Jumaat, 15 November 2013

Selamat Datang, Mohd Danish Hafiy

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, dah hampir 2 bulan umurnya. Opss...jangan salah sangka. Bukan 'produk' kita yer....hehehehe. Ini anak buah baru. Anak Ida, adik kita yang berkahwin Nov tahun lepas tu. Siksanya Ida nak melahirkan dia. Puas teran, tak boleh keluar juga. Last2 czer. 4.1kg beratnya. Besar...

Alhamdulillah, sihat dia sehingga hari ini. Syukur.




Di atas rasa kesyukuran itu, sebuah majlis kesyukuran, aqiqah dan cukur jambul telah dijalankan pada hari Sabtu yang lepas. Kali ni kenduri siang. Mak nak buat ringkas. Pagi, baca doa selamat. Lepas tu marhabban dari rakan2 mak. Kemudian terus jamuan makan. Maka, jam 11.30 pagi dah lunch. Cepat2 kami suami isteri bergerak ke Melaka pula untuk tengok Ba di hospital.




Kari kambing dah siap bungkus untuk 'berkat'. Berkat ialah lauk2 untuk tetamu bawa pulang. 

Sambal tumis sotong dan ikan bilis.


Kita terlalu sibuk sampai tak sempat nak snap gambar makanan. Setiap kali kenduri, memang tak pernah dapat ambil gambar makanan sebab sibuk. Adam tak berapa minat klik2 nie. Suruh ambil gambar food untuk blog pun dia tak nak tolong. Kalau hubby ada masa jer, dia tolong klik2 sikit.

Menu biasa. Nasi minyak, kari kambing, ayam panggang, sambal tumis sotong kembang dan sayur kobis masak lemak putih. Pagi tu sarapan dengan pulut kuning, sambal tumis ikan bilis dan kuih muih.



Orang lain yang ber'anak' baru, kami sekeluarga yang sibuk shopping barang baby. Konon nak beli sikit sekadar hamper baby, tapi dek seronoknya memilih, last2 hamper tu jadi setinggi kita sendiri berdiri. Tak larat nak angkat sampai promoter tu kena hantarkan hamper ke kereta. Tolak pakai trolley. Nasib baik boleh sumbat dalam kereta.

Semoga Danish Hafiy membesar sihat dan menjadi seorang khalifah yang cemerlang. Amiin.

.

9 thoughts..:

asyifa mustaffa berkata...

Teruja benarnya tu kak....itu yg bnyk brangnya....tahniah dpt anak buah....anak akak juga...:-)

lieyalatif berkata...

4 kilo kak?...subhanallah..semangat...bestnye...sedap pegang kan...kalo baby keluar kecik mcm takut2 nak pegang heheeheheh.....

Kakzakie berkata...

Dalam pada terkejar-kejar Ba yg tak sihat anak buah baru pun kena raikan juga Ziela.. tahniah dari kakak dapat anak buah baru.

t.a.t.a berkata...

kat tempat saya pun masih ada berkat-berkat ni kalau majlis aqiqah. orang Jawa panggil bontrot. bukan salah eja ya, tapi memang itu bunyi nya.

aizamia3 berkata...

saya pun teruja.. + geram tengok baju baby lawa2.. ;)

Rai Ourkizuna berkata...

tahniah pada akak sekeluarga.. boleh tahan tu..saya yg nak meneran tak sampai 3kilo pun puas..hahaha..

semoga hafiy membesar jadi anak yang soleh..

Ain Noraini berkata...

besarnya 4kilo, mesti geram tengok bb tu kann..

tahniah bertambah lagi bilangan ahli keluarga...

IndaMarya berkata...

Aziela saya bakal mndapat cucu baru tak lama lagi.mnta2 minggu ni sebab sek dah cuti..he he

Azham Vsvc berkata...

Hehe....Adam dapat kawan baru la kali ni hehe.....

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink