Catatan ini adalah untuk kita meluahkan apa yang terbuku di hati untuk rekod dan kenangan kita di masa hadapan, Insya Allah.
Ahad, sebelum kita gerak ke PD untuk hantar Adam dan untuk kerja esoknya, kita menyelinap masuk ICU. Masa tu dah habis waktu melawat, tapi pujuk guard untuk benarkan kita spend masa 5 minit kat situ. Hanya berdua dengan Adam sebab hubby cari parking.
Masa ni, Ba buka mata sekejap. Matanya berair. Tak pastilah sebab dah terlalu lama tidur, atau pun Ba sebenarnya sedang pilu dan sedih. Kita beri ucapan salam pada dia, pujuk dia untuk bersabar dan terus bacakan surah Yasin. Ba hanya pandang kita tanpa berkelip dan akhirnya menutup mata untuk tidur apabila kita tiba di pertengahan surah.
Hati berat untuk pergi dari Ba. Tapi, memang dah tak boleh cuti. So, kita kuatkan jiwa. Serahkan pada Allah. Kalau ada rezeki kita, ada lah...
Hubby pun, patut balik Kuantan dan kerja Isnin tu, tak sedap hati. Dia sambung lagi cuti untuk seminggu dan pulang ke Melaka untuk bersama2 dengan Mommy.
Isnin dan Selasa, kita siapkan kerja semaksimum yang boleh. Takut2 kalau tiba2 kena bercuti. Memang betul firasat kita rupanya.
Selasa, lepas habis waktu kerja, KL hujan lebat. Trafik sesak di KL. Minda dah terbayang rumah mak di PD. Rasa nak berehat cukup2 dengan mak untuk recharge energy. Terus pusing stereng dan masuk tol.
Malam tu, kita masuk tidur awal selepas melayan Adam makan.
Pukul 2.00 pagi, hubby call kita.
" Ma, hospital baru call. Ba kritikal..."
Belum sempat hubby habiskan ayatnya, kita dah meloncat dari katil. Terus cuci muka lebih kurang dan segera bergerak ke Melaka. Kita suruh Adam tidur dulu dalam perjalanan. Dalam pada memandu, barulah otak dapat berfikir dan merencana. 2 jam atas jalan raya, kita tenangkan diri dan cuba rasionalkan minda. Beberapa kilometer sebelum hospital, singgah di stesyen minyak. Mandi dan tukar baju kurung. Adam pun sama. Syukurlah memang sentiasa ada baju spare dalam bonet kereta untuk waktu2 kecemasan. Kami harus bersedia. Sekiranya Ba pergi, dah tak ada masa nak layan diri.
Tiba di ICU dalam jam 4.00 pagi. Mommy, hubby dan Firdaus dah ada di situ. Kami tiba bersama2 dengan Along, abang ipar.
15 minit kemudian, pulse, oxygen dan bp dah tiba ke tahap kecemasan. Kami disuruh keluar dan team untuk emergency masuk. Doktor tanya, nak buat CPR tak? Hubby suruh doktor proceed.
Kami dah berjuraian dengan air mata di luar bilik Ba. Bincang2 lagi tentang CPR. Doktor keluar lagi dan tanya nak teruskan CPR tak? Kalau teruskan pun, mereka hanya dapat sambung heart beat saja, tapi tak tahu berapa lama boleh bertahan. Pneumonia yang kritikal, dah effect pada jantung dan kidney dah jammed. So, kami bersetuju untuk hentikan CPR. Tak sanggup tengok Ba terhenyak lagi dengan proses CPR. Biarlah dia pergi dengan aman. Kalau dah tiba waktunya, siapa kita untuk menahan kuasa Allah. Yang penting, redhakanlah.
Emergency team mula keluar dan memberi ruang kepada kami. Kami iring Ba dengan kalimah syahadah. Ba melepaskan nafas terakhir dengan tenang seolah2 tidur lena. Namun, heartbeat masih ada, kesan ubat dari CPR tadi. Setengah jam kemudian, doktor announce waktu kematian dan mereka mula mencabut segala wayar. Cause : Pneumonia and multiple organ failure.
Kita tunggu mereka sehingga mereka balut Ba dengan kain. Kami dah bincang untuk uruskan jenazah di rumah saja.
Ba di bawa keluar dari ICU dan kami ikut ke bilik mayat. Van jenazah tiba tak lama kemudian.
Jenazah tiba di rumah pada jam 7.30 pagi. Yang berbaju kuning, jeans biru ialah Pakcik Abas. Beliau adalah jiran terdekat kami dan menguruskan segala urusan jenazah bersama kariah kawasan sehingga selesai. Tak termampu kami nak balas jasanya. Hanya Allah sajalah kami berserah untuk membalas budinya.
Mandikan Ba di rumah. Solatkan juga di rumah. Alhamdulillah, ramai yang hadir sehingga tak muat rumah menampung tetamu. Syukur Ya Allah. Setiap ahli keluarga yang tiba, yang datang memeluk kita, pasti disertai dengan tangisan. Maaf, memang kita tak mampu menahan perasaan.
Adam dan Firdaus sibuk membantu apa yang patut ke sana sini dalam juraian air mata. Tempat mandi jenazah Ba, mereka ambil dari surau, pulangkan semula ke surau, sampai tak sempat nak cium atok mereka untuk kali terakhir. Marah betul hubby kerana ada yang memandai2 paksa cucu jenazah ke sana sini walhal tempat mereka di sisi jenazah untuk kali terakhir.
Adam, Firdaus dan Mommy ikut sekali Ba dalam van jenazah. Adam kata, dalam van tu bau wangi jer mama... Alhamdulillah.
Adam, hubby dan Firdaus menghantar Ba ke rumah terakhirnya.... Alhamdulillah
Disebabkan Adam dan Firdaus tak sempat cium atoknya, maka mereka bukakan kapan Ba untuk Adam cium sebelum disemadikan. Waktu ini, semua yang melihat dah mengalirkan air mata. Ciuman terakhir daripada cucu sulong Ba. Adam ialah cucu sulong ke-dua2 belah pihak. Adam kata, masa cium atok, atok wangi sangat dan atok senyum pada Adam. Subhanallah Adam....
Sehingga semua orang beredar, Adam tetap di situ. Matanya merah, mukanya basah dengan air mata.
Alhamdulillah, segala urusan selesai dengan mudah. Sebelum Zohor, dah selamat segala urusan.
Syukurlah semasa Ba masih sedar sebelum masuk ICU, kita dah berkali2 berterima kasih dan memohon ampun dari Ba.
Ba, ampunkan semua salah silap saya. Halalkan makan minum saya. Terima kasih kerana sejak saya jadi menantu Ba, Ba layan saya sama seperti anak sendiri. Terima kasih kerana menjadi bapa saya. Semoga segala yang saya lakukan untuk Ba, diterima Allah s.w.t.
Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Ba.
.
14 thoughts..
semoga Ba tenang di sana.. takziah buat akak sekeluarga..
DariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali..
Moga Ba tenang di sana dan moga akak dan keluarga kuat menerima ujianNYA ini.
Sabar ye kak.. kuatkan semangat.
Assalamualaikum aziela...semuga roh nya ditempatkan dikalangan mereka yg beriman...sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati...semua makhluk yg bernyawa di muka bumi ini akan melaluinya...Al-Fatihah...
AlFatihah....moga arwah tenang di sana....
Harap akak sekuarga tabah menhadapinya...takziah...
Takziah kak. Al fatihah.
Al- Fatihah!
luahan hati menantu yg baik.moga yr life in future pun di rahmati macam yg u selalu doakan..amin.
Alfatihah dan takziah untuk akak sekeluarga.
Kak Aziela....baru je sempat blog walking hari ini...dan baru sahaja tahu pasal pemergiaan bapa mentua akak....semoga tabah menghadapi dugaan yea akak dan keluarga...
Al-Fatihah...
al fatihah...
al fatihah....
al fatihah.....
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman ...
Sedih baca, bergenang airmata ... Abah sy pun tgh tak sihat, ari tu mildstrok ...
salam takziah dari aby ..
maaf lambat buat relpy ..
firman Allah swt ..
kul lu nafsin za ie kho tul mauut ..
Tiap2 yg bernyawa akan merasai mati ..
kita semua menuju arah yg sama ..
cuma Ba mencapai gerabak tu lebih awal dari kita ..
sampai masa kita pun akan menaiki gerabak tu juga ..
semoga ba ditempatkan bersama sama roh yg soleh ..
sebagai seorang pembaca yang sering membaca kisah Ba sejak Ba sihat, akak tetap rasa Ba dekat di hati walaupun tidak pernah bertemu..
Al-Fatihah... semoga rohnya tenang di sana, Aamiiiinnn.
takziah kak...maaf saya baru tau.. al fatihah buat arwah Ba..
Catat Ulasan