Persiapan Pertunangan

1 comment
Assalamualaikum.....

Memang kita nie sibuk jer kan. Yang masa boleh 'bernafas' sikit ialah pada waktu kerja. Kalaupun sibuk, masih dapatlah nak makan dengan aman damai dan berkongsi kisah dengan kawan2. Tapi kalau dah dengan family, memang terkejar2 rasanya. Boleh kira dengan jari, tak habis pun jari di tangan untuk mengira berapa hari jer yang kita betul2 duduk di rumah sendiri dengan hubby dan anak sambil santai, mengemas, memasak dan menonton bersama dalam tahun 2011 nie. Selebihnya sibuk dengan travelling, melayan keluarga mertua dan keluarga sendiri, serta melayan tuntutan kenderaan2 kami yang semakin hari semakin susut tahap kesihatannya.

Minggu lepas dah sibuk berumah dan bertangga di hospital.

Minggu nie, adik bongsu kita akan melangsungkan majlis pertunangannya. Alhamdulillah. Terbuka juga pintu hatinya menerima kehadiran seorang lelaki. Syukurr.... Tak banyak rintangan dan masalah yang harus dilalui untuk dia bertemu dengan pasangan hidup dia nie. Syukurlah dia tak perlu tempuh dugaan seperti kakaknya ini.

Jadi, minggu nie, kita dah sibuk berulang alik KL-PD pula untuk uruskan persiapan pertunangan dia nie. Sejak 2 minggu lepas sebenarnya dah ke hulu kehilir uruskan dia. Barang2 hantaran, pakaian dia, persiapan bilik tidur dan sebagainya. Mak dan ayah hanya perlu uruskan makan minum semasa majlis saja.

Bukan apa, masa kita tunang dulu, tak ada sorang pun yang sudi nak bantu kita uruskan segala2nya. Maklumlah, kita masa tu masih bergelar pelajar. Manalah ada income sendiri. Maka langkah persiapan amatlah terhad yang amat. Mak ayah pula masa tu masih berkerja, maka selain sibuk bekerja, mereka terpaksa berkejar2 untuk siapkan makan minum tetamu pula.

Masa tu, hantaran kita ditetapkan oleh makcik2. Macam2 jenis pendapat ada. Tak ada tema langsung pun. Pakaian? Punnn pakai makcik punya. Mak memang x nak ambil peduli langsung. Mak kata, pakai jerlah apa yang ada. Kita ingat lagi, kawan2 di kampus lah yang membantu kita bersiap masa tu. Pandai2 sendiri jer kita nak bawa diri. Sangat tertekan perasaan masa tu. Telan segala airmata yang mengalir dalam diam, sebab kita betul2 rasa tak ada siapa yang ambil berat pasal kita.

Jadi, kita berazam bahawa adik2 kita tak perlu merasa keperitan itu semua. Kita akan cuba bantu sedaya upaya untuk uruskan majlis mereka agar mereka boleh tersenyum bahagia. Bermula dari adik yang ke-2, kita uruskan hantaran mereka dan persiapan selain dari makan dan minum mengikut impian mereka masing2. Selagi mampu, kita keluarkan perbelanjaan sendiri untuk mereka sebab tak nak mereka rasa di abaikan seperti mana yang kita pernah rasa.

Dan hujung minggu ini merupakan majlis pertunangan terakhir yang akan kita uruskan. Untuk anak tu dah lain ceritalah kan.... Tapi, selagi tak selesai, selagi itulah rasa ada beban yang tergalas di bahu.

Dan setiap kali kita uruskan adik2 kita, pasti ada makcik2 yang memandai2 nak suruh itu dan ini, tukar itu dan ini dan komen itu dan ini. Tapi memang mereka terperanjat bila kita stand-up dan bersuara bahawa sesiapa pun tak ada hak menyentuh persiapan2 itu. Cantik atau tidak, elok atau tidak, ini majlis adik dan persiapan adalah pilihan yang empunya badan. Waima kita sendiri pun sekadar melaksanakan sahaja. Maka tolonggg... jangan perlekehkan impian orang lain dan jangan punahkan mimpi mereka. Kita sebagai kakak sekali2 tak kan membenarkannya.

Untuk itu, kita sangat berdoa agar majlis pada hari Ahad ini akan berlangsung tanpa halangan, tanpa amarah, tanpa kecewa dan tanpa kedukaan. Semoga majlis ini dan ikatan ini akan berlangsung dengan kebahagiaan dan kegembiraan.

Selamat bertunang, Nieda..


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 thoughts..:

RamRamCute berkata...

Selamat Bertunang Ida :)