Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Dah lama tak bercerita tentang novel. Nak buat review novel, bukan main liatt lagi sekarang. Lama2, cerita tu pun jadi basi. Bukan apa, kalau nak buat review, kita tak suka sekadar salin sinopsis di kulit buku tu. Kalau sekadar salin sinopsis, itu bukan review namanya. Kita suka nak bentangkan novel tu dari sudut pandangan kita. So, memerlukan konsentrasi. Sekarang nie, sedang cuba menyusun semula kehidupan.

Anyway, kita suka baca novel bersiri daripada blog2 penulis. Antaranya ialah KUCC ni.

KUCC ialah seorang penulis novel yang mempunyai gaya tersendiri. Dia tak terikut2 trend penulis novel cinta zaman sekarang. Dia selesa dengan lenggoknya sendiri.

Novelnya yang paling kita suka ialah Nasi Lemak Buah Bidara. Ada kekuatan tersendiri yang harus dibanggakan oleh beliau. Sangat banyak pedoman yang tersirat dan tersurat di setiap helaian novel itu.

Novel terbaru beliau ialah Lafaz Cinta Di Jari Manis atau akronimnya LCDJM. Novel ini projeknya dimulakan di blog beliau, seperti biasa. Dari bab ke bab seterusnya, ianya semakin mendapat sambutan. Namun ada pada satu ketikan, KUCC mengalu-alukan pendapat dari pengikut novel ini tentang pengakhiran kisah. Maka kami semua pun berlumba2lah berkongsi pendapat. Wah, memang meriah betul masa tu.

Rupa2nya, antara pendapat yang terpilih tu, di hadiahkan novelnya. Dan pendapat kita antara 5 yang terpilih. Alhamdulillah. Tapi KUCC memang sangat bijak. Sebenarnya, semuaaaaa pendapat terpilih. Beliau olahkan dengan sangat cantik sehinggakan semua pembaca berpuas hati.


Inilah seperti mana yang di bungkuskan



Ada novel, ada tasbih hijau putih yang comel sangat, dan ada kata2 puitis...


Yang paling mahal dan tak dapat di beli ialah autograph dari beliau. Lihatlah...

Alhamdulillah..... seronoknya kita tak terkata. Hidup kita kalau boleh nak berkepit dengan novel jer.... Kisahnya? Kena baca sinopsis la kot kan....

Tapi, novel nie kita dapat rasakan kepuasan KUCC dalam menulis. Dia menulis mengikut alunan jiwanya. Tidak tertahan, tidak terbatas. Seolah2 beliau terbang bebas di langit bersama jiwa yang tenang.

Tak banyak dialog, tapi banyak monolog dalaman. Membaca novel ini perlukan penghayatan yang tinggi dan fokus yang bukan sedikit. Jangan ingat boleh skip. Kalau ada yang sekadar nak tahu apa ending, itu bukan membaca novel namanya. Membaca ialah mencerna setiap kata2.

Oh, pengakhiran yang sangat cantik. Plot cerita adalah tidak secara kronologi. Di masa2 tertentu, ada imbas kembali dan peristiwa imbas ini memberikan jawapan kepada persoalan di awal kisah. Sangat menarik.

Ok...cukuplah dulu. Ini bukannya review...sekadar layangan pandangan kita saja.

Maaflah, kita tahu follower My Rainbow tak ramai yang meminati novel, tapi mungkin boleh membantu kepada carian di Google mungkin.


.

Read More
Assalamualaikum.....

Baru2 ini dah mula tersebar yang novel Suami Aku Ustaz akan di jadikan sebuah filem. Terbitan sulong syarikat produksi Adiputra.

Cuma, tak pasti sama ada watak Ustaz tu akan dilakonkan oleh Adiputra atau tidak. Ada yang kata ya, ada yang tak tahu.

Pendapat peribadi kita, dalam novel, ustaz Hafiz tu Chinese look. Boleh tak cari yang bersesuaian? Sama macam cerita Adam dan Hawa. Adam Mukhriz dalam novel adalah Pan Asian look. Jauh bezanya dengan Aaron Aziz.

Terjerat rasa...



Read More
Assalamualaikum.....

Semalam kita terima hadiah yang dimenangi daripada blog Biar Jemari Berbicara milik Yusnida Tajudin seperti mana yang pernah kita ceritakan di SINI dulu.

Dan, sememangnya, kita terima novel terbaru daripada Eliza Ab.

Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih kepada 2 orang wanita tabah ini.


Parcel yang baru tiba

Dapat macam2. Shawl yang berwarna purple, Frame gambar khas, Novel Eliza Ab, Penanda buku dan Keychain yang sangat comel.

Frame gambar Biar Cinta Bertaburan. 


Ada sedikit ralat...sebab frame gambar nie, cerminnya dah berderai masa kita terima. Bukan salah Kak Yusnida, kita yakin. Pengalaman bekerja di pejabat pos dulu2 memang kita yakin cara mereka handle surat dan bungkusan macam mana. Tak apalah... nanti boleh cari cermin lain. Yang penting, frame nie sweet sangat.

Terima kasih sekali lagi.




Read More
Assalamualaikum.....



Sebenarnya, dah lama beli buku. First batch customer, order direct dari publisher Kaki Novel. Yang specialnya, dapat signature and love kisses dari penulis sendiri, iaitu Acik Lana.

Memang kita minat sangat2 dengan karya Acik Lana nie. Dia ada pendirian. Dia tegas dan tulis ideanya. Kita suka. Semua cerita dalam blognya, sampai boleh repeat bacalah kiranya.

About the novel. Kisah cinta biasa pada sesiapa yang tak suka dilamun perasaan cinta. Tapi pada kita, apa saja kisah cinta, tak kisahlah biasa ke, tidak ke, tetap beautiful.

Adara adalah anak yatim piatu yang dibesarkan oleh atuk dan neneknya di kampung bersama dengan 5 orang adik2nya yg lain. Demi meringankan beban atoknya, sebagai anak sulung, Adara mengikut temannya ke ibu kota untuk mencari pendapatan lebih. Disebabkan tiada kelulusan tinggi dalam pendidikan, maka Adara diterima bekerja sebagai tea lady (pembancuh air) di sebuah syarikat korporat yang besar.

Big boss di pejabat Adara bekerja ialah anak kepada owner syarikat itu yang mempunyai perangai yang sangat dibenci oleh kakitangannya kerana sombong dan sering berkasar dengan pekerja bawahan. Tapi dek kerana kaya dan hensem, maka Tuan Putra sering didampingi gadis2 cantik yang mengejarnya.

Adara sering menjadi mangsa herdikan dan tengkingan Tuan Putra. Bossnya itu memandang Adara, seorang perempuan kampung yang sering berpakaian lusuh dengan jelik dan jijik.

"Hoi pompuan, baldi kau ni buat apa kat sini? Nak aku baling kat kepala kau ke? "  - Tuan Putra

Tapi, dalam masa yang sama, sepupu Tuan Putra iaitu Riyad yang juga menjawat jawatan tinggi di syarikat itu mula jatuh hati dengan Adara saat kali pertama melihatnya. Riyad boleh lihat kecantikan asli Adara dan kesucian hati gadis itu. Maka, setelah dia berjaya menukar penampilan Adara kepada yang lebih bergaya dan membelikan stok baju2 baru, secara tiba2, Tuan Putra mula memberi perhatian kepada Adara. Maka persaingan secara senyap di antara dua lelaki ini bermula.

"Adara, seriously... saya memang sukakan awak. Kalau awak belum ada yang special, boleh tak awak bagi peluang pada saya? "   - Riyad

Tapi, gentlemen ini mula bermain taktik kotor satu demi satu demi merebut seorang Adara.

Sesuatu berlaku yang menyebabkan Adara mula menjauhkan diri dari Riyad kerana kecewa. Tapi, tak lama kemudian, Adara mula rapat dengan Tuan Putra.

"Apa kena dengan aku ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati bila Tuan Putra bolayan aku? Aku nie gilakan perhatian dia ke? Tidak...tidak, takkanlah dengan lelaki tu? Tuan Putra tu kan spesies lelaki kasanova, buaya darat dan hidung belang, takkanlah aku nak perhatian daripada dia pulak. " - Adara


Ding dong sana dan sini, akhirnya Zidan Adiputra berjaya menikahi Adara dan mendapatkan cinta Adara.

'Dia yakin Adara diciptakan untuk dirinya dan dia tercipta untuk gadis itu. Hari ini, esok dan sampai bila-bila!' - Zidan Adiputra.

Dan cinta Adara juga utuh buat suaminya.

"Selamat malam, suamiku.... Dara cintakan abang."  - Adara


Namun, keindahan percintaan itu cepat saja disinggah dengan dugaan yang sangat hebat. Mampukah mereka kembali menyulam kasih dan berbahagia?



Anda pasti dibuai perasaan romantik dalam cerita nie. Oh yer, memang sangat kelakar bila Putra cuba meluahkan isi hatinya dan Adara yang naif tu sampai pengsan2 terperanjat.

Cuma, kita tak berapa setuju dengan tindakan Adara masa di timpa konflik. Memang dia muda lagi dan tidak berpelajaran tinggi, tapi didikan agama dalam diri dia tak kan mungkin membuatkan dia mengambil 'keputusan itu' hingga menghancurkan hati suaminya. Tak seiring keputusan itu dengan watak Adara.

Itu sajalah satu2nya bahagian yang kita tak berapa bersetuju. Yang lain2...superb!

Tak sabar nak tunggu buku terbaru Acik. Paling kita tunggu Pelangi Cinta Buat Suami dan satu lagi terbitan beliau sendiri iaitu Perempuan Yang Paling Aku Cinta.



.



Read More
Assalamualaikum.....

Ok..macam pelik kan.

Ada novel baru di pasaran. Rasanya dah mula ada di market minggu nie.

Novel terbaru dari Eliza AB. Respect betul. Dalam masa setahun, Eliza dah producekan 2 novel yang mantap. Kita dah pernah review novel pertama beliau di SINI.

Memang dah plan nak beli, tapi tiba2 Novelis Yusnida Tajudin buat contest untuk novelnya Biar Cinta Bertaburan. Antara hadiah untuk 3 tempat pertama ialah novel Gurauan Berkasih. Teruja juga kita nak mencubanya. Manalah tahu ada rezeki kan. Tapi kalau tak ada hadiah tu pun, kita tetap akan join contest tu sebab novel Biar Cinta Bertaburan adalah antara novel kesayangan kita. Kita dah review kat SINI.

Keputusan untuk contest nie dah dikeluarkan Jumaat lepas. Tapi kita tak sempat jenguk. Tapi masa hari Sabtu, kita terima message dari novelis tu mengatakan kita mendapat hadiah saguhati. Seronok rasanya sebab masa kita join tu memang time busy. Buat karangan pun, ayat2 skema dan lurus bendul jer. Cumanya hadiah saguhati nie, tak dapatlah novel tu sepatutnya. Tapi Eliza AB telah bermurah hati untuk beri juga novelnya kepada kita, mengikut kata novelis Yusnida Tajudin. Syukur Alhamdulillah.

So, dalam pada kepala macam nak pecah pikirkan kereta nie, terubat juga hati bila dapat berita gembira macam nie.

Terima kasih Ya Allah.

Alhamdulillah kerana rahmatMu
Alhamdulillah di atas ujianMu
Alhamdulillah di atas kasih sayangMu



Read More
Assalamualaikum.....

Ok..jangan panik. Calm down semua. No..no. Tak ada scandal. Ini adalah bahana membaca novel lagi. Tapi novel kali ini, bukan calang2 novel. Sebagaimana tebalnya novel ini, InsyaAllah tebal juga lah pengisiannya. Bukan sekadar hiburan dan kosong semata-mata.

Ini novelnya...



Dah lama cari buku nie. Sejak hari pertama di pasaran lagi. Memang tak sabar2 nak tunggu. Sayangnya, kita tak order dari Karya Seni. Nak ambil feel beli sendiri di bookshop sebab kononnya tak sanggup nak menanti abang adik posmen depan kaunter opis.

Setelah berminggu memburu dan kecewa sebab semuanya dah habis, akhirnya kita paksa hubby ke Popular di Mesra Mall, Kerteh. Ha..hambekk... Sikit punya jauh merantau dari KL semata2 nak memburu buku nie. (Alaa, sambil honeymoon dengan hubby sebab Adam tak ada)

Alhamdulillah, nampak bersusun atas rak. Cepat2 capai dan terus ke kaunter. Tak peduli dah dengan novel lain.

Erm, entry kali ni bukan nak review. Panjang sangat nak review. Sedangkan novel nipis 'Kelapa Nan Sebatang' pun terpaksa ambil 2 tahun untuk menelaahnya, ini kan pula ILUS. Buku teks subjek Sastera dari Form 4 ke Form itu pun boleh menggigil tangan menulis reviewnya dalam SPM. Sampai tangan kiri di angkat ke atas minta kertas tambahan, sedang tangan kanan menulis dengan kepala tunduk ke kertas dan mata fokus dengan jawapan. Kalau nak review ILUS macam tu, harus 2 bulan blog nie penuh dengan ILUS sahaja.

Kenapa?


Sebab terrrlalu banyak pengisian yang ada. Novel cinta. Benar! Tepat sekali. Tapi cinta yang cukup dalam rasanya pada agama, pada negara. Cinta kepada ibu dan bapa serta cinta kepada sahabat yang tidak tergambar. Cinta kepada kekasih? Sungguh tak terucap. Sepanjang 1389 muka surat novel ini, cinta kekasih itu tanpa ucapan, tanpa rayu domba dan tanpa jiwang.

Tapi cantiknya cinta kepada kekasih dalam novel ini ialah melalui tingkah laku dan kata-kata yang berlapik, dengan maksud pandangan yang terjaga tapi penuh beribu maksud yang cuba disampaikan. Penuh teka teki, penuh harapan memohon pengertian.

Abang Pedas memang membawa berbagai karakter lelaki macho dan gagah perkasa bak pahlawan di zaman Rasulullah, sedangkan Iris adalah gadis manja yang kasar tetapi halus jiwanya.

Banyak yang di ajar dalam novel nie. Pengertian jihad dalam konteks yang besar, mendidik hati menilai yang terdampar di depan mata, membelai jiwa dengan tauhid serta peperangan diri dengan hasutan syaitan. Bagaimana nak menangkis, bagaimana nak mendidik, bagaimana nak memandang, bagaimana nak berkata... Ada semuanya.

Abang Pedas memang betul2 buatkan jiwa kita terjelepok jatuh tergolek. Tambah2an lagi dengan pakaian seragamnya dan of course the Ninja! Baru jer kita kongsi dengan ketampanan Ninja kan.. Aduuhh... kibar bendera putih la kalau kita nie Iris. Mujur juga Iris itu kuat, tabah, berdikari, yakin dan bijak. Berjayalah juga dia melangkah halangan daripada tersungkur depan Abang Pedas.

Tapi, semakin kuat mereka terpacak dalam pendirian masing-masing, semakin tenggelam mereka dalam tanah yang seolah2 menyedut mereka ke dasar bumi. Melekat. tak boleh keluar lagi. Lagi meronta lagi dalam masuknya. Yer, macam dalam pasir jerlus.

Alahai...rasa macam kita pula nak menulis novel. Oh... bosan lah pembaca blog nie nanti. Novel 15 tahun lepas pun masih terbengkalai.

Anyway...memang tebal. Beribu muka surat. Namun, percayalah. Ianya sangat2 berbaloi. Silap haribulan, pelaburan untuk persediaan di Padang Mahsyar. Insyaallah.

Penulis, Melur Jelita ialah ilmuwan lulusan Usuluddin dari UM. Berpengalaman luas dalam bidang akademik dan dakwah. Namun sangat bijak menyebarkan ilmu menggunakan medium novel bertemakan cinta.

Novel pertama beliau, Awak Suka Saya Tak, memberikan pembaca pendekatan kepada dakwah yang berbeza. Insyaallah kita akan cuba kongsikan sedikit.

Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama