Kat kg aku kan...kat PD kan..ada kedai makan baruuu... Nama dia Ice Room...heheheh. Ramai juga yang x pernah dengar nama kedai nie, walaupun dia dah ada a few branches di Lembah Klang and a few states lagi kot. Yang aku tau, kat Nilai 1 tu dia memang besar gedabak kat tepi kedai2 langsir...hehehhe. Kaler ijauu kedai dia. Meh la view pictures....


Yg sorang x bermaya sebab masih ber'cawan', sorang lagi baru abis keje, layan anak plak dulu


Ice Lemon Tea yer Adam....


Aku makan Spicy Noodles... ok laa..x pedas pun...


Ni desert yang best... Durian Fritters.. yummy...


Adam makan spaghetti nie jer... dah lama dia aim nak makan nie...
 Masa nie, gi makan dengan Adam. Masa tu dia masih lagi 'memakai cawan'. Hehehhehe. Cawan apa? Alaa..nak melindungi dia nyer khatan tu la...blom sembuh lagi. Rasa macam dia merajuk sbb aku jarang spend time berdua dgn dia masa tu. So, ajak dia lepak2 kat situ. Suka la dia...hehehhe.

Basically kedai nie for fun jer..lepak2 dgn members sambil makan aiskrim atau apa2 ais lagi la. Mmg bnyk selection. Tp aku x baper suka aiskrim, so makan benda2 mcm nie la. Ada bnyk lagi. Ada western food, local food, chinese and japanese cuisine. Something different la kat PD nie... Kalau holiday kat PD, at least u all ada la back-up plan utk makan yer....
Read More
Eisshh....walaupun hari nie Chinese New Year, aku tetap gak nak letak gambar Snow Man nie... Christmas dah lepas ke..? Tak per lah kan... Ha... saper tau, ini snow man diperbuat daripada apa? Huishhh...besar tauuu...gergasi nyer snow man. Ha..orang Melaka tak bleh jawab ekk..x aci....
Read More
Hari nie aku tak keje. KL cuti hehehe. Hari Wilayah beb. Esok pun aku dah apply leave..alang2 keje sehari...cuti jer lah nyah. Terus sambung Chinese New Year. Tgh tunggu Adam balik dari sekolah. Lepas zohor kang nak gerak ke Kuantan. Cam biasalah...bersantai dgn somi terchenta. Lgpun in law dah plan, thn nie CNY holiday nak lepak kat Kuantan gak. Tak gi raya la kiranya thn nie. Lagipun sejak aku bertunang dengan hubby, belum pernah lagi ngelat pegi visit sanak sedara time raya CNY nie. Owwhh, untuk sahabat2 yang baru, ibu mertua ku chinese. So, relative semuanyer still chinese lagi, though ada some yg dah convert juga. Mengalahkan raya puasa la kiranya. Kadang2 tak habis visit 1st day..2nd day ada lagi relative yang buat open house. Biasanya kalau ada open house ke..makan2 ke...diorang panggil caterer muslims. Alaa..melaka kan banyak chinese yang dah mcm melayu. Makan sambal belacan, pakai kain batik dgn baju kebaya nyaa..

Adoii...dah jauh merempit nie. Meh back in track.

Ha..dah tengok citer nie. Aku nie kan jenis2 ala sastera punya orang. So, pada orang yg tak tengok citer slow2 nie, minta maaf la yer. Opinion aku, citer nie ok. Walaupun ramai yg kutuk menmacam and ada yang kata takat taraf drama swasta, itu aku x kisah. Yang penting aku enjoy tgk citer nie. Oppss...bukannya aku puji sbb anak buah aku berlakon yer. Gulp..anak buah? Ermm..Raja Farah tu anak pada cousin aku. So, dia drpd kecik panggil aku mak long.. Ughh..kecik2 lagi dah jadik makcik kan. Tp drpd kecik dia nie mmg sgt lemah lembut and berdisiplin. Everytime dtg raya kat rumah PD, sangat bersopan, always smile. Tak sangka laa dia jadik meletop now kan. Dia nikah arie tuh aku tak leh cuti..so adik ngan parents and Adam la yang pegi. Punyerlaa ramai reporters dia kata... sampai family member pun selamber jer diorang langkah2. Kurengggg betoll laa reporters tu. Adoiii..drift lagi.... jom masuk track balik.

Cerita nie aku rasa tajuk dia tak sesuai. By right producer kena cari tajuk lain kot. Overall, citer nie berkisah pada kehidupan muda mudi dalam zaman moden nowadays. Ada bnyk faktor kenapa mereka terjebak dlm tingkah laku bebas. Syabas la pada penerbit sbb ada usaha untuk mensummarykan isu remaja liar nie, daripada kegiatan, faktor yang mendorong, akibat and risiko serta cara dan jalan untuk kembali ke pangkal jalan.

Ashraff Muslim sangat hensem dalam nie. Entah kenapa aku rasa watak dia dan Eizlan dalam Damping Malam tu lebih kurang sama. Bezanya Eizlan berhadapan dengan konflik keluarga dan Ashraff nie berhadapan dengan konflik remaja dannn hati dia sendiri. Adoiii, soo sweet bila dia propose Raja Farah tu. Termimpi2 pula...hahahahah.

Farid Kamil dlm nie agak kurang menyerlah. Entah kenapa aku rasa lakonan dia dalam cerita nie kurang memberi kesan berbanding movie dia yang lain. Yana as watak utama, is delivering better quality. Nampak ada peningkatan la dalam mutu lakonannya. Cuma babak dia atas katil pagi2 hari selepas mengetahui dia dah *tuuut* tu, mcm kelakar. Aku cuba laa nak sedih gak, tapi berkerut2 muka aku nak cuba sedih sbb aku rasa confuse. Dia nie nak buat lawak ke?

Banyak pengajaran dalam cerita nie. Cuma kalau nak tgk dgn anak2, aku rasa kurengg sesuai. Pakaian sangat menjolok mata di awal cerita, ada perbuatan yang tak patut diikuti oleh anak2 and ada dialog yang aku rasa kanak2 tak sesuai dengar la...

Review aku jer nie.... so, ikut taste aku jer lah seadanya...heheheheh
Read More
Arie nie buat keje giler lagi. Mlm td teman hubby balik Kuantan lagi. This time teman jer...tak hantar.. sebab Friday arie tuh dia balik KL.  Dia kata x payah. Tapi tak boleh la. Aku risau. Dah ler dia penat semalam sbb ikut aku n family pergi Sekinchan. Pas tuh, hujan plak tu. Tambah lagi dah malam. Nnt kalau dia ngantuk masa tgh drive cemana? Oh tidak....lebih baik aku sacrifice, ikut teman dia sampai ke Kuantan. Sampai Kuantan dah almost midnite. Terus ke bus stand, nak cari bas paling awal ke KL. Tapi kaunter yang berkenaan tu dah tutup daa.... So, pagi td, aku soh dia drop aku kat stesyen bas jer. Ngam2 kaunter bas Transnasional baru buka. Bas paling awal ke Bukit Jalil, inilah dia..kol 8 pagi. Ini la ropa bentuk tiketnya. Aku x pernah tau, naik bas dari Kuantan ke KL..sensorang plak tu. Nasib baik org tak ramai. So, x der org dok seblah aku.



Nasib aku baik juga pg nie la, sebab dapat bas baru. Condition semua cun lagi. Alhamdulillah. Ikhlas menolong hubby, adalah sedikit bantuan daripada Allah swt.


Cantik kan bas nie...heheheh



Kerusi baru tuuu....best..nyenyak sungguh tido...zzzzzz
Sampai office dah tgh hari. Hmm..apa lagi..half day off la jawabnya arie nie. Adoii..tercalar rekod cutiku....huhuhuuh. Demi hubby tersayang.... ku relakan apa saja... Eceehhh...hahahahha
Read More

Mari kita explore lagi tempat2 makan yang best (ikut selera aku anak beranak yer) di Melaka. So far hubby agak cerewet sikit pasal makan. So, kalau dia pun recommend...mmg ok la. Hari nie kita jalan2 cari makan2 western kat restoran nie. The Windmill Station. Usually kami suka pergi ke branch Melaka Raya. Selain dari Melaka Raya, ada satu lagi branch di Bukit Beruang..dekat2 dengan MMU and di Seremban 2, N. Sembilan. Nak tengok lagi menu yang best2, click la link kat nama dia tu yer. Gambar Restoran nie pun aku cilok kat web tu..heheheh. Alaa..tolong pomot..apa salahnya kan...






Ini pulak gambar aku sendiri yang aku snap2 masa mkn2.




Hubby suka makan double lamb chop. Perghh...soo moist and sedap lamb dia. Memang sangat berpatutan la harga makanan kat situ. Ada air buah gelas giant. Slalunya we all amik satu gelas, share 2 orang... Aku pula...mcm biasa laa...nasi goreng. Ha...jgn ingat western takder nasi goreng. Ini special tau. Nasi coreng cili padi. Perghh...marvellous.. Darlina...ko harus try makan ini nasi goreng. Tak mcm nasi goreng cili padi kedai tomyam tu, dia main campak cili padi hiris... Ini fried rice...dia punyer rempah cili and bawang semua tu...mcm ditumbuk la...blended well and rasa menyengat and sedap. Ada banyak sayur dan isi ayam la..daging la. Accomponied plak dgn fried chicken, tapi biasanya aku soh dia tukar ke benda lain..mcm grilled chicken ke, atau sirloin steak ke.. ha... baru ada kick.





Ini laa nasi goreng cili api tu.


Adam pula, memang tak suka sangat daging2 ni...ayam jer yg dia ok. So, kalau dtg sini dia lantak spaghetti... and fruit salad la biasanya. H,,, asyik kat Kuantan jer lately nie. Rindu pula nak makan kat sini lagi... yummy....




Read More


(Gambar cedok kat Google )

Gambar nie adalah antara pelakon utama cerita Damping Malam. Bebaru nie tengoklah cerita nie, walaupun aku x suka giler tgk cerita seram2 nie. Adoi hai. Mak ni lemah semangat dekkk non! Dari celah2 jari dan dari bucu2 bantal yang tutup muka, berjayalah juga aku nengok cerita nie lebih daripada separuh...hehehhe.
Pada pendapat aku, cerita nie takderla seram giler bangat ( cheh..berlagak lagi nie...hihihihi). Dia lebih kepada pengajaran. Suka sangat tgk Eizlan Yusof dalam citer nie. Dia jadik Ustaz yang high rank tuuuu..Masjid Putrajaya punya pentadbir youuuu...! Ai sukerr sangat sbb dia sgt cool and sangat smart dlm nie. Segala tindak tanduk dia, segala ayat2 dia untuk berkomunikasi, bertepatan dengan Islam is the way of life. Seorang alim yang blend well dengan peredaran zaman, tidak memandang hina kepada sesiapa dan tidak melemparkan sebarang tuduhan kepada sesiapa. Dia berhati2 agar tidak menyinggung dan tidak memusnahkan akidah.

Adik Eryna tu mcm biasalah..lakonan dia kalau dalam filem seram mmg menjadi betul. Pandai la dia nak buat muka hantu tu...pas tuh buat muka konpius..buat muka takut...muka mcm pandangan 'kosong' tu. Memang pandai. No issue on her.

Amy Mastura....yess.. artis kesayangan aku. Selain daripada citer Trauma...lakonan dia dalam nie boleh dikatakan bagus. Aku berpendapat mcm nie sebab masa part yang bahagian awal nie, dia punya lakonan agak kurang mantap. Bila dah middle story towards the end, baru nampak 'cantik' la lakonan dia. Umi Siah is Azizah Mahzan...mcm biasa..mmg pandai bawa watak. Tp mmg kita tertanya2. Ini, siapa pulak yang buat hal membela hantu2 bagai nie. Bila dah nak ending baru cerah pemandangan. Berjaya la buat aku anak beranak bertekak. First time kot tgk Amy berlakon jadik mak orang yang ada anak dah besar mcm nie. Something different and menyerlahkan kematangan dia.

Banyak nasihat daripada Eizlan dan juga penjelasan tentang alam ghaib nie. In which aku rasa masih ramai lagi umat Islam zaman sekarang yang masih ragu2 dengan fakta dan kebenarannya. Suggestion aku...bagus untuk tontonan sekeluarga. Tak ada unsur yang melampaui batas...
Read More
Di inform melalui blog Ben tadi...


PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong..keprihatinan anda amat dihargai ni berita benar..sila sebarkan..

Segera...segera...kesian nyer baby tuh..kesian kat parents baby tu...
Read More
Hari nie hari Jumaat. Lunch hour panjanggg...ada 2 jam. Selalunya perempuan kalau lunch hour Jumaat nie buat apa ekk kalau yg bekerja tu? Tidur, BW, makan sambil gosip, menjahit, menyulam atau shoppingg.. hehehhe. Dedulu masa opis di tgh bandaraya tu, selalula we all gie merayap gak... Tp sejak2 opis aku di puncak bukit nie dan jauh dari arus kemodenan (ecehhh... ), jarang laa we all shopping. Mengenangkan nak marathon pergi amik kereta nun di puncak gunung sebelah di bwh teriknya mentari..aduuhhh...lebih selesa duduk dan berehat di opis jer rasanya. Alaa....hari nie tak boleh rehat la. Semalam baru sampai stok pokok2 bunga yang baru utk opis..bagi menggantikan pokok2 yang dah tinggal tunggul. Haip...bukan x siram yer...tapi pokok2 tu tak cukup cahaya matahari. Kesian kan. Apa nak buat..opis di tgh2 bangunan yang kelilingnya takder tingkap. Takder kuasa la plak nak ngangkat pasu2 tu tetiap hari kan. Kang kalau pakai yg plastik..x cukup oksigen plak dalam opis nie. Aduhhh...beratnyer nak angkat pasu2 tu. Agak2, kalau soh orang2 lelaki yang gagah perkasa nie tolong, diorang layan x ekk..?
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama