Bila Kami Menerima Tetamu...

14 comments
Assalamualaikum.....

Bila musim perayaan, pasti ramai yang saling kunjung dan mengunjungi. Begitu juga kami.

Masa awal2 perkahwinan dulu, bila tiba hari raya kami juga akan turut sibuk, sama ada kami di rumah mak atau di rumah Mommy. Rumah memang tak menerima tetamu langsung. Lagipun, masa tu persekitaran rumah agak sempit sikit.

Tapi, sejak 3-4 tahun lepas, bila dah pindah ke kawasan kampung di Alor Gajah ni, adalah sedikit ruang lebih daripada rumah yang sebelumnya. Dapatlah 2-3 biji kereta parking depan pagar rumah. So, tetamu datang tak adalah susah payah letak kereta jauh2 sebab takder parking space.

Oleh kerana kami suami isteri memang berniat untuk settle down di rumah ini, maka hubby kata lepas nie raya di rumah sendiri. So, hari raya pertama, malamnya kami dah tidur di rumah sendiri. Cuma kalau turn raya di PD, malam raya kami tidur di rumah mak di PD lah sebab tradisi di PD, jam 5.00 pagi dah bangun untuk persiapan raya. 6.30 pagi ialah waktu bersalaman memohon maaf. Tapi kalau turn raya rumah Mommy, kami tidur di rumah sendiri sebab dekat jer dengan rumah Mommy.

Oleh itu, sedikit demi sedikit, kami mula menjemput tetamu, saudara mara dan sahabat handai untukdatang  beraya di rumah kami. Awal2, memang agak kurang sambutan sebab tak ramai yang tahu kami dah beraya di rumah sendiri. Ramai yang masih ingatkan kami beraya di rumah parents. So, ada yang segan nak singgah.

Tapi, sejak umur kami pun dah meningkat, dan dah ramai yang tahu kami 'operate' rumah sendiri, semakin galak kami menerima tetamu.

Kami suami isteri pula, setiap kali ada yang menyatakan keinginan nak datang beraya, kelam kabut buat persiapan seadanya. Bukan kelam kabut apa...cuma teruja sebab seronok. Rasa macam kami dah boleh hidup di atas kaki sendiri. Tak perlu di bawah ketiak ibu bapa lagi bila sambut raya. In fact, parents pun kalau tiada halangan akan datang beraya di rumah kami.

Alhamdulillah....

Besar hati kami kerana ada yang sudi datang. Mereka selesa di rumah kami, tak perlu risau protokol, nak golek gelantang, nak makan minum, mandi manda semuanya kami sediakan dengan senyuman. Alhamdulillah, tak pernah lagi kami suami isteri terima kunjungan dengan muka masam kelat. Sebagaimana kami asyik menyengih lebar, begitulah kembangnya hati kami menerima tetamu.

Cuma apa yang paling kita risaukan ialah layanan kami tidak sempurna. Hidangan yang kami sediakan tidak menepati selera dan tidak mencukupi. Maklumlah, baru nak belajar2 hidup sendiri. Lagipun, bukan selalu ada di rumah. Sebab tu lah kami selesa menerima tetamu sekiranya diberikan notis awal. Kalau boleh, seminggu awal supaya kami boleh rancang persediaan kami.

In sha Allah, kami akan cuba lagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami untuk menerima tetamu.

Point kita ialah... janganlah segan2 dengan kami kalau ada yang nak singgah. Tak cukup rumah, padang bola kat sebelah kami tadahkan... dengan izin Allah.


.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

14 thoughts..

aizamia3 berkata...

bagi saya itu normal kak.. ;)
dulu masa kali pertama kami buat open house di rumah sendiri memang kelam-kabut.. tapi dari tahun ke tahun bila dah dapat rentak kami semakin yakin dengan hasilnya..
cuma biasalah.. kalau ada yang terkurang tu memang tak dapat nak dielakkan..
tapi jangan risau.. layanan akak terhadap kami sekeluarga memang happening.. kami enjoy that moment.. ;)

aby berkata...

salam aziela ..
yg pasti kita nak tetamu kita tu pulang dengan hati yg hepi ..
dan kita juga tk nak tetamu pulang dengan kompen dalam hati yg rumah kita besepah sana dan sini ..
jadinya .. kena bersusah la sikit bila tetamu datangkan..

Acik Erna berkata...

Aziela..acik biasa terima tetamu mengejut.rumah acik diseremban.kampung dikota.jadinya yang dah balik kampung sebelum balik kl memang singah terus je rumah acik.selalu sangat acik kelam kabut nak jamu apa selain dari kuih raya

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni kalau kawan2 zaman sekolah kat kampung datang rumah masa raya pun dah rasa seronok sangat :)

NzA berkata...

Alhamdulillah, yg pnting saling kunjung mengunjung.

ellynadyra berkata...

senario biasa bila tetamu nak dtg...terus kelam kelibut hahahahhahaha

Unknown berkata...

Tudia ayat macam servis hotel penginapan hehe....rileks akak....kalau awal-awal memang akan rasa kurang cukup di sana sini....tak pa perlahan-lahan servis boleh diperbaiki :)

Aziela berkata...

@aizamia3 Thank you Ina. Risau juga rasanya.

Aziela berkata...

@aby Betul tu kang...

Aziela berkata...

@Acik Erna Bila dah 2-3 tahun saya terkena macam tu, tahun nie saya prepare sikit Acik. Situasi sama kita nie... Tapi tak cukup juga preparation. Tahun depan kena prepare lebihhh lagi. Silap hari bulan, cili nak masak lomak pun dah siap2 tumbuk simpan dalam peti ais..hahahaha

Aziela berkata...

@Wan Ahmad Izudean Tunggulah awak dah kahwin, ada keluarga dan rumah sendiri, lagii meriah nanti.

Aziela berkata...

@NzA Iyer kan kak...

Aziela berkata...

@elly nadyra Tiap2 kali pun macam tu kan...hahahahha

Aziela berkata...

@Azham Vsvc Bila adik nak datang?