Assalamualaikum.....
Hari ni, kita masih bercuti lagi. Replacement untuk Hari Wilayah yang bertindih dengan Tahun Baru Cina hari Sabtu tu. Tapi, public holiday hari Sabtu memang tak akan diganti lah.
Anyway, kadang2, tak selera nak makan nasi. Kadang2 dah boring dengan street food..
So, satu malam tu, hubby ajak lepak di restoran Arab El-Idrus di Kuantan....
Tak minta set nasi pun.... Kami nak cuba yang lain.
Hubby order kebab. Dan juga order roti Mulauwah ni. Kami kongsi. Sekali bila sampai..mak oiii...sebesar dulang ok roti ni...
Roti nie ala2 roti canai, tapi tepungnya tidak berminyak macam roti canai. Isi nya juga macam berlapis tetapi lebih kenyal dan padat. Tak ada rasa masin atau manis. So, kena cicah dengan kuah yang disediakan.
Dibakar garing dan lembut. Baunya juga harum. Di atasnya ada ditabur dengan black seeds iaitu habbatus sauda. Memang berkhasiat.
Mula2, hubby dok beriya-iya tegas mengatakan bijian tu ialah black sesame ataupun bijan panggang. Tapi kita makan seulas, rasanya seperti ada minyak habbatus sauda. Dah sorang bijan, sorang habbatus sauda, penyelesaiannya, tanya jer lah dengan waiter. Sah, habbatus sauda...heheheheheh.
Oh, malam tu, kami tak habis makan pun. Balance roti tu, bawa balik. Panaskan sekejap dalam microwave, atau boleh kukus untuk lembutkan...dan bolehlah cicah dengan kuah kesukaan kita sendiri. Kita pula, cicah dengan sambal tumis...hehehehehehe.
Mesti ramai yang pernah makan kan?
.