Ingat tak bebaru nie kita dok carik orang buatkan kita header ke banner ke, x kisahlah. Pucuk di cita, ulam mendatang! Hari nie melawat blog Cik Tembume, ada seorang anak muda yang dengan rela hati mengofferkan diri untuk buatkan free header. Tak sabar nak berurusan dengan Kei Seichi. Oh yer, kalau ada sesaper nak header baru pun, dipersilakan melawat beliau yer. Memang real, dia nak buatkan free. Sbb kita ym dia td, ingat nak minta dia buat tp kita nk bayar, dia seboleh2 nak buatkan free. Ishh..jarang sgt nak jumpa anak muda berjiwa ikhlas murni macam Kei nie. Silalah jenguk dia yer.

Ok...apa2 pun, kena letak banner dulu :

1. Saiz = Err...tak tau laa...ikutla kesesuaian Kei saiz apa yg elok.
2. B/ground colour = x sure juga la. So far suka dgn b/ground skang nie...tp maybe yg lain nampak cun lagi kot....
3. Tagline = Belum jumpa yg sesuai la Kei. Nnt akak jumpa, akk provide kat awak yer.
4. Font = Current font sesuai dah kot. Janji mudah dan jelas di baca. Tak moh besar2 sgt, segan la.
5. Gambar = Kei, tolonggglah akak. Nama blog rainbow...tapi x der langsung gambar rainbow...tolong ekkk
6. Contact = Emaillll aziela.adam@gmail.com

Yeyyy...dh siap....heheheh
Read More

Ok, ini adalah hidangan makan tengahari Sabtu minggu lepas punya lepas. Punyala lama buat tukun dalam folder. Hubby tiba di Melaka dalam jam 1.00 tgh hari, ngam2 sempat siapkan hidangan nie. Kitapun sampai Melaka dalam pukul 11 pagi juga. Terus capai periuk tanak nasi dan goreng ikan. Sementara ikan bergoreng, cepat2 siapkan bahan untuk Sambal Cili Api Nenek pula. Hidangan yang simple dan mudah. Dd dgn Baya dah expert dah masak cenggini kan....

Ops, lupa pula. Untuk mereka2 yang tak biasa, meh kita kenalkan. Mengikut putara jam dari atas dalam mangkuk putih yang secopot tu ialah Sambal Tempoyak N.Sembilan. Patutnya ada tambah daun labu, pucuk ubi, petai dan beberapa jenis daun lagi, tapi ini versi ada pucuk ubi dengan petai jer. Belasah jer la, janji sodap. Sebelah dia, of coursela nasi. Bawah tu pula yang hitam legam setompok tu ialah Sambal Cili Api Nenek dan seterusnya ialah ikan kembung goreng. Kalau nasi dengan ikan goreng tu tak tau buat, memang payahla nak cakap yer.

Ehh, kita ada pengakuan la. Ikan tu import dari peti ais mak kat PD (mak yg bagi taw) and sambal tempoyak tu pun import dari PD dan dihasilkan oleh mak juga..hehehehhehe. Kita hanya masak nasi, goreng ikan dan buat sambal jer. Nak letak resipi ke? Adoiii..resipi sambal tempoyak tu x yah letaklah yer..bukan penghasilan kita. Sambal tu, bolehla..tp itu pun dh ada resipi kat sini dulu. Version yang nie, boleh la juga.

Sambal Cili Api Nenek
Bahan2:
20 biji cili padi
20 ekor ikan bilis (dibersihkan, cuci dan toskan)
7-8 biji bwg merah (kita guna satu biji bwg besar)
5 ulas bwg putih
1/2 inci belacan

Cara2:
1. Tumbukkan belacan dulu sampai hancur.
2. Masukkan cili padi dan tumbuk hingga pecah2. Jangan halus sangat dan jangan kasar sangat.
3. Masukkan ikan bilis pula. Tumbuk jangan sampai lumat. Agak2 dah penyet lebih sikit kurang, cukuplah.
4. Masukkan bwg putih dan bwag merah satu persatu dan tumbuk pecah.
5. Panaskan minyak yang mencukupi.
6. Tumiskan semua bhn2 di atas dengan api sederhana. Tak perlu sentiasa dikacau. Kacau sekali sekala sehingga dia bertukar sperti warna di atas. Tapi jangan sampai garing dan hangus yer.
7. Hidangkan. Boleh disimpan sehingga beberapa hari tanpa basi walaupun tidak dimasukkan dalam peti ais.
(Ini kita dulu masa study selalu bwk dan simpan kat bilik untuk stok seminggu.)

Hidangan simple, tapi disebabkan agak kurang memasak kebelakangan nie disebabkan asyik sibuk kehulu kehilir, maka kami anak beranak makan dengan sangat berselera dan puas hati.

Kalau masak sendiri kat rumah, menu apa sekalipun pasti menyelerakan. Setuju?
Read More
Ingat lagi tak entry kita pasal kereta kita rosak dalam hutan belantara arie tuh? Ha, kalau nak refresh, kat sini yer. Masa tu kita tak provide gambar tempat kejadian sebab dah malam kan. Baru2 nie bila kita lalu semula tempat tu dari Kuantan ke PD, kita berjaya ambil gambar tempat kejadian.

Ini gambar keadaan jalan raya yang masih dalam construction dan penuh dengan debu2 berterbangan dek laluan kenderaan berat seperti model lori ini.


Ini pula gambar lurah jalan yang sedang di baiki itu. Elok2 menurun jer dari posisi lori gambar di atas nie, enjin keter terus mati dan meluncur turun ke lurah ini..



Dan seterusnya berhenti ngam2 di bawah tiang lampu ini. Of course la kita dari arah hadapan sbb masa tu menuju ke Kuantan. Tapi, tiang lampu dengan lampu yg menyala di waktu malam ini adalah penyelamat kami sementara menunggu bantuan tiba.



Memang rasa takut dan seram betul masa tu. Minta dijauhkan Allah daripada terjadi lagi perkara2 begini.
Amiinn...
Read More
The FBI had an opening for an assassin.


After all the background checks, interviews and testing were done, there were 3 finalists;

two men and a woman.

For the final test, the FBI agents took one of the men to a large metal door and handed

him a gun.


'We must know that you will follow your instructions no matter what the circumstances.

Inside the room you will find your wife sitting in a chair .. . . Kill her!!'


The man said, 'You can't be serious. I could never shoot my wife.'

The agent said, 'Then you're not the right man for this job. Take your wife and go home.'


The second man was given the same instructions. He took the gun and went into the room. All was

quiet for about 5 minutes. The man came out with tears in his eyes, 'I tried, but I can't kill my wife.' The agent said, 'You don't have what it takes. Take your wife and go home.'



Finally, it was the woman's turn. She was given the same instructions, to kill her husband. She took the

gun and went into the room. Shots were heard, one after another. They heard screaming, crashing,

banging on the walls. After a few minutes, all was quiet. The door opened slowly and there stood the

woman, wiping the sweat from her brow.


'This gun is loaded with blanks' she said. 'I had to beat him to death with the chair.'



*MORAL:**

When it comes to career, women are more focused and single minded and

resourceful! *

 
(Source : Mr Jayaselva, Yahoo Group Forum)

Err...moral of the story my version : Don't play2 with ladies, ok...
Read More
Assalamualaikum....

Hari ni hari Sabtu. Minggu nie kan cuti panjang sikit sebab Hari Pekerja kan. Mungkin ada yang rasa nak bersiar2 dan jalan2 dengan family atau kengkawan. Kalau ada yang sampai ke Kuantan, atau memang berada di Kuantan, maybe nak cuba ubah selera dan angin.

Di Kuantan, kami duduk di area Kempadang. Jadi hubby selalu la survey2 cari tempat makan yang sesuai dengan citarasa kami. Di area Kempadang nie, ada satu warung nasi lemak. Warung nie buka waktu malam jer dan betul2 sebelum Petronas Kempadang.

Tak ambik pulak gambar nasi lemaknya, tapi nasik lemak dia sedapp. Nasi lemak kukus. Paling best ialah ayam goreng berempah. Dia ada jual burung puyuh goreng berempah. Tapi ini atas permintaan jer. Kalau kita order, baru dia gorengkan. Mmg terasa keasliannya.

Minta maaflah..gambar gelap sangat. Tapi bayangan ketulan burung puyuh tu ada sikit2 kan. Lepas tu we all minum pula air nie...


Air ni namanya Air Kathira kalau x silap. Tapi ianya macam air asam boi yang dicampurkan dengan madu dan beberapa bhn lain. Ya Allah..nyaman sungguh rasa air nie. Cuma kita punya taste rasa mcm air nie pekat sgt kemanisannya. Jadi, kita minta air kosong..campurkan sekali bagi ikut selera kita.

Selain drpd tu, kedai nie ada juga jual laksam. Laksam di malam hari adalah susah sikit nak jumpa yer...tapi warung nie ada. Sedap pula tu. Bg yg nak makan benda lain, jgn risau. Goreng2 memang ada. Harga makanan pula memang standard warung. Jadi jangan risau.

Ok, so sesiapa yg nak tukar angin sepoi2 tu, bolehla mampir ke warung nie yer...
Read More
Assalamualaikum kawan2 sekalian. Wah, kejap jer minggu ni dah sampai ke hari Jumaat... penghulu segala hari. Ada berbagai2 planning untuk hujung minggu nie kan. Dah tentu ada beberapa jemputan walimatul-urus dan mcm2 plan lagi. Blog pun mesti tak sempat nak singgah. Tapi, kalau ada yg boring2 dan melayari blog, kita dh siapkan scheduled postings. At least once a day sebagai bekalan... Bekalan apa? Macamlaa ada org nyinggah blog nie hari2 kan...hahahhaha..perasan. Yg sebenarnya sbb mmg nak cerita dlm blog. Kenkadang x der masa atau isu lain lebih dulu sampai kan...so waktu2 terluang nie bolehlaa kita share sikit2 apa yg kita nak share tu.

Anyway, my next weekend nie agak pack juga la rasanya.
Sabtu : 5 pagi, jemput hubby di Melaka Sentral. Rehat sekejap dan ke ex-tempat kerja hubby utk ambil EA form thn lepas yg HRnya sgt reluctant utk post, e-mail dan fax. Susah la sbb hubby kan baru masuk co. baru..jauh plak tu, bila masanya nak ambil. Tomorrow paksa gak HRnya sbb dh last day utk submit BE form. Ptg, Adam ada karate class, mlm ke Sepang utk majlis aqiqah anak Abg Ngah, my lil bro. Lepas kenduri, terus ke KL dan overnite di KL. Pergh...3 negeri dlm satu hari.
Ahad : Ada jemputan kawen di Lanchang, Pahang. Gerak dari KL. Petang tu terus pulang ke Melaka.
Isnin : Hantar Adam balik ke PD.
Selasa : Selesaikan beberapa urusan di beberapa tempat dan pejabat di Melaka. Petang akan gerak balik ke Kuantan dgn hubby.
Rabu : Gerak semula ke KL utk kerja dari Kuantan. MESTI keluar rumah paling lewat jam 5 pagi.

Ok..weekend belum bermula, dh rasa penat.... Tp yg pasti mesti seronok sbb dpt spend time dgn family tercinta.. yeyyy..

Oh yer..semoga u all semua gembira dan bahagia. Berhati2 di jalan raya yer....

Salam weekend dari kita.....
Read More
Assalamualaikum. Kita bertemu lagi peringkat ini iaitu... Pernikahan. Ingat tak..tempoh pertunangan kita 2 tahun kan. Maknanya tunang thn 2000, kawen sepatutnya tahun 2002. Jadi, pada penghujung tahun 2000, kita pun menamatkan pengajian. Horeyyy...dah habis blajar. Yeyyy...tak yah gi klass, tak yah buat assignment, tak yah dok hostel, boleh tgk tv dgn bebas tanpa rasa bersalah kerana perlu blajar....

Mcm biasa...cari kerja la. Nak kumpul duit kawen kan..kena la cari kerja. Kerja la apa yg dpt. Memula dgn company ngarut2..hahahah kan Dd kan..? Lepas tu ada rezeki, ex-senior ajak kerja dengan dia kat satu Telco Co. Gembira sgt w/pun kena kerja ikut shift. Masa tu dh duduk rumah sewa dah..share dgn kwn2. Seronok la masak, borak, tido, amik turn buang sampah dan sebagainya.

Beberapa bulan lepas kerja dgn Telco company tu, dapat pula offer kerja dgn majikan sekarang nie pula. Offer lebih bagus, kerja lebih menjamin dan lokasi kerja lebih dekat dgn rumah. Alhamdulillah. Tapi, 2 bulan selepas kerja, mak dan ayah mula menyuarakan pendapat untuk kita kawen. Dah keje..dh ok la tu. Alamakk..abisss, duit x cukup lg, mcm mana? Mak kata bolehh..no problem. Maka, cepatkanlah tarikh. Patut 2002, kawennya 2001. Perancangan asal nak buat pada bulan Jun 2001. Maka sibuklah kita dgn hubby ulang alik ke pejabat agama dan sebagainya. Mak pun sibuklah nak buat preparation. Tapi, secara tiba2 di suatu hari pada bulan April, mak call. Mak kata :
" Tak boleh nikah bulan 6. Kena cepatkan. Kadi tu kata dia dh nak transfer, takut nnt jadi confuse dgn kadi baru. Kadi sekarang ni, kawan Pak Su. Dia yg suruh cepat. Hujung minggu ni, nikah."
HAAAAA!!!!! Hujung minggu nie???!!!! Baju nikah tak siap lagi...apa brg pun x siap. Bg tau hubby...semua dh jadi kelam kabut. Tp mak ok jer. Mak kata lg bagus. Nikah sekarang...lepas tu ada sebulan lebih lagi utk prepare majlis kawen. Takderla rushing masa majlis tu nnt. Sebabnya...kita x boleh amik cuti. Kita kan dlm probation period lagi..mana boleh amik cuti masa tu. Jadi, tak dapatlah nak menolong persiapan sebelum majlis dan selepas majlis. Yg jadi mangsa masa tu, adik2 la sbb diorang yg ada kat rumah. TQ yer adik2 tersyg...

Kita pun kelam kabut call tailor soh siapkan baju. Tapi tak boleh siap juga da..sob2... Depan jer siap maniknya..blakang x siap. Adoii..janji dlm gambar nampak ok jadilah kan.

Dipendekkan cerita : Maka sahlah kita menjadi isteri kepada Mohd Saiful Hezry bin Mustapa tanggal tarikh keramat 28hb April 2001.  Tarikh ini amat bermakna sebab............ tarikh hari lahir kita. Maka secara tak langsung, kita menyambut hari lahir serentak dengan Anniversary.

Inilah target sesuatu kita. Sempena birthday kita pada hari ini, maka kita mengimbas kembali kenangan indah dalam hidup kita.

Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan rumahtangga yang bahagia. Mana ada perkahwinan yg tiada ribut dan taufan. Setiap hujan yang menyimbah pasti akan disusuli dengan pelangi indah.

Terima kasih hubby kerana tetap setia di samping walaupun jarak dan masa sentiasa mencemburui kita.... Semoga kasih dan ikatan ini kekal bahagia hingga ke syurga. Amiinn...
Read More
Assalamualaikum kepada pembaca blog ini....

Ek..kenapa asyik cerita pasal kenangan lalu jer nie ek? Posting semalam kita ada mention pasal perkongsian pengalaman kita dengan semua pembaca. Lagipun x baper ramai pun yang baca blog nie kan, jadi kita dah anggap follower kita seperti ahli keluarga kita sendiri. Ahli keluarga kenalah tahu kan.

Keduanya, sebab kita terpengaruh dengan posting2 daripada Cikgi Cinta kat blog beliau di sini. Banyak cerita pasal percintaan yer Cikgu.. Secara tak langsung, terkenang la peristiwa2 lama. Ada kebaikannya bila teringat semula kenangan2 indah nie. Secara tak langsung kita seperti di buai oleh kebahagian zaman remaja tu kembali. Jadi, secara tak langsung, komunikasi dan hubungan kita dgn hubby pun sentiasa bersemai cinta kan. Maklumla.. kami kan dok jauh2. Rindu taww...

Yang ketiga.. err..sebab kita ada target sempena sesuatu. Apa target sesuatu itu? Haa..tungguuuu.. Sampai masanya nanti kita bg tau yer.

So, selepas merisik, mula la perbincangan demi perbincangan berlangsung di antara ke dua belah pihak. Memang tension. Sebab mcm tak di rancang. Sementelah lagi, kita kan student lagi. Mana la nak ada bajet untuk membeli barang2 hantaran kan. Sedih dan tertekan. Walaupun mak dh inform semua mak settlekan, tapi tetap ada rasa bersalah.

So, bertunanglah kita pada 12hb Februari 2000. Majlis di adakan pada sebelah petang. Rasa sangat segan dan kekok. Cuma sahabat rapat yang dekat jer la yang datang. Maklumla, student lagi. Kebetulan masa tu tgh cuti sem. Yang lain2 adalah orang kampung yg dekat2 dan saudara mara saja. Buat kecil2an jer kan.

Lepas family hubby balik, hubby pun sampai. Heheheh, hubby tolong mak dan ayah kemas rumah taw. Waa..bakal menantu yang baik. Menanam 'saham' kan, heheheheh.

Tempoh pertunangan memang lama. Perjanjian masa majlis ialah 2 tahun. Mak oiii...lamanyaaaa... Tapi yer la, kita kan belajar lagi masa tu. Tu yg bajet 2 tahun tu sbb kita nak betul2 bersedia. Nak habiskan blajar dan nak kerja dan kumpul duit dulu. Tapi, family kata, 2 tahun tu maksimum. Kalau boleh di cepatkan, maka akan dicepatkan.

Selepas bertunang, memang bahagia, sebab rasa macam betul2 dh dewasa. Kalau tak tu dok rasa mcm kanak2 riang jer lagi. Tak boleh lagi nk keluar night life dgn kawan2, nak jalan2 sehari suntuk atau nak join society. Sedihhh...sebab kita sgt aktif dgn society dan sgt suka join activity society. Tapi hubby tak galakkan. Oklah..kita pun sedar diri. Bnyk komitmen dah. Dlm tempoh masa bertunang, bnyk juga spend time dgn family future in-law.

Tapi, betul lah agaknya org kata. Kalau bertunang jgn lama2. Exactly melepasi tempoh 6 bulan pertunangan, macam2 dugaan yang kami tempuhi. Lagi dekat dgn hari pernikahan, lagi hebat cabaran dan dugaan. So, untuk mereka yg masih single, jgnlah bertunang lama2. Maksimum 6 bulan saja ok....

Ok...tak ada bnyk sgt la kan. Just formaliti biasa jer. Nnt lah, kita cerita peringkat seterusnya yer...
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama