Jumaat dah ni.... Minggu depan dah mula dah sekolah kan.... So, kalaulah ada sesiapa yang dah last2 minute nak jalan2 ke Melaka, boleh la kalau nak try lepak kat Ujung Pasir nie.
Lokasi kedai ni, sama dengan lokasi kedai mee rebus/ mee kahwin/ mee rojak yang femes tu.
Makanya, kalau datang sini sekeluarga, ada pula yang tak suka nak makan mee atau rojak, bolehla cuba ketupat atau nasi lemak pula.
Ketupat ni, di makan dengan lauk pauknya tersendiri. Yang paling utama ialah serunding kelapa yang warna kuning tu berserta kuah kacang. Sedapp... Anak2 kecik pun boleh makan. Tak pedas. Selain daripada tu, kita bolehlah request nak tambah apa2 lauk lagi. Lauk2 lain ialah lauk untuk nasi lemak sebenarnya. Jadi, kalau nak tambah, boleh tambah telur goreng, teklur dadar, ayam goreng, sambal sotong, sambal kerang dan sebagainya.
Warungnya kecil jer. Macam nie lah... Jenis yang tolak ada roda tu. Tapi, penduduk Melaka yang rakyat marhaen nie, memang suka makan2 macam ni. Uncles yang main dam pun suka tau makan ketupat ni. And foremost, arwah Ba pun suka sangat....
Oh, gambar hidangan tak ada. Terlupa nak snap. Sebab tu lah gambar ni kita peram berbulan2 sebab konon ada masa nanti nak pergi ambik gambar dish. Tapi, betul2 belum ada kesempatan. So, daripada basi dalam folder, baiklah kita sharekan apa yang ada. Kalau next time ada gambar hidangannya, kita tepeklah kat sini yer....
.
20 thoughts..
kak,
your post really makes me want to eat ketupat already..hahaha..
Unik betul gerai ni. Sekarang orang nak makan ketupat dah tak payah nak tunggu hari raya lagi dah. Hehe
serunding kelapa warna kuning...suatu masa dulu ia menu wajib tiap kali hari raya kat kg saya.
Bila nampak ketupat ingat macam Raya pulak Ziela:)
kedai adik ipar saya pun ada menu yang pelbagai di ujung pasir jugak....tapi gerai femes nie berhampiran dengan Taman Melayu kalau tak silap....
Salam.. Hi Kak Aziela, apa khabar? Kalau hari tu akak terliur dengan papadom kat blog Nur, now Nur pula terliur dengan ketupat tu.. Sedapnya... :)
yang penting makanan yg dijual tu sedapkan aziela....
Raya tak raya ke sekarang ni ketupat dah biasa sangat jumpa. Semalam pun Opah BG bagi ketupat nasi dengan ketupat pulut. Makan dengan kari daging dan serunding.
NAMPAK SEDAPNYE KAK...KENA PI CARI NIE....
@Rai Ourkizuna Let's eat ketupat
@Nurzakiah Hanum sedaaap
@Sylarius Yusof betullll
@Ujie jarang dapat serunding kelapa kuning ni kan...
@Kakzakie ketupat dia special, kan....
@Sukma Haron kedai yg mana satu yer kak....
@Nur-nba sedapp nur...
@NzA yer kak...sedap...
@t.a.t.a wah...tata raya tiap2 hari....
@Cik Puan Rann awak kan masih honeymoon lagi...bolehla cari nnt yer....
ketupat, nostalgia sangat!!!
Catat Ulasan