Rabu, 4 Jun 2014

Final Shopping Session dan Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu

Assalamualaikum.....

Pagi hari terakhir di KB bersama Mommy dan SIL, kami terus berkemas. Seawal jam 8.00 pagi kami dah selesai check-out dari hotel dan dah masuk kereta. Berhempas pula mengemas bonet kereta sebab banyak barang. Tapi, ok lagilah...ada space lagi kalau nak shopping lagi pun... Kiranya, taklah kami shopping till drop kat sini. Kira patut2 la.

Kami kemudiannya terus ke Pasar Siti Khadijah. SIL tak pernah jejak pasar nie. Dok dengar cerita orang jer, dia pun teringin nak datang. First, kami breakfast lebih kurang di food court dataran sebelah pasar tu. Makan seadanya saja. Portion makanan pun sikit2 jer. Nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang..semuanya bungkusan kecil2 jer. So, sesuai sangat untuk lapik perut. Kami pun memang tak nak makan banyak sangat sebab dah plan nak makan nasi ulam tu.

Lepas sarapan, kami melangkah dengan penuh semangat masuk ke pasar yang terkenal tu. Di pintu masuk, ada seorang makcik nie menjual ketupat palas. Belilah sikit. Beli yang biasa dan yang manis, takat 2 biji sorang untuk rasa2 jer.

Masuk2 jer, terus ke tingkat atas. Jalan2 tengok kain2 batik, tapi tak beli apa2 pun sebab bab kain baju nie semua kami dah borong merata2 sebelum ni kan. So, jalan kat atas tu sebab nak cari serunding daging la..hehehehe. Mantap kannnn. Seronok cari serunding dari berbagai2 gerai. Tapi basically lebih kurang jer rasanya. Semua sama sedap. Tapi kami beli juga dari beberapa peniaga. Sekilo sana, sekilo sini... Lepas tu, jalan2 jer la, cari jajan.

Bila dah tak ada apa2 lagi, kami jalan kaki balik semula ke kereta. Kereta dah siap2 parking dekat Pusat Kraf tu. Depan restoran nasi ulam terus...hahahahhaa. Jalan kaki santai2, masuk muzium, tengok2 barang kraftangan dan picca2 sana sini. Bila dah panas, dah letih, masukkan barang dalam kereta dan terus masuk restoran ulam. Jam pun dah mencecah 11.30 pagi. Disebabkan kami nak terus balik ke Melaka dan perjalanan memang masih jauh, so kami makan tengah hari terus la... Kami berdua jer yang pernah makan kat situ, so yang lain2 tu macam pelik apa yang istimewa sangat sebab bila tengok hidangan, lauk pauk tak banyak pun.


Dah nama pun nasi ulam, so menu utama mestilah ulam. Ikan dan ayam hanyalah side dishes jer. Basically, healthy foodlah kiranya kalau makan kat sini. Itu pun kalau nasi tak tambah berpinggan2.



Ini sajer hidangan kami. Ulam sampai 3 pinggan dan ayam kampung goreng  adalah sekor gamaknya. Kuah ke, gulai ke semuanya kami tak ambil. Konon2 nak makan back to basic lah. 



Yang menjadi tunjang menu mestilah ini. Kuah cicah. Pencicahnya ada macam2. Ada budu, ada tempoyak, ada sambal belacan, ada air asam, kuah kicap dan macam2 lagi. Bawang yang dihiris nipis dan cili padi dihiris nipis semua di asingkan. Nak pedas, nak bawang, nak masam, semuanya kita ambil sendiri dan bancuh ikut selera masing2.

Hubby suka campurkan budu, tempoyak dan sambal belacan. Perah dengan limau nipis. Memang sedap.

Ain dengan Firdaus suka sebab ayam gorengnya sedap. Mommy suka sebab ada banyak sayur yang segar dan sedap. Kita dengan hubby suka sebab yang mereka semua gembira.

Alhamdulillah. Selesai. Maka, dengan lafaz Bismillah, kami bertolak pulang.





.

19 thoughts..:

Norma NML berkata...

Akak if balik Kelantan mesti bawa mak mkn kat situ..sedap n murah..

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2011/02/balik-kampung-klate-3-622011.html

IndaMarya berkata...

seronok baca bab jalan2 ni..just back frm KL 2 days ago.letih lagi.tpi dlm kepala dok pikir juga nak pi mana pulak sbab cuti ada lagi..

:: Cik Viva :: berkata...

budu & tempoyak tak dpt dipisahkan..terbaik lah

lieyalatif berkata...

syok soping situ kan kak.... lieya dah lame tak kesane.... kalo akak nak tau lieya penah dok kelatan dlm 9 tahun lepas jek ayah lieya pencen askar kami balik johor balik...rindu plak nak ke sane....

lieya suke makanan kelantan...byk yg sedap2.... teliur lak tgk makanan penoh tu kak.... kalo lieya jadi akak pun pilih yg basic jek sbb nak rase dan menikmati keenakan die..... budu tempoyak tu bikin teliur!

Ujie berkata...

Dah beberapa kali g KB, tak tau pulak psl kedai nasi ulam ni. Insya Allah kakau ada rezeki ke sana lg, bolehla try makan. Tengok menarik.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

phewwwwwww... memang bertepatan skali post2 Ziela tntg Kelate ni tau.. mekasih Ziela

Irfa berkata...

WPUN ASAL SANA, TP X PENAH MAKAN KAT SITU..APAPUN BUDU NGAN TEMPOYAK @ DURIAN ADALAH GANDINGAN TERBAIK

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Nasi ulam Kedai Cikgu mmg terbaik.
Akak kalau balik sana.. sebolehnya akan try slot-in ke sana.
Berbaloi makanan di sana dgn harganya.

elly nadyra berkata...

berselera makan tgk lauknya kak

Sukma Haron berkata...

TAk pernah rasa lagi nie....serius nampak sedap ulam-ulaman tu...

Aziela berkata...

@Norma NML Setujuuuu

Aziela berkata...

@IndaMarya Sukanyaaaaa....welcome back IM...

Aziela berkata...

@:: Cik Viva :: Memang sedap kan...

Aziela berkata...

@lieyalatif Sedangkan kami yang datang sekali sekala pun suka, apa tah lagi Lieya yang dah dok kat sana.

Aziela berkata...

@Ujie Kena gie tau nnt

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Tak sabar tunggu entry akak pula...hehehehe

Aziela berkata...

@Irfa Keennn...terbaeekk

Aziela berkata...

@Shamsiah Abdul Rahman Betul kak...simple tapi menyelerakan.

Aziela berkata...

@Sukma Haron Sedap kakkk

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink