Assalamualaikum.....


Gambar gelap...nak cepat masa ni. Saya masa ni ada di Melaka. Hari cuti. Hubby pula sibuk betul dengan kerja. Memang dia ada beberapa perkara penting di pejabat. Hampir setiap hari pulang ke rumah dah larut malam. Kadang2 kami dapat makan bersama, tapi selalunya, dia suruh makan jer dulu sebab takut dia lewat.

Hari kejadian ni, saya call dia dari siang hari untuk confirmkan date dinner kami berdua. Tapi menjelang petang, hubby masih banyak urusan. Katanya, lunch pun dia tak sempat. Dia hanya dapat makan roti sambil menaip dan sambil mesyuarat. Kasihan betul. Saya pula ada masa dan ada bahan masa tu. Maka saya memutuskan untuk masak saja untuk beliau. Maka ini lah, saya masak daging lada hitam untuk hubby, dan sedikit sayur campur. Saya masukkan dalam bekas tupperware dan terus hidupkan kereta. Tiba di hadapan kilang, saya call hubby suruh keluar jumpa saya sekejap. Masa tu jam dah pukul 9.00 malam pun.

terkejut hubby tengok saya bawa bekal untuk beliau. Maka kami dinner date di dalam kereta di depan pondok pengawal di kilang saja. Bahagia juga kan.... Kasihan betul saya lihat...hubby makan sampai licin. Dah selesai makan dan minum, beliau sambung kerja dan saya pulang ke rumah. Dia tiba di rumah lebih kurang pukul 3.00 pagi.

Tak perlu resepi lah yer. Mudah saja saya masaknya. Cuma saya, tambahkan ubi kentang kerana hubby suka potatoes. Walaupun guna daging batang pinang, saya tetap rebuskan untuk pastikan ianya lembut. Adalah satu jam juga merebusnya perlahan2.

Weekend ni, rasa macam nak memasak, walaupun cekodok ikan bilis. Ada cuti panjang kan...KL cuti sampai Selasa dan saya sambung sampai hari Rabu. Rabu tu Adam akan mendaftar di sekolah baru pula. Maka cuti hujung minggu ni perlu buat persediaan terakhir. Takut ada yang tertinggal pula nanti.


.
Read More
Assalamualaikum.....


So..
Iron up...

Read More
Assalamualaikum.....

Hari ni saya ada seminar GST yang dikendalikan oleh Kastam. Baru slot kedua, saya dah keluar. Balik pejabat sebab ada urusan dan perkara penting untuk dibincangkan dengan boss. Sekejap lagi, saya akan ke situ untuk masuk seminar semula. Mujurlah lokasi seminar tu tak sampai 5km pun dari pejabat.

Semalam pula saya menghadiri kursus di PJ. Baru habis lunch, rakan sekerja dah wassap, CEO bertanyakan saya. Dengan segera kemas buku dan fail, berdiri dan mohon diri dari tenaga pengajar. Bergegas ke pejabat untuk urusan penting dan urgent semalam. Walaupun jauh, tapi sebab bukan dalam waktu puncak, saya berjaya tiba dipejabat dan menyiapkan tugasan. Alhamdulillah.

Minggu ini pula adalah minggu terakhir Adam bersama kami di rumah. Maka saya berusaha memaksimakan masa bersama dengannya. Tak kiralah bagaimana sibuk pun, saya tetap akan pulang ke PD untuk bersama beliau. Malam ni jer nak balik Melaka untuk ambil borang Adam dari hubby.

Sejak dapat surat tawaran minggu lepas, saya dah menyelesaikan kebanyakan perkara. Saya rasa dalam 70% saya dah siapkan. Tapi bila buat checklist, memerah otak, mencari dalam google dan sebagainya...tarik nafas panjang saya. Banyak rupanya yang saya belum siapkan lagi. Tapi syukurlah yang penting2 tu saya dah selesaikan seperti pemeriksaan kesihatan dan dokumen-dokumen yang perlu. Tapi bayaran yuran, hubby kata dia yang akan bayarkan. Saya harap hubby tidak terlalu sibuk untuk uruskan pembayaran itu.

Bila saya mencari dalam google tentang senarai barang-barang keperluan untuk ke asrama, saya tidak jumpa yang complete. Kebanyakannya adalah sebagai panduan dan bukan secara terperinci. Saya rasa kalau sekiranya ada masa, mungkin saya akan cuba uploadkan senarai yang terperinci khas untuk pelajar lelaki di mrsm. Semoga ada ibu bapa di tahun2 akan datang dapat memanfaatkannya.

Oh, saya rasa kecil hati dengan Adam pagi tadi. Saya memaafkan beliau, namun rasa sedih itu ada sedikit. Maka saya terfikir, berapa banyakkah agaknya saya telah mengecewakan ibu bapa saya, membuatkan mereka sedih dan terguris hati selama ini? Maka saya berazam untuk lebih berbakti kepada mereka walaupun kebahagiaan saya sendiri menjadi galang ganti. Yer, meninggalkan Adam anak tunggal kesayangan saya dengan ibu bapa saya bukannya untuk saya lepas tangan, bukannya untuk menyusahkan ibu bapa saya, tapi kerana itu adalah salah satu faktor kebahagiaan ibu bapa saya. Dan ya, ibu bapa saya mungkin tak sama dengan ibu bapa anda. Jadi tolonglah jangan menghukum tindakan saya sekiranya anda tidak berada di tempat saya.....

.
Read More
Assalamualaikum.....

Jumaat, 23 Jan 2015

 12.10 pagi : Bunyi sms masuk di telefon mengejutkan saya dari lena. Tengok sms, dari MARA. Tahniah katanya. Berjaya ke MRSM T1. Sila semak pada 23 Jan 2015 jam 9.00am di http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp .
Mata terkebil2. Hati berkata2. Ini betul2 punya ke...atau scam jer ni? Aduhai...nak inform Adam dan mak, terperanjat pula diorang nanti sebab dah tengah malam. Call hubby, tak berangkat callnya. So, berusaha sabarkan hati. Tunggu pukul 9.00 pagi apa2 hal pun. Dah confirm nanti, baru inform. Tapi sepanjang malam sampai ke pagi tu, bukan main susah lagi nak melelapkan mata.

9.00 pagi : Dah setengah jam menunggu di pejabat. Hati berdebak-debuk. Setelah beberapa percubaan, akhirnya benarlah.... Alhamdulillah...

Adam menerima tawaran ke MRSM Kuala Klawang, dalam jurusan IGCSE (International General Certificate of Secondary Examination). Dan MRSM Kuala Klawang ini adalah pilihan pertama beliau. Dengan segera saya print surat tawaran, borang2 dan segala panduan yang ada. Memberikan jawapan untuk menerima tawaran.

10.00 pagi : Terus sibuk dengan urusan kerja. Kebetulan saya memang dah mohon cuti separuh hari, kononnya nak servis tayar kereta. Tapi, bila dapat tawaran ini, maka cuti itu dimanfaatkan untuk Adam.
Sementara itu, telefon pejabat dan telefon bimbit saya asyik berdering saja. Dah tentu Adam yang menelefon kerana ingin bertanya tentang keputusan ini. Pasti rakan2 kelasnya ada yang dah terima sms yang sama. Saya tak pick up langsung pun telefon Adam. Pertama kerana saya sangat sibuk dan mengejar masa. Rasa macam nak terbang balik PD je. Kedua, saya ingin beritahu Adam, mak dan ayah serentak tentang berita gembira ini. Hubby memang dah tahu sedari awal.

2.00 petang : Saya tiba di rumah. Adam tak menyambut saya seperti biasa. Merajuk kata mak sebab saya tak pick up telefon. Mak tanya ada khabar berita tak? Katanya kawan2 Adam di kelas ramai yang dah diterima. Saya pura2 tak tahu. Tapi sambil bertanya dan bersoal jawab, tangan saya mengeluarkan surat tawaran itu. Sambil2 mak bercakap lagi meluahkan rasa tidak sabarnya nak tahu tentang keputusan itu, saya serahkan surat tawaran tu ketangannya.

"Apa ni?" mak tanya.
"Offer letter.." jawab saya
Mak terpinga2....

"Offer letter apa? Dapat kerja lain ke? "
"Kuala Klawang. Register 4 Februari. Ada masa seminggu jer untuk buat persiapan" Jawab saya....

Mak terus menangis sambil tadah tangan mengucap syukur. Ayah terus kesat air mata yang mengalir. Sweet surprise. Mak terus panggil Adam keluar. Adam rupa2nya dah terlena dengan baju solat Jumaat masih tersarung lagi.... Terpisat2 dia cuba nak kembali ke alam nyata. Bila dah sedar sepenuhnya, senyum herot dia.

Alhamdulillah...impian Adam tercapai. Tak dapat SBP, rupa2nya rezeki beliau di MRSM. Sesuatu yang ditunggu2 Adam sejak bertahun lamanya. Dan kebetulan, dia sendiri telah menyertai program lawatan sehari di MRSM K. Klawang ini sendiri. Maka semakin terujalah dia. Bermulalah episod baru untuk Adam selepas ni.

Adam kecewa juga tak dapat SBP awal2 dulu sebab mama dan papa ialah produk SBP. Maka apabila kami suami isteri bercerita tentang sekolah masing2, asrama masing2, membandingkan kehidupan kami berdua, Adam rasa teruja untuk mengalami pengalaman yang sama.

Adam sedia maklum, kehidupan di asrama bukannya sentiasa indah. Dia perlu bersusah payah. Dia perlu struggle. Setakat ni katanya dia bersedia untuk mencuba.

Maka Jumaat petang itu juga saya cuba selesaikan apa yang boleh. Medical check-up, tempah baju uniform dan sebagainya. Sabtu hubby kerja, maka kita sambung urusan Adam. Dari pagi hingga ke petang. Pagi tu pula sakit perut teman baik bulanan tu..aduhhhh. Masa ke klinik, Adam buat medical check-up, mamanya minta injection tahan sakit dan stok ubat agar dapat bertahan bagi menguruskan Adam.

Sehingga hari ni, Alhamdulillah, dah 70% selesai. Ada masa lagi untuk melengkapkan yang selebihnya.

In sya Allah....saya akan kongsikan gambar2 pendaftarannya nanti.....

Kawan2 semua, terima kasih kerana mendoakan Adam....


Akhir kata, maafkan saya sekiranya entry ini kedengaran seperti riak. Saya sendiri serba salah nak upkan entry ini. Takut dicemuh saya riak. Macam2 perkara boleh berlaku sepanjang 5 tahun untuk Adam menghabiskan SPM. Sekiranya Allah nak tarik nikmat, apa2 saja boleh berlaku. Maka saya takut untuk menguar2kan. Tapi saya tempelak diri saya semula. Sangat tidak adil. Segala jerih payah, duka tangis kami semua saya paparkan di sini bagi mendapatkan sekelumit kekuatan dari adik kakak abang di alam maya ini. Maka kenapakah berita gembira ini saya harus nafikan hak sahabat2 semua? Maka inilah hasilnya. Entry ini ialah perkongsian kerana saya anggap kita semua sekeluarga.

Dan juga, tujuan saya berblog adalah untuk berkongsi pengalaman. Manalah tahu nanti2 ada yang google untuk persediaan anak mereka pulak ker kan...?

Yang penting, niat kita harus dibetulkan dulu.

.
Read More
Assalamualaikum.....

Kejadian yang dah lama berlalu.

Kami adik beradik tong-tong untuk majlis makan malam ni. Kami nak cuba restoran steambot yang ada di PD ni, jadi kami tempah Mayang Sari di Batu 2, bedekatan dengan Bagan Pinang. Pertama kali nak cuba...Ada grill dan steambot.


Kek di taja oleh adik bongsu saya. Surprise, ada wish untuk UPSR Adam juga. Tengkiu soo much.


Steambot di sini bukannya buffet. Ianya adalah set. Jadi kami kena pilih set yang mana. Pilih satu set besar dan satu set kecil. Yang dalam gambar ni ialah set besar.


Ayah baca doa.... 

Secara keseluruhannya, saya tak recommend steambot set ni. Tak banyak isi. Yang penuh dalam dulang ialah tahu dan fish balls di samping mee dan mee hoon. Kuah sup dan tomyamnya juga sangat tidak memikat. Portion yang dikatakan besar itu, hanyalah sedikit. Mujurlah saya tiba awal untuk meninjau persiapan kerana kami telah tempah seminggu awal. Jadi bila saya lihat hanya itu hidangannya, saya cepat2 pergi tinjau menu ala-carte yang lain. Saya pilih ikan untuk dikukus dan sotong untuk goreng tepung. Saya tambah nasi goreng cina untuk 2 hidangan besar lagi. Sekurang2nya tiadalah nampak 'kosong' masjlis tu hidangannya.

Hubby masa ni tak dapat join kerana masih dalam flight pulang dari Bangkok. Lepas habis majlis, saya terus ke KLIA untuk pick-up hubby dengan Adam dan terus pulang ke Melaka. So, saya beritahu hubby, tak ada yang nak di ralatkan kerana tidak berapa kena dengan expectation kami.

Anyway, jadilah untuk get together. InsyaAllah, lain kali, kita plan yang bagus sikit.

.

Read More
Assalamualaikum.....

I was listening to the morning talk in the Lite.fm radio channel one morning. At my age, I have switched to this kind of radio station lately. They play the soothing music that I need. Life can be so stressful, so this kind of soothing music does help sometimes. And they have issues and topics which are soo related with our life. Just like that morning when they have this one regular doctor who will be there sharing a medical topic with the listeners. The topic varies from physical medical problem, psychology, health and several others. But on Wednesdays, they have a professional Psychologist named Dr. Paul J.

That morning's topic caught my attention. This one particular listener, a lady called the morning show. She said, she has 3 siblings and they are left with one parent only now. The mother. Of course the mother is now at that old age and she needs a lot of things to be done with help from the children. The mother would always call this lady to send her to the hospital for check-up, to send her to other relatives house, to run her errands and the list goes on. She said she doesn't mind to do all that for her mother, but sometimes it clashes with her own schedule. She got things to do as well and she has her own life for her to run too.

The thing is, whenever she tries to get help from the other siblings, they always give reasons. They have this and that...you name it all. Thus, the mother keeps on depending on her only. She really feels that this is unfair because she has other siblings in which supposed to share the responsibilities as well. So she asked the doctor. What should be the solution?

The doctor got attracted with this topic. Let me try to simplified his advises :

- Keep on nagging at the siblings. Make it frequent and highlight it to them that she needs their help too. Voice out loudly so that the message really planted in the siblings head mind.
- Don't stop talking to the ignorance siblings. Communication is very important.
- IF...all of the above failed to attract their attention, she needs to make it public. She has done all the private probability solutions and that didn't work, she needs to expand the highlights. Tell the other relatives and elders. Of course they will be risks and consequences, but that should be anticipated. This way, you put the social pressure around the ignorance siblings. Let them feel it and let them change the hard way.

Oh, I managed to listen until that part only and couldn't wait to the end of discussions. But I think that is some valuable professional advice that I should share with other people. This case happens everyday in our life. Be it Malays, Chinese, Indians or whatever. We are all human beings and human beings tend to make mistake and tend to be selfish.

As Muslims, taking care of parents is an obligation. It is a must and you are in deep sinful situation if you ignore your parents. It is not only in the circle of social, but it affected your hereafter destinations as well. But yes...again...people forgets. I think it is not a disability to remember, but it is their ability to ignore the facts.

But I wonder....
If they have strong willpower to ignore the norm and facts, why it is so difficult for them to uphold the rights?

.
Read More
Assalamualaikum.....

Kawan2 blogger saya ramai yang tinggal di Johor. Maka selalulah sampai ke pancaindera saya ni tentang mee racun di Batu Pahat ni. Terutama sekali selepas membaca review daripada blogger kesayangan saya, Kak Sari mengenai mee racun ni. Ada beberapa entry mengenai mee racun ni. Ada DISINI dan DISANA. lepas tu ada pula review dari blogger masakan femes dan anggun, Kak Ita. Kak Ita pun bercerita tentang mee racun juga di SINI.

Makanya, bila menghantar Adam ke Batu Pahat lepas, saya nak juga cuba mee racun ni, tapi ayah dan mak tak berapa berkenan la pula. Saya diamkan dulu. Lepas tu saya cerita dengan hubby, siap tunjuk blog Kak Sari tu. Hubby dah tertarik. Kami pula kebetulan masa tu on the way balik Melaka dari Air Itam. Ok sangatlah. Tapi saya silap, kami tiba disitu jam 3.30 petang...so kedai belum buka walaupun pekerja kedai dah sibuk memasak dengan periuk yang besar2 tu. Saya turun dan tanya, hari ni berniagakah? Kata adik tu, pukul 4.30 baru mula berniaga. Allahhh....frustnya. Saya beritahu hubby, hubby kata tunggu sajalah. Lagipun memang kami keletihan kerana trip ke Air Itam tu. Tak ada nak kejar masa pula tu...dah alang2 sampai di depan kedai. Apa salahnya menunggu.

Oh yer, kami pergi ke cawangan di Jalan Sultanah tu. Yang katanya yang ori dan asli.

Bila cukup masa, kami pun berlenggang keluar... Maklumlah, orang belum ramai lagi. Order mee racun special 2 pinggan untuk saya dan hubby. Saya tak berapa suka kambing sangat, tapi dah sampai, mestilah nak rasa kan.. Untuk Adam yang tak makan daging sebab dia tak suka, dia order nasi goreng kampung saja in which, memang sedap...macam home cook pula nasi goreng kampung tu.

Dalam cuaca hujan renyai2 dan petang yang redup, tibalah hidangan seperti di atas dihadapan kami. Berasap2, melekat melekit dan gah tersergam tulang sum2 kambing yang menyelerakan.

Mula2 sekali, rasa kuahnya..or sosnya. Oh, masam2, manis2 dan pedas2 sikit. Menarik..menarikkk... Terus benamkan garfu dalam longgokan mee yang bersalut sos tu dan tarik tinggi melangit. Tiup duluuuu...panasss. Fuh..fuh..fuhhh...aaauummmm. Allahu Akbar...sedapnya. Sahlah kami dah diracun dengan mee racun ni. Memang sedap. Ada rasa masam2 tomato. Dan bila dibaca, memang mee ni ialah mee kuah tomato sebenarnya, tapi diolah dengan kambing, itu yang istimewa hasilnya.



Setiap pinggan ada 2 ketul tulang ni. Yang bestnya, ada daging2 yang melekat di tulang tu...sangaaatttt lembut dan berjus dan berperisa. Hubby terus attack hero hidangan dulu. Bila dah terang pinggannya tanpa halangan tulang2 yang dah diperangkan sehingga ke isi dalamnya, barulah hubby makan meenya pula.

Ini pinggan saya. Nampak tak daging kambing yang saya hanya kuitkan sedikit dengan sudu tu? Bukti dagingnya direbus lembut dan segar. Tak memerlukan anda jadi barbarian untuk mengopes daging dari tulang. Ada sayur-sayuran, ada kacang peas, ada tahu dan ada embekkk lagi. Saya hanya makan sedikit dagingnya, dan selebihnya saya menyedut dan menyedut tulang tu dengan straw yang dicacakkan di dalam lubang tulang tu. Itupun saya proseskan sebatang tulang saja. Sebatang lagi saya transferkan pada hubby. Hubby pun terima dengan senang hati.

Kami pulang dengan perasaan yang gembira. Syukur, Alhamdulillah...nikmat yang Allah beri memang kita tak dapat nak jangka. Kami bungkus untuk Mami dan Firdaus. Firdaus memang suka sangatlah....

Tapi lain kali, kena datang lagi rasanya. Tak berapa puas lagi... Insya Allah...lihatlah nanti macam mana.

.



Read More
Assalamualaikum.....

Saya terfikir pasal segmen di Hot.fm ini. Sambil2 memandu, sambil2 menunggu trafik light bertukar hijau, saja lah menggerakkan minda, walaupun saya dah lama sangat tak dengar siaran Hot.fm. Lagipun, pagi ni tetamu jemputan mereka ialah Caliph Buskers. Saja nak dengar tentang mereka sikit.

Anyway, segmen ini, memerlukan pendengar yang 'bertuah' untuk menjawab soalan2 yang ditanyakan oleh penyampai. Syarat2nya :

-Setiap soalan mesti dijawab dengan pantas. Tak boleh berdiam diri lebih dari 2 saat.
-Soalan tak boleh dijawab dengan perkataan ya, tidak, ermm atau aaah...
-Jawapan tidak boleh di ulang
-Jawapan haruslah logik bagi menjawab soalan tersebut.
-Perbualan harus berlangsung selama lebih dari 30 saat untuk peserta menang.


Pagi ini, jumlah wang terkumpul ialah RM1,700.00.

Saya terfikir, kalau ada pendengar yang serius untuk memenangi wang tersebut, mereka harus bersedia. Kena ada strategi. Antara yang dapat saya fikirkan ialah sediakan satu senarai jawapan2 selamat yang umum yang mungkin boleh digunakan. Kalau bernasib baik, dapat menyertai segmen ini...boleh guna senarai tersebut. Dah guna sekali, terus potong..agar tidak berulang kali digunakan.

Apa salahnya kan..untuk yang bercuti di rumah, atau adik2 yang habis SPM tu....kalau strategi bagus, boleh juga dapat seribu lebih tu kan....

Contoh jawapan2 selamat.....

- Mungkin juga
- Dah itu pilihan dia
- Saya rasa itu yang terbaik
- Mana tahu itulah yang diinginkan...
- Bukan di dalam pengetahuan saya


Dan selebihnya....bolehlah peserta2 tu sambung lagi senarai tersebut


Ok..entry ini sebagai pengisi masa lapang yang tidaklah lapang pun sebenarnya...

.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama