Khamis, 20 Mac 2014

Seketika di Johor Bahru

Assalamualaikum.....


Pertama sekali, kita nak ucapkan terima kasih kepada rakan2 yang memberikan cadangan tentang tempat2 makan yang menarik dan tempat2 menarik di Johor Bahru.

Angan2 setinggi gunung nak explore JB, tapi apakan daya masa sangat terbatas. Sepatutnya kami ke sana hari Sabtu, tapi disebabkan ada beberapa urusan di PD dan Melaka, maka kami bertolak ke JB pada pagi hari Ahad. Sedihnya kita...tapi nak buat macam mana kan... Lagipun, dah letih sangat. Konon2 kami suami isteri rancang nak redah juga Sabtu malam. Kita dah seronok, sebab mungkin sempat nak round bazar karat. Bila dah malam, baru sedar diri keupayaan dah terbatas. Usia dah meningkat, macam nie lah....

So, pagi tu kami gerak dari Melaka seawal jam 7.00 pagi. Dalam pada berkira2 nak sarapan di mana, kami putuskan untuk bersarapan di Muar. Gigih menahan lapar. Tiba di Muar, kami makan di sebuah restoran berhadapan dengan stesyen bas. Alhamdulillah, dapat juga bersarapan sate seperti mana yang Dr. Zoul cerita dalam entry INI. Tak berapa kebabom, tapi dah tertunailah hajat. Next time boleh try kedai lain pula... Kami makan sate, soto dan lontong. Makanan orang Johor kan....

Kami tak order mee rebus sebab dah target nak makan mee rebus kat Larkin. Sementelah tidak mengejar apa2, kami santai2 dalam perjalanan. Tak masuk highway langsung. Semua ikut jalan dalam, belasah ikut signboard. Dalam hati, kita sangat berharap dapat lalu di Larkin.

Tapi, dah pukul 12.00 tengah hari, masih tak jumpa Larkin. Sedihnyaaa. Kacang pool tak dapat juga, mee rebus sedap tak dapat juga.... uwaaaa!!!!! Dalam pada sedih2, eh, dah sampai Kulai Jaya. Ooo..rupa2nya hubby kena kerja di Senai. Senai rupanya sebelah Kulai jer. Confirm tak jumpa Larkin...uwaaaa!!!!

Check in agak awal ke hotel. Kita akan review hotel kemudian nanti yer. Lepas solat zohor dan berehat, baru keluar semula untuk cari lunch. Maka teruslah menuju ke Danga Bay. Nak juga makan sup ekor goreng. Alhamdulillah, tertunai hasrat. Pun, ada entry khas. Selesai late lunch dalam pukul 3.30 petang.

Lepas makan, hubby ada urusan di bank dan tabung haji. Hari Ahad, bank tak buka, tabung haji buka. Yeayyy! Berpusing2 juga la kami. Maklumlahhh, orang luar kan. Lepas selesai urusan, kami teringin nak rasa mee rebus tulang yang macam Dr. Faiz pergi tu. Entry dia yang kat SINI tu... Tapi kan ke baru lepas lunch kan. Lunch pun heavy pula tu. Makanya perut memang kenyang sangat2. So, dengan sedihnya terpaksa skip mee rebus tu juga. Waaa...sedih. Dahlah mee rebus Larkin terlepas, mee rebus ZZ pun lepas. Sedih...sedih...

Tak sempat langsung nak singgah di tempat2 yang dicadangkan oleh Kakak Zakie, oleh Kak Sari, oleh Ain, oleh Luddin dan oleh Amelia. Lagilah menambahkan sedih. Senibong memang tak lah kan...dah duk Senai. Jauh la pula...

Anyway, petang tu, dalam perjalanan pulang ke Senai, hubby nampak JPO. Dia tanya nak pergi tak? Wahh...mestilah nakkkk.Walaupun tak ada apa nak shopping, tapi pergi tengok2 dulu lah apa yang ada. Maklumlah, kami tak setaraf nak membeli belah kat situ. Tapi, bila masuk situ, wah, ada kasut hubby la. Cantik2, hensem2. Hubby pula tak nak beli. Sedih kan. Eh, bukan kasut kita, tapi dah kita sangat berkenan. Takper, takper, ada alasan untuk datang lagi..yeayyy! At last walked away empty handed. Tapi syukurlah sebab poket masih kembung. Kalau shopping, sah2 poket kempissss! Ha, lagi satu, boleh pula terserempak dengan cousin hubby si Danny Pua kat situ. Sama2 dari Melaka, tapi jumpa kat JB, boleh? Hahahhaa. Bukan main seronok lagi kami..terpekik2 kat parking lot sebab terperanjat terjumpa kat situ. Baru teringat, bini Danny keje kat Johor daaa...hahahahaha Tapi lepas tu bawa diri masing2.


Lepas selesai di situ, terus balik hotel. Lepas Maghrib, kami dah terlepek. Nak pulun round JB, larat lagi kot, tapi takut hubby penat pula sebab esoknya dia kena kerja keras. So, better relax. Last2, kami dinner McD saja. Drive through lagi...bawa masuk bilik hotel. Nak cari Azlan seafood kat Kulai tu, hubby tak nak. Dia kata nanti sesat barat, susah. Waa...sedihnya. Semua yang kita suggest hubby tolak mentah2. Sedih..sedih...!

Esok pagi, lepas breakfast, kita hantar hubby ke kilang. Tengah hari check out hotel sorang2, lepas tu lunch di airport Senai dan lepak sampai hubby habis kerja. Selesai semua dalam pukul 6.00, terus gerak balik ke Kuantan. Takder stop mana2 untuk makan2 di JB pun sebab esoknya hubby kena kerja dah. Sedih....sedih....!

Ok...tu jer yang jadi. Luahan kesedihan sebab tak dapat makan mee rebus dan kacang phol tu. Rasanya memang tak ada rezekilah kita nak makan kacang phol di Larkin tu. Kalau pergi nanti, mesti hubby kutuk kaw2 cakap apa yang kita 'hadap'kan sangat. Ini gara2 terpengaruh dengan review bloggers la kan. Tapi kalau tak sedap, mesti tak ramai yang review kan. Well, terima hakikat, selera kita dengan hubby ada sesetengah tu berselisih. Maklumlah, manusia. So, kenalah masak sendiri. Kena selongkar dapur Cik Mat Gebu untuk ambik resipi.

Sedih kan...sedih kan...





.


20 thoughts..:

Nurzakiah Hanum berkata...

moning

Rai Ourkizuna berkata...

ala sedihnya kak..paham sangat bab selera berselisih tu..sedangkan adik beradik makan air tangan mak sama sama dari kecik pun boleh lain selera inikan pulak suami isteri.. haha..

takpe kak..insya allah ada rezeki lain kali datang johor boleh cuba pulak..

kulaijaya tu dekat dah dengan kampung mak saya..haha..tak habis2 promote kampung mak dia kan :P

t.a.t.a berkata...

Kak, punya la dari awal dok cerita pasal tempat makan cadangan blogger lain, gambar tak de pulak eh?

lieyalatif berkata...

setuju kak...pengaruh dari blog mmg kuat....lagi2 kalo direview seseorg tu siap dgn gambar yg menarik mmg tingin betul nak rase....

takpe kak, in sha Allah ade rezeki lain nanti...lieya org johor ni pun tak try lagi....ye la balik kg jek mak dah masak2 ..takdan nak cube makan kat situ heheeheheh

zouldahan berkata...

Dah sampai JPO kira oklah tu.

Nasib baik tak pergi cari Azlan Seafood.
Restoran tu dah roboh.
KTM ambik balik tanah utk buat rel keretapi baru.
Dia pindah ke tempat lain dah.

:: idzwa :: berkata...

insya allah ade masa lagi akak pegi ye..

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum Pagii Hanum sampai yer..

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Rai, lain kali akak nak makan di restoran Mak Rai..hehehehehe. Mesti best kan... Pecel oh pecel...

Aziela berkata...

@t.a.t.a Yang kat Muar tu belum layak di promot kot. Biasa2 jer...tak der 'news value' katanya. Yang lain2, akak story di lain entrylah dik..

Aziela berkata...

@lieyalatif Lieya, bila baca yang Lieya dah sah2 orang Johor pun tak try lagi, teruuuussss sejuk hati akak tau. Bagai disimbah embun pagi gitu...hehehehe

Aziela berkata...

@zouldahan JPO tulah satu pengubat duka lara saya, Doc. Bayangkan, AEON baru tu pun saya tak nampak bayang. Bumbung pun tak nakmpak, Doc. Huhuhuhu

Ishh...ada rahmat rupanya tak pergi malam tu. Syukurlah saya tak merajuk kaw2.

Aziela berkata...

@:: idzwa :: Thank you Izwa. Sejukkk hati akak sikit....

Daddy Ziyyad berkata...

Takpa...Insya Allah lain kalai ada rezekinya tu...tak jauh pun PD - JB tu..:) Yg penting next time, ikut highway PLUS terus..

Meh saya susunkan jadual makan2 utk next time punya trip:

- bfast/early lunch kacang pol @ Larkin

- petang2 sikit pekena mee rebus ZZ

-memalam gi pasar karat..lepas tu melepak kat dataran JB pekena yong tau fu luton van..

duduk hotel sekitar Danga Bay / dekat hospital JB ..semuanya dekat, dlm radius tak sampai pun 10 km...hihihihih

luddin berkata...

takpe kak...cuti sekolah boleh repeat....

tapi kulaijaya memang jauh dari pasir gudang..

Cho Zila berkata...

gituler perancangna kita tak sama dengan perancangan yang maha kuasa.. namun oklah dah banyak gak yang dapat dirasakan.. JB emang macam penuh ngan kedai makanan... sedap2 ..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

rasanya kalau sempat husband Ziela bawa jugak tu makan kacang pool, relax sister.. hope next time akk dapat bawa Ziela mkn kacang pool tu. Act kacang pool tu adalah makanan istimewa klu dtg JB, tmpat lain takde, kalu ada pun tak sama rasanya.. serius!

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Assalamualaikum Aziela,
Mmg pengaruh rakan2 bloggers ni kuat.
K.Sham pun selalu terjebak kut tgk org dok post gambar mkn yg mcm2 tu.

Btw, Daddy Ziyyad dah siap buat itinerary tu. Lain kali blh la try lagi..

aby berkata...

salam aziela ..
tk ada gamba mangan2 nya ke ..
tk ada gamba mangan mcm tk ada pembuka selera la ..

Sukma Haron berkata...

Waaaa...dah lama tak ke JB...

Tanpa Nama berkata...

Muar restaurant kim leng

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink