Assalamualaikum.....


Kita semua dah selamat menempuh hari ke-2 di bulan Ramadhan. Macam mana puasa anda setakat ini?

Dan kami pun dah selamat berpindah ke Melaka...

Dah pulangkan rumah dalam keadaan yang baik pada tuan rumah. Penyewa yang baru pun happy sebab kami tinggalkan rumah dalam keadaan bersih. Tapi, memang macam nak pengsan lah mengemas...

Bertolak balik ke Melaka dari Kuantan pada Sabtu malam Ahad jam 11.50 malam. Esoknya pukul 9.00 pagi baru sampai Alor Gajah...hahahahahha... apa taknya...dah terlalu letih. Pit stop beberapa kali untuk tidur. Sahur pun di Muadzam....

Sekarang, tengah pening nak mengemas rumah di Melaka pula. Masa ni lah pula washing machine rosak...alahaiii... Nampak gayanya jadi pelanggan setia kedai dobi lah lepas nie....

Ok..ok..duuugaan. Looking at the bigger picture, no more long travelling hours...yesss!



Read More
Assalamualaikum.....

Sebelum bermulanya Ramadhan tahun ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada mana2 tingkah dan bicara yg tersasar....

Kosong-kosonglah yer....

Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari yg sebelumnya...


Read More
Assalamualaikum.....

Pertama sekali, Alhamdulillah, dashboard dah ok. Haishh...perkara kecik macam ni pun boleh merunsingkan kita kan.... Itu belum lagi nikmat2 lain yang Allah tarik. Ishh....dah dekat Ramadhan, bawa2lah muhasabah diri lebih2 sikit Aziela oiiii....

Second, minggu ni adalah minggu terakhir hubby di Kuantan. Esok pagi, kita dan Adam akan join hubby di Kuantan untuk kosongkan rumah dan pulangkan kunci pada tuan rumah.

Alhamdulillah, hubby kembali ke Melaka. Previous employer dan company request hubby join them back. More or less, remuneration lebih kurang, cuma rumah kami di Melaka akan kembali berpenghuni. Dan kita pun, Insya Allah tak perlu travel jauh2 lagi. Hubby pun boleh jenguk2 Mommy selalu...

Syukur Ya Allah....

Walaubagaimana pun, kami tetap akan rindukan Kuantan. Dah jadi macam kampung halaman sendiri. Plus, negeri2 pantai timur yang lain. Syukurlah kami ni couple yang kaki berjalan. Sanggup berhabis untuk explore instead of untuk benda lain. So, 3 tahun setengah di Kuantan, kami puas jugalah menjelajah. Mungkin ada lebih kurang 30% lagi bahagian yang kami tak berpeluang nak memijak.

Sangat banyak kenangan kami di Kuantan. Dapat parents angkat, memancing udang galah, explore makanan yang sedap2 dan eksotik, dapat menjelajah kampung2, dan sebagainya. Bukan tu jer, di sinilah hubby kena sengat ikan sembilang sampai berumah tangga di hospital, slip disc procedurenya, dan berbagai2 lagi kenangan. Itu belum dikira kejadian2 kereta rosak kami lagi. Susah payah, jerih perit dan bahagia kami...semuanya ada jejak di sini....

Insya Allah, walaupun dah menetap di Melaka, Kuantan tak mungkin kami lupakan.

Kalau dulu kami terkulat2, terkebil2 nak mencari apa istimewanya Kuantan, apa tarikannya Kuantan...tapi sekarang kami yakin boleh bentangkan tentang indahnya dan manisnya Kuantan. Insya Allah....


Untuk rakan2 yang selalu support kami, terima kasih banyak2....


.
Read More
Assalamualaikum.....

Dia hanya keluar satu entry dari satu blog saja. Bila klik view more tu, dia tak jadi apa2 pun...statik macam gitu jer. Puas dah godek setting, delete semua spam comments dan sebagainya...tak berjaya juga.

Uwaa...uwaaa....macam mana ni.....?


.
Read More
Assalamualaikum.....

Ramai yang tak tahu bahawa di Kuantan pun ada sata. Kalau nak cari sata, mesti pergi Kemaman di Terengganu. Macam kitalah juga dulu2. Nak makan sata jer, terpaksa jauh2 pergi ke Kemaman.

Yang sebenarnya, di Tanjung Lumpur, memang femes la pusat hidupan laut celup tepung dan juga sata ni. Salah satunya, kedai Pak Din nie.


Sata yang berderet bersusun sedang di bakar.


Antara kuih muih lain. Haiwan laut celup tepung pun memang ada kat sini... Oh, ketupat palas tu ialah versi goreng yer.... Cekodok pisang yg hitam legam tu sangat marvelous. 

Ok...nak order, nak tanya direction, nak tanya menu...tanya jer tokey2 dia nie...


Read More
Assalamualaikum.....

Yang ini, cerita beberapa bulan yang lepas.

Macam biasa, bila dah settle beberapa urusan di Kuantan, kami yg suami isteri ni pergilah merayap di hujung minggu. Kita ajak hubby ke KT. Nak pergi beli serunding. Since tak ada nak kejar apa2, maka kami pun santai2 drive. Masuk Pasar Payang sekejap jer. Terus pergi ke kedai serunding feveret, Serunding Anita nama brand dia. Beli serunding, terus balik semula. Beli buah kedondong yang dijual oleh seorang makcik di kaki lima setengah kilo. Hubby yang nak...kita tak makan buah masam2 nie.

Lepas tu, kita ajak hubby cari Mengabang Telipot dan makan hidupan laut celup tepung. Ada sorang opismate kita orang situ, so dia kata ada satu kedai lain yang lebih sedap dan lebih toyyiban dari warung Pak Nong tu...hehehehhe. So, memang niat nak bypass warung Pak Nong. Tapi, bila ke situ, kami dan meraban-raban. Tak tau apa nama kedai, kedai mana yang ada menu hidupan laut celup sotong nie. Tapi, nampak lah Warung Pak Nong. Well, takkan nak balik tangan kosong kan... So, kami terus parking dan cari table. Baru pukul 4.00 masa tu. So, masih ada meja kosong.


Ais jagung dan sotong celup tepung serta sedikit keropok lekor

Sotong celup tepung warung Pak Nong
Hubby minum ais jagung tu. Memang sedap. Kita macam biasa, minum ais kosong sampai 3 cawan. Hauss...travel jauh. Hehehhee....  Sotong yang kita ambil nie, besar...kita ambil 2 ekor dan keropok lekor 2.00. Itu jer. Yang lain2 tak ambik sebab takut tak habis. Lagipun dah selalu makan di Kuantan, cuma kami nak test sotong yang femes nie jer.

Sistem di situ, kena beratur dan rebut. Kadang2 tak sempat letak bahan gorengan, dah hilang dah dari senduk. Makanya kena tangkas dan perkasa dalam proses merebut tu. Lepas dah berjaya rebut, sila pergi order air di kaunter air dan tunggu sendiri air anda tu. Self service semua. Potong sotong guna gunting yang disediakan.



Lagi satu, kita nampak ramai orang ambil mee goreng. Nampak macam kosong jer, tapi sebab baru keluar dari kuali, maka berasap lagi lah... Kami kongsi jer suami isteri. Tapi bila makan, Masya Allah...sedapnyaaaa. Habis sepinggan, bukannya banyak pun...hubby pula bangun nak ambik lagi sepinggan. Tapi dah habis la pulak. Kami berdua tergelak dengan situasi tu.


Lepas makan, sambung lagi jalan2, tengok kampung2 orang. Masuk ke resort tempat kami honeymoon selepas kahwen 13 tahun lepas. Dah tak best dah resort tu. Macam terbengkalai jer....

Hubby lepas tu call kawan kerjanya masa di Melaka dulu. Terperanjat mamat tu bila hubby call. Yer la, last kami jumpa dia masa dia kawen 6-7 tahun lepas. Terus dia ajak kami dinner. Kami tunggu dia di Mc D dekat2 dengan Unisza tu lepas Maghrib. Kita dengan hubby pun ambil kesempatan untuk solat di Masjid Unisza tu. Sempatlah dengar ceramah pasal haji di situ...lucu pulak penceramah tu. Meriah rasanya. Sejak hari tu, bila lalu KT, hubby mesti ajak singgah masjid tu lagi...

Bila dah jumpa kawan hubby, dia bawa kami ke sebuah restoran. Namanya NR Cafe di Jalan Tok Jembal. Kawan hubby bawa anak isterinya sekali. Sekali sekala, mereka balik juga ke Melaka. Walaupun KT ialah kampung si isteri, tapi mereka tetap rindukan makanan di Melaka...hahahahha.


Antara keratan akhbar mengenai cafe tersebut

Again, sotong celup tepung. Nampak best kan...memang sedap. Tapi kita dah kenyang makan di warung Pak Nong. 

Siakap 3 rasa... Sedap juga

Kangkung untuk kita dan tomyam untuk semua

Hubby bersama kawannya dan keluarga beliau. Hubby pula tak nampak...

Kawasan dalam restoran. Next time nak try western food pula. Nampak macam ramai yang datang utk makan western dishes jer...

Hubby dan sahabatnya, Azrul. 

Malam tu juga, kami terus balik ke Kuantan. Tiba di Kuantan, kami lepak2 lagi sambil minum2. Santai jer kan. Dulu masa mula2 pindah Kuantan, bila nak pergi KT tu rasa macam jauhhh sangat. Bila dah biasa, kami dah pandai anggarkan waktu perjalanan, barulah rasa relax....

Entah kenapa, sentiasa rasa rindu dengan negeri2 di pantai timur nie. 




.

Read More
Assalamualaikum.....

Adik ipar kita ada bela hamster dua ekor. Sebelum dia masuk kerja tahun lepas, dia tinggal di Melaka dengan hamster2 dia tu. So, makanan hamster kan banyak kuaci. Bila mommy sapu rumah, habuk2 kuaci dan serpihan kuaci tu, mommy taburkan jer di pangkal pokok rambutan mommy yang masih kecil. Sebulan kemudian tiba2 mommy perasan yang ada pokok baru tumbuh. Mommy biarkan, rupa2nya pokok bunga matahari. Wah, terperanjatlah kami. Kuaci pecah2 balance hamster makan pun boleh tumbuh jadi pokok?

Baru2 ni, pokok tu dah berbunga. Kita baru tahu yang sebatang pokok, ada sekuntum bunga jer. Betul ke? Hubby yang cakap. Lepas tu hubby tunjuk kuaci dari dalam bunga matahari tu...


Nampak tak biji kuaci? Ini kuaci di tengah kelopak bunga tau...

Nampak bunganya? Bila bunga matahari dah kering dan 'tua' barulah boleh di ambil kuacinya. 

Sama macam kuaci yang kita beli selalu tu kan....

Kami merasa makan kuaci mentah... Lemak..

Kita lebih suka kuaci biji bunga matahari berbanding kuaci biji labu. Kuaci biji labu tu kalau gigit nak kupas, dia selalu jadi penyek. Bukan main susah lagi nak makan. 

Ada sesiapa lagi yang tahu macam mana kuaci biji bunga matahari di dapati? Ker, kita sorang jer yang jakun? Hahahahahhaa.....






Read More
Assalamualaikum.....


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama