Karnival Memancing Port Dickson 2011

8 comments
Assalamualaikum.....

Harap maaf, entry nie, auto publish yer, sebab kita ada urusan keluarga sikit.

Anyway, dah lama dah karnival nie. Sebulan yang lepas. Tak rancang pun untuk ke sini, cuma kita dengan hubby tiba di PD dari Kuantan pada pagi Sabtu lebih kurang jam 4 pagi untuk pick-up Adam. Tapi awal sangat, so tak naklah ganggu parents kat rumah. Hubby carik port tepi pantai, nak lelapkan mata sementara tunggu Subuh.

Tapi bila sampai jer pantai, pelik jer sebab rasa meriah. Dari Bt 4 dah meriah. Bila sampai ke Bagan Pinang...tu diaa...mcm pesta! Punyalah ramai orang. Semuanya berjalan ke sana sini dengan tujuan masing sambil mengusung kotaklah, baldilah, batang pancinglah, dan bermacam2 lagi. Khemah jangan cakaplah...bersusun kat tepi pantai. Bila tengok banner kat bawah nie, baruu faham.



Ha...tengoklah... Hadiah dia BESARRRR!! Tapi kitorang pelik, naper buat kat sini? Ikan apa sangatlah nak dapat kat sini? Nak dapat ikan berat sekilo pun susah. Kami taulah sbb hubby kan kaki pancing. Habis pelesok Melaka dengan PD nie dia dah redah. Dah boleh hafal dah ikan apa ada di pantai mana... Dia memang nak join, tapi kita x bagi. Bukan dengki, tapi kami ada banyak2 program. Nnt x terkejar. Tu belum kira badan yg x cukup rehat lagi tu. Kita dah penat sgt dan mengantuk sangat sebab beberapa jam sebelum tu kita baru sampai Kuantan dari Kuala Lumpur selepas habis kerja dan terus pula gerak ke PD. So, tak larat nak layan. Kita teruskan tidur jer sebab dah tau banyak lagi tenaga nak guna weekend nie. Last2, hubby sorang jer yang merayau sana sini. Tak taulah apa yang dibuatnya.




Tengoklah, ini semua sebahagian kecil kaki pancing. Tapi masa nie dah tgh hari. Dah ke penghujung. Semua org stay sbb nak tunggu cabutan bertuah. Pandai organizer kan. Dia 'paksa' orang tunggu dengan cabutan bertuah.






Suasana selepas pertandingan di tamatkan. Sepanjang pagi hujan lebat turun dengan mencurah2. Oh yer, bila tiba Subuh, kami balik rumah. Bersiap dan kembali semula ke sini. Hubby dah ada projek rupanya. Ayah kita pun ikut gak. Sementara tunggu projek berlangsung dan kesudahannya, kami lepaklah di gerai2 situ utk makan dan minum air panas sementara menunggu keputusan pertandingan.

Memang betul pun sangkaan kita. Ikan yang ada semua kecil2. Hadiah utama tu, ikannya seberat 800++gm jer. Tapi dia dapat hadiah RM25,000.00. Pemenang tu berasal dari Terengganu. Yer..memang pemancing seluruh Malaysia ada kat sini. Ada yang datang dari Sabah pun. Tapi rasanya asal jer Sabah, tapi dia kerja askar kat PD nie agaknya. Tengok gaya rambut tu mcm kenall jer..heheheheh.




Taraaa...inilah projek hubby. Dia masukkan Adam untuk pertandingan mewarna. Hehehehhehehe. Macam biasa, Adam nie mcm mamanya...tak ada langsung bakat dalam seni lukis nie. Hancur...heheehhe. Tak apalah kan Adam..janji papa puas hati, hehehehe. Papa x dapat masuk pertandingan memancing, Adam jer lah masuk pertandingan mewarna.

Oh yer, sepanjang berlangsung pertandingan nie, DJ yang didatangkan khas dari stesyen radio adalah buat selingan teka teki. Saja suka2.
Antaranya ialah : Dalam banyak2 ikan, ikan apa yang tak boleh berenang ke depan dan belakang.

So, ramailah yg cuba jawab. Ikan goreng, ikan mati, ikan patung hiasan. Tapi dia kata hidup. Hubby mati2 soh kita jawab : Ikan termenung. Hahahahahha. Kita pergi lah juga.... Tapi sebelum jawab, kita tanya dulu : Ikan tu tak BOLEH berenang ke depan dan belakang ke, atau dia MEMANG tak berenang ke depan dan belakang? Ceh..DJ perli. Dia kata dia tanya soklan, kita pulak tanya dia balik..hahahahhaha. Dia kata TAK BOLEH. So, kita dh tau jawapan salah. Tapi jawab juga..memang salah pun..hahahahhaha. Malu jer. Sbb tnya tu pakai microfon..so satu pantai tu semua org boleh dgr. Hubby gelak2 jer, nyorok kat balik tiang...hehehehhehe.

Jawapannya : IKAN TERSEPIT.

Chehh....

Overall : Meriah, tapi bagi kami, memenatkan dan membuang amsa sebab tak ada hasil. hasil yg ada cuma dpt lepak dengan family, ayah, adik, nieces semua di tepi pantai dalam hujan lebat, makan kopok lekor. Hehehehehehe.



Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

8 thoughts..

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

hahaha lawak part jawab soklan tue
sepatutnyer akak kena suruh ur hubby yg jawabkan ngeee!

sahromnasrudin berkata...

inilah namanya masa berkualiti yg dpt dihabiskan bersama keluarga

Mamasya berkata...

Aslmkum Aziela.
mmg meriah kalau karnival pancing ni...ramai yg minat memancing.pernah pergi yg dibuat di pantai kat Melaka...org mmg ramai sbb lain2 xtvtpun ada.
baca entry bawah, hubby Aziela masuk hospital....moga cepat semboh

Unknown berkata...

hahaha....ikan tersepit....adoiii

Aziela berkata...

Lady Ayu : Pandai hubby akak kheeenn.. dia nyorok balik tiang..

Aziela berkata...

sahromnasrudin : Yer, itu yang paling berharga sebenarnya..

Aziela berkata...

Mamasya : Meriah kan kak... Ow..terima kasih..dah sembuh. Alhamdulillah

Aziela berkata...

Suhami : Tu la pasal..sajerrr jer kan nak buat lawak..hehehehehhe