Mesti ramai yang dah mula rancang untuk balik kampung minggu nie kan..?
Hari ni hari Jumaat, pasti ada yang dah mula cuti Isnin depan kan. Yer lah, kampung jauh, takkan nak balik sekejap2 kan.
Macam kita, everyday nak balik kampung pun boleh, dekat jer. Port Dickson dari opis nie ngam2 sejam jer kalau tak sangkut dalam traffic jam. Mertua pula, 45 minit dari PD. Rumah sendiri di Alor Gajah. Bila2 nak datang pun boleh.
So, tahun ni kita tak ambil cuti langsung untuk beraya. Pertama, sebab dekat. Tak ada buat preparation apa2 pun. Kedua dan sebab utama ialah sebab cuti tahunan dah tinggal 2 hari jer. Haih...hujung tahun lama lagi nie. Banyak sangat urusan keluarga masa awal tahun dulu. Baru2 nie pula, Ba sakit lama kan. Memang banyak kita korbankan cuti tahunan. Selagi boleh berbakti, selagi boleh berkorban, utamakanlah mereka lebih dari kesenangan diri sendiri.
And, percaya tak, kami suami isteri dah bincang memang sambut raya ala kadar. Baju raya Adam jer yang kami sempat beli. Kami punya suami isteri? Tak ada dan tak teruja pun nak cari. Kuih raya? Beli untuk mak dan Mommy jer. So, kalau ada yang datang beraya rumah kami, memang makan kerepek dengan bahulu jer la.... Lagipun kami memang x ada di rumah. Sebab tu lah tak siapkan stok. Kalau ada tetamu, Insya Allah kita jamu dengan makanan berat jer.
Ada ker yang sudi nak datang, masalahnya?
Anyway, sesiapa yang nak travel tu, berhati2 di jalan raya. Siapkan persediaan mental dan fizikal yang cukup. Jangan macam kita. Rabu dah nak patah pinggang angkat barang sumbangan, balik pun hampir jam 7.00 malam, tapi bila hubby call dari Kuantan, gagahkan diri juga drive ke Kuantan direct. Buka puasa dalam kereta sambil memandu di Karak Highway. Sebelah pegang stereng, sebelah menyuap nasi. Ha, menggigil suap nasi sambil memandu. Pagi esoknya, pukul 4.30 pagi dah mula bersiap dan bertolak ke KL untuk kerja. Dah jadi biasa walaupun badan sampai menggigil jadinya sebab terlalu penat.
So, anda semua mesti dapatkan rehat yang cukup yer...
Next week baru kita ucap mengucap Raya yer....
.
12 thoughts..
Salam bakal Syawal ya..boleh gitu? huhu
salam
Melawata sis aziela
minggu depan dah raya..
tak buat lagi persiapan raya.. masih macam biasa..
Alor Gajah..? Saya kat kg Air Lanjut.
saperlar x sayang hubby, tapi ada mak kann..,kannns ehhheE
Eid aiilfitri kaKa
Baguih tu bersederhana dlm semua segi
X membazir gituew
Raya x bermakna semua nk tukaq baru rite?
deqla x blk kg...huhuhu...salam aidilfitri kak... ;)
Ziela macam kakak rumah kakak dgn kampung kakak dan abang sejam-dua dah boleh sampai. Senang nak balik sana-sini pada hari yg sama pun boleh.. JB-Batu Pahat-Pontian semuanya berjiran daerah aje..
kuat betul semangat Ziela.. tak semua orang ada semangat mcm Ziela tau...
Saya dan isteri dah lama amalkan raya secara ala kadar...Beli baju utk anak2..dan kami sendiri beli yg perlu sahaja...Macam awak juga, tiada kuih raya di rumah, sebab kami sibuk berhari raya di kampung..Kalau dtg ke rumah kami, kamin jamu dgn makanan berat..:)
mmg akak tabiklh dengan kekuatan mental n fizikal aziela....
Akak trpaksa prepare awal2 cz ank ramai n punya 3 keluarga yg perlu diagih2kan kuih muih...lagi pn kg jauh n biasanya kami agak lama brcuti.....
Akak...bahayanya makan nasi sambil memandu....Ish jangan buat lagi....dah la badan tengah letih tu......
Hurm akak pun jangan lupa berehat tau raya kali ni..... saya doakan yang terbaik untuk akak sekeluarga.
Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang kita berkenalan di alam maya ni. Akak memang sangat baik, saya bersyukur kenal akak kat sini. Kirim salam kat Adam dan suami akak. Selamat Hari Raya Aidilfitri :)
Hello Aziela, I guess the traffic will be very heavy on the roads as people balek kampongs, or go holidays somewhere.
Yours not far, PD. Boleh picnic too tepi laut.
Kasut, handbag semua da beli?
Credit cards da keluar asap? Ha ha ha.
Have a happy holiday, and selamat hai raya.
Lee.
Catat Ulasan