Assalamualaikum.....

Isnin. Memang selamanya lemau. Sebab utama ialah weekend tu lah kita semua menghabiskan masa beraktiviti dengan keluarga. So, guna weekend hingga sepenuhnya. Bila dah penat, sepatutnya rehat, tapi dah Isnin dah sampai. Sebab tu lah lemau. Sebab kita semua tak cukup rehat.

Tapi Isnin di tengah2 cuti sekolah nie, lagilah melemaukan. Teringat anak di kampung.

Dahlah dia tengah cuti, tak sihat pula...berjangkit2 dari kita nie ha. Tadi dia bangun pagi, terpisat2 jer sedih sebab nak kena tinggal. Semoga Adam cepat sihat semula.

Hari nie baru nak panaskan enjin. Cari kekuatan dan kesihatan untuk bekerja. Rasa bersalah sangat sebab dah tinggalkan kerja dengan lama. Tapi memang tak sihat...so kadang2 ada yang perlu di korbankan.

Bagaimana dengan anda...?
Read More
Assalamualaikum.....

I actually have not touched the computer since last Friday. Started shivering out of nowhere in the morning and fever touched me at night. Tonsils started to take effect the next day. Adoii...swallowing and sleeping were tough.

After 2nd round of antibiotics, I am trying to stand back to the fullest.

Cough! Cough!


P/S : Sebab tebang pokok ker..?


Read More
Assalamualaikum.....

Setelah kita kecoh menanyakan tentang ikan apa di entry INI, maka tibalah masanya kita kongsikan kisah ikan itu.

Kisahnya, masa kita dan hubby berhoneymoon berdua, kami tiba ke Kemaman. Kemaman bagi kami tidaklah jauh sangat kalau tak ada apa2 perancangan. Lepas singgah sana sini, tengok orang memancing dan melayan hembusan bau laut di pantai2 peranginan, kami memutuskan untuk cuba makan malam di Pantai Mok Nik atau dalam Bahasa Inggerisnya, Monica Bay.


Dalam pada mencari2 kedai yang berkenan, kami tertarik dengan kedai nie. PC Ikan Bakar dan Ikan Stim Asam Limau. Nampak macam meriah dan terang benderang. Pelanggan pun ramai.


So, kami nak lah pilih ikan. Mula2 nak ambil siakap jer.


Tapi bila nampak ikan yang pelik nie, sebabkan kami x pernah makan, maka teringinlah nak mencuba. Kamikan adventorous sikit bab2 makan nie. Seperti kata blogger Kasih, betul lah kot ini ikan ayam. Kami memang x pernah makan ikan ayam. Fine, kami pilih ikan ni di masak 3 rasa.


Ikan itu tiba begini. Penuhhh dilitupi dengan khazanah dan harta karun. Sampai terselimut ikan tu. Tapi memang masakan kedai tu sedap. Cuma tu lah, isi ikan tu memang liat dan keras. lebih padat dan keras dari ayam. Agaknya betul lah, ikan nie sedap kalau di masak sup yer Kasih... Tapi, tak nak membazir punya pasal, kami habiskan juga. Tapi tak leh 'bersih' ikan tu kami kerjakan.


Tengok, penuh dengan khazanah kan. Tapi masakan kedai tu sedap.

Sotong goreng tepung. Saya tetap menangkan Kedai No. 5 di Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka. Cuma sotong nie kesegarannya jer sama.

Kailan. Sayur mesti ada. 

Kerang bakar. Sekejap jer licin kami suami isteri makan.

All in all, memang boleh repeat di sini. Insya Allah nak abwa Adam pula minggu nie...


Owh, blog nie mungkin akan senyap beberapa hari sebab nak concentrate dengan family. Birthday Adam is coming.....



Read More
Assalamualaikum.....


Remember about my entry HERE ? I won this key-chain, the Tears of Mermaid from Eqbal Zack. Thank you so much to the sponsor : Ixbarr Abdullah.

I was extremely excited when the result was published by EZ. I have never known about the existence of this jewel nor that I have ever touched it in my life. Thus, when the parcel arrived, I was jumping up and down, running here and there in the office with a very broad smile.



The Tears of Mermaid


I believed that not many people appreciate a piece of broken glass found laying on a beach. But when that piece of broken glass has gone through a series of life on the beach, it transformed into a kind of precious jewel. You will not ever expect that this jewel derived from a broken glass because of it's beauty.

I may not received the most rare species or the expensive type, but to have it in my hand makes me realize that even a broken glass could turn into a precious stone. So why can't we?



Thank you Eqbal Zack. 

Read More
Assalamualaikum.....

Penjelasan WW gambar semalam kan...


Ketika berjalan2 dengan hubby di Kuantan untuk meninjau port jeti untuk menyewa sampan bagi memancing udang galah, kami ternampak bengkel ini.

Ada beberapa pekerja yang sedang bekerja keras bagi membina kapal yang besar ini. Jenis kayu yang digunakan memang nampak kuat dan mahal. Bengkelnya burukkk jer, tapi harga kapal nie pasti mencecah ratusan ribu ringgit. Nampak gaya seperti kapal besar untuk nelayan laut dalam bergred A.



Lihatlah kayi kayan yang di susun di bawah tu... 


Mungkin kayu kayan itu di potong dengan teliti daripada batang balak yang besar ini.


Ini adalah kapal nelayan bergred B. 


Malaysia memang telah mula terkenal sebagai hub pembinaan kapal. Ini yang kecil2. Kalau perusahaan yang lebih besar dan canggih, kita boleh lihat di persisiran sungai di Kuala Terengganu. Itu tak termasuk lagi di negeri2 lain. 

Menarik kan....?



Read More
Assalamualaikum.....


Read More
Assalamualaikum.....



Beberapa minggu yang lepas (Giler lama kan...?), kita tiba2 menerima satu parcel yang tak dijangka. Pelik juga sebab tak ada join contest atau order buku. So, bila buka parcel, terkejut melihat nota ringkas dari Tirana Aduka. TA kata terima kasih kerana mengunjungi blog beliau.

Subhanallah...TA. Kenapalah susah2. TA nie memang betul2 ikhlaslah dalam berkawan. Ini, kawan di alam maya, tak pernah bersua muka dan taklah bergayut dan bertenet dengan TA selalu. Agak2nya, kalau kawan dia yang hakiki tu macam manalah agaknya kan.

Untuk anak dan sang isteri yang dicintai tu jangan cakaplah. Siapa yang jenguk blog TA mesti tahu betapa TA tanpa ego, dengan jujur dan ikhlas menyiarkan rasa cintanya.

Banyak sungguh kasih sayang yang TA sebarkan di sekeliling beliau. Semoga kasih sayang yang beliau terima berlipat kali ganda banyaknya.

Terima kasih yer kakang...

.
Read More
Assalamualaikum.....

Ha...itu nama weekend kita yang baru berlalu.

Hubby ada kursus weekend yang lepas ni di Colmar Tropicale. So, tak dapatlah kami berjumpa. Tapi, adik2 kita datang rumah kita di Melaka. Mak dan ayah pun ada...Alhamdulillah. Meriah sungguh kami semua di situ. Makan dan makan dan makan.

Tapi hari Ahad pagi (semalam) kita dan mak telah 'mengerjakan' balcony di rumah kita yang habis di takluk oleh burung2 dan meninggalkan khazanahnya sepanjang ketiadaan kami. So, dah penat2 membersihkan kembali dan merampas kembali kawasan kami (balkoni itu akuuu yang punyaa, wahai burung!), maka kami cubalah cari jalan untuk mengelakkan burung2 tu kembali ke situ.

Salah satu fakta yang menyebabkan banyak burung ialah pokok mangga di tepi dapur rumah kita tu jadi taman syurgawi burung2 tu semua. Hubby pun macam agree nak 'let go' pokok tu. So, ayah dengan berbesar hati offer nak tolong tebang. Tak adalah besar sangat, tapi dah 4 tahun di tanam, boleh tahan rimbun. Puncaknya dah sama tinggi dengan bumbung rumah kami yang 2 tingkat. Batangnya dah besar peha manusia yang err..macam kita! So, parang dah tak 'makan' lah batang tu.

Ayah ada chain-saw. Wah, sekejappp jer ayah kerat2 batang pokok tu dengan chainsawnyer. Masalahnya, nak membuang dahan2 dan batang2 tu laaa... Kawasan taman perumahan...bukannya kampung boleh seret ke tepi sikit dan bakar kan...

Kat hujungggggg jalan rumah kita, adalah kawasan semak sikit. Maka menyeretlah kita batang2 pokok tu dengan Adam untuk di humban ke situ. Tapii...matahari dah terpacak atas kepala...badan dah letih mengerjakan balkoni rumah, jadinya stranded la lagi separuh. Betul2 tak terdaya dah rasanya.

Petang tu pula, masih teruskan mengemas rumah, Jenguk rumah mommy, dah maghrib baru balik ke PD. PD pula ada a few lagi urusan yang menunggu.

Sudahnya, hari nie semua badan sakit2, sangat penat dan mengantuk. Dalam pada letih nak tidur, malam tadi tak lena pula tidur sebab ada gangguan bunyi cengkerik yang sangat kuat kat tepi dinding bilik. Aduhai, rumah kampung, macam2 binatang ada kan. Sangat mendambakan rehat yang secukupnya. Tak sabar nak tunggu malam nie untuk rehat.

Er, doktor, boleh bagi MC tak...?


P/S : Opis lengang jer hari nie. Silap2, belum tengah hari, dah hanyut..ZZZzzzzzz....

.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama