Sejak minggu lepas lagi kita dah sibuk2 konon nak minta bantuan untuk cari orang yang susah. Tapi, oleh kerana terlalu suntuk sangat masa yang ada dan senarai yang diperlukan tidak kesampaian, maka kami terpaksa membuat keputusan yang pantas.
Kami terpaksa melibatkan ahli politik.
Oh yes.... semalam, gambarnya freshhhhh. Click2, terus upload ke blog.
Selasa petang, kami mula 'bergerak' selepas mendapat maklumat dan informasi daripada Ketua Wanita UMNO Cawangan Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah. Knowing her, Datuk Azizah akan segera bertindak sekiranya ia melibatkan hal-hal kebajikan.
Mula senaraikan barang2 yang ingin disumbangkan. Satu pasukan dari syarikat kemudiannya telah bergerak ke Hypermarket Mydin di Subang Jaya. Alhamdulillah, prosesnya menjadi mudah. Tak perlu shopping tolak troli. Kami berbincang dengan pengurusnya dan nyatakan barang yang kami perlukan. Kemudian, order terus dihantar ke stor Mydin dan kakitangan mereka dengan pantas menyediakan barang2 tersebut. Bayar di kaunter cashier seperti biasa hanya dengan scan code product yang disediakan.
Kami kemudiannya sewa sebuah lori di malam2 hari tu untuk membawa pulang barang2 tersebut. Proses yang sangat mencabar ialah memindahkan barang2 dari lori masuk ke dalam pejabat kerana pejabat kami agak jauh daripada pintu masuk bangunan.
Dan pagi semalam, iaitu Rabu, seluruh tenaga kerja kami yang tiada komitmen yang lebih penting untuk syarikat, bergerak bersama berganding bahu dengan tangkas dan pantas untuk menyediakannya. Kami menerima senarai penerima sumbangan untuk seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjumlah 400 orang penerima. Oleh itu, daripada plan asalnya memberi banyak kepada kuantiti sedikit, terpaksa di jadikan memberi sedikit kepada kuantiti yang banyak. Semoga yang sedikit itu dapat memberikan senyuman kepada penerimanya nanti.
Kami sebenarnya beri 2 beg kepada setiap penerima. Satu beg yang berisi beras dan satu beg lain yang mengandungi bahan2 iringan lain.
Semasa sedang memunggah untuk packing
Sekilo untuk setiap penerima
Sebotol untuk setiap penerima
Sekilo juga untuk setiap penerima
Tanpa mengira jantina, pangkat dan darjat...
Kami tetap gembira walaupun keletihan dan tidak berdaya... Oh, ada 2 orang rakan blogger di dalam gambar ini. Siapa dapat nyatakannya?
Akhirnya... semua telah siap di packing
Ikatkan 2 bag menjadi satu. Satu set untuk setiap penerima
Lautan padi barangan sumbangan
Sampai tak boleh masuk langsung meeting room kami
Barang2 makanan
Close up : Milo, susu pekat, bee hoon, minyak, kordial dan gula yang tersembunyi di bawah bee hoon.
Kami juga bersyukur kerana kami tidak perlu mengagihkan kepada penerima secara individu. Sekurang2nya tugasan kami menjadi sedikit ringan. Tak kisahlah anda atau kami sokong parti mana sekalipun, namun bila tiba kepada perkara kebajikan, lebih baik diketepikan segala unsur ini, kan.
10.30 pagi, Skuad Sayang Titiwangsa yang pertama tiba
Selang beberapa minit, Skuad Sayang Wangsa Maju pula..
Alhamdulillah, sehingga jam 6 petang, skuad yang terakhir tiba adalah dari kawasan Seputeh. Setiap bahagian menerima peruntukan untuk 30 penerima sumbangan.
Kita sempat berbual2 dengan skuad daripada bahagian Setiawangsa tadi. Katanya, dalam kawasan mereka ada banyak kawasan PPR, maka ramailah golongan yang miskin seperti yang dikategorikan oleh Pusat Zakat di situ. Namun sayangnya, tidak banyak sumbangan yang mereka terima pada tahun ini. Hanya jumlah2 yang sedikit dari surau2 dan masjid2 sekitar. Sehinggakan kata mereka, ada di antara golongan2 ini yang acap kali bertanya : Tiada sumbangan Hari Rayakah untuk mereka tahun ini? Terpaksa ahli skuad memujuk supaya mereka bersabar. Rezeki Allah, gerak hati dari Allah, kami di pertemukan dengan mereka yang memerlukan ini. Bukan main bersyukur lagi ahli2 skuad ini semua bila kami menyampaikan niat untuk memberi sedikit sumbangan.
Benarlah, pada kami jumlah itu sedikit. Berapa lama sangatlah yang keluarga itu dapat bertahan dengan pemberian kami yang tak seberapa. Tetapi bila disedarkan dengan kesyukuran penerima, kita insaf. Mungkin sekurang2nya keluarga2 ini dapat berhari raya dengan air oren. Dapat menjamu keluarga dengan bee hoon sup kosong. Dapat meneruskan hidup sehingga hujung bulan dengan beras itu bagi menampung anak ke sekolah. Dapat memberi anak minum milo yang telah lama hanya mampu dipandang di kedai2.
Alhamdulillah, Ya Rabb...
Terima kasih di atas doa kawan2 sekalian. Keikhlasan doa kalian amat bermakna bagi kami.
Note : Menjelang petang, seluruh kakitangan telah melepek kelelahan. Ada yang dah pitam kerana terlalu penat. Kita sendiri hampir tersungkur. Namun Alhamdulillah, puasa dapat di pertahankan berkat usaha murni.
.
13 thoughts..
Well done.
hihihi....rasa macam tidur mati semalam ..kepenatan hihihi.......
Alhamdulillah..rezeki pada yang memerlukan
Alhamdulillah...
Alhamdulillah..bagus kerja amal gini
walaupun penat tapi gembira kan bila buat kerja2 kbaikan
alhamdulillah.. semoga lebih byk syarikat yg beri sumbangan begini..
Alhamdulillah..
Memberi pd yg memerlukan sumbangan ni..
Yg menerima pasti menadah tangan penuh kesyukuran..
bunda pun dapat sebungkus dari persatuan jiran nita kat tempat bunda...
pengagihan untuk yang kurang bernasib baik dan ibu tunggal..Alhamdulillah...
salam aziela ..
semoga kerja2 amal tu dapat ganjaran yg setimpal apatah lg dalam bulan ramadan ni ..
alhamdulillah moga rezeki bertambah murah..kalau kt sk ni cikgu2 n staf menyumbang wang ringgit utk anak2 yatim dan miskin....
Akak...seronoknya baca pasal kebajikan yang dilakukan oleh akak dan rakan sekerja. Seronok betul, rasa meronta-ronta nak terlibat sama hehe....
Catat Ulasan