Assalamualaikum.....

Sempena hari Jumaat yang mulia nie, kita rasa nak berkongsi sedikit tentang ilmu baru yang kita dapat semalam. Petua untuk tolak bala dan panjang umur mudah saja. Selain daripada jaga makan, jaga hati dan jaga minda, amalan yang satu nie sangat mudah.


SADAQATUL JARIAH

Yer, bersedekah.

Sebenarnya semalam pagi, kami menerima kunjungan rasmi dari pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia atau nama ringkasnya YAPEIM. Kunjungan rutin 2 tahun sekali kepada pencarum-pencarum Amal Jariah di syarikat. Kami di syarikat ini memang telah lama mengamalkan caruman Amal Jariah kepada petugas2 yang ikhlas ingin bersedekah. Caruman ini dilakukan melalui potongan gaji. Tak banyak pun...terpulang kepada kemampuan masing2. In fact ada yang buat potongan bawah daripada RM5.00. Yang penting ikhlas.

Wakil yang datang semalam ialah Ustaz Abdul Hadi Kamil bin Mohd Shariff.

Bila dia melangkah masuk, kami semua terpegun. Mak aii, mudanya. Confirm set2 Imam Muda nie. Rupa2nya umur dia baru 24 tahun. Wah, muda2 lagi dah jadi ustaz, dengan kecekapan dia berkomunikasi, memberikan tazkirah ringkas, penampilan yang sangat kemas dan shining jer seri wajah dia. Perghh..kalau ada anak dara, kita booking dah dia kot..hahahhahaha.

Anyway, itu semua tak penting. Yang pentingnya ialah ilmu yang dia kongsikan bersama.

Antaranya :

- Kalau nak tolak bala, katanya tak perlulah jumpa bomoh. Sedekah seikhlas mungkin sebanyak yang mampu kerana Allah, Insyaallah Allah peliharakan kita dari sebarang ancaman. Maka dengan itu, Insyaallah panjang umur kita. Melainkan telah tertulis kita 'pergi' awal. Tapi siapa yang tahu bila hari matinya? Itu semua rahsia Allah. Kita sebagai manusia, hanya berusaha sebagaimana yang di sarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Kita pangkah bomoh2 nie yer..


- Katanya lagi, Rasulullah juga ada menasihatkan umatnya untuk 'mengejar' syurga. Bagaimana nak dapatkan syurga? Secara ringkasnya ialah 'Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Amalan yang baik dan Jauhi Kemungkaran. Segala2nya haruslah disertai dengan niat kerana Allah, kerana Rasul dan kerana agama. Apa sahaja gerak dari kita, lahiriah, batiniah mahupun sekilas detik dalam hati, semuanya harus bermula dengan niat yang baik. Innamal A'malu BinNiaat. Sesungguhnya Amalan kita Dengan Niat (yang baik).

- Realiti zaman sekarang, kalau derma RM50 kedalam tabung masjid, kita rasa BESARRR sangat. Tapi beli kasut kat Jaya Jusco harga RM200.00 kita rasa sangat berpatutan. Subhanallah.

Sedangkan, kata Ustaz Kamil, masa sebelum Perang Tabuk di zaman Rasulullah s.a.w. dulu, Sayyidina Abu Bakar senyap2 balik ke rumah dan bawa satu uncang berisi 40,000 dirham dan diletakkan di pangkuan Rasulullah s.a.w. Sehingga Rasulullah s.a.w. teragak2 untuk mengambilnya kerana mengethaui bahawa itu jumlah keseluruhan harta Sayyidina Abu Bakar. Bila Rasulullah s.aw. tanyakan..

"...apakah yang kamu tinggalkan untuk anak isterimu?.."

Jawab Sayyidina Abu Bakar : ".....aku tinggalkan mereka dengan Allah dan Rasulnya..."


- Insyaallah, segala harta yang kita sedekahkan, Allah balas semula dengan berlipat kali ganda.


Banyak lagi yang di kongsi dalam masa yang singkat, namun semuanya amat bermakna.

Semoga apa yang kita kongsikan di sini memberi manfaat kepada pembaca blog ini.

'Amma Ba'da


Read More
Assalamualaikum.....

Ishh...susah betul nak adapt dengan dashboard yang baru nie. Rasa sangat tak seronok...

Anyway, sajer nak share macaroni goreng yang kita masak weekend baru lepas nie. Malas nak masak nasi sebab lepas tu dah nak balik PD. Nanti kelam kabut nak mengemas dapur. Masak yang simple jer.

Adam memang suka macaroni. Hubby pula suruh campurkan crabstick. Dia tak nak kerat crabstick tu, dia belah 2 memanjang jer crabstick tu. So, bila dah masuk kuali, jadik bercerai berai la kepingan crabstick tu. Rupa2nya hubby suka betul macam tu. Dah 11 tahun kawen, baru ku tahu. Ishh..dasyat betul kita kan...

Tak sempat nak make-up dish. Keluar dari kuali, masuk mangkuk terus snap jer.
Resipi tak ada apa sangat. Kita just tumbuk bawang merah dan bawang putih, pecahkan cili beberapa biji dan tumiskan. Masukkan crabstick dengan carrot, perasakan dengan garam. Siap.

Adam makan dengan ditaburkan parmesan cheese. Sukahatilah Adam...janji pueh hati.

Bapak dengan anak puas hati lah... bertambah2 makannya..

Read More
Assalamualaikum.....


Ha, ini entry last yang tertunggak dari bulan Ramadhan yang lalu.

Masa hubby di hospital Kuantan, ada satu hari tu dia teringin sangat2 nak makan kat luar. Tak berselera dengan lauk hospital. So, lepas dapat sign kebenaran dari doktor, kami keluarlah. Main belasah jer round cari parking. Maklumlah, dah dekat nak raya, maka orang sibuk bershopping malam tu. Last, di area Malay Town yang dekat dengan EC Mall tu, kami masuk jer Coffee House nie. Namanyer Palm Tree Coffee House. Eh, food dia not bad lah... Patut la ramai orang.


Spaghetti yang sedap

Mee Kari yang macam sup tapi power.

East meets West. Nasi Ayam dengan Lamb Grill.

Next time memang boleh repeat. Mee kari dia jer macam lain sikit. Very light. Kalau orang Melayu tengok sah komen kata cair bair. Tapi cair dia macam boleh hirup macam sup, tapi cukup semua perisa. Dia datang sekali dengan sambal extra. Maybe nak suit taste semua bangsa. Siapa nak kick and pedas and pekat, boleh tuang semua sambal dalam mangkuk tu. Untuk hubby memang sesuai sangatlah sebab dia tengah tak berselera.

Tamak kan... Spaghetti tu bungkus sebab tak larat nak makan dah. Puasa, manalah boleh nak masuk banyak2 sangat.

Tapi, memang boleh repeat next time.

Read More
Assalamualaikum.....

Jumaat yang lepas, kami di pejabat bersetuju untuk get together sambil makan2. So, nama pun tak formal, kami buat pot luck jer lah. Yang penting, dapat makan bersama2 sebagai sebuah keluarga. Makan2 nie bukanlah jamuan raya walaupun Syawal masih ada. Ianya termasuk sekali doa selamat untuk Pn Rahmah yang akan bersalin, untuk Shazna yang baru disahkan hamil anak sulung, dan juga untuk Birthday Mr De Cruz. Sayangnya, tak sempat nak ambil gambar banyak2.... Gambar makanan jer yang ada...

Kuih raya, kek, kek batik, agar2 Milo, tembikai

Nasi beriyani, Daging Beriyani, Acar mentah, Rendang Ayam, Nasi Impit



Puding Trifle

Mee Hoon Goreng marvelous

Kuay Tiaw Goreng Kerang

Keropok dari Terengganu bersama rakan2 Nasi Beriyani

Antara jejaka di opis


Haip..baca doa dulu..

happy Birthday Mr De Cruz

Kita bawak.... tembikai jer..hihihihi


Read More
Assalamualaikum.....

......... Muzium Negara

Hehehhehehe


Gua tu sebenarnya gambar jer dalam Muzium Negara..




Selamat ber Wednesday...!

Read More
Assalamualaikum.....

Agak2...gua apa nie?
Read More
Assalamualaikum.....


Weekend yang baru lepas nie, kita singgah di kedai runcit berdekatan dengan rumah. Niat nak beli telur ayam. Tiba2 Adam menawarkan diri untuk tolong beli. Pesanlah kat dia : Beli telur ayam 10 biji yer... Dia angguk lepas tu masuk kedai.

Bila sampai semula ke kereta, termengah2 dia bawa plastik besar. Eishh, telur 10 biji pun plastik besar ke...?

Masuk jer kereta, Adam dengan excitednya berkata :

Adam : Ma, betul kan Ma? Sembilan lapan.

Kita  :  Eish... apa yang sembilan lapan?

Adam   :  Tak ada 10 Ma, ada sembilan lapan jer?

Kita  :  Apa yang sembilan lapan?

Adam :  RM9.80. Adam mintak telur RM10.00 dia kata satu papan RM9.80 jer.

Kita  :  Astaghfirullah... 10 biji Adam...bukan RM10.00..!!!

Dah, satu papan telur kat rumah. Dahlah dok sorang2. Kat Melaka pun telur sepapan juga. Eishh..minggu nie menu kena ada telurlah jawabnya....




Read More
Assalamualaikum.....

Mula-mula baca tajuk, kita ingatkan kisah nie kisah sedih. Yerlah kan, bertaburan. Boleh membawa maksud positive dan negative. Tapi as the story goes, clearly its the positive bertaburan.

Kita beli buku nie direct daripada penulisnya, Yusnida Tajudin. Terima dalam bulan puasa yang lepas.

Teruja dan memang menantikan buku nie sebab first time baca kisah nie dari blog beliau, kita dah mula angau. Angau yang sungguh2. Bila Kak Yus stopkan cerita di blog untuk siapkan manuskrip penuh, memang rasa frust sangat2. 

Akhirnya penantian yang kita rasa sangat lama tu berakhir juga. Dapat jer buku nie, terus buka dengan tangan menggeletar sebab terlalu teruja. Senyum sengih tu tak payah cakap lagi lah... Bukan tu jer, ada autograph dari Kak Yus. Penuh muka surat tu ditulis oleh Kak Yus kerana katanya menghargai sokongan kita. Allah...Kak Yus. Apalah sangat. Saya bukannya menyokong, secara tulusnya saya amat menghargai karya ini kerana ia layak untuk di angkat sebagai penghargaan.

Paling kita terkejut, dalam ruangan dedikasi penulis, ada terselit nama Aziela. Punyalah perasan, konon ingat nama sendiri. Tapi tangan gatal juga sms Kak Yus tanya nama itu kepunyaan kita, atau orang lain? Memang betul Kak Yus tujukan untuk kita. Seumur hidup kita nie, inilah kali pertama kita diberi penghargaan sebegitu. Terduduk kita.....

Sebenarnya, kita tak pernah bersua langsung dengan penulis. Setakat membaca karya beliau dari blog beliau iaitu BIAR JEMARI BERBICARA dan juga berinteraksi melalui komen sahaja. Namun, keikhlasan penulis berkarya itulah yang memungkinkan segala ukhuwah.

Anyway, dah banyak membebel. Mari kita cerita tentang novel nie serba sedikit. Walaupun  terlalu banyak yang nak dikongsi sebab terlalu banyak yang membuai jiwa, kita cuba point outkan a few favourites yang ringkas.


Sinopsis :

Emeer Zafran adalah seorang hero yang kaya, hensem dan berkarisma. Tapi, sangat garang, tegas dan single but not available. Basically Emeer telah bertunang. Sementara itu, heroin yang bernama Ayesha Sorfina pula adalah seorang gadis genit yang happy-go-lucky tapi memiliki ciri2 wanita Melayu calon menantu pilihan. Ayesha bertugas sebagai setiausaha Emeer Zafran. Dia seorang jer yang dapat bertahan dengan sikap Emeer yang cerewet dalam kerja dan tegas tu.

Novel nie dimulakan dengan hubungan Emeer dan Ayesha yang telah rapat. Rapat bukan sekadar boss dan setiausaha, tapi pandangan normal kita pun dah tahu yang Emeer nie dah mula mengambil berat akan Ayesha. Kalau Ayesha balik lewat, Emeer pasti temankan di office sampai tertidur2 di office sebelah. Ayesha apatah lagi. Sepanjang masa menyulam bahagia hanya dengan kehadiran Emeer dalam hidupnya. Namun dia sedar dia tak patut menaruh harapan.

Oleh itu Ayesha terus mengawal dirinya. Kerap kali dia mengingatkan dirinya yang Emeer adalah majikannya yang tak mungkin akan berperasaan lebih daripada yang sepatutnya. Namun semakin lama, Emeer semakin berani mendedahkan perasaannya. Tingkahnya, kata2nya yang penuh tersirat dan sikap cemburunya semakin ketara.

Ayesha tetap berdegil menahan perasaan walaupun Emeer melafazkan sayang. Semata2 kerana prinsipnya yang tidak akan merampas hak orang lain, maka Ayesha cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari Emeer. Namun, semakin dekat tarikh pernikahan Emeer dengan tunangnya, semakin kuat cinta mereka. Semakin kuat juga Ayesha berusaha untuk menghapuskan cinta itu. Sehingga akhirnya mereka akur kepada cinta mereka dan tersilap mengatur langkah. Kesilapan itu menjerat Ayesha. Sangat2. Mujurlah Ayesha masih waras dan berani menanggungnya. Mujurlah juga sahabat sedari kecil Ayesha yang bekerja sebumbung dan hidup serumah iaitu Hafifah memberi semangat jitu dan memahami Ayesha. Bagi Hafifah, kesilapan kawannya bukan alasan untuk beliau menghukum dia.

Satu demi satu peristiwa berlaku, sehingga akhirnya mereka berjaya menggenggam ikatan suci itu.


Highlights :

- Emeer start ngorat dan bagi hints by stages. Mula2 teman di opis. Lepas tu tarik kerusi nak duduk sebelah. Lepas tu every breakfast and lunch wajib angkut Ayesha. Lepas tu dah berani cuit2 hidung dan bergurau senda. Lepas tu suka suki tarik tangan Ayesha tak kiralah di public, depan staffs mahupun depan family. Then, yang paling gentleman sekali, sanggup datang kampung Ayesha waktu kenduri mak dan abah Ayesha nak pergi umrah. Bergaul dengan orang kampung dan bermesra dengan seluruh keluarga. Cairrr hati baca sikap Emeer nie.

- Bila dah mula close dan mengerti hati masing2, romantika d'amour Emeer nie semakin menyerlah. I really wish I am the Ayesha. Heheheh.....memang berangan sungguh!

- Do you know that I can't bear if anything bad happen to you, Ayesha? - Emeer Zafran

- Hmm, kalau macam tu, lepas nie kita pergi nikahlah. - Emeer kata waktu Ayesha tolong pilihkan baju kawen dia nanti. Belum confess lagi masa nie.

- Masa Ayesha balik kampung untuk kenduri mak abahnya nak buat umrah, Emeer called her non-stop. Itulah pertama kalinya Emeer menyatakan rindu dan segalanya.

Dah terasa bila awak tak ada...missing you - Emeer Zafran

Salam saya untuk mak dan abah...flying kiss untuk awak - Emeer Zafran

Ayesha tetap menjawab seformal mungkin as if Emeer tak pernah ucapkannya. Dalam otak Ayesha hanyalah Emeer itu tunangan orang.

- Don't love the roses. Love me instead - Emeer

- Ayesha, I will go crazy without you, sayang - Emeer. Ini adalah masa first time Emeer panggil Ayesha sayang dan never stop calling her sayang after that.


:- Sepanjang kita baca novel nie, hati sangat dibuai perasaan cinta. Cinta pada hubby pun bertambah2 dek kerana terpengaruh dengan limpahan kasih sayang dalam novel nie. Oh, tolong jangan berfikiran negative sepanjang anda baca novel ini. Novel ni adalah novel romantik dan kisah dalam novel ini seringkali terjadi di sekeliling kita. Cuma bagaimanakah cara semua peristiwa itu ditangani oleh kita. Tiada siapa pun yang perfect. Semua individu ada calarnya. Nak polish semula atau nak cat semula kasi cantik bagaimana yang perlu di fikirkan sebelum kita semua mengadap Ilahi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Yus kerana menghadiahkan karya ini kepada orang2 seperti kita. Kita sedang tertekan mengharung hidup, tapi minda seringkali rasa seperti bercuti bila baca kasih sayang Emeer dan Ayesha. Selepas habis, pasti kita akan cergas semula. Macam bateri baru lepas kena caj.

Bahasa yang digarap pun amat dekat dengan kita semua. Bezanya tiada bahasa kasar yang mewarnai. Percayalah..kalau anda sedang berkasih sayang, tak kiralah dengan siapa pun jua, ini adalah novel yang sesuai dengan anda. Kasih sayang dalam novel ini bukan setakat kekasih, suami isteri, malahan kasih sahabat, ibu bapa, pakcik makcik, jiran tetangga dan juga rakan sekerja. Konteks kasih sayang yang meluas. Sebab tu lah kita kata kasih sayangnya melimpah ruah.

Oh, bukan sebab nama kita ada kita puji kisah ini. Maaf kalau ada yang tak sependapat, tapi bagi kita, novel ini tak ada yang kurang langsung!

Selamat berkasih sayang semua..



Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama