Assalamualaikum.....

Minggu terakhir Ramadhan, kita ajak mak ayah kita buka puasa di luar. memang every year akan bawa parents kita at least sekali untuk buka puasa di luar dan parents in law pun sama.
Kali nie cerita pasal parents kita dulu. In law, nanti cerita di entry akan datang.

Disebabkan mak dan ayah dah tak terdaya nak travel jauh2, maka this year kita nak cuba sesuatu di PD pula. Hubby x dapat join sbb kita makan weekdays. Dia dah jauh, susah nak balik weekdays. Kita cuma bawa Adam and Ida jer, adik bongsu kita.

Kita cuba di Grand Lexis (formerly known as Legend Water Chalet). Memang x pernah sampai sini. Apa salahnya mencuba kan.


Ini pemandangan dari parking lot. Memang mendamaikan dan cantik jer. Dengan angin laut yang lembut berhembus, boleh dengar ombak berkocak di laut luas, memang rasa bersyukur kerana berada di bumi yang aman damai.

Anyway, range of food tak berapa banyak. Tapi restoran agak penuh juga. Penuh dengan pelancong. Macam biasa, kita hanya ambik gambar food. Selaluuuu sangat lupa nak ambik gambar entrance restoran atau kedai kan. Kita akan cuba improvekan lain kali yer.

Menarik di sini, ada stall yang hidangkan nasi arab. Ayah kita suka, tapi agak keras sikit. Org tua, maklumlah, suka yang lembut2 jer. Tapi kita tengok org2 Arab semua lajuuu jer mengulang.

Ada kambing panggang. Surprise la juga sebab biasanya kalau crowd ramai mcm kat KL tu jer yang ada kambing golek nie.



Sate pun ada.... Seronok sebab tempat lapang walaupun ramai orang. Tapi tak ada pun rebut2.



Jangan tak tau, ada cekodok tau. Cekodok pisang dengan ikan bilis. Surprisingly ...sangat sedap rasanya. Maybe sebab puasa kot.


Plate Adam. Kuay tiaw goreng yang digoreng panas2. Wok with Yan gitew... Tapi cekodok tetaplah ada. Kampung boy kan..selera kampung tetap terpahat.


Chocolate fountain. Bukan main lagi Adam mengerjakan chocolate nie. Cucuk fruits, lepas tu dia tadah kat fountain nie.


All in all, puas hati la juga bawak mak ayah. Nak solat pun senang. Suraunya dekat dan besar. Tak perlu bersesak2.

Next year maybe boleh repeat lagi kalau ada rezeki kan..
Read More
Assalamualaikum.....

Dah raya, tapi baru nak masukkan entry bulan Ramadhan. Ok lah kan.. Better late than never.

Ini family sebelah mak kita dari Port Dickson. Pak Su kita memang every year akan ajak semua orang makan2 kat luar. Tahun nie dia ajak makan di Umbai, Melaka. Macam biasa, kita pergi ke Kedai KITA, No. 5. Pakcik tu memang dah biasa dengan we all.

Since kita memang ada di Melaka, maka kita jadik host juga la sekali. Dah alang2 semua orang datang, kita hanya buat sedikit agar2 sirap biasa. Sekadar untuk desert lepas makan ikan bakar nanti.

Buat dalam berbagai bentuk. Sajer sebab nak tarik minat children. Biasanya children bila dah ramai2 nie, mula la ada yang nak buat perangai. Rasuahkan jer dengan jeli macam nie, biasanya diorang leka la...



Tiba2 gatal tangan juga nak guna acuan bunga ros. Acuan nie memang dah lama betul. Adala 11 tahun lalu kita beli. Baru beberapa kali guna. Tapi tak nampak bentuk bungan ros kan....



Gedik2 bergambar dengan nenek dan sepupu kita si Ridzwan.


Anak buah kita si Adlina yang montel. Tengah mengamuk sebab ngantuk.


Adam kalau jumpa dengan pakcik makcik dia nie, (sepupu kita yg kecik2), memang terus tinggal mak ayah. Makan pun nak duduk dengan diorang. Lantaklah..janji dia makan. Tengok tu, dah siap agar2 dalam pinggan. Nak standby berbuka dengan jelly la tuh. Yer la, masa kita buat kat rumah, 10 kali dia keluar masuk dapur nak tengok.


2 meja panjang macam nie, penuh dengan family kita jer. Itupun mujur dah booking 3 hari awal. Kalau tidak, memang jangan harap la...


Kami suami isteri memang rajin sikit menggedik lately nie...hehehe

Dah sudah makan, semua orang singgah rumah kita dulu untuk rehat2, minum kopi sebab ada yang nak balik jauh. Inilah keadaannya bila semua berkumpul. Kita memang suka sangat kalau orang ramai2 berkumpul kat rumah kita. Meriah sungguh dan barulah rasa macam rumah kita tu 'hidup'.


Bukan ada hidang apa pun sebab semua orang dah kenyang. Cuma buat 2-3 jenis air panas dan sejuk jer. Keluarlah segala jenis kerepek, keropok, kacang untuk kunyah2. Ada yang siap mandi dan tidur lagi...hehehe.


Kalau ada masa yang mencukupi dan kederat yang banyak, kita memang suka nak kumpulkan orang ramai2, makan2 kat rumah kita. Kadang2, hubby panggil kawan2 dia datang, buat BBQ dan sebagainya... Seronok bila dah ramai2 nie.

Read More
Assalamualaikum.....


Kalau kita balik ke PD dari Melaka, ikut Jalan Estet Sua Betong. Selepas melewati kawasan perkuburan, akan sampai di kawasan hutan tempat latihan tentera menembak. Di sekitar kawasan ini, akan nampaklah banyak monyet2 berkeliaran di tepi dan tengah jalan raya.

Kita memang suka kalau ada roti2 yang dah expired (bukan yg berkulat tau), atau apa2 sahaja makanan yang kita nak 'swing' dalam tong sampah tu, kita bawa untuk monyet2 nie. Kadang2 ada biskut yang dah lemau ke, atau pisang yang dah lembik, atau mangga yang masam dan tak laku kat rumah. Kalau dapat kat monyet nie semua, memang diorang sukaaa sangat.

Satu pengalaman menarik juga untuk children. Selalu kita bawa Adam dengan sepupu kita yang kecik2 tu. Tak perlu susah payanh nak masuk zoo dan bagi monyet makan kacang. Masa kita kecik2 dulu, memang org yang pergi zoo semua bagi monyet makan kacang kan.. sebab seronok tengok monyet tu tangkap/sambut kacang bila kita baling.

Mcm2 gelagat monyet ada. Ada yang berkroni2. Kadang2 kita boleg tahu monyet mana yang taiko dalam kumpulan dia. Bila ada jer taiko nie, yang kecik2 semua bertempiaran lari jauh2.

Ada sesiapa yang ada pengalaman macam nie tak?
Read More
Assalamualaikum.....

Dalam bulan puasa yang lepas, kita pergi ke salah sebuah super market yang baru dibuka di Port Dickson. Ada nak beli stok air soya untuk si Adam bersahur. Macam biasalah, macam2 booth yang ada di ruang legar tu kan. Macam2 cara penjual nie buat untuk tarik pembeli. Walaubagaimanapun, ada 2 jenis cara yang kita hampir menjadi mangsa malam tu.

Kes 1 : Satu booth yang menjual krim pembersih/pemutih. Secara tiba2, seorang wanita nie terus tarik tangan kita sambil mulutnya tak berhenti cerita tentang krim itu. kemudian, tanpa berhenti bercakap, dia terus sapukan krim tu di belakang tapak tangan kita. Jadi la sebelah tangan cerah sikiiit dari sebelah yang tak disapu. Konon krim tu dah tanggalkan sel kulit mati. Padahal krim tu memang kaler putih.

dia terus ambil satu kotak mengandungi 4 biji krim tu dan nak masukkan dalam plastik konon macam kita dah confirm nak beli dan tinggal bayar duit. Sebiji botol yang saiz lebih kurang botol Vicks (kecik sikit) tu harganya 28 hengget!!! Kali kan dengan 4 yer kawan2. Hah...x kuasa kita nak layan. Kita tolak cara baik, kata tak berminat. Nanti kalau nak, kita datang lagi. Perghhh...terus tarik muka masam tauuu. Siap nak tuduh2 kita. Dia kata kita dah berminat tadi, dah nak beli la..itulah ini lah... Orang cakap baik2 tak mo dengar, kita terus tempelak dia : Tadi you yang tarik tangan I kan..? Bukan I datang sendiri kat sini tau. Jangan paksa. Ini hak I sebagai pengguna. Kita terus blah, x toleh2 lagi.


Kes 2: Tak beberapa tapak dari situ, ada satu booth lagi. Budak tu kata : Kak, akak jawab soklan sikittt jer, akak dapat cawan sebiji. Eh..menarik gak kan. Boleh tambah koleksi cawan kat rumah KL nanti. Kita pun duduklah nak jawab soklan.

Budak nie wakil sebuah kedai letrik yang baru dibuka. Tapi kat booth tu dia pamerkan ini...



dan ini......



Gila mahal2 belaka. Tak perlah, bukan nak beli. Lepas tu siap bagi kita 2 keping kupon yang bertutup. Ala yang jenis macam statement EPF tu, kalau nak tengok isi, koyak tepi2 dia yang dah ada garisan tebuk2 tu.
Tangan kita seblah pegang pen, sebelah lagi pegang plastik2 beli barang tadi. Kita ckp dgn budak tu, buka kanlah. Tangan kita penuh. Dia tak bukakan pon. Dia hanya tolong lipat2 kat garisan tu utk mudahkan buka dan terus buat mcm tak nak tengok kupon tu. Kita dah rasa da, mesti bila kita buka, dia nak buat muka terkejut. Kita buka, satu tu nilai 50.00 dan satu lagi 1000.00. Ceh, muka terus terperanjattt! Dia kata orang x pernah dapat 1k tu. Takat nie rebate kupon paling banyak pun 500 jer. Kita senyum sumbing jer. Dia pomot la lagi macam2 soh kita beli. Sebijik macam proses gores dan menang tu.




Kita direct jer cakap: Tak payah la nak buat muka terkejut tu. Akak dah expert dah taktik korang nie.
Terkejut diorang bila kita cakap mcm tu. Tapi usaha juga untuk maintain muka suci bersih tu sambil sambung pomot2 tu.
Kita terus cakap : Akak kerje dengan agensi berita. Tak payah kelentong. Nak akak masukkan suratkabar ke?
Kita pun terus snap gambar2 kat atas tu, dan snap sekali muka dia kat bawah nie.

Lepas tu diorang terdiam bila kita hulur namecard kita. Tak terkata apa2. Kita terus chow sambil senyum dan tak lupa juga cawan free kita. Balik rumah, jadi tapak untuk lancarkan mercun roket dek Adam cawan tu. Hehehehe.

Anyway, macam2 cara diorang nie nak twist pengguna jujur macam kita semua kan. Berhati2lah....
Read More
Assalamualaikum.....


Ini adalah kali pertama kita makan kuih nie. Nama kuih nie, Paung Goreng. Biasa didapati di negeri Terengganu. Walaupun dah banyak kali pergi Terengganu, tapi tak pernah tau wujudnya kuih nie. Kebetulan sepupu kita ikut kita balik ke Kuantan masa hari raya ke-3. Sajer nak jalan katanya. Balik awal sebab hubby kerja masa raya ke-4 tu. Tapi habis kerja je petang tu, kami terus gerak ke KT sebab cousin kita nak jalan. Dia tak pernah sampai sana lagi. Tidur di KT 1 malam, esoknya Sabtu terus gerak balik ke Kuantan dan terus balik ke Melaka.

On the way nak balik ke Kuantan, kami singgah di Teluk Bidara, Dungun. Berdekatan dengan Tg Jara Beach Resort. Pergi tengok pantai Tg Bidara tu. Suka pergi situ sebab air lautnya sangat bersih dan cantik. Bila pergi situ, kami akan duduk minum dan makan di satu warung di kampung berdekatan tu. Owner warung tu pun dah cam kami.

Jadi, dia hidangkan kuih Paung Goreng nie. Sedap. Kita suka pula. Sebab dia chewy sangat. Di buat dari tepung pulut. Buat macam kuih bom, tapi isinya inti ikan yang di masak dengan rempah ratus. Cuma agak manis isi dia. Maklumlah, kita nie orang selatan. Biasanya kalau selatan, makan dengan inti yang pedas2. Tapi sedap lah. Siap bungkus untuk di makan dalam perjalanan. Bagi menghilangkan mengantuk.

Tengok di blog Kak Hanieliza dengan Mokwok, ada resipinya. Sesiapa yang nak cuba, boleh la yer. Rasanya macam mudah jer.

PAUNG GORENG


Sumber : Mok Wo
Resipi : Hanieliza

Bahan2:

2 cwn tepung pulut

3 sudu makan tepung gandum

1 cwn air-mokwo lebihkan skit kira2 1 sudu makan

sedikit garam

minyak untuk menggoreng terendam



Bahan Inti


5 ekor ikan selayang

5 ulas bawang merah [hiriskan]

1 cawan santan

3 cm halia [hiris]

1 s/k halba

1 sudu kecil lada itam- tumbuk

1 s/k gula

garam secukupnya



Cara membuat:

1. Ikan direbuskan dan sejukkan.

2. Ambil isi ikan dan hancurkan.

3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.

4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.

5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.

6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.

7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.
Read More
Assalamualaikum.....


Yeyy...kita join segmen blog Bangku Kosong lagii...

- Confirm follower bawah dari 300
- Memang dah lama follow En Hasrul
- Sentiasa di dalam bloglist saya
- Blog nie tipikal seperti blog lain. Untuk berkongsi pengalaman dan kisah hidup. Ada sedikit saya akan selitkan tentang ilmu dan pengetahuan.

Saya rasa blog saya tak berapa menarik. Berikan masa untuk saya maju kerana saya masih merangkak.

Ok, sesiapa yang ingin turut serta, click saja title entry ini.
Read More
Assalamualaikum.....

Orang lain semua dah boh gambar raya cantik2, kita baru terkial2 nak cari gambar. Tiba2...eh..x ada gambar la... Aisehh...sibuk sangat sepanjang raya, sampai tak sempat nak bergambar. Baru nak amik kamera, orang dah bagi salam... Berlarutan sampai ke sudah. Lagi pun, kita penat sangat. Nak gedik2 amik gambar pun mcm tak larat. Yer la, Isnin tu kita keje lagi. Malam baru sampai ke Melaka. Pukul 10 malam baru nak mula kupas bawang, basuh beras, basuh ayam. Semua kita buat sorang2. Habis memasak, dah pukul 4.30 pagi. Itupun, kuih raya semua tak masuk balang lagi.


Pagi raya tu, kita gerak dari rumah ke rumah MIL pun agak lewat. Disebabkan lewat, maka hubby x nak dropkan kita kat rumah mak dia. Dia terus bawa ke Masjid. Kita tunggu dalam kereta jer sementara dia selesai semayang.

Hubby kita membetulkan samping anaknya sebelum ke masjid. Rasanya inilah satu2nya gambar baju raya yang kita ada. Kita memang x ada baju raya. 2 minggu puasa baru nak antar tempah. Kita pun x kisah sangat. Baju raya tahun lepas pun dok ada bling2 lagi. Belasah jer la.

Meh citer sikit pengalaman kita buat ketupat. Oh yer, tahun nie pecah rekod, kita berjaya buat ketupat sorang2 diri tanpa bantuan sesiapa dan menjadi. Syukur Alhamdulillah. Macam tak yakin jer akan berjaya, tapi cubalah juga. Kalau x cuba mana nak tau hasilnya kan.


 Kita cuma pandai anyam ketupat sate jer. Yang bentuk macam ketupat bawang tu memang x pernah belajar. Kita anyam tak banyak pun. Ada lah dalam 50 biji jer. Adam seronok sungguh tengok kita anyam ketupat sebab dia tak pernah tengok sebelum nie. Yer la kan, sejak kebelakangan nie, orang semua main rebus ketupat segera jer kan.

 Proses mengisi beras dalam kelongsong ketupat. Kita tak pandai bajet. So, punyala banyak basuh beras. Habis isi, ada balance la pulak. Nak isi beras pun kena hati2 juga. Tak boleh padat sangat, nanti nasi tak masak dan daun ketupat boleh terburai. Tak boleh sikit sangat, sebab nanti jadi bubur pulak. Langsung tak boleh potong. Makan ketupat kena sedut pulak dari bucu. Ha...baru ada kelainan kalau macam tu kan..hehehe.

Ini proses merebus. Lamaaa sangat rebus. Oh yer, bila dah isi beras tadi, biasanya ambil 4 biji dan ikatkan ekornya together-gether. 1 ikat ada 4 biji. Tak pasti pula kenapa. Maybe sebab nak mudahkan keluarkan dari periuk dan juga untuk proses gantung lepas masak nanti. Rebus peringkat pertama, ambil masa hampir 2 jam. Lepas tu keluarkan ketupat, toskan airnya. Keluarkan air dari periuk, bilas periuk dan masukkan air lain. Rebus lagi ketupat untuk 2 jam lagi. Ini untuk memastikan nasi dalam ketupat benar2 masak dan lembut, Cara nie juga untuk memastikan ketupat lebih tahan lama dan tak cepat basi.

Lepas masak semuanya, toskan ketupat dalam tapis. Bila air dah tos, gantungkan di mana2. Dulu2, atuk buat palang kayu kat dapur rumah. Nanti bersusun jer ketupat semua bergantungan di dapur. Tapi kat rumah kita tak ada space la pula nak buat palang kayu. Solutionnya, kita gantungkan 'S' hook kat grill tingkap, dan gantung semua ketupat. hehehe...gantung juga apa.

 Beras yang balance tu, kita tak boleh nak masukkan dalam bekas beras semula. Dah basah, nanti jadi apa pula kan. Dah macam tu, pukul 2 pagi kita terbongkok2 kat sudut kebun kecik kita tu, pergi potong daun pandan..hehehehe. Kita buat nasi lemak. Selamat dah untuk sarapan di pagi raya. Boleh makan dengan rendang, ayam masak merah, sambal udang dan kari kan.
Last sekali, of course masak rendang pula. Tahun dulu buat rendang daging, tahun nie rendang ayam pulak lah. Lagipun, MIL masak rendang daging. Rendang nie tak pedas sebab memikirkan orang tua2 dah tahan makan pedas. Lagipun, family MIL yang datang nanti semua tak berapa makan pedas. Kita jer la yang rasa tak sedap sebab x pedas. Tapi hubby makan kata ok. Adam makan kata sodap. Laku la juga gamaknya.

Yang penting, kita berjaya menyempurnakan angan2 kita untuk sediakan juadah di pagi raya. Heheheh...seronok. Cuma x cukup masa jer. Insyaallah tahun depan kalau umur masih panjang, diberi kesihatan yang baik serta ada rezeki dari Allah, kita akan buat yang lebih proper lagi.

Untuk itu, Selamat Hari Raya kepada semua..
Read More
Assalamualaikum.....

Kita baru dapat yang ini. Samsung Galaxy Mini S5570. Hubby beli masa dia pergi Hong Kong sebelum raya. Rugii...rugii... Harga kat Hong Kong RM200 lebih mahal dari di Malaysia. Tu la kan...x nak survey dulu. Tapi apa nak buat, dia dah beli, kita rembat jer..hehehehe.

Anyway, kita nie agak2 konservatif sikit. Tak reti la pakai yang touch2 screen nie bagai. Godek2 pun tak expert2 lagi.

Ada masalah besar. Kita selalu ambil gambar guna hp untuk blog My Rainbow nie. Masalahnya, kita x reti mcm mana nak transferkan gambar dari hp nie ke PC. Nak download kat mana pun kita x jumpa.
Aduhhh maakkk.... Poning kepalo Acik camnie lah...

Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama