Saya Mohon Perhatian Dari Pembaca.....

18 comments
Assalamualaikum.....

Blogger senior yang amat saya hormati iaitu Kak Ida daripada blog yang terkenal, 1001 Resepi telah pun berkongsikan kisah tentang sebuah rumah anak yatim dan miskin tegar yang amat memerlukan sumbangan kita semua. Saya tidak memaksa kerana saya faham tidak semua antara kita yang mempunyai kebebasan kewangan. Tetapi, saya mohon. Dengan seikhlas hati anda yang ingin menyumbang, kalaupun bukan wang ringgit atau harta benda, tetapi bantu kami untuk menyebarkan maklumat ini pun dah cukup bermakna.

Sempena bulan baik dan penuh berkat, sempena hari baik Nisfu Sya'aban, saya menyeru semua yang ada untuk sama2 membantu. Sedikit maklumat mengenai rumah anak yatim ini yang sempat saya baca dari wordpress page milik Kak Ida juga ialah semua anak2 yang tinggal di sini adalah anak2 miskin tegar dan ada juga yang datang dari keluarga yang berpecah belah dek kerana kekangan kewangan.

Maka mereka ini, hidup seadanya saja... Setakat kemampuan insan mulia yang sudi untuk menjaga dan menyekolahkan mereka. Kalau baca dari rencana Kak Ida, Kak Ida bukannya mohon sumbangan wang, tetapi lebih kepada pakaian, kasut dan barang2 keperluan yang lain.

Sedikit gambar dari Kak Ida adalah seperti berikut :

20140525_153609

Rak Kasut yang dah hampir roboh



20140525_151601

Kanak2 yang suci dan perlukan kasih sayang kita semua... disinilah mereka makan dan di sini jugalah mereka belajar...


20140525_153159

Antara stok makanan seadanya......


Sempena menjelangnya bulan Ramadhan ini, kita setiap hari berpuasa dengan selesa, berbuka sampai tak habis makan dan dibuang dalam tong sampah, apa salahnya pembaziran itu kita salurkan sedikit ke sini.

Untuk membaca artikel penuh ini, anda boleh klik link di bawah ini :

http://ida1001coretan.wordpress.com/2014/06/05/anak-yatim-dan-miskin/



Atau, boleh hubungi Kak Ida melalui e-mail beliau untuk menyumbang...

ida-1001resepi@hotmail.com




Atas perhatian anda kerana membaca entry ini sehingga habis, saya ucapkan ribuan terima kasih. Jazakallah...


.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

18 thoughts..

Anum berkata...

INSYAALLAH

Farah Waheda Wahid berkata...

salam jumaat kak, semoga ramai yang tampil membantu...

Farah Waheda Wahid berkata...

salam jumaat kak, mudah2an anak2 yatim mendapat bantuan yang diperlukan... In Shaa Allah...Amin...

Irfa berkata...

insha Allah

Kakzakie Purvit berkata...

Malaysia dihuni ramai rakyat yg prihatin. Moga ada pembela..

Kemana pergi menteri yg dipilih di situ agaknya terlepas pandang ke? Kebajikan anak-anak ini bagaikan terabai - sedih.

Norma NML berkata...

In shaa Allah..sama2 kita membantu apa yg mampu..

Ujie Othman berkata...

sayunya hati...
insya allah sama2 kita bantu.

Unknown berkata...

Allah kesiannya kak.. kita ada yang makan mee segera sebab teringin makan sesekali.. tapi anak anak ni nampak macam jadi makanan ruji mereka.. insya allah saya cuba sebarkan..

Izwa Kamaruddin berkata...

link tak boleh buka..tapi saya akan cuba share ye benda nie..

IndaMarya berkata...

insyaAllah .hopefully ths coming month will bring smiles on their faces..

Rozita Ceritaita berkata...

semoga Allah bukakan hati kita semua untuk membantu mana yang perlu..

Dr K berkata...

Insya Allah kak..

Lee berkata...

Hi Aziela, My bahasa is out of tune, but still enjoyed reading thru your this posting.
And love that old shoe rack. Well I learned a new bahasa word, 'rak' today. Ha ha.
Have a nice weekend....
Guess hubby must be glued to the TV watching the world cup?
Lee.

Acik Erna berkata...

Mudah2an dengan izin Allah

Umi Nazrah berkata...

salam singgah. ya Allah, tersentuh hati. semoga Allah bukakan hati seluruh rakyat Malaysia untuk bersedekah dan berzakat. amin

aby berkata...

salam aziela ..
moga sama2 kita membantu bagi memeriahkan ramadan adik2 kita disana tu

NzA berkata...

kesiannya....InsyaAllah, sama2lah kita bersedekah setakat yg trmampu..jap lg akak nk terjah link tu...

kkida @ 1001resipi berkata...

terima kasih Aziela atas perkongsian ini...:)