Ba Menghidapi Ulcerative Colitis (Radang Usus Besar) - Bahagian 1

17 comments
Assalamualaikum.....


AMARAN : Entry ini sangat panjang berjela.


Setelah beberapa hari menulis sedikit demi sedikit, kita berjaya siapkan entry ini. Dah masuk kerja, dan beberapa waktu break ni kita nak cuba manfaatkan untuk berkongsi tentang penyakit yang di hidapi oleh Ba. Maaf sekiranya ada serba sedikit bahasa dan perkataan yang tidak di fahami. Kita cuba jelaskan sebaik mungkin mengikut bahasa biasa dan sedikit terma perubatan.

Untuk pengunjung baru blog ini, Ba ialah bapa mertua kita. Jangan pertikaikan kenapa kita bersusah payah untuk bapa mertua. Pada sesetengah orang, parents in law mungkin bukan keluarga mereka, malah ada yang anggap in laws adalah orang luar. Hakikatnya, dalam hukum sekali pun, in laws atau tidak, taraf mereka adalah tetap ibu dan bapa. Hak mereka untuk di kasihi dan tanggungjawab kita sebagai anak tetap termaktub.

Ba semasa mengunjungi rumah Uncle Ah Huat semasa Tahun Baru Cina yang lepas.
Februari 2013.



Kronologi


Jun 2013 :
- Ba demam dan mengalami cirit birit. Pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran dan dapatkan ubat biasa. Ba selesa ke klinik kesihatan kerana beliau memang ada rekod di situ kerana penyakit jantungnya. ( 2 blocks, stent placement through angioplasty in 2005 ).

- Selepas seminggu, cirit birit masih berlarutan dan demam masih ada. Pergi pula ke klinik swasta dan diberikan ubat cirit birit biasa.

- Mami berkeras mahu melihat najis Ba dan terkejut mendapati toilet bowl bertakung dengan darah yang merah menyala. Segera pujuk Ba ke hospital, namun beliau enggan.

- Selepas seminggu lagi, masih tiada perubahan, malah demam makin berlarutan. Semua ahli keluarga cuba memujuk Ba untuk segera ke hospital kerana beliau enggan sejak dari awalnya lagi. Setelah beberapa hari memujuk, Ba akhirnya setuju ke hospital. Itupun mungkin kerana dah tak tahan menanggung sakit.





Julai 2013 :
- Di masukkan ke wad di Hospital Besar Melaka. Rawatan adalah untuk demam dan cirit birit. Antibiotics, sodium dan saline. Tahap HB darah Ba pula adalah rendah. Sekitar 8 sahaja. (Normal adalah antara 10-13). Disebabkan cirit birit juga, Ba mengalami dehydration yang teruk. Beliau juga sering mengadu dadanya sakit. Treatment adalah masukkan air untuk dehydration dan masukkan 3 peket darah untuk menaikkan paras hb. Rupa2nya dada Ba sakit kerana HB nya rendah. Tidak cukup darah untuk di pamkan ke jantung.

- Setelah 5 hari di wad, pihak hospital menjalankan prosedur endoscopy. Tiada apa2 maklumat yang kami terima dari endoscopy tersebut.

- 2 hari kemudian, mereka menjalankan pula prosedur colonoscopy. Sehari kemudian, Ba di suruh pulang. Walau bagaimanapun, tiada apa2 perubahan yang berlaku langsung. Cirit biritnya masih berlarutan, dan darah di dalam najis semakin banyak yang keluar. Berat badan beliau semakin susut dengan mendadak.

- Semasa discharge dari wad, Ba berada di dalam keadaan yang sangat lemah. Selera makannya menyusut dengan mendadak. Tiada maklumat juga daripada colonoscopy yang dijalankan. (No hispatology shared with us.). Pihak hospital memberikan tarikh appointment untuk follow up 2 minggu kemudiannya dan kami hanya akan dijelaskan mengenai keputusan colonoscopy itu pada masa itu.

- 2 hari berada di rumah, dengan hanya dibekalkan dengan satu jenis antibiotik dan 2 jenis vitamin, Ba berada dalam keadaan yang sangat lemah. Kita dan hubby kebetulan baru saja tiba di Melaka jam 12.30 tengah malam dari Kuantan dan bergegas menjenguk Ba bila Mami call dan beritahu Ba sangat lemah. Hubby tak tunggu dan tak tanya Ba, terus putuskan untuk bawa Ba ke hospital semula. Kali ini, kami yang kecewa dengan Hospital Melaka kerana 'melepaskan' Ba pulang walau beliau masih sakit, nekad membawanya ke Hospital Pantai Ayer Keroh.

- Tiba di ER Pantai Hospital, waktu dah melewati jam 1.00 pagi. Ba serta merta dimasukkan air dalam ER tu dan dipakaikan pampers. Setelah doktor (MO) memeriksa najis Ba, beliau segera menghubungi consultant, Doctor C.K. Leong (Surgeon) dan Ba diarahkan untuk dimasukkan ke Recovery Room, bukannya wad biasa. Beliau perlu di pantau dengan teliti. Setiap patient dalam bilik itu akan dipantau oleh seorang nurse. Lebih kurang macam ICU, tapi tidak strict seperti ICU.

- Paginya, kami bertemu dengan Doktor Leong. Doktor Leong adalah doktor yang menjalankan pembedahan membuang hempedu Ba kerana ada stone pada tahun 2010. Beliau bertanya secara teliti dan apabila mendapati bahawa tiada maklumat tentang colonoscopy Ba dari Hospital Melaka, maka beliau terpaksa membuatnya sekali lagi. Buat masa itu, Ba di arahkan memakai pampers sentiasa untuk pemeriksaan lanjut mereka. Disebabkan hb darahnya masih rendah, maka lagi 2 beg darah di masukkan untuk Ba.

- 2 hari kemudiannya, kami dipanggil oleh Doktor Leong. Hasil dari colonoscopy tersebut, yang mana videonya kami tonton bersama-sama, doktor mengesahkan bahawa dia menjumpai banyak pseudo-polyps di dalam usus besar Ba. Polyps adalah biji2 yang tumbuh di dalam dinding dalam usus besar tersebut. Dan yang memilukan kami ialah apabila kami melihat sendiri darah mengalir dari setiap permukaan usus itu. Mengalir sentiasa. Sedihnya kami. Mesti Ba sangat sakit.

- Doktor C.K. Leong mengesahkan bahawa Ba mengalami Ulcerative Colitis (UC).

- Kami lega sedikit kerana ia bukannya kanser. Dan doktor kata ianya boleh dipulihkan dengan antibiotics. Alhamdulillah. Lega kami mendengarnya. Namun, rupa2nya, UC bukan setakat antibiotics sahaja.

- Ba di rawat selama 2 minggu di Pantai Hospital. Daripada di Recovery Room, Ba di pindahkan ke wad biasa selepas beberapa hari. Lega kami bila lihat Ba ceria dan nampak lebih kuat. Ba dah boleh makan, dah boleh berjalan2 dan nampak bersemangat semula. Kos perubatan yang sangat tinggi di situ, kami rasa berbaloi masa tu.


Tompok ulcer yang sedikit...Ada 2 tompok yang jelas

Ini ulcer yang serius. Ulcer Ba memenuhi segenap permukaan, berlapis2 dan mengalir darah dari dinding2 tersebut. 





Ogos 2013
- Kos keseluruhan selepas 2 minggu di Pantai Hospital adalah RM37,000. Ubat sahaja mencecah kos lebih kurang RM29,000. Memang ubat2nya sangat mahal kerana UC bukanlah penyakit yang biasa. Kebiasaanya, UC di hidapi oleh penduduk Barat dan sangat sedikit jumlah pesakit UC di Malaysia.

- Ba dibenarkan pulang beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Cirit biritnya masih belum berhenti, namum ianya berkurangan. Darah dalam najis masih ada, namun sudah jauh beza dengan yang dulu. Ia seperti sisa2 sahaja.

- Follow up di Hospital Melaka tak dapat Ba pergi kerana masih di Hospital Pantai. Tapi, Mami pergi dengan diberikan surat dari Doktor Leong. Keputusan hispatology Hospital Melaka adalah sama dengan diagnos Doktor Leong.



September 2013 :
- Setelah beberapa minggu di rumah, cirit birit Ba kembali teruk. Dan kali ini, Ba juga semakin kembali lemah seperti dulu. Tetapi, masih boleh berjalan, memandu dan sebagainya.

- Menghadiri follow up appointment di Hospital Melaka, Ba di tahan semula di wad. Kali ini, Ba di rawat oleh Dr Hanizam, doktor pakar abdomen. Segala prestasi Ba, ubat-ubatan dan segala rawatan di pantau dengan teliti. Of course lah ada houseman, ada doktor biasa dan sebagainya, tetapi, sedikit kesilapan dari mereka, kenalah tadah telinga menerima komen dari Dr Hanizam.

- Pihak hospital telah kehabisan ikhtiar untuk merawat Ba. Mereka telah jalankan segala2nya, segala antibiotics dan prednisolone telah di beri. Namun, tiada respon dengan UC Ba. Jalan terakhir ialah dengan memberikan sejenis ubat import yang sangat mahal. Ianya tidak ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Maaf, kita tak tahu apa nama ubat tu, tapi kosnya adalah RM7,500 untuk satu dos. Dan ubat tu harus diberikan untuk 8 peringkat. Satu dos untuk satu peringkat. Setiap dos harus diselang dengan 2 minggu period. Kos keseluruhan ialah RM60,000. Oleh kerana Ba ialah seorang bekas pegawai polis, kakitangan kerajaan, maka pihak hospital telah pun membantu kami memohon bantuan daripada JPA. Dalam tempoh seminggu, permohonan di luluskan.

- Ba menerima dos pertama beberapa hari kemudian dan disuruh pulang ke rumah untuk berehat dan juga untuk memberi masa agar UC Ba dapat memberi respon dengan ubat tersebut. Pihak hospital memberikan tarikh untuk Ba kembali dimasukkan ke wad untuk dos yang ke dua.

- Tapi, tak sempat tunggu tarikh itu, Ba kembali dimasukkan ke hospital. Ba sudah sangat lemah di rumah dan terpaksa di papah untuk ke bilik air atau ke dapur. Bedridden di rumah. Keadaannya memaksa kami untuk kembali ke hospital pada 27hb September 2013.



Ada perjalanan dan cerita yang panjang lagi selepas itu. Kita rasa eloklah kita sambung ke bahagian kedua nanti. Terlalu panjang dan terlalu banyak untuk pembaca semua nak digest apa yang kita tulis di sini. Tapi, bahagian kedua ini adalah bahagian yang paling kritikal. Nanti lah. Cuba fahami dulu initial dan second stage ni dulu yer....










.



Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

17 thoughts..

JunAina berkata...

Elok juga berkongsi pengalaman di sini sekurang2nya memberi ilmu kepada yang tidak mengetahui sakit seperti ini.

lieyalatif berkata...

ya Allah kak...lieya bace dlm keadaan bedebar2.... siannye sgt....takut pun ye jugak....moga2 pakcik sembuh seperti sediakala....dah segala rawatan berjalan lancar......

Izwa Kamaruddin berkata...

Ya Allah kak..berdebar izwa baca kak..

Unknown berkata...

Allah kak... tabahnya Ba.. tak sabar nk baca bahagian dua..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

betapa berharganya kesihatan, kan Ziela.. namun takdir Allah tiada siapa mampu menidakkannya.. semoga yang baik2 sahaja utk ba.. salam utk keluarga Ziela..

Dr K berkata...

Ohh..UC rupa rupanya..mmg jarang sangat jumpa kes di malaysia/SEA..

Saya tunggu next entry..

Aziela berkata...

@JunAina Itulah niat saya berblogging. Untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan.

Aziela berkata...

@lieyalatif Lieya yang baca. Kami yang mengalami, macam nak pecah dada rasanya dik. Thank you atas doa Lieya yer.

Aziela berkata...

@:: Mrs.Eady :: Memang mendebarkan Izwa.

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Yeap, dia tabah. Nanti esok sambungannya.

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Kami redha menerima kak. Terima kasih

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Saya baru nak tinggalkan mesej kat blog Doc, nak inform pasal entry nie. Esok saya sambung. Maaf kalau ada terms yang saya guna tak tepat dan salah.

NzA berkata...

Moga ba cpt sembuh. Syukur alhamdulillah krn kita dijadikn seorg menantu yg menyayangi mrk. fil/mil adalh ibu bapa kita smpai ke akhir hayat. Akak pn jaga fil kt icu masa tgh sarat mengandungkn farouk. 1 bln arwah di icu, akhirnya meninggal. Akak yg plg over menangis n brsedih.

Kakzakie Purvit berkata...

Rasa tertekan nak bernafas baca N3 ini Ziela... besar sungguh ujian utk FIL Ziela.

Kakak tunggu next N3

Aziela berkata...

@NzA Alhamdulillah kak. Kasih sayang ini adalah salah satu daripada rahmat Allah kepada kita semua.

Aziela berkata...

@Kakzakie Syukurlah Ba tu kuat orangnya, kak.

Unknown berkata...

Saya pon pengidap UC