Ini adalah memang...definitely entry tertunggak.
Trip ke Kuching nie adalah sebelum hubby kena sengat ikan, sebelum Raya Haji, sebelum Ba masuk ICU.
Trip syarikat. Meeting. Actually brainstorming. So, untuk konsentrasi, kena bawa delegates sejauh mungkin daripada opis dan family agar mereka tak boleh escape dari setiap session. Ha, pandai tak management? Tapi kunun katanya sekali dengan nak rilek2 minda. Ha...tak ada maknanya der...
Ada 2 entry. Entry ini adalah kesimpulan keseluruhan dan satu lagi, khas nak cerita pasal makan2.
Trip bermula pada hari Ahad pagi. Yer, Ahad itu kami bekerja. Flight pukul 8.00 pagi guna MAS. So, pukul 6.30 pagi semua orang dah ada di airport. Kami kemudiannya tiba di Kuching pada jam 11.00 pagi. Rombongan kami ada 11 orang semuanya. Dapat van kecik, sampai terpaksa berpangku sebilangannya sebab akauntan kedekut tak nak tambah kereta. Dia sanggup memangku orang lain...hahahaha.
Tiba di hotel, tak boleh check in lagi. Oh, waktu check-in ialah jam 3.00 petang, tapi mereka dah janji boleh beri kami check-in awal. Tu yang confident ke hotel terus.
Lupa pula...kami stay di Grand Margherita Hotel.
Tengah hari sikit, group Chairman kami pula sampai. Aduhh..kelam kabut kita menguruskan bilik Datuk and family. Datuk pula tu memang garang yang amat. Kelam kabut kita attend komplen daripada beliau. Sejam kemudian baru settle bila Datuk dah betul2 puas hati. Phewww
Bilik dapat kat kami one by one. Bila ada kosong, dapatlahh 2 orang masuk. Yang lain tunggu laa. Bila tengah hari, kami pergi ke shopping kompleks yang kecil yang bersambung dengan hotel tu. Wah, senang betul la stay kat Grand Mergherita nie. Lepas makan, kita lari ke tingkat atas sekejap. Nak beli kasut. Tau tak, pergi Kuching tu kita pakai kasut sukan Adam sebab kasut kita tertinggal di Melaka. Nasib baik muat2 jer kaki.
.
Pergi toilet jap, terus ke kedai kasut sebelah toilet tu. So, sempat capai kasut sepasang...janji boleh muat pakai. Lepas beli kasut, pergi beli top up kat booth situ. Bila raba poket nak keluarkan phone, aik...phone dah tekder. Aduhh...masalah nie. Kelam kabut menyusur semula segala jalan dan tempat yang kita pergi...x jumpa juga. Mungkin dah tercicir dan orang lain dah jumpa sebab sebelum lunch tu, phone masih dalam tangan kita lagi.
So, tak adalah gambar lunch untuk di kongsi sebab masa tu guna kamera telefon.
Pukul 4.00 petang baru kita dapat check-in. HR dapat bilik last. Tak apalah.
Masukk jer bilik, terus punggah beg dulu. Manalah tahu, kot2 terselit ke...kita tak perasan kita campak masuk beg ke... Tapi memang takder.... :(
Ini twin bed. Katilnya adalah super single. Kalau setakat dengan anak, boleh sangat nak share katil.
Dari bilik kami, boleh nampak sungai Sarawak. Boleh nampak swimming pool. Memang best sangat2. Oh, tips untuk yang nak bilik menghadap sungai di Grand Margherita ni, bilik katil 2 biji jer menghadap sungai. Kalau katil King, memangggg menghadap jalan raya yer...
Bangunan hotel Grand Margheritta
Kita lepas tu terus check bilik mesyuarat. Berbincang serba sedikit dengan managernya. Meeting mula esok paginya.
Petang tu, ada yang suggest nak pergi jalan2. Konon depa nak naik river cruise tapi nampak macam dah hujan, so ada yang suggest nengok movie. Tapi kita tak join. Tunggu dalam bilik jer. First, tunggu hubby return call dalam hotel room sebab handphone dah hilang. Kita nak inform nombor2 phone yang boleh di hubungi. Second, kita kena berehat. Dah penat kehulu kehilir uruskan hotel dan segala macam. Cari fon hilang lagi. So, kena rehat secukupnya. Ini bukan trip holiday...ini trip kerja. Kenalah well prepared untuk jalankan tanggungjawab. Anyway, rupa2nya diorang jadi juga naik river cruise sebab hujan dah mula berhenti. Tapi kita tak ralat pun sebab kepala dok runsing handphone hilang.
Malamnya, kami dinner di tempat seafood yang femes. Top Spot. Walking distance dari hotel. Saangat convenient. Tiap2 malam (2 malam jer pun), makan seafood. Jalan kaki jer...
Ada yang happy, ada yang dah kebuluran
Semuanya happy. Akauntan kami, dua dari kanan senyum dalam runsing. Berapalahhhh nak kena bayar agaknya malam nie...
Meeting dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan doa. Ha... patriotik sungguh kan.
Lepas tu sambung lagu 'Kau Boleh!' Lemau jer kan...
Datuk Chairman kami, dalam garang2 tu pun, sporting jer.
Presentation. Nak pecah kepala kami buat persediaan. Aduhaiiiii
Khusyuk jer.
Lunch, dan semua break di hidangkan untuk kami saja. Memang sangattttt best semua foodnya. Yummmy!!
Petang tu, rupa2nya Datuk Chairman tanya kenapa tak inform dia pasal naik cruise semalamnya. Sudah.... Takkan nak naik 2 kali kan. Sorang RM35 tuuu. Aik...tetiba kitalah yang kena bawa dan entertain sebab semalam kita tak pergi. Aduhaiii,.....sangat2 takut sebab kita memang sangat tak biasa dengan beliau.
Selepas meeting, berlari laju2 sampai cramp betis sebab nak kejar cruise. Burn calorie banyak okehhh. Tapi, berjaya juga lah.
Dah duduk dalam cruise selama sejam setengah dengan pemandangan yang sangat best, dihidangkan dengan air oren dan kek lapis yang sedap2, barulah kita kenal Datuk Chairman macam mana. Memang sangat kebapaan. Tegas ada tempatnya. Bergurau ada tempatnya. And he is sooo romantic and so loving. Datin diberi perhatian yang tak berbelah bahagi. Cuma, leher kita crampa sebelah sebab konon nak bersopan, duk diam2 sambil pandang ke luar cruise selama sejam setengah. Ish...siksa akak dek oiii.
Malamnya, makan seafood lagi. Lepas makan, sambung meeting sampai pukul 2.00 pagi. Aduhai...
Meeting sampai 2.00 pagi sebab esoknya pagi2 nak pergi shopping. Ala, setakat shopping ikan terubuk masin dan kek lapis jer. Cenderamata pun shopping kat River Front tu jer tapi kita tak join sebab ada banyak perkara nak di uruskan dengan hotel. So, tak adalah cenderamata.
Memang niat kita ke sana untuk meeting dan survey saja. Insya Allah ada rezeki nanti baru pergi dengan family pula. Baru boleh sight seeing and shopping kan.
Cerita pasal makan, hari lain lah yer....
.
21 thoughts..
topspot tu mmg best.. kalau musim cuti ni mmg penuh la.. kena reserve tempat dulu.. hihi
yah ampun.. dikira kuching apaan :D
happy blogging kak :) .
akak apakabar .. :) .
betul kak.. bila kita tak bekerja secara direct dengan big boss memang kita takkan tahu sifat tersembunyi beliau kan.. ;)
best nyer kuching...mmg dalam list nak pegi nanti..
so confirm tipon tu hilang?
hahahahhaa...star utama cerita ini ialah AKAUNTAN tu...sanggup pangku orang..wakakakaka...kenapa tak mintak Datuk Chairman belanja makan malam kat rest seafood tu?:P
Menarik juga view sungai tu dari hotel ...boleh la saya consider hotel ni kalau ke Kucing...mmg tak pernah umur pun ke Sabah Sarawak! :)
Kakak gelihati bila Ziela kata cramp leher sebab selama dlm cruise tu pandang luar tak mahu tengok Datinlah ye... ala Ziela apa salah berbuallah dgn Datin tu. Buat tak tahu aje:)
Habis hp yg hilang tu betul-betul lesaplah ye. Kesiannya..
banyak org beli kek lapis masa ke sana, cuma saya tk brapa suka kek..jadi shopping cnderamata saja la..
fuhh mmg letih kalo jadi urusetia kan kak....lagi kesihan sbb henpon akak ilang...kat mane la tu tercicirnye kan kak...dah tu akak dah beli baru la ni yeak.....
tu le kan kak, kalokite tak kenal bos kite mesti kite ingat die garang...tapi bile dpt peluang mcm tu baru laa tau die caring sebenarnye...bos2 mmg kene ade sifat garang n tegas kak so anak buah tak le lebih2 manjenye heheheeheh
Akak boleh bayangkan mcmmn Ziela berhadapan dgn Datuk, bos pulak tu. Biasanya kalu kita kenal orang tu sbgi bos, tapi bos org lain kita tak brp takut. Tapi sebab bos sndiri, mmg agak seriaulah & kena maintain sopan, hahaha.
Akak pnah makan kat Top Spot tu, tapi Kuching bandar mati. malam minggu pun sunyi sepi...
saya dah pergi dgn family.. kuching memang terbaik kak!
@Aefa Aerisya Maksudnya, kalau nak pergi time cuti sekolah, memang kena berperanglah kat situ yer...
@miztia-respect Nama bandar sebenarnya Dik Tia. Kabare Tia?
@aizamia3 Sifat kat opis and kat luar pun sangat berbeza kan.
@:: Mrs.Eady :: Akak pun nak pergi lagi. Tepon memang confirm hilang...hehehehe
@Daddy Ziyyad Dia memang star dalam setia detik kami di sana..hahahahaha. Datuk chairman nak belanja? Opss...hehehehehe
@Kakzakie Segan nak join conversation mereka kak. Sekali sekala bila Datin tanya, saya jawablah serba sedikit.
@IndaMarya Sama... Saya pun tak berapa suka kek. Kita kan taste kampung kan IM.
@lieyalatif henpon, hubby dah belikan baru. Still rindu fon yang dulu. Memang penat jadi urusetia nie.
@Seri Kandi Tanah Jauhar Ha...betul kak...bila malam, sunyi sepi sikit lah...
@Rozita Best kan....
Catat Ulasan