyeberang sungai kan? Menarik kan?

Ok, kejadian tu adalah di Kelantan. Kita dengan hubby kan ke rajin ke Kelantan sejak2 ada di Kuantan nie. And lokasi kejadian tu adalah di daerah Rantau Panjang - Pengkalan Kubor. Baru jer sebulan yang lepas gambar tu.

 Mula2 cik adik tu tak perasan. Tapi after a while, dia notice ada kereta parking kat tebing sungai tu. Dia terus pandang kita dan senyum. Kita senyum, kita lambai semula pada dia. Ucap thank you dari jauh.



 Sebenarnya, bukan dia sahaja. Ada banyak lagi rumah lain yang macam tu, cuma kita tak nampak mereka menyeberang sungai. Bila cik adik nie menyeberang, hubby cepat2 berhentikan kereta. Dia suruh kita snap. Nanti boleh masuk dalam blog katanya. Ha, bestkan hubby kita. Supporting sungguh.



Sawah padi yang luas terbentang


Tapi, kejadian nie berlaku mungkin dalam masa musim hujan jer kot. Actually rumah mereka di tengah sawah padi. So, kalau hujan, ada air bertakung, sampai membentuk seperti sungai. Kalau musim kemarau, mungkin kering kot. Sebab ada rumah2 lain yang memang ada sungai, mereka ada jambatan merentasinya.

Tapi sungguhla. Kreatif kan?




.





Read More
Assalamualaikum.....


Read More
Assalamualaikum.....

Kadang2 kita dan hubby tergelak2 seronok bila mengenangkan kenakalan Adam semasa dia kecil. Kadang2 bila kami hanya berdua, makan di kedai2, dan nampak anak2 kecil yang dipangku ibu bapanya pun kami boleh tersenyum sendiri. Seronok agaknya kalau ada anak kecil lagi. Tapi, anak kami dah besar. Rezeki kami seorang saja. Namun syukur yang amat Ya Allah kerana Adam sangat menyinar dalam keluarga kami.

Teringat dulu2 masa Adam berumur 2-3 tahun. Weekend, macam biasa balik ke Melaka. Masa tu tinggal di rumah teres setingkat, so porch pun muat2 sebuah kereta dan halaman yang bertanah pun kecill sangat. Bolehlah kalau nak parking penyidai kain yang ada roda tu.

Nak di jadikan cerita, sebelah rumah kami tu, kawan sekerja hubby yang tinggal bersama adik2nya. So, bila malam2 atau weekend, diorang melepaklah kat depan rumah.

Timbullah idea hubby nak buat kolam kecilll tu. So, mereka pun sajalah suka2 mencangkul tanah yang keras sebab ada banyak batu, sedikit demi sedikit. Berhempas pulas mereka mengorek dan mencangkul, dapatlah satu kaki jer kedalamannya.

Tapi, ada suatu ketika pada hari Sabtu, hubby kena kerja. So, kita kat rumah hanya berdua dengan Adam. Selepas jemur kain di luar, Adam tak ikut masuk rumah. Kita pula masuk rumah terus sibukkan memasak di dapur. Tak teringatlah Adam nie masih di luar. Bajet konon dia tengah menonton tv. Maklumlah, hujan baru lepas berhenti. So, tanah basah dan cuaca sejuk.

Dalam setengah jam kemudiannya, kita mula rasa pelik. Apasal senyappp jer. Selalunya Adam kalau senyappp jer lama2 nie, mesti ada 'projek' yang dibuatnya. Bila panggil2 pun dia tak menjawab. Puaslah kita cari seluruh pelusuk rumah. Hati dah berdebar sebab tak jumpa dia.

Bila nampak pintu tak bertutup lagilah dah fikir macam2. Cepat2 kita berlari ke luar.

Rupa2nya, Adam  sedang sibuk 'mandi-manda' dalam lubang yang hubby korek separuh jalan tu.

SUBHANALLAH!!!

Menjerit terus kita macam bapak Tarzan kat situ. Bayangkan dia dengan muka tak bersalahnya pandang kita sambil elok duduk dalam lubang yang dipenuhi air hujan tu. Siap main simbah2 air lagi.  Baju seluar dah kuning oren dah sebab mandi dengan air tanah tu. Siap kepala pun ada tanah2 tu.

Kelam kabut kita bawa dia masuk rumah. Terus mandikan dan bersihkan dia. Nak marah pun x boleh sebab salah kita juga tak tutup pintu. Tapi, seminggu lepas tu, nampak dia sihat, tak demam... kami dah boleh tertawa mengenangkan kejadian tu.

Sayangnya zaman tu tak ada blog lagi. So, taklah terkinja2 nak ambil gambar. Cuma gambar dalam memori nie memang masih jelas lagi dengan rupa paras dia berkubang macam kerbau dalam lubang tu.

Sejak kejadian tu, terus hubby kambus semula lubang tu. Tak jadi buat kolam.

Dan, kawan sekerja hubby yang memang rapat sejak hubby study tu terus plan bawa Adam mandi manda di Janda Baik hujung minggunya tu. Baru puas Adam berkubang dalam sungai di Janda Baik tu.


.
Read More
Assalamualaikum.....

Kita rasa, wanita zaman sekarang nie dah ramai yang shopping on-line kan...?

Termasuklah kita sekali. Heehehhehe. Tapi paling mudah ialah shopping online untuk pakaian kita, termasuklah tudung kan. Sebabnya kadang2 ada husband yang agak tidak berkongsi minat dan sanggup menunggu isteri2 mereka memilih tudung.

Now, bila shopping on-line, kita tak menyusahkan suami, tak perlu layan anak yang kepanasan dalam kedai tudung dan juga boleh makan dan minum dan duduk dalam teduh rumah dan sejuk air cond atau kipas angin kan.

Online pun memang banyak pilihan untuk kita shopping kan? Especially dalam fb lah kan. Tapi dalam website pun tak kalah juga. Kita cuma memberi salah satu pilihan saja.

www.tudung2u.com.my




Meh kita share serba sikit yer...

Selendang Half Moom Manik. 
 Cantik kan? Ala2 tudung kain kasa masa zaman mak-mak kita dulu. So, bila tambah manik, boleh feel macam golongan bangsawan masa zaman pendekar Nordin Ahmad berlakon filem Lanchang Kuning. Ehh..?



Selendang Half Moon Tribal
 Tak yah cerita banyak la kan. Tengok gambar dah boleh feel kain dia lembut dan selesa. Tak yah risau kedut2 kan. Paling best, corak dan kaler dia rasa macam nak ngaappp jer. Hai, menggoda selera kan...


Tudung Bawal Corak Harimau
Corak macam harimau, tapi kaler hijau. Corak dan kaler nie menggambarkan macam peribadi pemakainya yang cintakan kedamaian, tapi tegas dalam pendirian. Harimau maaaa....



 Aik...ada juga anak tudung jenis yang panjang tutup belakang. Kadang2 pakai tudung atau selendang yang nipis, rambut still nampak. Nak pakai yang cover penuh tu, ada yang rasa rimas. So, bolehlah guna option nie...

Yang nie, kita pun suka. Tak semua kedai tudung ada jual macam nie tau.


 Ha, tak nak panjang, pakai pendek pun ok. Tudung tak jarang, so boleh pakai yang pendek. Yang penting, ada awning. Tudung dan selendang pun elok jer terletak kan. Rambut pun tak merembes keluar2.



 

Haippp...kerongsang pun ada. Nampak macam stoberi kan yang pink tu....


Anyway, kita hanya hidangkan sedikittt sahaja. Nanti boleh cek price kat website dia. Murahhhhhh tauuu. Dahlah murah, boleh dapat diskaun lagi. Ingat! 15% diskaun.

Syaratnya, bila anda nak order dengan Tudng 2 U, guna no. baucer untuk pembaca My Rainbow nie yer.

Mention kat Tudung 2 U, anda berhak dapat diskaun 15% dengan kod baucer TRJ2013.

So, apa lagi, cepat2 order kat www.tudung2u.com.my


.


Read More
Assalamualaikum.....


Nak buat entry baru, tapi dalam hati rasa bersalah sebab ada banyak lagi komen2 yang belum kita balas. Tapi memang macam2 pula halangan yang ada. Tak up entry, kasihan pula pada yang masuk sini tanpa sajian baru. Kita sendiri pun rasa boring masuk blog sendiri kalau tak ada cerita baru.

Anyway, pagi Isnin nie kita cerita perkara yang mudah jer lah.

Beberapa minggu yang lepas, kita dan rakan2 pejabat telah memanjangkan langkah untuk mencari lunch. Ha, dari Bukit Jalil, berhempas pulas kami melangkah ke Sunway Pyramid. Dah sampai situ, masing2 pening nak makan apa. Last2 kami decided untuk mencuba makanan di Simply Penang.


Kalau nampak perkataan Penang nie, terbayang Pulau Pinang. Terbayang pula nasi kandar dan rojak. Tapi bila ada word Simply, terbayang Hokkien Food. Hmm...apa yang ada ekk?


True enough, kebanyakan makanan yang terhidang dalam menu adalah nyonya style. Hokkien food. Ok lah...

Maka kami satu group pun order berbagai2 jenis. Ada yang nak kuay tiaw, ada yang makan nasi ayam Hainan, ada yang nasi goreng special dan ada yang makan nasi kari.


 Tengoklah hidangan kami. Tapi, ada nampak gelas air tak? Taraaa...!!!! Air hanya tiba agak2 kami dah nak tersedak makan atau dah nak tercekik. So, satu deducted point di situ.

Lagi satu, nampak tak mangkuk tinggi, atau pun balang pendek tu. Yang di celah2 pinggan tu? Waiter tu kata free soup. So, bila sup itu dulu yang dihidangkan sebelum tibanya air atau makanan, maka kami jenguk2 balang tu, ambik bau, cedok2...sebab tak pernah makan. Apa rasa sup nie ekk? Sebab bau dan warna dia agak pelik. So, kami ala2 manusia yang baru jumpa balang yang jatuh dari angkasa lepas la... Cuit2 sana sini sikit. Satu balang tu adalah untuk 2 orang.



 Jengg.... inilah dia supnya... Supnya adalah ala2 sup masam yang macammm tomyam tapi bukan tomyam. Pedas2 sikit. Ada cili api pecah2 dalam tu. Ada sayur sawi jeruk yang tak masam dah. Daannnn ada isi ayam.

Sekali sedut supnya, wah, boleh terima lah. Sangat sesuai untuk ibu2 mengandung yang tekaknya tengah payau atau untuk orang yang baru nak kebah demam yang belum ada selera makan. Jujurnya, ada kuah nie, ada ayam goreng, nasi putih...confirm boleh lancar pemakanan punyalah.






Kita order Nasi Nyonya dengan Ayam Kari dan Chicken Lor Bak. Lor Bak nie memang makanan Cina. Kat Melaka, ramai yang jual, tapi tak halal lah pula. Alang2 ada yang serve halal nie, tu yang kita cuba.

Ayam drumstick tu ialah yang di masak kari, tapi kuahnya di asingkan dalam mangkuk. Kiri atas tu ialah macam serunding ikan yang di lapiskan dengan sayur macam inti popiah tu. Dan of course Lor Bak yang panjang tu.

Lor Bak tu ialah isi ayam yang di gaul dengan rempah ratus dan ada cendawan cincang juga rasanya. Digulung di dalam kulit tahu dan di goreng. Makanya, kulit tahu jadi macam rangup2 tapi bila kunyah selepas rasa rangup, ada rasa ayam dan cendawan yang moist dan satisfying sangat.

Cuma, kita macam kurang sikit mula2 tu sebab kari tu sangat mild rasanya. Siap korek cili padi daripada sup yang tadi tu. Dah nak habis makan, baruuuu teringat ada sambal belacan. Cisss...rugi2. Sambal belacan dia sedaappppp pula tu. yerlah, bila nak makan, mangkuk dengan piring sambal tu dah letak atas meja luar dari pinggan. Tu yang boleh tak nampak sambal belacan tu.

Kita minum air limau asam boi. Mak oiii...freshh sungguh rasanya.

Basically, boleh explore lah. Memang boleh try lagi. Err, bila lah nak pergi lagi agaknya ekkk?









.
Read More
Assalamualaikum.....

Selesai 2 peperangan tadi iaitu di laut dan darat, seterusnya adalah acara Tamat Latihan Asas Pasukan Komando. Adalah kot nama penuh dia, tapi kita tak ingat.

So, acara ini dimulai dengan larian kawad tentera komando ini daripada penghujung pantai sehingga ke barisan kehormat pegawai2 tinggi tentera darat di pentas utama.


Pelatih komando sedang di kerah berlari. Pelatih komando nie memakai speaker microphone yang mana setiap arahannya dan amarannya dapat didengari oleh semua pengunjung. Ianya diselang selikan dengan penerangan daripada juru acara majlis yang memberi penerangan tentang fungsi, sejarah dan maklumat2 lain. Sayang sungguh kerana kita duduk jauh dari pentas utama. Namun, dekat dengan perang di 'hotel'. Best juga. 


Ketika ini, mereka sedang bersiap sedia membentuk barisan untuk ke pentas utama. Upacara tamat latihan asas komando ini disimbolikkan dengan penyerahan beret hijau dan juga pisau khas komando kepada mereka.


 Yang bertopi dan muka celoreng tu ialah salah seorang pelatih yang telah tamat latihan. Adam dan Asyrul berjaya memujuk beliau untuk bergambar. Masam jer muka dia. Penat kot..hehehehehhe.  Terima kasih kepada tentera yang friendly kat sebelah tu.




Ini pula adalah salah seorang komando yang telah senior. Macam mana Adam dapat snap gambar dia pun kita tak tahu. Tapi, hensem jer kan. Ok, kita nak tunjuk beret hijau atas kepala. Itulah yang menandakan bahawa mereka telah di iktiraf sebagai salah seorang anggota komando yang bertauliah.




Tanpa di sangka2 rupa2nya ada hidangan untuk kami. Setiap pengunjung di berikan satu paper bag yang cantik tu. Dalam tu beri si sebungkus nasi beriyani, sebotol air mineral dan sebiji pisang. Tak lama kemudian, ada pula hidangan lain yang tiba daripada dapur tentera di kem. Ada kari lagi, nasi dan buah2an. Oleh kerana kami dah kenyang makan nasi bungkus dalam paper bag tu, maka Adam dan Asyrul hanya ambil sepinggan hirisan buah oren yang sangat manis dan sedap.

Insya Allah minggu depan, kita selitkan sekeping gambar salah seorang anggota tentera yang sangat sporting.

So, separuh hari yang sangat padat dan penuh dengan informasi. Semangat patriotik yang kami terima dari separuh hari tu memang bertepatan dengan situasi negara yang diceroboh oleh pengganas di Sabah.

Ini negara kita. Tanah kita. Bumi kita. Kita juangkan. Kita pertahankan.

Tapi....

Kita kena bersatu!







.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama